Tuesday, July 20, 2010

Kau Pergi Jua

Pagi ni aku teringat lagu Adam Ahmad apabila aku melihat ikan2 koi yg kami beli di pasar Pudu hari Ahad lepas mati. Ini bukan kali pertama kami letakkan ikan koi di dalam kolam di rumah kami ni.

Ini dia kolam yg siap dgn air terjun


Sebelum ini pun dah beberapa kali kami masukkan ikan koi. Ada yg besar (seekor RM20) yg dibeli oleh Hazwan tak lama dulu. Tak lama lepas dimasukkan ke dalam kolam tu, ikan mula mati seekor demi seekor. Sindrom big fish in a small pond agaknya. Macam org yg terer takkan nak kerja dgn sykt kecil hehehe apa kena mengenanya ni YB?

Lepas tu kami beli ikan yg sederhana. Seekor RM6. Seronok tengok ikan2 itu bermain. Bukan kami aje yg seronok tengok tapi kucing pun seronok juga rupanya. Bila kami tiada, kucing tu dok tunggu tepi kolam dan akhirnya berjaya membawa lari seekor ikan.

Pengajaran: bila kita seronok melihat sesuatu ada makhluk lain juga seronok tengok benda tu. Jadi berhati2lah menjaga barang yg kita sayangi.

Selepas beberapa bulan, habis ikan2 itu mati satu demi satu termasuk yg melompat keluar.

Kalau aku boleh cakap kat ikan yg melompat tu aku nak nasihatkan dia: "kalau kamu tak tahu apa yg diluar sana, lebih baik kamu tunggu ajelah kat dalam kolam tu!"

Setelah kematian ikan2 tu lama juga kami biarkan kolam itu kosong. Akhirnya Ahad lepas kami ke Pasar Pudu sekali lagi untuk membeli ikan2 koi lagi. Kali ni emak Adam pilih yg kecil sikit. Seekor baru RM2. Beli 10 ekor + 2 ekor ikan Bandaraya.

Malam Isnin masa aku keluar, aku lihat seekor ikan dah melompat keluar. Masih bernyawa - nyawa2 ikan (ikan memanglah nyawa ikan hahaha). Aku masukkan semula ke dalam kolam dan ia berenang seperti biasa. Oh nak panjang umur kau. Kalau aku tak keluar, keringlah kau sampai pagi.

Semalam semasa aku nak ke surau solat Zohor, aku lihat seekor lagi dah melompat keluar. Ikan2 kali ini memang lincah. Saja emak Adam pilih yg lincah2.

Ikan yg melompat tu dah dikerumuni oleh 2 ekor lalat. Aku sangka dah mati. Aku suruh Atikah buang dalam tong.

Apabila aku balik dari surau, ikan itu dah takde. Aku ingat mesti dah dibuang dalam tong tapi rupanya emak Adam masukkan dalam mangkuk di kolam itu kerana semasa hendak membuangnya, ekornya masih bergerak. Ini barulah nyawa2 ikan. Mangkuk itu digunakan sebagai sick bay utk ikan yg dah nak mati. Oksigen di situ mungkin lebih banyak kerana airnya berputar. Terapi yg berkesan utk menyelamatkan ikan yg dah nak gol. Dengan izin Allah ikan itu segar semula lalu dipindahkan ke dalam kolam bersama kawan2nya.

Emak Adam beritahu aku, "lain kali jgn cepat buat andaian ikan tu dah mati sebelum check betul2 walaupun dah dikerumuni lalat. Cuba selamatkan dulu baru buat kesimpulan,"
Ambik ko satu das YB

Pagi ini aku lihat 3 ekor dah pergi menyahut panggilan Ilahi. Aku masukkan ke dalam mangkuk spt gambar di bawah ni tapi apakan daya mereka pergi jua.

Tak dapat diselamatkan walaupun dimasukkan ke dalam mangkuk

Agaknya kalau aku jual ikan2 ni 3 ekor RM4 ada tak org nak beli? Goreng pun sodap


75 comments:

  1. apa kata..
    bela ikan puyu pulak..

    ReplyDelete
  2. rupanya yg kedua, tapi yg kedua syg lebihkan,hahahahaha.

    ReplyDelete
  3. 4hengget ! mahal ..

    nak dua singgit-dua singgit !

    xoxoxo....

    ReplyDelete
  4. hhhmmmm....

    pantang leka sikit..... ramai mendahului

    faris la ni!

    ReplyDelete
  5. errr....

    aku pun terpikir..... ikan tu kalau mati pesal kita buang????

    padahal susah payah ke pasar cari ikan y dah mati jugak kan?

    ReplyDelete
  6. saya pun ada bela ikan dlm akuarium je, tapi bila asek mati lepas sekor sekor dah jadi malas nak bela lagi. agaknya kenapa ye dorang mati berturut2 gitu?

    ReplyDelete
  7. betul kata kakngah bela ikan puyu, org kata kalo bela ikan puyu org nak pukau tak menjadik ye? errr...nk cuba pukau yb lah,ekekekeke.

    ReplyDelete
  8. orang pompuan kan memang teliti...
    mcm mak adam...

    tabik springgg la...

    org lelaki...?

    betul ckp syida...
    besar dan cantik umah yb...
    sogan pulak la kaklong...

    ReplyDelete
  9. bg makan tucin ...
    tp sebolum tu goreng dulu. lumur kunyit ;p

    ReplyDelete
  10. kak long, sya lagi sogan, sodangkan kolam untuk ikan tu enariq boleh masuk beronang riang ngan ikan koi YB....
    heheehehee....

    ReplyDelete
  11. Salam YB,Kolamnya tohor sangat kot ,letak air banyak - banyak, kat umah kakwan kucing cuma berani jenguk je..kalau dingapnya ikan tu alamak kucing yg mati dulu..sbb ikan ada nyawa ikan kan.

    ReplyDelete
  12. bela ikan sepat ke..puyu ke..tahan lasak sikit.. :P

    ReplyDelete
  13. macamana ikan tu bleh melompat yer.aku pun ade bela ikan koi gak,air kolam penuh,tapi tak melompat pun.

    maybe ko cuba kurangkan paras air atau ikan tu sebenarnya tak selesa duk kolam ko yg kecik tu kut.

    ReplyDelete
  14. kucing sapa yg ngap tu?

    air tinggi sgt tu:)) tp harap ikan tu tak bunuh diri :))

    ReplyDelete
  15. ala YB..naper citer psal ikan plak..citer la pasal yg tut tut hahahahah....mesti tinggi imaginasi kami tau hahahahah....

    ReplyDelete
  16. a.z.r.i.n.a.03.07
    wah cepatnya sampai. Tahniah jadi yg first walaupun takde komen hahaha

    ReplyDelete
  17. juliet,
    mak ai brek ko ni habis kesan tayar kat depan rumah aku ngeee

    Bukan awak yg pertama. Tapi kuota masih terbuka hahaha

    ReplyDelete
  18. kakngah,
    ada saya bela ikan puyu 5 ekor dalam balang. Dari sisek mereka gelap dah naik cerah skrg hehehe

    ReplyDelete
  19. suami saya pon kalau bela ikan mmg asyik mati je..tangan panas kot..

    ReplyDelete
  20. juliet,
    awak kalau sikit aje dgn Rina.

    Kalau nak jadi yg kedua kenalah isi borang. Cop cop. Awak ke saya yg kena isi borang ek? Takpelah kita sama2 isi borang muahaha

    ReplyDelete
  21. agaknya kena bela ikan jenis kecik-kecik ajelah kot YB pasal kolam kecik... hohohohoh :D :D

    cuba try bela ikan lampam ke, sepat ke, puyu ke... paling-paling pun kalo mati buleh buat lauk... hahahahahah :P :P :P

    ReplyDelete
  22. a.z.r.i.n.a.03.07,
    bekas pun dah cantik harga mestilah mahal sikit. Tapi awak punya pasal takpelah. Ambillah 3 tu RM1.50 hehehe

    ReplyDelete
  23. zonaku,
    tak tahu nape hari ni ramai yg semangat nak jadi yg first.

    Ko masih di Penang ke? Cian si Faris dipersalahkan.

    ReplyDelete
  24. zonaku lagi,
    aku tak lalu nak makan ikan yg aku bela. Kalau ko nak aku boleh bagi kat ko. Sedap agaknya rasa ikan tu hehehe

    ReplyDelete
  25. juliet no 3,
    ikan awak tu mati beragan agaknya. Cuba bagi akuarium yg besar mcm yg kat zoo negara tu. Gerenti tak mati ikan2 tu.

    Anak2 sedara awak pun boleh berenang kat dalam tu.

    psst - kalau awak nak berenang pun boleh jugak. Nanti saya datang tengok lalala

    ReplyDelete
  26. saya main tarik handbrake jer tadi..

    kekekeke..

    ReplyDelete
  27. Anak ikan dimakan ikan
    Anak singa di dalam belukar,
    Tahu makan tahu simpan,
    Rahsia jangan bagi keluar.


    err.. ok.. relevan :D

    ReplyDelete
  28. ikan tu takleh kurang lagi ke??


    .
    .

    3 ekor seringgit??


    .
    .

    .
    .

    boleh laaa..

    :P

    ReplyDelete
  29. Kena tinggikan sikit tembok kolam tu, baru ikan tak melompat keluar... Kalau takpun, potong sikit salur air yg kt dlm kolam tu...

    Kt rumah sy ada kolam simen gak, mak sy bela ikan keli.. Kat dalam tu ada keli yg dh berumur 8 tahun... hahaha...

    Tak pernah lg bela ikan koi.... Akuarium ada ikan puyu je.. Tu pun dh tinggal sekor...

    ReplyDelete
  30. kalau bela jentik2 lg senang..less maintenance..cubalah

    ReplyDelete
  31. bela ikan emas laaa...

    p/s:

    cerita ni sama macam kes di rumah IE...akhirnya kolam dikeringkan sb asyik ditinggal-tinggalkan..
    bimbang pulak nanti dpt surat cinta Pej Kesihatan !

    ReplyDelete
  32. salam yb...

    jap...jap...

    n3 psl ikan ye..

    siakap senohong
    gelama berbelang-belang
    kalau mkn ikan mayong
    hati2 tercekik tulang...

    ReplyDelete
  33. salam.. dari pagi td saya menjelajah blog.. akhirnye terjumpe blog pakcik (boleh ke panggil pakcik) sampai skang masih membaca.. dah sampai tahun 2009 dah saya :P cerita pakcik memang best!

    ReplyDelete
  34. fuh..siap masuk bekas 4 hengget..leh goreng tepung tu YB

    ReplyDelete
  35. Pandai jugak mak adam ye...tapi lebih pandai lagi adam...hehehe...pandai berkata2...sekali sedas kena ayah dia...

    Cantik kolam tu...kenapalah si ikan tu nak melompat keluar kan...tempat yang disediakan dah selesa

    ReplyDelete
  36. bela lah ikan laga. dalam bendang banyak ikan nih. orang kedah panggil ikan kaghin.

    idgham tu kena betui. hihi.



    .

    ReplyDelete
  37. awak cuba bela kura-kura pulak. kura-kura pun comel juga.

    yang pastinya kura-kura tak kan melompat keluar !

    kucing pun tak suka.

    ReplyDelete
  38. yb bukan petani ghitewww.. ehehe

    ReplyDelete
  39. Yb,
    ikan manja tu lepas ni cuba YB bela lak ikan tahan lasak...puyu ke keli ke..dah beasr tangkap, goreng sambal...sodap

    ReplyDelete
  40. Amvoiiiii...air terjun ala2 spa gitewwwww !!!!

    :)

    ReplyDelete
  41. juliet no 4,
    aku pun ada dengar juga pasal pukau tak lut kalau di rumah tu ada ikan sbb ikan tak tidur. Tidur pun tak tutup mata sebab ikan takde kelopak mata hehehe.

    Aku ada bela ikan puyu. Kan dulu aku pernah buat n3 tentang misteri ikan puyu.

    Tapi kalau ko nak pukau aku, ai like.
    Tak lut pun aku buat2 mamai lalala.

    psst - malam esok elok lah ko cuba pukau aku. Malam Jumaat emak adam pulak nak pukau aku hahaha

    ReplyDelete
  42. kaklong,
    bukan saya tak teliti tapi saya nak cepat ke surau hahaha.

    Emak Adam mmg teliti.

    Mana kaklong nampak rumah saya? Gambar tu rumah ikan bukan rumah saya. Rumah teres besar mana sgtlah kaklong. Lainlah banglo.

    ReplyDelete
  43. Eja,
    kalau dah goreng lebih baik org yg makan. Lagipun saya takde kucing. Yg ada kucing jiran2. Selalu berak kat laman kami. Sorrylah nak bagi mereka makan huhuhu

    ReplyDelete
  44. Eja lagi,
    apa nak segankan? Kami ni org biasa aje.

    enariq kalau nak berenang elok masuk kat kolam renang yg Adam main hari tu. Kalau berenang kat kolam ikan tu takut bau hamis.

    ReplyDelete
  45. kak wan,
    wsalam. Salam kenal.

    Kolam tu mmg tak berapa dalam. Kami dah letak air hampir nak melimpah. Itu yg kucing senang nak tangkap ikan yg berenang di permukaan air.

    Kat rumah kami ada juga kucing yg cuma berani jengok tapi ada yg daring cekup ikan tu. Nak kena sembur agaknya huhuhu

    Kalau ikan ada nyawa nyawa ikan, kucing pula ada 9 nyawa hehehe

    ReplyDelete
  46. hanie,
    ikan puyu ada kami bela dlm akuarium. Ingat nak bela sepatlah lepas ni. Dulu pernah bela sepat emas tapi lepas mati seekor, seekor lagi beragan takde pasangan. Akhirnya mati jugak. Tragis dan sadis.

    ReplyDelete
  47. bela ikan piranha pun best jugak..mesti kucing xberani nk makan.hihi..tp,bab nk cuci kolam...haruslaa putus jari sepotong dua..kekekekee!

    ReplyDelete
  48. Penyuk,
    aku pun hairan juga kenapa ikan koi ini suka melompat. Masa aku bela ikan koi di dalam kolam yg sama semasa aku duduk rumah lama dulu ikan2 koi aku tak melompat. Masa tu aku ada bela ikan jelawat. Mmg melompat2 sehingga aku terpaksa pindahkan mereka.

    Kolam tu tak dalam sangat airnya. Kalau aku kurangkan lagi bertambahlah cetek.

    ReplyDelete
  49. sI tEDI,
    Kucing jiran. Kucing2 ni mmg suka lepak2 kat rumah aku ni. Kalau pagi melepas kat laman aku. Kesian emak Adam hampir setiap hari kerja buang najis kucing.

    Air tu kalau rendah sangat pam dia akan expose. Takut terbakar huhuhu

    ReplyDelete
  50. DrSinga,
    3 ekor kecil2 tu nak masak 3 rasa? Buat letih sediakan bahan aje huhuhu

    ReplyDelete
  51. sahromnasrudin,
    ikan ni sambungan kisah tut tut tu tau. Kami pergi beli ikan lepas pergi brunch Ahad tu.

    Kalau yg tinggi imaginasi, citer ikan pun dia boleh berfantasi hahaha

    ReplyDelete
  52. Hamizah,
    ooo samalah kita. Kena bela ikan yg tahan lasak aje kot hehehe

    ReplyDelete
  53. syah,
    Atikah sarankan mcm awak juga. Bela ikan kecil macam ikan guppy yg kaler2 hidup dlm longkang tu. Emak Adam tak setuju sbb kecik sgt.

    Lampan tu besar juga. Lepas ni nak bela sepat yg kecil. Dulu bela tahan lama ikan tu.

    ReplyDelete
  54. a.z.r.i.n.a,
    tak kisahlah tarik handbrake asalkan dpt no 1. Beza beberapa saat aje dgn juliet.

    Malam tadi pun dpt no 1 jugak. Lepas ni cubalah dpt no 1 - biar 3 kali berturut2.

    ReplyDelete
  55. kts,
    mestilah kita simpan rahsia kita tu. Biar pecah di perut,
    Jgn pecah di mulut.

    Sgt relevan.

    ReplyDelete
  56. kts,
    kalau ko jgn kan 3 ekor sehinggit, aku bagi free aje. Kalau ko masak ikan tu, kita juga yg sama2 makan lalala

    ReplyDelete
  57. Kak AZZ,
    susah sikit nak tinggikan tembok kolam tu sbb ianya bukan dibuat dari batu batu tapi dari fiberglass.

    Apa yg dah ada tu, macam tulah. Tak boleh nak adjust huhuhu.

    Ikan keli sampai 8 tahun dibela? Ikan keli Afrika ke? Dulu mertua saya pun ada bela keli afrika dlm kolah di kampung. Dah selalu tengok masa mandi tak lalu nak makan bila ikan tu mati hahaha.

    Kesianlah puyu yg tinggal seekor tu. Carilah kawan utk dia.

    ReplyDelete
  58. MENTIBANG LAUT,
    Nanti tak pasal2 ada yg kena saman pihak Majlis.

    Aku nak bela berudu lah.

    ReplyDelete
  59. ikan emas,
    tergerak jugak nak bela ikan emas tapi takut lagi sensitif.

    Kalau keringkan sayang pulak air pancut dia yg hening tu ecece.

    Nanti kami cari ikan yg lasak sikitlah.

    ReplyDelete
  60. kak ct,
    wsalam

    n3 ni pasal ikan hidup. Jadi takde kena mengena dgn ikan mayong hari tu. Trauma tak hilang lagi huhuhu

    ReplyDelete
  61. t.a.c.a,
    salam kenal. Terima kasih kerana sudi singgah dan pakcik terharu kerana t.a.c.a sudi baca n3-n3 lama pakcik.

    Kebanyakan kisah keluarga, rakan2 dan hidup seharian pakcik. Takde yg hebat tapi harap ada pengajaran atau humor pada kisah2 tersebut.

    Maaf lambat balas sbb sibuk sikit dari semalam. Komen pulak banyak dari biasa pada n3 ini.

    Datanglah lagi dan terus memberi komen2.

    ReplyDelete
  62. HEMY,
    Kalau nak juga kenalah presentation cantik sikit. Baru boleh up sikit harga tu hehehe.

    Goreng tepung garing2 pun sedap jugak. Rangup tu ikan kecik.

    ReplyDelete
  63. Kak Anie,
    terima kasih memuji.

    Yg tembak saya satu das tu emak Adam. Nasib sedas aje. Kalau dia pakai M16, lagi parah saya huhuhu

    Kita tengok dari luar nampak cantik. Ikan tu mana tahu cantik ke tak. Mungkin bergurau lebih sangat sampai ada yg terkeluar ngeee

    ReplyDelete
  64. Jard,
    tak boleh pakai lah idea ko ni. Kalau aku bagi kucing makan lain kali dah terasa sedap habislah ikan aku yg masih ada dlm kolam tu huhuhu

    ReplyDelete
  65. GADIS COMEL,
    Hari Ahad tu Atikah ada beli jugak ikan laga seekor. RM5 ko. Yg murah pun ada tapi ekor tak kembang. Mungkin yg murah tu ikan kaghin hahaha.

    Tergeliat lidah aku sebut idgham maalghunnah nya hehehe

    ReplyDelete
  66. al-lavendari,
    saya takut nanti org ingat tokong cina pulak kalau bela kura2. Silap2 ada yg datang minta no ekor huhuhu

    ReplyDelete
  67. en_me,
    saya bukan petani dan bukan nelayan. Itulah bela ikan tak menjadi huhuhu

    ReplyDelete
  68. ibuintan,
    ikan puyu saya dah bela tapi tak masukkan dlm kolam tu.

    Ikan keli rasa mcm tak sesuai dgn kolam tu. Nanti org kata mahal rantai dari beruk oopps mahal kolam dari ikan hehehe

    ReplyDelete
  69. Catwoman,
    awak dah bagi saya satu idea dgn komen awak tu.

    saya ingat nak bela ikan yg org bela kat spa tu. Boleh juga masukkan kaki dlm kolam tu hehehe

    ReplyDelete
  70. aNiS,
    saya suka komen awak ni. Komen ganazzz. Kat mana nak cari ikan piranha tu ek? Kat Sri Lanka ada tak ikan tu?

    ReplyDelete
  71. buat jaring pasang frame, ikan takkan lompat dan burung dan kucing tak bedal

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails