Wednesday, July 14, 2010

Oh Burung

Pagi ini seperti biasa aku mendengar kicauan burung2 yg berterbangan di sekitar kawasan rumah aku. Alhamdulillah aku masih dihidupkan pagi ini dan alhamdulillah kerana aku masih boleh mendengar.

Aku pernah buat n3 tentang burung ini tapi aku nak buat sekali lagi. Aku teruja. Aku teruja dgn burung2 tersebut tetapi aku lebih teruja pengajaran dari kehadiran mereka dan kehebatan Pencipta dan Pemberi rezeki mereka - Allah.

Sebelah pagi burung selalu datang ke kawasan rumah aku mencari makan. Ada beberapa pokok palma yg buah2nya menjadi makanan kpd burung2 itu. Ada mcm2 jenis burung. Cantik2 warnanya. Subhanallah.

Seekor burung berwarna kuning dan hitam (sebelah bawah gambar) sedang hinggap di pokok mencari makan

Aku tak tahu di mana mereka tinggal tapi mereka tahu di kawasan rumah aku ada rezeki buat mereka. Setelah menikmati apa yg patut mereka akan terbang ke tempat lain. Beri peluang burung2 lain pula merasa rezeki Allah tu.

Oh burung. Banyak pengajaran tentang kehidupan aku perolehi hanya dgn melihat kelakuan kalian.

38 comments:

  1. mana burungnya...???
    rabun seh pagi2 ni...

    ReplyDelete
  2. salam Akhi YB

    burung juga makhluk Allah yg berkeliaran di muka bumi ni tp depa tak de dosa mcm kita makhluk yg bernama manusia ....

    MasyaAllah terasa semakin mendalam penghayatan ttg kematian bila adik ke3 dan k2 dah pergi mendahului ummi...

    ReplyDelete
  3. awat YB pepagi dah emo ni...

    sayu je baca n3...

    ReplyDelete
  4. DrSinga,
    ya burung yg boleh terbang mencari rezeki tu.

    Mana zonaku ni? Tak memberi saingan pagi ni hahaha

    ReplyDelete
  5. DrSinga lagi,
    ada kat dahan buah yg bawah tu. Warna kuning dgn hitam. Cuba perhatikan betul2.

    Awak tidur senget kot. Itu yg jadi rabun pagi2 ni hehehe

    ReplyDelete
  6. salam yb..

    mungkin sbb burung2 tu cantik mereka tidak ditembak..

    kesian nasib si gagak..

    berebut2 si sharp shooter nk menunjukkan skil mereka..

    ReplyDelete
  7. Ummi Humaira,
    wsalam.

    Itulah kelebihan burung. Keluar pagi dgn perut yg kosong tapi pulang dgn petang dgn perut yg kenyang. Tinggi tawakal mereka.

    Ummi sedang diuji Allah. Semoga ummi sekeluarga tabah menghadapi ujian ini. Tahniah kerana semakin mendalam penghayatan ummi tentang kematian setelah adik2 ummi mendahului ummi. Tak semua org mcm tu.

    ReplyDelete
  8. aku suka burung kecik2 yg kaler2 tu... burung mende tu bang...?



    .

    ReplyDelete
  9. kak long,
    bukan emo cuma belajar dari keadaan sekeliling saya.

    Terkejar mencari sedikit pendapatan tapi kalau belum rezeki kita, tetap tak dapat. Begitu juga sebaliknya.

    Jgnlah sayu pagi2 ni kak long.

    ReplyDelete
  10. kak ct,
    ada seorg yg berpengetahuan agama pernah memberitahu ada hadis yg menyuruh membunuh burung gagak. Tak tahu betul ke tidak.

    Org itu menambah bahwa gagak ini peninggalan penjajah yg mesti dihapuskan.

    ReplyDelete
  11. tasek,
    burung kanari ke? Yg warna biru, kuning dan mcm2 lagi tu?

    Masa aku sekolah menengah dulu kat Petaling Street banyak.

    ReplyDelete
  12. yeah! belajar mengenaliNYA dari flora dan fauna yang bertaburan di muka bumi

    ReplyDelete
  13. Salam YB,

    yezza!

    boleh pulak..


    kat tepi rumah saya masih hutan kecik (kelapa sawit) lagi..

    setiap pagi lepas subuh..sumer burung2 tu menyanyi riang jer..

    ReplyDelete
  14. YB

    Komen - "Makanlah apa yang ada aje .."

    saya dengan awak serupa !

    Komen - "Oh Burung"

    nasib baik burung yang datang .. kalau rimau !

    ReplyDelete
  15. pasni tanam pokok donat plak eh

    .
    .

    .
    .

    err.. bole aku gi cari makan kat umah ko plak

    hihihi

    ReplyDelete
  16. YB anak anak sya kata burung ke atau binnatnag yang berbunyi pepagi hari tu
    sedang berzikir...
    itu diorang kata petang semalam lepas balik dari sekolah
    biasalah perbualan anak dan omak... ;p

    ReplyDelete
  17. alahai..
    ejaan sebonar: binnatnag : binatang..

    ReplyDelete
  18. Mak Su,
    Tanda2 kebesaranNya ada di sekeliling kita. Cuma hendak atau tak nak aje kita mengambil pelajaran. Sungguh hebat Pencipta kita ni.

    ReplyDelete
  19. a.z.r.i.n.a,
    Wsalam.

    Hah kan dah boleh. Saya dah kata ia cuma nak menguji kesabaran awak. Nasib baik awak masih berlegar2 kat sini hehehe ai like.

    Burung2 tu berkumpul ambil nama ke sebelum pergi kerja hahaha

    ReplyDelete
  20. al-lavendari,
    1) org mcm kita tak suka menyusahkan org lain terutama isteri dlm bab makan ni. Dah lama hidup - dah puas makan agaknya hahaha

    2) kalau rimau yg datang, mesti masuk suratkhabar - bukan setakat blog saya ni aje ngeeee

    ReplyDelete
  21. kts,
    pokok donut tu yg berlubang kat tengah tu ya? Ko tolonglah belikan anak pokok tu.

    Kalau nak makan bila2 masa ko boleh datang sini. Bukan tak biasa pun sebelum ni. Cuma skrg tiba2 ko macam segan pulak. Nape? ngeee

    ReplyDelete
  22. Eja,
    betul kata anak2 awak tu. Mereka berzikir kerana mendapat rezeki dari Allah.

    Kita ni dah berapa banyak rezeki yg kita makan tapi kerap lupa nak berzikir dan bersyukur. Sayalah tu.

    Anak2 bila balik sekolah ada aje yg nak dikongsikan dgn kita. Kena bagi masa layan mereka.

    ReplyDelete
  23. Eja lagi,
    rajin awak buat pembetulan. Kat blog saya kesalahan ejaan dimaafkan asalkan org masih boleh tangkap maksudnya.

    ReplyDelete
  24. Ms.Lilies,
    Amin. Begitulah diharapkan.

    ReplyDelete
  25. encik YB..salam..betulke kalau kita bela burung, rezeki kita terikat?? saya konpius dengan statement tu..

    ReplyDelete
  26. Burung ada banyak perkara burung ni Yb..jangan silap..

    ReplyDelete
  27. bang !

    itu burung pa?

    burung murai ??

    iyer ker?



    patut laa..

    ReplyDelete
  28. kalau kat kampung, buleh dengar ayam berkokok...



    kokokokkkkkkkkk...... jerit ayam jantan!!!



    .

    ReplyDelete
  29. makdara TERDIVA,
    wsalam. Tak payahlah panggil saya encik. Kalau nak panggil Tun, Tan Sri atau Datuk takpelah hahaha. Bergurau aje tu.

    Saya pun tak tahu tapi kalau ikutkan logik, kesian burung yg kena kurung tu. Ada tu dikurung tanpa pasangan. Takke niaya burung tu. Mungkin sebab tu rezeki terikat.

    ReplyDelete
  30. relevan,
    Ini burung yg terbang bebas. Bukan burung yg tak tahu terbang tu hahaha

    ReplyDelete
  31. ikan emas,
    lain macam aje pertanyaan awak ni hehehe.

    Burung murai hitam dan putih warna bulunya. Ini kuning dan hitam. Jadi bukan murailah tu.

    ReplyDelete
  32. gadis comel,
    kat tempat saya ni pun boleh dengar bunyi ayam kokok. Ayam org Indon yg bela huhuhu

    psst - kat tempat awak tinggal tu ada ayam ke?

    ReplyDelete
  33. hahaha...

    tak terpikir lak saya..

    esok saya cuba tanya.

    nama siapa ada dalam senarai..

    ReplyDelete
  34. nnt biler dah makin banyak blehlah buat taman burung dan kenakan bayaran.hehe

    ReplyDelete
  35. a.z.r.i.n.a,
    esok lepas tanya burung2 tu jgn lupa beritahu saya.

    ReplyDelete
  36. Penyuk,
    kalau aku kenakan bayaran nanti ko kata aku nak pau ko pulak.

    Takpelah. Kawan2 blogger aku kasi tengok burung2 tu FOC. Tapi burung yg kat luar tu aje tau hahaha

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails