Thursday, July 22, 2010

Pisang Tanduk Buat Ku Tak Sempurna

Antara rakan blogger yang sering singgah di blog aku adalah Aku Tak Sempurna aka KTS. Dia sering mengusik aku dgn komen2 'nakal'nya.

Tulisan di blognya mempunyai maksud yg mendalam walaupun adakalanya santai. Gaya bahasa yg baik membuat tulisan di blog aku ni kelihatan seperti tulisan budak gagal Penulisan UPSR. Takpelah itu kelebihan dia walaupun dia kata dia tak sempurna.

Aku tertarik dgn n3 tentang dia mencari pisang tanduk. Sudah 2 n3 berkenaan usaha gigihnya mencari pisang tanduk tetapi tak berjaya.

Semalam aku pergi ke pasar Chow Kit menghantar emak Adam untuk mencari barang dapur. Aku pergi waktu pejabat tapi aku peduli apa sebab pejabat aku adalah rumah aku. Korang yg kerja makan gaji terutama yg kerja gomen jangan pula buat macam aku ni.

Semasa kami di gerai menjual daging emak Adam tanya samada aku nak pisang tanduk. Gerai pisang betul2 di sebelah gerai daging.

Setelah berfikir (cewah) aku pun memberitahu emak Adam takpelah. Kami baru makan pisang tanduk beberapa hari lepas. Teringat aku kepada KTS. Kenapalah tak nak datang sini kalau nak cari pisang tanduk. Ada banyak tu. Tak caya tengok gambar di bawah ni.

Pisang tanduk yg belum berapa masak. Nak yg dah kuning pun ada

Moral of the story: Kalau nak mencari sesuatu, carilah di tempat di mana anda boleh mendapatkannya. Jangan mencari di tempat yg tiada benda itu. Begitu juga di dalam mencari bahagia.

Nota kaki - blog KTS berhenti rehat utk satu masa yg belum ditentukan. Mungkin dia mahu mencari bahagia.

50 comments:

  1. siapa atau apa yg tak sempurna ni hehe..

    ReplyDelete
  2. al-lavendari,
    Sebagai hamba Allah kita semua tak sempurna. Hanya Dia yg Maha Sempurna.

    ReplyDelete
  3. Sally,
    cepat sangat Jaja baca dan komen. Masa tu belum sempurna lagi n3 saya ni hehehe.

    Skrg dah ada teks nya. Bacalah.

    ReplyDelete
  4. tak berapa minat pisang tanduk
    suka lagi pisang berangan

    terbaru dari saya : long bamboo

    ReplyDelete
  5. saya pun terbaca entri awak yang belum sempurna tadi. ingatkan awak hantar guna bb macam sellau.

    saya selalu kata, bahagia usah dicari tetapi dicipta.

    saya sekarang ini tengah menikmati bahagia hasil cipataan saya sendiri (sudah tentu dgn izinNya, w/o saying)

    ReplyDelete
  6. a kl citizen,
    Saya pun suka pisang berangan. Kalau dapat yg kulit bintik2 tu lagi sedap.

    Pisang tanduk sedap digoreng atau direbus kalau belum terlalu masak.

    ReplyDelete
  7. al-lavendari,
    Memang saya hantar gunakan BB n3 yg tak sempurna tu. Tapi lambat nak taip teksnya kalau gunakan BB. Saya edit semula dgn menggunakan lappy saya ni. Tak sangka masih ada n3 yg asal tu dan sempat pula abg dan Sally baca dan komen.

    Tak semua org tahu mencipta bahagia.

    Saya tumpang gembira melihat abg sekeluarga bahagia. Terserlah kebahagiaan tu bang semasa saya singgah di istana abg tu.

    ReplyDelete
  8. Semua jenis pisang saya suka. sampaikan pernah buat n3 rasanya.. *ada ke?


    kalau saya tak silap pisang Helang @ Lang yang ada banyak dalam sesisir .


    Pisang tanduk pulak ada 2 ke 3 biji aje sesisir.

    Rupa sama tapi saiz Tanduk besar dari Helang @ Lang.


    Mak saya dulu selalu beli dekat dgn Koop kat ChowKit tu YB utk berniaga.Terjangkit kat anak dia suka nau kat pisang..


    ** jangan pikir lain tau !

    apa hadiahnya?...ngeeeeeeeeee..

    ReplyDelete
  9. salam,

    suka gak makan pisang tanduk ni kalau goreng buat kerepek pun sodap..

    ReplyDelete
  10. a.z.r.i.n.a.03.07,
    Eloklah kalau suka pisang.Buah2an tempatan. Banyak khasiat dan harganya pun tak mahal sgt (iya ke?).

    Yang dalam gambar tu rasanya pisang tanduk. Pisang lang kecil lagi dan mmg ada banyak di dalam satu sisir/tandan.

    Emak Rina beli pisang kat kedai pisang depan koop tu ke? Yg sebelah kedai emas tu. Saya selalu parking dekat situ.

    Elok2 saya tak fikir yg lain bila Rina tulis mcm tu langsung belok ke sana hahaha.

    Hadiah misteri mana boleh beritahu kat sini. Macamana nak sampaikan kat Rina ni?

    psst - kita take offline.

    ReplyDelete
  11. penjejak maya,
    pisang tanduk yg dalam gambar tu sesuai utk dibuat kerepek. Perggghh

    Pernah emak Adam beli pisang tanduk yg belum cukup masak kerana nak buat kerepek. Kerana sibuk, last2 pisang tu masak lalu digoreng saja hehehe

    ReplyDelete
  12. eh YB jadi pemegang mohor blog kts ker????


    kurang gemar kerepek pisang, lempeng pisang suka la!

    ReplyDelete
  13. suka semua jenis pisang lbh2 lg kalau dpt percuma...he he he...


    pisang....
    melawaskan...!

    ReplyDelete
  14. sama macam kak long...
    suka semua jenis pisang, pisang buah serbaguna ..makan terus , digulai , digoreng , dibuat pengat , buat kerepek ..semualah okey saja

    ReplyDelete
  15. kat tempat gua pun susah nak cari orang jual pisang tanduk goreng..
    ke goreng pisang tanduk..

    eh.. sebenarnya pisang goreng ke goreng pisang..

    tetiba confuse plak..

    ReplyDelete
  16. Salam YB...

    Bila terbaca pisang tanduk tu terus berdesup ke sini, hihi..

    Macam pisang helang je..

    Isinya warna apa ? Kalau pisang tanduk isinya warna oren. Apa-apa pun Tie memang suka pisang tanduk. Goreng atau buat pengat, nemang best!

    ReplyDelete
  17. YB...saya ni memang jarang beli pisang selain pisang rastali atau pisang emas...sebab memang tak suka makan pisang goreng...hehehe

    ReplyDelete
  18. ni kes benar yg IE selalu kena..

    lokasi : ........( cuba teka ):

    Gurl - iyer kak...nak beli baju ?

    IE - tak laa...sy nak beli basikal !!!

    ...kat belakang rumah sy ada byk pokok pisang tanduk ...( lang ???)...eh sama ke ??.

    ReplyDelete
  19. kat tempat aku pun ade jual pisang tanduk yg sudah digoreng.

    ReplyDelete
  20. Alaaaa..Sally tau sbrnya n3 ni utk KTS..hihi

    ReplyDelete
  21. wanita suka pisang yg besar punya huhuhuhhuhu (makna tersirat tue)

    ReplyDelete
  22. salam ....



    dah lama tak makan pisang


    semalam , cuba cuba makan manggis.
    alhamdulillah , ok .

    ReplyDelete
  23. kts. moga yu jumpa bahagia.

    belikan la ke dia barang sebijik bang... :)



    .

    ReplyDelete
  24. zonaku,
    blog kts ada mohor ke? Tak tahu pun.

    Sedap ke lempeng pisang? Saya makan lempeng dgn rendang.
    Selera kita berbeza ahaks.

    ReplyDelete
  25. kak long,
    bagus tu. Tak memilih. Pisang free banyak kat masjid arini. Ada org tu pisang kat masjid tu dibawa balik satu sisir. Melepas jemaah yg lain nak makan huhuhu.

    Dah makan pisang ke pagi ni kak long?

    ReplyDelete
  26. ibuintan,
    samalah kita.

    Selain dari yg ibuintan sebut tu, pisang juga boleh direbus dan disalai. Dulu kat Air Itam banyak pisang salai.

    ReplyDelete
  27. -•»Á®ÐZMÀ®Ñ«•-,
    tak semua tempat ada pisang tanduk goreng. Selalunya pisang awak atau pisang nangka.

    Setahu saya istilah yg betul ialah pisang goreng. Sama juga dgn nasi goreng dan mee goreng.

    Kalau goreng pisang dah jadi perbuatan.

    Setakat itu pelajaran BM kita hari ni ya murid2 hahaha

    ReplyDelete
  28. Tie,
    terima kasihlah berdesup ke mari. Dah lama Tie tak komen kat sini huhuhu.

    Rasanya yg dlm gambar tu pisang tanduk sbb besar. Pisang lang kecil lagi dari itu.

    Tak tahulah warna isinya apa sbb tak beli pisang tu dulu semalam. Pernah beli kat situ dan isinya oren.

    ReplyDelete
  29. Salam YB,

    Kesian pulak kat KTS tu..cari pisang tak jumpa....
    Kat Chow Kit tu, macam-macam ada. Saya dah lammmmmmaaaa tak ke sana.Kalau takat nak beli pisang tanduk, tak kuasa le weh!

    ReplyDelete
  30. Kak Anie,
    suka yg makan gitu ek. Itu lagi berkhasiat.

    Pisang rastali pun dah susah dapat sekarang.

    ReplyDelete
  31. ikan emas,
    saya rasa lokasinya di England Garden hahaha.

    Kisah yg awak citer tu kat pasar malam ke? Malam apa ek pasar malam kat situ? Lain kali boleh singgah hehehe.

    Oh ya kalau ada pisang tanduk yg dah tua utk ditebang rogerlah saya. Boleh tolong tebangkan. Untung2 dapat 2-3 biji ngeee

    ReplyDelete
  32. Penyuk,
    Kat sebelah mana tu? Kat Kak Ani sup utara tu ke?

    ReplyDelete
  33. sally,
    eh Jaja pun kenal kts jugak ke? Rasanya dia tak pernah masuk blog Jaja.

    ReplyDelete
  34. sahromnasrudin,
    Opocot. Mana awak tau ni? Ada pengalaman ke? hehehe

    ReplyDelete
  35. pB,
    wsalam.

    Dapat jugak makan manggis semalam. Terubatlah mengidam tu hehehe.

    Lepas ni cuba pulak makan pisang.

    ReplyDelete
  36. tasek,
    semoga kts dan juga kita semua berbahagia sepanjang hayat.

    Kalau nak bagi dia takkan sebiji aje. Lain mcm aje bunyinya tu hahaha

    psst - nanti saya tanya emak adam dulu muahaha

    ReplyDelete
  37. Auntie Yan,
    wsalam.

    Saya pun kesian juga baca cerita kts tu sampai saya terpanggil buat n3 ni. Tak tahulah dia baca ke tidak sbb dia kata nak berehat dari blogging mulai semalam.

    Kenapa auntie Yan lamaaaaa tak pergi Chow Kit? Kan di situ ada macam2.

    Kalau kat tempat awak ada pisang tanduk tak perlulah ke Chow Kit.

    ReplyDelete
  38. panjang umur pisang tanduk ni, saya baru bercakap2 tentang pisang tanduk semalam....

    ReplyDelete
  39. pisang tanduk buat apa sedap? goreng ek?


    >sedang mencari bahagia, dan moga ke temui bahagia yang dicari<


    jiwang.hehe.

    ReplyDelete
  40. Tersedak sakan kts kat K....... :P

    Yb bagi peluang utk mengutuk kts ni.

    1.kts tu pisang tanduk mana dia kenal, yg dah goreng je dia kenal.

    2.kts tu goreng pisang tak reti,nak potong pisang utk goreng tak reti apatah lagi nak bancuh tepung goreng pisang

    3.kts tu kalau pegi cokit bukan carik gerai pisang tapi menyimpang carik gerai manik

    Sekian, :P :P. Mati ler kalo dia baca.

    ReplyDelete
  41. kuina,
    goreng sodap tapi kalau yg belum tua mcm tu buat kerepek lagi sodap kot hehehe

    ReplyDelete
  42. Mak Su,
    pisang pun boleh panjang umur? Sungguh unsangkarable hehehe

    ReplyDelete
  43. GADIS COMEL,
    Pisang tanduk pisang yg sedap (dan mahal). Buat apa pun sedap.
    Mcm org yg cantik pakai apa pun cantik. Ceit ke laut pulak komen balas saya ni.


    Semoga awak menemui bahagia yg dicari. Kalau dah jumpa tu jgn pulak disia2kan ngeee

    ReplyDelete
  44. Juliet,
    ko dgn dia ke tadi kat K.......? Nape tak roger aku?

    Kutuk jgn tak kutuk. Bila lagi nak kutuk dia kaw2. Sementara dia tak berblogging ni lah. Nanti kalau panjang umur raya kita sama2 minta maaf kat dia hahaha.

    1. dia tak kenal tapi ada abg yg sudi kenalkan pisang tu skrg kat Cikgu Noraini

    2. pisang goreng dia selalu hangus sbb api dia besar sgt.

    3. Aku setuju betul yg ini. Kalau pergi Chow Kit mesti singgah GM. Bukan sekejap pulak tu. Nasib aku tak ikut. Kalau tak boleh mati keboringan menunggu dia pilih manik

    Harap dia tak baca. Dia tak masuk sini lagi sejak semalam.

    ReplyDelete
  45. dokek banting ni pun banyak...

    ReplyDelete
  46. saya suka pisang nangka lagi kalu dibuat goreng...

    tapi dalam banyak-banyak... saya paling suka cekodok pisang... heheheheh :D :D

    ReplyDelete
  47. Eja,
    Betul tu kat Banting banyak pisang. Masa kecil dulu selalu pergi pasar pagi minggu di Banting beli pisang ngeee

    ReplyDelete
  48. syah,
    pisang nangka yg belum masak sangat kalau digoreng mmg sedap. Perghh.

    Saya pun suka jugak cekodok pisang. Kalau beli pisang makan tapi tak habis, emak Adam selalu buat cekodok.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails