Saturday, July 31, 2010

Rancak Dari Pagi Sampai ke Malam

Maaflah jika aku belum sempat membalas komen korang kebelakangan ini. Komen yg sempat aku balas tu pun aku gunakan BB semasa di Johor. Semalam ada xtvt sampai malam. Lepas tu aku beri tumpuan kpd keluarga terutama Adam dan emaknya. Takkan dah dua hari tak jumpa mereka aku nak sibuk dgn blog pulak hehehe. Nanti kena tegur baru padan muka aku hahaha

Hari ni aku pun sibuk dari pagi. Lepas Subuh aku menghantar Haikal dan Haizam ke sekolah mereka. Masing2 ada xtvt. Haikal ke Stadium Melawati kerana menghadiri Kempen Kitar Semula Bag Plastik: MayaLovesNature dan Haizam dgn coral speaking sempena majlis Anugerah Koku.

Maya Karin di majlis tersebut. Gambar ehsan dari Haikal ngeeee

Balik dari menghantar anak2, aku singgah di pasar tani. Nak beli laksam buat sarapan tapi org yg jual laksam tu belum berniaga. Aku pusing2 kat pasar tu beli barang2 lain. Masa aku nak balik baru peniaga laksam tu sampai. Baru nak turunkan meja dan khemah. Takde rezeki kami makan laksam hari ni.

Lepas sarapan yg emak Adam buat, aku pergi menghantar emak aku ke klinik berjumpa doktor peribadinya (bukanlah doktor peribadi mcm org kaya2 tu - tapi yg sebenarnya doktor yg selalu rawat dia). Ramai pula org kat klinik pagi tadi. Mentang2 awal bulan. Kata DrSinga kalau pertengahan bulan klinik tak ramai pesakit. Aku musykil: Kuman ni pun tahu bila nak menyerang pesakit hehehe

Balik dari klinik aku terserempak ustaz dan mantan jiran kami berjalan kaki ke rumah jiran kami yg mengadakan majlis terima tanda anak sulung beliau. Sementara aku nak menolak kerusi roda emak aku, beberapa org jiran lagi lalu di depan rumah kami utk ke rumah yg mengadakan majlis tu. tak sempatlah nak buka blog huhuhu.

Skrg org terima cincin pun pasang khemah dan jemput jiran2 dan saudara mara. Meriah sungguh siap katering makan tengahari. Baguslah tu - sama2 kongsi kegembiraan. Semoga pasangan ini selamat diijab kabulkan dan berbahagia.

Aku beritahu emak Adam yg org dah mula pergi. Cepat siap kalau tak alamat datang untuk tolong basuh pinggan ajelah.

Lepas solat Zohor, aku pergi menjemput Haikal di sekolah. Aku berkain pelikat dan baju Melayu sbb aku terus ke sekolah dari surau. Bila aku telefon dia, dia kata dah dekat simpang di Jalan Ampang. Akupun bergegas ke sekolah kerana takut lambat tapi rupanya anak aku yg lambat.

Balik dari sekolah kami ke Kg Dato Keramat. Kira balik kampung. Beli barang dapur sikit dan guntingkan rambut anak2 aku. Tukang gunting baru. Yg biasa cuti pula hari ni. Dia tak berani nak guntingkan rambut Adam kerana biasanya Adam ni kena dipegang masa nak digunting. Akhirnya Haikal ajelah yg bergunting.

Petang ni kami berhajat nak memenuhi undangan jiran sebelah rumah yg mengadakan sambutan harijadi cucunya. Majis bukan di rumah di sebelah tapi di rumah anak mereka di Wangsa Melawati. Balik dari gunting rambut Adam dah mengantuk dan tertidur. Kalau tidur petang selalu lama. Nak Maghrib nanti baru Adam bangun. Nampaknya tak jadilah kami ke sana.

Malam ini ada jemputan majlis doa kesyukuran di rumah Pengerusi Persatuan Penduduk taman kami ni. Dia dapat cucu perempuan. Sebelum ni dah 4 org cucu tapi semuanya lelaki. Anak beliau 4 org pun semua lelaki.

Begitulah antara xtvt aku hari ni. Rancak dari pagi sampai ke malam.

Friday, July 30, 2010

Jangan Teleng-Teleng Lagi

Semalam ramai yg komplen gambar aku dgn lobster di Sg Rengit tu senget. Aku minta maaflah sebab kawan aku yg ambil gambar tu pusingkan BB aku. Bila aku nak tengok aku cuma pusingkan BB aku. Tapi bila buat posting takkan korang nak pusingkan lappy korang. Kena yg guna desktop, lagilah haru. Ok salah aku. Aku minta maaf.

Untuk memberi peluang korang tengok gambar aku lobster tu dgn lebih jelas dan puas, aku dgn gigihnya upload beberapa gambar (macamlah banyak sangat gambar yg diambil) lobster yg telah menimbulkan kontrovesi tu.

2 dari 5 ekor lobster yg masih hidup sebelum menjadi sajian kami tengahari semalam

Sebahagian lobster dimasak butter prawn lobster. Setiap lobster dibelah dua. 1 bahagian dah diambil sebelum aku sempat ambil gambar ni.

Separuh lagi lobster tu di steam. Perghh

Selain lobster, kami juga makan udang mancis atau mantis prawn. Tengok saiz dia - lebih panjang dari garpu makan tu.

Tak cukup dgn udang dan lobster, kami juga makan ikan kerapu stim. Memang stim bila tengok ikan ni. Segar dari Laut China Selatan



Bila aku baca beberapa permintaan di FB dan komen kat blog suruh aku bawa balik lobster tu, aku pun carilah seekor. Nak bawa balik banyak2 takut tak muat kereta. Tengoklah ni. Seekor pun dah besar ni . . . . . .









Thursday, July 29, 2010

Lobster Sg Rengit

Bergambar Sebelum Dijadikan Lauk

Lunch aku makan udang kara hari ini. RM85 - 110 sekilo bergantung kpd saiz. Nasib baik ada org belanja hehehe
Sent via BlackBerry from Maxis

Otak-Otak JB

Sarapan aku pagi ini : Otak2 dan Nasi Lemak

Aku rasa ramai org Johor mcm en_me dan LiNda tu jadi pandai sbb mereka makan otak2!

Walaupun aku baru menggunakan tak sampai 5 peratus otak aku, memakan otak2 pagi ini membuat otak aku spt bertambah.

Tapi sayangnya sampai esok pagi ajelah hahaha
Sent via BlackBerry from Maxis

Wednesday, July 28, 2010

Nak Cepat Punya Pasal

Makan kepsi pun tak habis. Yang dalam plastik tu dukung. 3kg 10 ringgit.

Aku dan kawan aku kini dlm perjalanan ke Johor kerana urusan nak melawat kilang. Pukul 2:30ptg masih di R+R Seremban. Mesti sampai sebelum kilang tutup. Kawan aku makanpun tak khusyuk.

Kira alas perutlah. Malam ni ada dinner dgn rakan bisnes dari JB. Harap trip kali ini akan membuahkan hasil spt buah durian yg melambak di pasaran skrg.
Sent via BlackBerry from Maxis

Tuesday, July 27, 2010

Sekarang Dah Boleh Merempit

Sejak keluar dari hospital kira2 dua bulan lalu emak aku tak boleh berjalan. Kalau nak bergerak kemana2 di dalam rumah kenalah pakai kerusi beroda. Kerusi beroda ni bukan kerusi roda utk OKU tu. Ianya kerusi pejabat yg beroda 5. Kalau tak kena gaya susah nak ditolak ke destinasinya.

Makcik aku ada pinjamkan kerusi roda tapi dari jenis keluli. Kira berat dan susah di kawal kerana rodanya dah lari jajarannya.

Semalam adik ipar aku yg duduk di kampung datang bersama keluarganya dan mertua aku. Dia dah tolong belikan di Tg Karang. Dia dah survey beberapa tempat tapi di Tg Karang yg paling murah. Jenis alloy. Ringan dan senang dikawal. Sekarang barulah senang kalau emak aku nak merempit hahaha

Aku ada bertanya di fb tentang kerusi roda. Terima kasih kpd kawan2, saudara mara dan jiran tetangga yg telah memberi pandangan dan pendapat. Antara mereka yg juga rakan blogger ialah Sally dan kak ct.

Adam bergaya di kerusi neneknya. Lepas ni dia pulak nak merempit dgn kerusi roda ni.

Monday, July 26, 2010

Manis Manis Garam

Aku memberi salam manis tanpa gula kpd seorg kawan aku di angin lalu petang tadi. Salam manis tanpa gula ni aku cilok dari DJ Radio Malaysia hujung tahun 70an iaitu Mustaza Maah dalam rancangan popularnya bersama Dahlia Atan masa tu. Nama rancangan yg disiarkan setiap pagi Sabtu tu ialah Manis Manis Garam.

Rakan aku balas dgn kata," baguslah tu sebab gula dah naik harga."

Aku pula kata, "Gunalah madu!"

Dia, "Mengerikan."

Aku,"Apa pulak mengerikan? Menyeronokkan bagi lelaki hehehe "

Bila sebut pasal madu ini kebanyakan wanita menjadi sensitif. Sebahagian lelaki pula cepat teruja tak tentu pasal macamlah berani sangat nak tambah lagi satu.

Minggu lepas apabila tersiar berita Maya Karan bercerai, ada yg pasang angan2 nak pasang lagi satu. Kepada mereka itu aku ucapkan teruskanlah angan2 itu. Korang ingat senang2 nak kalahkan Kemi Sahak tu hehehe.

Hari Ini dan Semalam

Hari ini aku busy tahap gaban. Ada org kata busy macam mesin popcorn. Tak kiralah sibuk tahap apa atau macam apa, tapi kira sibuklah pagi ni. Aku sedang mengejar CCC utk dua projek yg dah siap di Klang. Aku juga sedang berusaha bersungguh2 utk mendapatkan kelulusan utk memulakan kerja2 awalan di sebuah tapak projek di Shah Alam. Selain tu ada lagi 2-3 projek yg memerlukan perhatian agar berjalan lancar.

Itu kisah hari ni.

Semalam aku pergi menghantar pengantin anak jiran bertandang ke sebelah lelaki. Aku ada update di facebook. Kat blog ni sekadar gambar makanan yg ganjil tu. Macam2 tekaan. Ai like hehehe Nanti aku beritahu jawapannya.

Sebelah petang semalam kami balik kampung emak Adam. Pukul 11 malam baru sampai rumah. Aku update kat fb aje semalam.

Ok aku nak ke pejabat setiausaha sykt. Ada urusan di sana.

Jumpa kalian kemudian. Chow cincau.

Sunday, July 25, 2010

Apa ke benda ni?

Kalau pandai cubalah teka.

Aku menyertai rombongan pengantin anak jiran aku ke sebelah pengantin lelaki. Majlis diadakan di dewan MPS Taman Gombak.

Hidangan perghh.

Ada satu yg nampak ganjil spt dlm gambar. Cuba teka apa tu.
Sent via BlackBerry from Maxis

Saturday, July 24, 2010

Bertamu Di Rumah Sendiri

Kami ke Bukit Bintang petang tadi. Ramai pelancong di sana.

Malam ni kami nak dinner di luar. Ala2 pelancong gitu hehehe

Malam ni aku dan emak Adam nak tidur di bilik tamu rumah kami.

Bukan sbb nak rasa jadi tetamu di rumah sendiri tapi sebab air cond di bilik tidur utama rosak muahaha
Sent via BlackBerry from Maxis

Friday, July 23, 2010

Pelbagai Cara Menderma Kepada Masjid

Sempena hari Jumaat yg mulia ni aku nak mengajak rakan2 semua menderma utk masjid dan surau. Lebih2 lagi Ramadan akan tiba tak lama lagi. Kalau ada rezeki lebih tu eloklah 'dilaburkan' utk saham Akhirat.

Sekarang sudah ada pelbagai cara jika mahu menderma ke masjid. Di bawah ni aku tontonkan antara cara2 yg terdapat di masjid berhampiran rumah aku. Masjid ni cuma 750m dari rumah aku walaupun ianya di negeri lain dari negeri tempat aku tinggal.

Tong derma. Tak kira samada kotak kayu atau yg kukuh mcm dlm gambar ni. Perhatikan pembaris besi utk rodok duit supaya betul2 masuk. Kalau tidak mungkin ada org yg pancing keluar duit derma tu.

Skrg ada masjid yg menggunakan mesin derma mcm mesin ATM ni. Boleh guna kad kredit, kad ATM, cek atau tunai. Tapi kalau setakat nak masuk seringgit, guna aje peti biasa seperti di bawah ni

Peti derma diletakkan di depan tangga supaya senang org nak menderma

Selain dari mesin derma yg canggih mcm mesin ATM tadi, ada sebuah lagi mesin yg dipanggil ekpress kiosk. Kira adik kpd mesin yg canggih tu. Kalau tak pernah lihat, ini dia rupanya.

Ekpress kiosk boleh menerima kad kredit

Dengan segala macam cara utk menderma, aku ucapkan Selamat Menderma!

Thursday, July 22, 2010

Pisang Tanduk Buat Ku Tak Sempurna

Antara rakan blogger yang sering singgah di blog aku adalah Aku Tak Sempurna aka KTS. Dia sering mengusik aku dgn komen2 'nakal'nya.

Tulisan di blognya mempunyai maksud yg mendalam walaupun adakalanya santai. Gaya bahasa yg baik membuat tulisan di blog aku ni kelihatan seperti tulisan budak gagal Penulisan UPSR. Takpelah itu kelebihan dia walaupun dia kata dia tak sempurna.

Aku tertarik dgn n3 tentang dia mencari pisang tanduk. Sudah 2 n3 berkenaan usaha gigihnya mencari pisang tanduk tetapi tak berjaya.

Semalam aku pergi ke pasar Chow Kit menghantar emak Adam untuk mencari barang dapur. Aku pergi waktu pejabat tapi aku peduli apa sebab pejabat aku adalah rumah aku. Korang yg kerja makan gaji terutama yg kerja gomen jangan pula buat macam aku ni.

Semasa kami di gerai menjual daging emak Adam tanya samada aku nak pisang tanduk. Gerai pisang betul2 di sebelah gerai daging.

Setelah berfikir (cewah) aku pun memberitahu emak Adam takpelah. Kami baru makan pisang tanduk beberapa hari lepas. Teringat aku kepada KTS. Kenapalah tak nak datang sini kalau nak cari pisang tanduk. Ada banyak tu. Tak caya tengok gambar di bawah ni.

Pisang tanduk yg belum berapa masak. Nak yg dah kuning pun ada

Moral of the story: Kalau nak mencari sesuatu, carilah di tempat di mana anda boleh mendapatkannya. Jangan mencari di tempat yg tiada benda itu. Begitu juga di dalam mencari bahagia.

Nota kaki - blog KTS berhenti rehat utk satu masa yg belum ditentukan. Mungkin dia mahu mencari bahagia.

London Here We Come!

Dari komen2 yg aku terima utk n3 yg lepas, ternyata ada banyak tempat di Malaysia yg menggunakan nama seperti di luar negara. Atau mungkinkah mereka yg cilok nama dari kita?

Tempat2 ini aku boleh kategorikan kpd 2:

Yang sebijik gunakan nama seperti di luar negara. Contohnya:
1) Sungai Manila di Teluk Intan - kampung ckLah tu hehehe
2) Kg Paris di Sandakan
3) Canada Hill di Miri, Sarawak - tempat minyak mula2 ditemui
4) Kg Arab di Port Dickson
5) Kg New Zealand di Maran, Pahang - Felda tu
6) England Garden di Seremban - nasib aku tak jadi kahwin awek TESL tu hehehe
7) Tok BALI di Kelantan - boleh ke masuk kategori ini?


Yang diubahsuai menjadi macam tempat di luar negara. Contohnya:
1) PILAHdelphia utk Kuala Pilah
2) Paris utk Parit, Perak
3) MASAIchusett utk MASAI, Johor
4) KULAIfornia utk Kulai, Johor
5) GOPENGhagen utk Gopeng, Perak
6) London utk Londah, NS
7) Poland utk Palong juga di NS. Felda jugak tu


Oh ya ada lagi satu kategori iaitu nama tempat di sini sama dgn yang di luar negara cuma telah dialih bahasa ke BM. Contohnya:
Kota Baru untuk Newcastle

Oklah aku nak sambung kerja ni. Nak kumpul duit nak bawa emak Adam pergi London. Bye

Wednesday, July 21, 2010

Isabella

Aku dan emak Adam sama2 menonton drama Isabella di Astro tadi. Org kata hebat citer ni mcm Adamaya. Minggu lepas aku sempat tengok dah kat hujung sebab anak2 sibuk tengok Upin dan Ipin. Emak Adam langsung tak dan tengok minggu lepas.

Tadi kami sama2 layan menonton mcm tengok wayang Day and Knight hari tu. Cuma popcorn aje takde sebab 2 bungkus yg aku beli di pasar malam Sabtu lepas dah habis.

Di hujung citer tu Isabella (lakonan Vanida Imran) ada menyebut kpd Rosyam Nor, "Kita jumpa di London!"

Emak Adam pun ajak aku pergi makan angin di London!

Ini yg lemah tengok drama yg shooting di luar negara ni. Takkanlah aku nak ke London. Kalau dgn emak Adam aje boleh tahan lagi tapi kalau sekeluarga, mahu kami kena puasa sampai hujung tahun nak kumpul duit.

psst - lain kali shooting ajelah kat NS atau Perak. Kat Seremban pun ada juga England Garden hehehe

Tuesday, July 20, 2010

Kau Pergi Jua

Pagi ni aku teringat lagu Adam Ahmad apabila aku melihat ikan2 koi yg kami beli di pasar Pudu hari Ahad lepas mati. Ini bukan kali pertama kami letakkan ikan koi di dalam kolam di rumah kami ni.

Ini dia kolam yg siap dgn air terjun


Sebelum ini pun dah beberapa kali kami masukkan ikan koi. Ada yg besar (seekor RM20) yg dibeli oleh Hazwan tak lama dulu. Tak lama lepas dimasukkan ke dalam kolam tu, ikan mula mati seekor demi seekor. Sindrom big fish in a small pond agaknya. Macam org yg terer takkan nak kerja dgn sykt kecil hehehe apa kena mengenanya ni YB?

Lepas tu kami beli ikan yg sederhana. Seekor RM6. Seronok tengok ikan2 itu bermain. Bukan kami aje yg seronok tengok tapi kucing pun seronok juga rupanya. Bila kami tiada, kucing tu dok tunggu tepi kolam dan akhirnya berjaya membawa lari seekor ikan.

Pengajaran: bila kita seronok melihat sesuatu ada makhluk lain juga seronok tengok benda tu. Jadi berhati2lah menjaga barang yg kita sayangi.

Selepas beberapa bulan, habis ikan2 itu mati satu demi satu termasuk yg melompat keluar.

Kalau aku boleh cakap kat ikan yg melompat tu aku nak nasihatkan dia: "kalau kamu tak tahu apa yg diluar sana, lebih baik kamu tunggu ajelah kat dalam kolam tu!"

Setelah kematian ikan2 tu lama juga kami biarkan kolam itu kosong. Akhirnya Ahad lepas kami ke Pasar Pudu sekali lagi untuk membeli ikan2 koi lagi. Kali ni emak Adam pilih yg kecil sikit. Seekor baru RM2. Beli 10 ekor + 2 ekor ikan Bandaraya.

Malam Isnin masa aku keluar, aku lihat seekor ikan dah melompat keluar. Masih bernyawa - nyawa2 ikan (ikan memanglah nyawa ikan hahaha). Aku masukkan semula ke dalam kolam dan ia berenang seperti biasa. Oh nak panjang umur kau. Kalau aku tak keluar, keringlah kau sampai pagi.

Semalam semasa aku nak ke surau solat Zohor, aku lihat seekor lagi dah melompat keluar. Ikan2 kali ini memang lincah. Saja emak Adam pilih yg lincah2.

Ikan yg melompat tu dah dikerumuni oleh 2 ekor lalat. Aku sangka dah mati. Aku suruh Atikah buang dalam tong.

Apabila aku balik dari surau, ikan itu dah takde. Aku ingat mesti dah dibuang dalam tong tapi rupanya emak Adam masukkan dalam mangkuk di kolam itu kerana semasa hendak membuangnya, ekornya masih bergerak. Ini barulah nyawa2 ikan. Mangkuk itu digunakan sebagai sick bay utk ikan yg dah nak mati. Oksigen di situ mungkin lebih banyak kerana airnya berputar. Terapi yg berkesan utk menyelamatkan ikan yg dah nak gol. Dengan izin Allah ikan itu segar semula lalu dipindahkan ke dalam kolam bersama kawan2nya.

Emak Adam beritahu aku, "lain kali jgn cepat buat andaian ikan tu dah mati sebelum check betul2 walaupun dah dikerumuni lalat. Cuba selamatkan dulu baru buat kesimpulan,"
Ambik ko satu das YB

Pagi ini aku lihat 3 ekor dah pergi menyahut panggilan Ilahi. Aku masukkan ke dalam mangkuk spt gambar di bawah ni tapi apakan daya mereka pergi jua.

Tak dapat diselamatkan walaupun dimasukkan ke dalam mangkuk

Agaknya kalau aku jual ikan2 ni 3 ekor RM4 ada tak org nak beli? Goreng pun sodap


Monday, July 19, 2010

Tinggi Sungguh Imaginasi Korang

Semalam aku buat satu n3 yg aku rasakan biasa2 saja. n3 yg aku buat sambil tunggu emak Adam bersiap utk keluar makan kerana dapur kami cuti semalam sempena hari minggu.

Dari komen yg aku dapat, ada yg aku rasa membayangkan perkara lain pula terutama bila membaca ayat2 di permulaan n3 tu. Memang hebat imaginasi korang. Aku tergamam dan tak mampu nak balas komen2 tu sehingga pagi ni!

Aku juga minta maaf kepada pembaca yg belum berumah tangga yg singgah ke sini tapi segan nak baca (ya ke tu? ngeee) kerana pada tajuk n3 tu aku letakkan ayat "Untuk Yang Dah Berkahwin Saja". Tujuan aku kerana kisah semalam lebih relevan kpd mereka yg dah berkahwin. Aku minta maaf kalau disebabkan ayat tersebut korang (yg bujang2) tak jadi nak baca.

Sebenarnya n3 aku boleh dibaca oleh sesiapa juga. Kalau tak, buat apa aku buat posting tu.

Aku menghargai kunjungan korang ke blog aku dan sangat berterima kasih di atas komen2 korang. Aku harap korang teruskan melawat blog ini.

Sunday, July 18, 2010

Kisah Pagi Minggu - (Untuk Yang Dah Berkahwin Saja)

Lepas solat Dhuha pagi tadi aku tengok Adam sedang syok menyusu dgn emaknya. Aku pun terasa nak join sekali. Ish korang ni. Bukan join menyusulah tapi join baring hahaha.

Aku tengok Adam tak bagi chance langsung. Lepas hisap yg kiri dia tukar yg sebelah kanan pula. Akhirnya aku pun terlelap dalam penantian huhuhu

Aku tertidur entah berapa lama (maklumlah letih rewang rumah org kahwin semalam ecece). Tiba2 emak Adam ajak anak2 kami bersarapan di luar.

"Pagi ni kita sarapan kat luar. Hari minggu dapur pun tahu nak cuti," kata emak Adam kpd anak2nya. Tapi aku tahu targetnya adalah aku.

Aku yg separuh sedar ni pun bingkas bangun lalu memandikan dua org anak aku itu.

"Jom kita pergi, dah ready ni!" kata aku sebaik menyiapkan anak2 dan diri sendiri.

"Nak basuh pakaian tu dululah bang," kata emak Adam seperti cuak kerana nampak aku dah ready

"Semalam dah tak basuh sebab pergi tolong rumah org kahwin," sambungnya memberi sebab.

"Takpelah. Pergilah basuh dulu," kataku.

Sempatlah aku tengok blog sementara emak Adam basuh pakaian hahaha

Saturday, July 17, 2010

Bungkus

Kaum ibu dgn pakaian seragam perang (brown not war) membungkus lauk pauk utk penanggah

Majlis kenduri kahwin jiran kami sudah selesai dgn jayanya. Aku bangga dgn sikap tolong menolong jiran2 di sini. Sama2 turun padang tanpa mengira pangkat. (Ramai org taman kami ni berkedudukan tinggi tak mcm aku yg duduk rumah).

Tepat pukul 4 ptg, meja mula dikemas dan sejam kemudian siaplah kerja2 pembersihan. Sampah yg berplastik2 juga siap dibuang ke tong besar DBKL di pasar Dato Keramat.

Malam ni semuanya akan tidur nyenyak keletihan kecuali pengantin kot hahaha
Sent via BlackBerry from Maxis

Rojak Buah

Gotong royong menyediakan bahan2 utk rojak buah.

Macam2 nak dibuat. Apalah kau ni YB. Asyik blogging aje. Dah pergi buat kerja!

Hehehe
Sent via BlackBerry from Maxis

Friday, July 16, 2010

Semoga Berbahagia Hingga Ke Akhir Hayat

Tok kadi sedang berkhutbah

Petang ini berlangsung upacara akad nikah puteri mantan Pengerusi surau tempat kami. Sama2 org KL. Sama2 cikgu. Sama padan.

Ramai lagi yg akan bernikah di Taman kami lepas ni rasanya.
Sent via BlackBerry from Maxis

Apa Yang Anda Mungkin Tak Tahu Bila Minyak Naik Harga

Harga minyak naik lagi mulai tengah malam tadi. Penyampaian oleh PM lebih berhemah kali ini. Beliau tak kata naik harga tetapi pengurangan subsidi. Diberikannya angka2 untuk menjustifikasikan tindakan tersebut. Terpulanglah pada rakyat samada mahu menerima atau tidak. Apapun kalau kita isi minyak mulai hari ni, kita terpaksa membayar lebih.

Apa yg aku nak ceritakan ialah setiap kali berlaku perubahan harga bahanapi (tak kira naik atau turun - ya dulu harga minyak pernah turun), sykt minyak terpaksa mengubah harga di pam seluruh negara.

Masa aku kerja dgn sykt kulit kerang dulu, aku pernah bertanggungjawab memastikan harga diubah tepat pada masanya. Biasanya kami iaitu org2 yg tertentu di sykt minyak akan diberitahu mengenai kenaikan atau penurunan harga minyak sehari atau kadang2 beberapa jam sebelum perkara ini diumumkan oleh menteri bertanggungjawab. Jadi kami kenalah bersedia. Kami akan beritahu kontraktor utk mengarahkan pekerja2 mereka standby. Tapi sehingga harga baru diumumkan kami tidak dibenarkan memberitahu maklumat ini kpd sesiapa. Kira Rahsia Rasmi Kerajaan. Jangan main2 boleh kena OSA.

Sebaik harga diumumkan, kontraktor akan menghantar pekerja mereka utk mengubah harga dipam. Stesen 24 jam kita tak boleh ubah sebelum pukul 12 malam. Stesen2 di pendalaman yg biasanya tutup lebih awal akan kami ubah harganya sebaik stesen2 tersebut ditutup. Ada stesen yg jauh di pendalaman yg mana pekerja terpaksa mengambil masa yg lama utk sampai ke sana.

Kalau harga minyak naik dan pekerja kami tak sempat mengubah kpd harga baru, dealer akan komplain kerana dia rasa dia rugi (tak rugi pun sbb dia beli dgn harga lama). Tapi yg lebih memeningkan kalau harga minyak turun dan pekerja kami tak sempat mengubah harga sebelum stesen itu beroperasi esoknya, org ramai akan komplain. Siaplah org kementerian cari bos kami kerana menjual dgn harga yg lebih tinggi.

Ada satu masa tu, harga minyak asyik turun naik macam yoyo. Setiap beberapa bulan harga akan berubah. Kami terpaksa standby setiap hujung bulan kerana biasanya harga baru akan dikuatkuasakan pada 1 hb kecuali 1 hb Sep kerana kerajaan tidak mahu dilabel memberi 'hadiah' kemerdekaan dgn menaikkan harga minyak hehehe.

Ada sekali itu aku terpaksa balik ke HQ dari temasya sukan utk semua kakitangan Engineering Shell di PD kerana bersedia utk kenaikan harga minyak. Tunggu punya tunggu harga tak jadi naik. Buang karan dan potong stim betul. Ramai aweks bergumbira di pantai Port Dickson huhuhu.

Sekarang dgn kemajuan ICT, setiap kali harga minyak berubah, sykt minyak hanya perlu tekan butang di HQ masing2 dan secara automatik harga di pam seluruh negara berubah.

Thursday, July 15, 2010

Pengomen Pertama

Ada blogger suka jadi pengomen pertama. Seperti satu pencapaian kalau berjaya. Kalau nak jadi yg pertama kadang2 jangan baca n3 tu dulu. Nanti org lain dah potong line. Book tempat aje dulu. Kadang dah buat macam tu pun masih ada org lain dapat no 1 spot tu. Ceit.

Jadi kena cari cara lain. Apa caranya ya?

Minta org tu beritahu dulu sebelum post n3 baru. Call ke, sms ke atau apa2 caralah.

Jangan percaya kisah merapu di atas tu. Cuma rekaan semata2.

OKlah saya nak pergi meeting ni.

Wednesday, July 14, 2010

Sudahkah Anda Menyumbang?

Emak mertua sepupu aku yg tinggal di Taman Melawati meninggal dunia pagi tadi kerana sakit tua. Aku ke masjid di sana petang tadi. Jenazah disembahyangkan selepas solat Asar sebelum dibawa ke tanah perkuburan berhampiran.

Semasa talkin, yg mati dan yg hidup diingatkan tentang alam kubur dan Hari Akhirat.

Hidup kita di dunia ini tak lama. Purata dalam 60 -70 tahun. Mungkin ada yg sampai 80 - 90 tahun tapi kalau semua dah tak kuat dan nyanyok pula tu tiada gunanya hidup lama2.

Itu bagi yg panjang umurnya. Ada pula yg muda dah mati. Kemalangan, demam denggi (dah dekat 90 org mati tahun ni saja), H1N1, barah (siapa yg hisap rokok tu ingat sikit), lemas, kena serangan virus misteri dan macam2 punca lagi.

Semasa kita hidup di dunia ini dan sebagai insan semestinyalah kita menyumbang sesuatu. Kalau tiada sebarang sumbangan memang buat semak dunia aje. Nak sumbang apa? Takkan nak minta sumbangkan lagu kot

Sebagai manusia kita kena menyumbang kepada KEMANUSIAAN dan sebagai insan yg hidup kita kena menyumbang kepada KEHIDUPAN.

Sudahkan anda menyumbang?

888. Cantik nombor batu. Setelah kita mati, ini semua tak bererti lagi huhuhu

Sent via BlackBerry from Maxis

Oh Burung

Pagi ini seperti biasa aku mendengar kicauan burung2 yg berterbangan di sekitar kawasan rumah aku. Alhamdulillah aku masih dihidupkan pagi ini dan alhamdulillah kerana aku masih boleh mendengar.

Aku pernah buat n3 tentang burung ini tapi aku nak buat sekali lagi. Aku teruja. Aku teruja dgn burung2 tersebut tetapi aku lebih teruja pengajaran dari kehadiran mereka dan kehebatan Pencipta dan Pemberi rezeki mereka - Allah.

Sebelah pagi burung selalu datang ke kawasan rumah aku mencari makan. Ada beberapa pokok palma yg buah2nya menjadi makanan kpd burung2 itu. Ada mcm2 jenis burung. Cantik2 warnanya. Subhanallah.

Seekor burung berwarna kuning dan hitam (sebelah bawah gambar) sedang hinggap di pokok mencari makan

Aku tak tahu di mana mereka tinggal tapi mereka tahu di kawasan rumah aku ada rezeki buat mereka. Setelah menikmati apa yg patut mereka akan terbang ke tempat lain. Beri peluang burung2 lain pula merasa rezeki Allah tu.

Oh burung. Banyak pengajaran tentang kehidupan aku perolehi hanya dgn melihat kelakuan kalian.

Tuesday, July 13, 2010

Makanlah Apa Yang Ada Aje

Aku balik lewat lepas Isyak di surau tadi sebab malam ni ada kelas tasawuf. Bila aku sampai rumah aku lihat dapur dah gelap. Mungkin emak Adam dan anak2 aku dah makan malam. Maklumlah dah dekat pukul 9:30 malam masa tu.

Aku pun naik ke bilik dan bertanya kpd emak Adam samada dia dah makan.

Haikal dan Haizam dah kenyang makan makanan yg emak Adam beli di pasar malam petang tadi. Macam2 ada: kuih akok mustafa, ketam goreng, sotong PAUL goreng, apam balik dan kebab. Tak hairanlah kalau mereka tak nak makan nasi.

Emak Adam kata dia pun masih kenyang.

Kalau nak makan lauk tengahari tadi masih ada.

"Nak saya masak lain ke?" tanya emak Adam.

"Eh takpelah. Abg tak kisah. Abg ni simple. Makan apa yg ada aje. Abg tak pernah makan apa yg takde!" kataku.

"Yalah. Yang takde macamana abg nak makan?" balas emak Adam tersenyum sinis.

Sunday, July 11, 2010

Seremban pd waktu mlm

Hentian bas teminal 1 pd 8.25mlm

Dlm pejalanan blk selepas anta afifah...apemacam,boleh jd ayah mithali tak? Atau ayah rastali?
Sent via BlackBerry from Maxis

D Kerisek

Petang semalam aku diundang ke majlis perasmian Restoran D Kerisek milik rakan2 aku.

Sebahagian mereka itu jurutera. Salah seorg pemegang saham tu ialah Nana iaitu peserta yg memenangi hadiah RM100K dalam siri Jangan Lupa Lirik di Astro. Dia jadi chef. Restoran mereka di Seksyen 9 Bandar Baru Bangi.

Aku datang dgn 3 org anak2 aku. Emak Adam teringin juga nak pergi tapi kesiankan Adam yg tengah tidur masa tu. Lain kalilah kot. Mungkin aku dah buat promo ni mereka bagi kami makan free lagi hehehe

Upacara perasmian telah disempurnakan oleh Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kajang iaitu Dato' Hassan Nawawi. Beliau inilah yg telah menjelajah dunia menaiki basikal beberapa tahun lepas semasa menjadi YDP MP Port Dickson.

Dato' Hassan (berbaju merah) bersama salah seorg pemilik restoran ni (berjaket hitam). Abaikan yg berbaju batik kuning - sibuk nak enterframe aje orang tu.

Juga dijemput hadir ialah Ketua Polis Daerah Kajang di samping anak2 yatim dari Darul Izzah.

Anak2 yatim menerima cendarahati dari tauke restoran. Beliau ni dulu staf aku

Bergambar kenangan dgn org kuat D Kerisek

Kepada rakan2 aku yg menceburkan diri di dalam bidang jualan makanan ni aku ucapkan selamat maju jaya.

Korang rasa kalau aku bergabung tenaga dgn emak Adam buka restoran boleh maju tak?

Saturday, July 10, 2010

Mee Bandung Dan Jemputan Majlis Kahwin

Pagi tadi emak Adam tanya aku, "nak makan apa hari ni? Mee, meehoon atau kueh teow?"

"Apa2 ajelah," jawab aku tak semangat. Aku tahu mesti bukan itu jawapan yg dikehendaki keluar dari mulut aku. Orang perempuan kalau bertanya mahukan jawapan yg definitif. Susah utk dia lakukan pun akibat jawapan itu takpe asalkan jawapan tu jelas.

Aku sedar kesilapanku. Aku cuba membetulkan keadaan. nak cover ego pun ya jugak

"Kan kita nak ke majlis kenduri kahwin hari ni. Dua tempat pulak tu. Jadi masaklah apa saja. Abg tak kisah," sambung aku cuba memberi justifikasi jawapan terdahulu.

"Yalah kita mmg nak pergi majlis tu, tapi yg kat rumah tu nak makan apa?" balas isteriku merujuk kpd emak aku (nenek Adam) dan anak2 yg akan ditinggalkan di rumah.

Ambik ko sedas, YB!

"Kalau masak kueh teow tu pun elok jugak. Lama2 sangat disimpan pun ia akan keras," yo yok oh aku memberi saranan.

"Masak mee bandung tak best ke bang?" tanya isteri aku.

Aku tahu dia dah mmg bercadang nak buat mee bandung bila dia tanya mcm tu. Janganlah dihalang kemahuannya itu.

Kelengkang kelengkung kelengkang kelengkung akhirnya siaplah mee bandung tu. Aku tolong tumbuk bawang aje. Lain tu emak Adam yg buat sendiri.

"Nah tolong rasa kuah ni bang," sambil menghulurkan kuah di hujung senduk.

"Aku nak hirup aje dari senduk tu (takde org nampak pun hehehe) tapi emak Adam suruh aku hulurkan sudu kat dia. Org perempuan memang teliti. Tabik.
"Ermmmm bolehlah tu," kataku.

"Apa yg boleh?" tanya emak Adam tak puas hati.

"Rasanya oklah tu," balas aku.

"Awakpun boleh rasa jugakkan. Takkan tukang masak tak boleh rasa?" tanyaku.

"Tekak saya masih sakit. Tak boleh nak rasa sangat," jelas isteriku.

Oh ya. Baru dulu semalam keluarkan duri ikan yg tersengkang di kerongkongnya.

Ini dia mee bandung emak Adam. Kalau buka kedai mesti laris sebab macam2 ramuan ada. Yang ini takde sayur sebab akukan tak suka makan sayur hehehe

Oklah. Aku nak solat sebelum pergi tengok pengantin.

Friday, July 9, 2010

Biar Putih Tulang

Inilah duri/tulang ikan mayong yg berjaya dikeluarkan dari kerongkong emak Adam

Setelah usaha mengeluarkannya dgn cara biasa menemui jalan buntu, doktor terpaksa tidurkan (bius) emak Adam selama lebih sejam utk menarik tulang ini keluar.

Terima kasih kpd rakan2 blogger yg telah mendoakan, bertanya khabar, sms atau BBM tentang keadaan emak Adam.
Sent via BlackBerry from Maxis

Thursday, July 8, 2010

Masih Di Dewan Bedah

Emak Adam siap utk ditolak ke OT Asar tadi

Setelah usaha mengeluarkan duri/tulang ikan yg tersengkang di kerongkong emak Adam oleh doktor di klinik dan pakar ENT di Pusrawi secara sedar tidak berhasil, pakar terpaksa melakukan pembedahan.

Emak Adam terpaksa di bius seluruh badan. Dia mula dioperasi sebelum pukul 5 ptg tadi. Sehingga aku buat n3 ini, dia masih belum keluar dari OT.

Harap rakan2 dpt doakan keselamatannya dan boleh pulang hari ini. Kesian Adam menyusu badan.
Sent via BlackBerry from Maxis

Sakitnya Tercucuk Duri Ikan

Malang tak berbau.

Malam tadi emak Adam temankan Atikah makan pada pukul 11 malam. Petang semalam kawan2 Atikah datang ke rumah. Dia hidangkan kawan2nya tu minum petang siap dgn samosa dan kentang goreng. Kiranya dah kenyanglah. Itu yg dia tak makan nasi malam tadi. Tapi entah mcmana dah pukul 11 malam dia turun ke dapur utk makan, Emak Adam pun temankan dia makan. Lauk asam pedas ikan manyong (betul ke aku eja ni?).

Aku di bilik atas bermain dgn Adam sambil tengok blog dan fb.

Tiba2 Atikah beritahu aku emak Adam tertelan duri ikan. Dia cuba keluarkan tapi tak berjaya. Dia cuba telan dgn gumpalan nasi pun tak berjaya. Aku turun utk melihat keadaan. Aku lihat emak Adam sedang menahan sakit sehingga meleleh airmatanya.

Aku cuba menolong tapi apa sangatlah yg boleh aku lakukan. tu lah suruh jadi doktor tak nak.

Malam tadi berbagai ikhtiar telah kami lakukan tetapi semuanya menemui jalan buntu.

Aku telefon klinik tapi mereka suruh hantar hospital. Kalau pergi hospital malam2 belum tentu ada doktor yg boleh keluarkan duri tu. Sudahlah tu, Adam kalau malam tidur kat ketiak emak dia sebab dia menyusu badan. Sepanjang malam emak Adam tak tidur kerana menahan sakit dan rasa tak selesa yg amat sangat.

Pagi ini nak bawa dia pergi hospital. Harap-harap boleh dikeluarkan duri itu dgn mudah dgn kelengkapan yg ada di hospital dan kepakaran doktor di sana.

Wednesday, July 7, 2010

Jom Sarapan

Kueh teow goreng basah oleh emak Adam

Aku nak ke Shah Alam pagi ini tapi terpaksa ditunda kerana ini.

Penantian yg berbaloi ekeke
Sent via BlackBerry from Maxis

Tuesday, July 6, 2010

Org Lelaki Memang Tak Peka

Khamis lepas semasa aku dalam perjalanan ke Shah Alam aku pasang radio Sinar FM. Alaaa radio yg kalau malam banyak muaahhh muaahhh tu. Selalu aku tak dengar pun radio ni.

Ada seorg pendengar menghantar sms kpd Abby Fana yg menjadi DJ pagi tu. Dia mengucapkan selamat ulang tahun ke 40 kpd suaminya. Pendengar tu siap beritahu suaminya tak pernah pun ingat harijadi dia (si isteri) dan anak2 mereka apalagi nak ucapkan happy birthday.

Aku rasa bukan suami dia seorg aje yg mcm tu. Ramai lelaki yg tak kisah tarikh2 penting ni. Bagi mereka semua hari tu sama aje. Mereka lebih sibuk dgn urusan mencari rezeki dan menambah pendapatan utk keluarga. Atau kalau sekarang ni sibuk dgn World Cup.

Sebaliknya, org perempuan selalunya akan ingat tarikh2 ini.

Contohnya, emak Adam boleh ingat tarikh harilahir bukan setakat utk aku dan anak2 kami tetapi adik beradik, ibubapa, dan anak2 saudara yg berpuluh2 org tu.

Aku tabiklah!

Monday, July 5, 2010

Berjumpa Dgn Tasik Merah Yang Glamer Itu

Semasa aku dan famili aku baru nak settle selepas mendapat meja di ikan bakar Umbai malam Ahad tu, tiba2 aku dapat satu sms.

Teks asalnya aku tak ingat sangat sebab aku dah padamkan tapi penghantar sms tu tanya samada aku kat Umbai ke? Nama dia dalam hp aku N*** Tasik Merah

Aku pun jawab ya. Mungkin dia tahu sebab dia baca blog atau fb aku sebelum aku sampai Umbai tu.

Aku tanya dia balik, "ko kat mana?"

Tak lama lepas aku hantar mesej tu ada seorg wanita melambai2 kpd aku dari meja sebelah. Dia bersama keluarganya - Darren dan MC serta pakcik dan makciknya yg datang dari Teluk Intan.

Tasik pun datang ke meja aku. Aku pun perkenalkan dia dgn emak Adam dan keluargaku yg lain. Tasik membahasakan dirinya A** kpd emak Adam. Aku aje yg panggil dia N*** masa mula2 kenal dulu. Kami pun cerita begitu mesranya seperti dah selalu jumpa. Inilah ajaibnya dunia blog. Kita dah tahu banyak tentang rakan blog kita walaupun belum pernah berjumpa.

Kalau tasik tak sms atau tegur aku malam tu, mampus pasti aku tak kenal dia. Dia bukan nak sangat letak gambar dia kat blog. Ala2 gadis ayu macam tu. Lainlah aku yg muka aku ni sentiasa enterframe bila ada peluang. Sebut pasal peluang mari aku tempek lagi satu gambar aku kat bawah ni. Gambar solo wei

Di tepi perahu nelayan di tebing Sg Umbai sebelum pertemuan bersejarah itu

Tasik seorg yg peramah dan ceria. Jangan percayalah kalau dia kata dia pemalu.

Dia mengajak kami singgah ke rumah dia malam itu. Tapi kami habis makan pun dah pukul 11:11 mlm. Lain kalilah ya. Kalau ko datang KL jgn lupa roger aku.

Sunday, July 4, 2010

Jawapannya Ialah . . . .

Terima kasih kpd yg telah memberi respon utk soalan:

"Apakah tempat terkecil di dunia?" semalam.

Dukacita diumumkan tiada jawapan yg tepat telah diterima. Makanya tiada siapa yg dapat hadiah makan ikan bakar di Umbai dgn aku.

Jadi, aku pergi tak makan ikan bakar tu? Eh mestilah pergi sebab dah jauh2 ke Melaka. Dalam perjalanan aku kemukakan soalan itu kepada keluarga aku yg ada dalam kereta. Hampir2 mereka tak dapat jawab walaupun pernah aku kemukakan soalan yg sama tak lama dulu. Akhirnya Atikah berjaya memberi jawapan yg tepat dan alasannya pula diberi oleh emak Adam.

Yes! Mereka layak makan ikan bakar dgn aku hahaha.

Emak Adam dan Haikal memilih makanan laut

Oh ya. Nak tahu jawapannya ya?

Jawapannya ialah

?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?

Ujong Pasir!

Mesti kalian tahu betapa kecilnya sebutir pasir kan? Dahlah pasir tu kecil. Bayangkan betapa kecilnya kalau hanya hujungnya saja kah kah kah


psst - keputusan hakim adalah muktamad ngeeee

Saturday, July 3, 2010

Tempat Terkecil Di Dunia

Pagi ini hujan. Lepas Subuh aku mengaji dan menonton berita di tv. Lepas tu aku tewas dgn keheningan pagi. Anak2 aku semua tidur lagi kecuali Adam. Terpaksalah emaknya tidurkan dia. Dah alang2 tidurkan Adam lebih baik tidurkan ayahnya sekali hahaha

Skrg dah bangun pun (Mestilahkan. Kalau tak siapa pula yg buat update ni). Dah sarapan blurppp alhamdulillah.

Tengahari ni ada jemputan - jiran setaman adakan majlis perkahwinan anaknya. Dia gunakan khidmat katering rasanya. Jadi tinggal datang makan dan salam cangkuk.

Lepas tengok pengantin kami nak ke Melaka. Ada hal sikit kat sana.

Bercakap pasal Melaka, ada satu tempat di sana yg merupakan tempat terkecil di dunia.

Siapa tahu apa nama tempat tu?

Oklah aku nak siap2 ni. Jangan lupa bagi tahu apa nama tempat tu. Pemenang boleh ikut aku makan ikan bakar di Umbai petang ni hehehe

Friday, July 2, 2010

Anak Punai Anak Merbah, Anak Sungai Pun Berubah

Ingat tak lagi kisah burung merbah yg buat sarang kat pokok di laman rumah kami? Hah? Tak ingat? Takpe. Banyak lagi benda kat dunia ini yg kita nak ingat. Akhirat pun kena ingat juga. Ceit dah mula ke laut aku ni.

Apapun, dua hari lepas semasa hendak menjemur kain, emak Adam memanggil aku yg berada di dalam rumah opis aku.

"Bang, anak burung ni dah besar. Dah nak boleh terbang," jerit emak Adam dgn teruja.

"Haah abg dah nampak dah," kataku selamba. Org lelaki mana nak mengalah. Egolah tu.

Aku pun membawa Adam keluar - nak tunjukkan anak burung merbah tu kpd dia. Sebelum keluar sempat mencapai kamera yg memang sentiasa ada di atas meja aku. Sifat2 blogger tegar terserlah

Sebaik aku dan Adam sampai di tepi pokok tu, seekor anak merbah terbang dari sarangnya dan terus hinggap di gate rumah kami. Baru aku nak hampiri, ia terus terbang keluar dari kawasan rumah kami.

"Ada lagi seekor kot bang?" kata emak Adam.
"Nanti saya ambik kerusi," sambungnya.

Sarang tu agak tinggi dan kena gunakan kerusi kalau nak tengok.Sementara emak Adam masuk ke dapur utk ambil kerusi aku sambar bangku plastik yg ada di tepi rumah lalu naik ke atasnya.

Dengan sebelah tangan memegang Adam sebelah lagi memegang kamera. Aku hulurkan kamera tu di celah2 daun yg agak tajam tu dan mengambil gambar sarang burung tu.

Aku tengok gambar tu. Macam ada seekor lagi anak burung. Ini gambar tu.

Nampak tak anak burung tu?

Kalau tak nampak, korang ni pun macam aku jugak.

Emak Adam pun sampai membawa kerusi.

"Abg pakailah kerusi ni sebab ianya tinggi sikit," saran emak Adam.

Aku pun naik sekali lagi dan mengambil gambar ini pula.

Amacam? Kali ni nampak jelas anak burung yg kedua tu

Mungkin kerana terkejut, anak burung itu terbang keluar dari sarangnya. Penerbangannya yg pertama. Tidak seperti anak burung yg pertama, anak burung ni tak berapa kuat terbang lagi. Ia mendarat di atas rumput tak jauh dari pokok tu.

Pendaratan pertama. Kalau ada kucing, habislah dimakannya anak merbah ni

Kerana khuatir keselamatan anak burung itu, kami cuba menangkapnya. Malangnya ia terbang pula ke luar pagar.

Emak Adam mengambil tangguk ikan utk menangkap burung itu. Bibik rumah jiran yg nampak aksi kami, (aku beraksi dgn kamera sebenarnya hehehe) datang membantu.

Emak Adam cuba menangkap anak merbah menggunakan tangguk ikan

Akhirnya di dalam tangan yg selamat. Emak Adam memasukkan semula anak burung tu selepas Adam pegang2 burung tu.

Sepanjang kejadian tersebut, ibu dan bapa burung itu memerhatikan dgn risau dan sentiasa berterbangan di sekililing kami. Bukti kasih ibubapa terhadap anaknya.

Thursday, July 1, 2010

Ramainya Ibubapa Mithali Di Tempat Aku

Ibubapa duduk menanti giliran berjumpa guru

Hari ini sekolah Haizam dan Haikal mengadakan Hari Akedemik. Ibubapa diminta datang berjumpa guru utk mengambil kad laporan mulai pukul 2 ptg. Anak aku kedua2nya sekolah ptg. Seorg sek rendah, seorg lagi menengah.

Kebetulan aku ada urusan di Shah Alam tadi. Usai urusan aku bergegas ke sekolah walaupun baru pukul 1:40. Makanpun belum sempat. Rupa2nya dah ramai ibubapa kat sekolah. Ingat nak jadi bapa mithali tapi setakat bapa rastali ajelah huhuhu
Sent via BlackBerry from Maxis

Apa Tandanya Kalau Gatal Di . . . .

Orang kata kalau gatal di tapak tangan ada kena mengena dgn duit. Kalau tapak tangan sebelah kanan tandanya kita nak dapat duit tapi kalau yg sebelah kiri kita nak keluar duit.

Bagi aku itu ada betulnya. Dah acapkali. Kalau tiba2 tapak tangan kanan terasa gatal, tak lama lepas tu adalah rezeki. Kalau masa aku kerja makan gaji dulu selalu tapak tangan kanan aku gatal bila nak cukup bulan hahaha. Sekarang bila yg sebelah kanan gatal, mungkin bayaran dari klien nak masuk hehehe

Minggu lepas tapak tangan kiri aku rasa gatal. Aku dah suspen mesti nak kena keluar duit ni. Betul. Tak lama tu aku kena hantar kereta aku pergi servis utk 40,000 km. Aku kena seribu lebih huhuhu.

Kebelakangan ini bukan tapak tangan aku yg gatal. Tapi ketiak! bukan sebab kurap

Korang tahu apa tandanya kalau ketiak gatal?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails