Saturday, July 31, 2010

Rancak Dari Pagi Sampai ke Malam

Maaflah jika aku belum sempat membalas komen korang kebelakangan ini. Komen yg sempat aku balas tu pun aku gunakan BB semasa di Johor. Semalam ada xtvt sampai malam. Lepas tu aku beri tumpuan kpd keluarga terutama Adam dan emaknya. Takkan dah dua hari tak jumpa mereka aku nak sibuk dgn blog pulak hehehe. Nanti kena tegur baru padan muka aku hahaha

Hari ni aku pun sibuk dari pagi. Lepas Subuh aku menghantar Haikal dan Haizam ke sekolah mereka. Masing2 ada xtvt. Haikal ke Stadium Melawati kerana menghadiri Kempen Kitar Semula Bag Plastik: MayaLovesNature dan Haizam dgn coral speaking sempena majlis Anugerah Koku.

Maya Karin di majlis tersebut. Gambar ehsan dari Haikal ngeeee

Balik dari menghantar anak2, aku singgah di pasar tani. Nak beli laksam buat sarapan tapi org yg jual laksam tu belum berniaga. Aku pusing2 kat pasar tu beli barang2 lain. Masa aku nak balik baru peniaga laksam tu sampai. Baru nak turunkan meja dan khemah. Takde rezeki kami makan laksam hari ni.

Lepas sarapan yg emak Adam buat, aku pergi menghantar emak aku ke klinik berjumpa doktor peribadinya (bukanlah doktor peribadi mcm org kaya2 tu - tapi yg sebenarnya doktor yg selalu rawat dia). Ramai pula org kat klinik pagi tadi. Mentang2 awal bulan. Kata DrSinga kalau pertengahan bulan klinik tak ramai pesakit. Aku musykil: Kuman ni pun tahu bila nak menyerang pesakit hehehe

Balik dari klinik aku terserempak ustaz dan mantan jiran kami berjalan kaki ke rumah jiran kami yg mengadakan majlis terima tanda anak sulung beliau. Sementara aku nak menolak kerusi roda emak aku, beberapa org jiran lagi lalu di depan rumah kami utk ke rumah yg mengadakan majlis tu. tak sempatlah nak buka blog huhuhu.

Skrg org terima cincin pun pasang khemah dan jemput jiran2 dan saudara mara. Meriah sungguh siap katering makan tengahari. Baguslah tu - sama2 kongsi kegembiraan. Semoga pasangan ini selamat diijab kabulkan dan berbahagia.

Aku beritahu emak Adam yg org dah mula pergi. Cepat siap kalau tak alamat datang untuk tolong basuh pinggan ajelah.

Lepas solat Zohor, aku pergi menjemput Haikal di sekolah. Aku berkain pelikat dan baju Melayu sbb aku terus ke sekolah dari surau. Bila aku telefon dia, dia kata dah dekat simpang di Jalan Ampang. Akupun bergegas ke sekolah kerana takut lambat tapi rupanya anak aku yg lambat.

Balik dari sekolah kami ke Kg Dato Keramat. Kira balik kampung. Beli barang dapur sikit dan guntingkan rambut anak2 aku. Tukang gunting baru. Yg biasa cuti pula hari ni. Dia tak berani nak guntingkan rambut Adam kerana biasanya Adam ni kena dipegang masa nak digunting. Akhirnya Haikal ajelah yg bergunting.

Petang ni kami berhajat nak memenuhi undangan jiran sebelah rumah yg mengadakan sambutan harijadi cucunya. Majis bukan di rumah di sebelah tapi di rumah anak mereka di Wangsa Melawati. Balik dari gunting rambut Adam dah mengantuk dan tertidur. Kalau tidur petang selalu lama. Nak Maghrib nanti baru Adam bangun. Nampaknya tak jadilah kami ke sana.

Malam ini ada jemputan majlis doa kesyukuran di rumah Pengerusi Persatuan Penduduk taman kami ni. Dia dapat cucu perempuan. Sebelum ni dah 4 org cucu tapi semuanya lelaki. Anak beliau 4 org pun semua lelaki.

Begitulah antara xtvt aku hari ni. Rancak dari pagi sampai ke malam.

31 comments:

  1. Reen,
    Ha'ah first. Tak ramai org online petang2 Sabtu mcm ni.

    ReplyDelete
  2. Reen lagi,
    Ni nak keluar beli char kueh teow. Anak2 hendak makan.

    Saya dan emak Adam nak ke rumah org kenduri malam ni.

    psst - nanti saya kontek utk serahkan hadiah awak tu.

    ReplyDelete
  3. sibuyknye YB, sekarang ni siang malam kenduri, dah naik letih pi kenduri lak rasanya

    ReplyDelete
  4. salam yb,
    bz memanjang...tp ada gak masa nk berbloging...he3

    kaklong tau disebabkan ada si maya karin tu la yb sanggup update blog kan wlpn bz...he3

    ReplyDelete
  5. aktiviti lain tu saja je utk tambah cerita... yg penting aktiviti tumpuan kpd keluarga terutama Adam dan emaknya... huhuhu

    ReplyDelete
  6. YB...anie kalau nak makan laksam pergi ke Giant Shah Alam...kat kiosk2 yang jual makanan melayu tu...boleh tahan jugak sedapnya...

    ReplyDelete
  7. jadual hidup seorang YB...
    hehehehehehe..... ;)

    ReplyDelete
  8. lupa nak tanyo, tak merempit ke masa tolak nenek adam tu?
    (cuba membayangkan YB tolak secara rempit)

    ReplyDelete
  9. Hamizah,
    Hari biasa busy dgn urusan kerja.

    Weekend busy dgn famili dan jiran tetangga.

    ReplyDelete
  10. ibuintan,
    Betul tu. Bila dah nak puasa mcm ni lah. Esok tengahari ada jiran satu lorong dgn saya buat kenduri pula. Tapi mungkin tak dapat nak pergi sbb nak hantar Afifah balik Serting. Lalu depan rumah ibuintanlah esok hehehe

    ReplyDelete
  11. kaklong,
    wsalam.

    Ada masa busy ada masa agak rilek. Yg penting jgn bazirkan masa. Banyak perkara berguna kita boleh lakukan.

    Kaklong ni tak baik berprasangka mcm tu dgn saya. Baru 3 kali aje sebut ttg dia tu. Yg lain tu lagi banyak kali cuma mungkin kaklong tak perasan hehehe

    ReplyDelete
  12. aNie,
    Kalau hari kerja saya selalu juga pergi Shah Alam. Dulu opis saya pun di Seksyen 13 sblm pindah ke Rawang. Tapi pagi tadi emak Adam ingat tak nak buat sarapan. Beli aje kat luar tapi belum jual pulak org tu.

    Lain kali bila kebetulan saya ada kat Giant SA tu mungkin boleh saya singgah situ utk makan laksam. Terima kasih kerana memberitahu.

    ReplyDelete
  13. Eja,
    Setiap hari jadual berbeza. Hari ni banyak pula jemputan.

    Saya dah nak ke surau utk solat Isyak ni sebelum pergi kenduri.

    ReplyDelete
  14. Eja lagi,
    Tak sempat nak merempit masa hantar emak saya tadi.

    Tapi dalam rumah sempat juga rempit sampai menjerit org tua tu ngeeee

    ReplyDelete
  15. xtvt aku pun penuh ! malam semalam balik dari Ampang ( taman TAR )...biasa lah KL sesak nafas aku !

    sibuk sungguh sejak akhir2 ni @ dah memang waktu ni sangat sibuk??? aku pun gitu jugak

    ReplyDelete
  16. salam uncle..

    biasa lah tu...yang bujang 4 ni pun sibuk apalagi yang bujang 3..heheh

    tapi sekurang2nya hidup tak sunyi, ada je yang kena buat..kat setiawangsa ni kejiranan tak semesra keramat tu...

    entri lepas gian:

    kalau betul rezeki aku...

    ReplyDelete
  17. salam akhi YB...

    laksam .... memang kesukaan ummi gak tu...

    ummi pun kelam kabut gak ,tp cuma xtvt MTQ sibujang tu jer le...

    ReplyDelete
  18. anak bujang den abah je yg gunting kan hehe tak payah ke kedai hehe

    ReplyDelete
  19. sonata,
    Taman TAR dgn rumah aku tu dekat aje. Tapi pasal awak sibuk takpelah tak singgah. Lain kali jgn lupa singgah.

    Kalau org mcm saya ni boleh dikatakan sibuk, awak mestilah lagi sibuk sbb awak org penting.

    Hari ni awak mesti sibuk juga kan? Saya nak hantar anak balik asrama ni.

    ReplyDelete
  20. zaren,
    belum apa2 dah ada hati ke nak pasang lebih dari satu? hahaha. Uncle takut nanti tak tidur malam ngeee

    Masa yg ada jgn kita sia2kan. Banyak xtvt bermenafaat boleh dilakukan samada utk keluarga atau masyarakat.

    Setiawangsa tu tempat org kaya2 dan besar2. Mungkin semua banyak urusan sendiri. Takde masa nak bergaul dgn jiran2.

    ReplyDelete
  21. YB lah katakan...mesti penat tu...

    ReplyDelete
  22. Ummi,
    Wsalam.

    Ummi pun suka makan laksam ek? Selalu tu beli di mana atau Ummi buat sendiri?

    ReplyDelete
  23. zino,
    kalau dekat boleh minta tolong zino guntingkan rambut Adam. Dia ni susah sikit kalau nak diguntingkan.

    ReplyDelete
  24. relevan,
    Tapi yg dapat jumpa si Haikal dan bukannya bapanya ngeeee

    ReplyDelete
  25. shaliza,
    ini bukan YB yg jadi wakil rakyat tu. Wakil keluarga aje hehehe

    ReplyDelete
  26. sungguh bizi lah saya ni YB...
    lama tak melawat sini....
    tengah2 bulan...sakit sikit2..simpan dulu...almaklumle...belum gaji...
    tak pun..beli2 je ubat dulu...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails