Saturday, July 10, 2010

Mee Bandung Dan Jemputan Majlis Kahwin

Pagi tadi emak Adam tanya aku, "nak makan apa hari ni? Mee, meehoon atau kueh teow?"

"Apa2 ajelah," jawab aku tak semangat. Aku tahu mesti bukan itu jawapan yg dikehendaki keluar dari mulut aku. Orang perempuan kalau bertanya mahukan jawapan yg definitif. Susah utk dia lakukan pun akibat jawapan itu takpe asalkan jawapan tu jelas.

Aku sedar kesilapanku. Aku cuba membetulkan keadaan. nak cover ego pun ya jugak

"Kan kita nak ke majlis kenduri kahwin hari ni. Dua tempat pulak tu. Jadi masaklah apa saja. Abg tak kisah," sambung aku cuba memberi justifikasi jawapan terdahulu.

"Yalah kita mmg nak pergi majlis tu, tapi yg kat rumah tu nak makan apa?" balas isteriku merujuk kpd emak aku (nenek Adam) dan anak2 yg akan ditinggalkan di rumah.

Ambik ko sedas, YB!

"Kalau masak kueh teow tu pun elok jugak. Lama2 sangat disimpan pun ia akan keras," yo yok oh aku memberi saranan.

"Masak mee bandung tak best ke bang?" tanya isteri aku.

Aku tahu dia dah mmg bercadang nak buat mee bandung bila dia tanya mcm tu. Janganlah dihalang kemahuannya itu.

Kelengkang kelengkung kelengkang kelengkung akhirnya siaplah mee bandung tu. Aku tolong tumbuk bawang aje. Lain tu emak Adam yg buat sendiri.

"Nah tolong rasa kuah ni bang," sambil menghulurkan kuah di hujung senduk.

"Aku nak hirup aje dari senduk tu (takde org nampak pun hehehe) tapi emak Adam suruh aku hulurkan sudu kat dia. Org perempuan memang teliti. Tabik.
"Ermmmm bolehlah tu," kataku.

"Apa yg boleh?" tanya emak Adam tak puas hati.

"Rasanya oklah tu," balas aku.

"Awakpun boleh rasa jugakkan. Takkan tukang masak tak boleh rasa?" tanyaku.

"Tekak saya masih sakit. Tak boleh nak rasa sangat," jelas isteriku.

Oh ya. Baru dulu semalam keluarkan duri ikan yg tersengkang di kerongkongnya.

Ini dia mee bandung emak Adam. Kalau buka kedai mesti laris sebab macam2 ramuan ada. Yang ini takde sayur sebab akukan tak suka makan sayur hehehe

Oklah. Aku nak solat sebelum pergi tengok pengantin.

35 comments:

  1. pelik pulak kan..

    nape ramai laki tak suka sayur eh ?

    ReplyDelete
  2. huhuhuuuu......

    x sedap tekak lagi la tu.... sian dia..

    seb bek dia b buat bubur nasik jer.... semua kene makan ikut menu dia...

    sedap btl nmpk rupa mee tu..!

    ReplyDelete
  3. sungguh bahagia mendengar dialog orang dah lama berkawin yang masih berabang-abang.

    ReplyDelete
  4. tentang mee tu, tak dapat nak komen. kalau nak komen kena rasa dulu !

    ReplyDelete
  5. emak adam,
    poskan saya satu mangkuk boleh?

    ReplyDelete
  6. kalau aku tu... mmg penuh dgn sayur..

    ReplyDelete
  7. salam yb..

    "Ayang pun bole rasa jugak kan" tanyaku.

    "Tekak ayang masih sakit la anja.." jelas isteriku.

    alahai...comelnye kapel tu..

    kak ct masih lg bersaya2 dan berawak2 dr dulu..kini..dan selamanya..

    ReplyDelete
  8. Oooooooo, nak tengok pengantin...

    Selamat tengok pengantin ya...


    (Sambil buat-buat tak tengok mi bandung yang mengancam itu!)

    ReplyDelete
  9. en_me,
    mee emak Adam mmg sedap. Kalau tak ingat nak pergi majlis kahwin mesti saya tambah semangkuk lagi huhuhu

    ReplyDelete
  10. pB,
    kena mintak kat emak Adamlah. Segan saya nak mintakan sbb nanti dia tahu mee dia dah masuk blog ni hehehe

    ReplyDelete
  11. a.z.r.i.n.a.03.07,
    yg suka makan daun dan sayur ini ulat. Lepas tu jadi kupu2 atau rama2. Bagi lelaki tak macholah kalau mcm tu. Itulah sebabnya ramai lelaki tak makan sayur.

    Boleh pakai ke temberang saya ni? hahaha

    ReplyDelete
  12. Daun Bidara,
    Saya tak makan sayur tu utk beri peluang emak Adam menikmatinya sepuasnya hahaha.

    Terima kasih kerana cuba memujuk saya.

    ReplyDelete
  13. zonaku,
    haah masih sakit lagi tekak emak Adam. Pergi tempat pengantin tadi pun dia tak makan nasi tempat pertama. Tempat kedua makan sikit aje jgn tidak.

    Pengorbanan seorg isteri dan ibu utk keluarganya.

    Mee tu lebih sedap dari yg di Kajang tempat kita makan hari tu. Serius.

    ReplyDelete
  14. al-lavendari,
    Dari dulu emak adam panggil saya abg. Saya panggil dia **** atau ******. Tapi saja tak tulis dlm n3 ni ngeh3x

    ReplyDelete
  15. al-lavendari lagi,
    tak tahu pulak saya yg abg ni pengkritik masakan. Mesti dah selalu jadi hakim pertandingan memasak.

    Kalau hakim mmg dia kena ada fakta sebelum menjatuhkan keputusan hahaha

    ReplyDelete
  16. sI tEDI,
    emak Adam kata kalau poskan kering kuahnya. Tak sedap kalau takde kuah hehehe

    ReplyDelete
  17. PnConfused,
    ko dgn emak adam sama. Banyak sayur dari mee bila makan hehehe

    ReplyDelete
  18. kak ct,
    wsalam.

    Lina mmg panggil saya abg tak kira depan org ramai atau ketika kami berdua aje. Tapi saya panggil dia dgn panggilan yg berbeza depan org dan di bilik hahaha

    Tak kiralah bersaya2 dan berawak2 asal bahagia.

    ReplyDelete
  19. ckLah,
    baru balik dari tengok pengantin ni. Yg pertama di AU2 dan yg kedua jauh di Kuang sana.

    Ini nak pergi ke BBBangi pulak lepas Asar. Kawan merasmikan restoran dia.

    ReplyDelete
  20. sangat terliyuq tengok mee bandung tersebut!! srotttt....

    mak adam, mintak skett... hehe..

    eh, sy pun tak suka sayur tau.. haha..

    ReplyDelete
  21. gadis comel,
    datanglah sini kalau nak rasa mee bandung tu. Ada lagi sikit ni hehehe.

    Welcome to the club. Kelab org tak suka sayur hahah

    ReplyDelete
  22. Hamizah,
    Emak Adam mmg pandai dan rajin masak. Buktinya? Tengoklah badan saya ni huhuhu

    ReplyDelete
  23. rumah tepi... memang boleh bukak kedai tu... saya beli tapau je..

    ReplyDelete
  24. kalau zino nak rasa kena semangkuk bukan sesudu hehe

    ReplyDelete
  25. kita samala.....
    kita (saya) tak suka sayur....

    ReplyDelete
  26. a kl citizen,
    kalau meniaga tepi rumah tu nanti banyak pulak gerai kat stesen LRT tu yg tutup hehehe.

    Nak beli tapau boleh. Nak minta buat delivery service pun boleh sbb merangkak pun boleh sampai hahaha

    ReplyDelete
  27. zino,
    dasyat tu! Rasa aje pun dah semangkuk. Bila makan berapa mangkuk pulak lagi tu? ngeee

    ReplyDelete
  28. DrSinga,
    Yes! ada geng. Kalau kita buat persatuan awak boleh jadi Timbalan Presidennya. Presiden kenalah org lelaki sbb yg ramai tak makan sayur kaum jenis tu hehehe

    ReplyDelete
  29. a.z.r.i.n.a,
    takut jadi kutu2 malam hahaha

    ReplyDelete
  30. Salam Paman,

    Lama dah tak jenguk blog paman ni. Almaklumlah, melayan si kecik (yg tak berapa kecik tu) dan laptop pun selalu tak available kat rumah..

    Rupa2nya Paman pun tak suka makan sayur ye.. Hmm.. samalaah dgn si Hefni tu.. kalau makan kat luar, kena request "tak mo sayur, tak mo togeh, tak mo daun ketumbar".

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails