Thursday, July 15, 2010

Pengomen Pertama

Ada blogger suka jadi pengomen pertama. Seperti satu pencapaian kalau berjaya. Kalau nak jadi yg pertama kadang2 jangan baca n3 tu dulu. Nanti org lain dah potong line. Book tempat aje dulu. Kadang dah buat macam tu pun masih ada org lain dapat no 1 spot tu. Ceit.

Jadi kena cari cara lain. Apa caranya ya?

Minta org tu beritahu dulu sebelum post n3 baru. Call ke, sms ke atau apa2 caralah.

Jangan percaya kisah merapu di atas tu. Cuma rekaan semata2.

OKlah saya nak pergi meeting ni.

62 comments:

  1. akhirnya kaklong berjaya membodek yb melalui FB..he3

    ReplyDelete
  2. nasib baik awak bagi amaran jangan percaya. kalau tidak saya mati-mati dah percaya. kan ke saya ni orang yang hidupnya lurus ! ceit !

    ReplyDelete
  3. YB org pertama msk mtg room ke??

    ReplyDelete
  4. laaa... saya pun dah take note kata2 awak tadi . Now, terpaksa padam ! ceit ! nyampah .

    ReplyDelete
  5. eh! saya tak pertama!! huhuhu

    ReplyDelete
  6. kalau ada hadiah...
    apa salahnya....

    ReplyDelete
  7. hahaha...
    smpt lg tu sblm meeting

    ReplyDelete
  8. Tak kisah , asal kan tinggal komen

    ReplyDelete
  9. Salam YB,

    Auntie adalah jugak sekali sekala dapat jadi pengomen pertama. Tapi tidaklah teruja sangat.
    Bagi Auntie pengomen pertama, mestilah yang tinggalkan komen, booking-booking tak aci lah....!

    ReplyDelete
  10. Pengomen yang ke doblas..ok lah tuu..

    ReplyDelete
  11. huhuhu pasal pengomen pun leh wat modal n3...tegar tak tegar tu...

    ReplyDelete
  12. Tapi...lately pengomen setia Sally tak lg kunjung lg ke blog Sally huwarr..

    ReplyDelete
  13. salam akhi YB..

    macamana nk jd org pertama komen , asyik dok tmpt paling corot jer . hui hui hui

    ReplyDelete
  14. saya percaya kisah merapu.

    sms laarrrrrrrrrrrr....



    hikhikhik..

    ReplyDelete
  15. pengomen yang ke ....

    hmmm.. no. berapa ntah.. buleh lah nombor berapa pun..


    hihi..

    ReplyDelete
  16. sya pun pengomen yang 1-9 heheheh..
    ado gak no 1 tu ;p

    ReplyDelete
  17. xkisah brapa no nya..kalau n3 best mesti mau singgah..

    ReplyDelete
  18. kak long no 1,
    yes kak long first kali ini. Sesuai dgn tajuk n3 hahaha

    ReplyDelete
  19. kak long no 2,
    Tahniah. Konfom no 1 kali ni.

    Hadiah misteri akan diberi kepada rakan2 blogger yg berjaya mendapat tempat pertama 3 kali berturut2.

    Kalau setiap kali nak bagi yg no 1, tak cukup hadiah pulak nanti.

    Cuba dapatkan 2 kali no 1 lagi lepas n3 ni hehehe

    Caiyok kak long caiyok.

    ReplyDelete
  20. memang teruja jd pengomen pertama tuk blog fofuler jerrr macam YB punyerr.. kanns

    ReplyDelete
  21. kak long no 3,
    saya berbelah bagi samada nak bagi tahu kak long sebelum saya post n3 ni tadi. Tapi saya rasa mesti kak long masih depan pc. Itu yg saya buat satu n3 merapu ni supaya kak long boleh cepat2 komen.

    psst - ada kawan2 minta saya sms atau call sblm saya buat posting. Nama dirahsiakan hahaha

    ReplyDelete
  22. al-lavendari,
    amaran tu saja supaya org tak bertambah berlumba2 jadi pengomen pertama. Tapi selalunya bila cakap mcm tu makin org nak percaya. Mungkin sifat manusia begitu.

    Saya percaya abg seorg yg hidupnya lurus sbb rumah abg pun tak jauh dari Ulu Bendol hehehe

    ReplyDelete
  23. kak ngah,
    saya bukan org yg pertama masuk bilik meeting. Bahkan semasa saya buat n3 ni saya masih di rumah! hahaha

    Dari rumah/opis saya ke pejabat klien dlm 15 minit aje kalau PECUT ikut DUKE

    ReplyDelete
  24. LiNda,
    yalah tu.

    psst - bukankah awak ada bersama saya masa saya buat n3 ni. Sungguh. lalala

    ReplyDelete
  25. salam yb..

    bukan hadiah misteri jd rebutan..

    semangat mengomen yg utama..

    ReplyDelete
  26. dah penah jd pengomen pertama..bg chance kat org lain plak.

    ReplyDelete
  27. Mak Su,
    tak dapat no 1 pun takpe. Semua komen saya hargai.

    ReplyDelete
  28. DrSinga,
    Mmg ada hadiah tapi kenalah 3 kali berturut2. Kalau sekali dah bagi hadiah takde cabaran sgt. Tak seronok. Hadiah pun nanti cekai aje hehehe

    ReplyDelete
  29. Ms.Lilies,
    nak buat n3 merapu mcm ni tak sampai 5 minit. Saya buat dari rumah pukul 10:50. Meeting sepatutnya mula pukul 11 pagi tp dari pengalaman silam meeting kami akan mula lambat sebab meeting pertama (yg mula pukul 10 pg) hanya akan habis pukul 11 lebih.

    Lagipun mesti ada yg lambat. Tadi meeting mula pukul 11:30 huhuhu

    ReplyDelete
  30. pB,
    Betul tu. Semangat nak jadi pengomen pertama dah luntur agaknya hehehe

    ReplyDelete
  31. Auntie Yan,
    Macam tu yg betul. Tapi kalau ada yg nak booking tempat kita tak boleh nak halang. Bukan kena bayar pun. Tapi selalunya mereka akan datang lagi dan memberi komen sewajarnya.

    Saya tahu sbb saya pun terlibat sama huhuhu

    ReplyDelete
  32. relevan,
    ke 12 pun oklah sbb jauh awak nak datang dari Pahang tu hehehe

    ReplyDelete
  33. shaliza,
    itulah saya kata n3 ni merapu aje.

    Terima kasih kpd yg sudi baca lebih2 lagi yg sudi komen n3 mcm ni hehehe

    ReplyDelete
  34. Sally,
    Siapa pengomen yg dimaksudkan? ngeee

    Rasanya sbb tak nampak jalan ke rumah Jaja sbb telah diselubungi oleh misteri hahaha

    ReplyDelete
  35. Ummi Humaira,
    wsalam.

    Kadang kira nasib juga. Kebetulan singgah blog org tu dia baru update. Jadilah pengomen pertama.

    Ummi bukan pengomen tercorot pun. Selalunya ada lagi yg datang sebelah petang dan malam hehehe

    ReplyDelete
  36. kalau boleh saya nak jadi yang terakhir..


    .
    .

    sbb yg pertama, tentu ada yg kedua selepasnya.. diikuti dgn yg ketiga dan seterusnya

    .
    .

    tp klu yg terakhir, dah tiada sesiapa di belakangnya... AKHIR tu maknanya LAST

    hikksss

    ReplyDelete
  37. YB...kalau ada hadiah...saya pun nak jadi pengomen no 1...tapi takleh main cheating lah...tak boleh main sms...heheheh

    ReplyDelete
  38. Salam YB....

    Aku tak kisah nombor berapa. Tapi biarlah membaca & memberi komen yg ikhlas & positive.

    :)

    ReplyDelete
  39. a.z.r.i.n.a,
    jgn percaya sangat kisah merapu walaupun mungkin benar hehehe

    ok lain kali saya cuba sms tapi utk n3 siang hari bekerja aje tau. Malam awak tak boleh nak komen ngeee

    ReplyDelete
  40. PnConfused,
    Mak buyung mcm ko mana kuat lari nak dptkan no 1 lagi.

    Tapi tahniah kerana ko masih dapat kalahkan kts. Juliet langsung tak jadi beri komen walaupun dia singgah sini petang tadi hehehe

    ReplyDelete
  41. gadis comel,
    awak datang satu kereta dgn PnConfused ke? Mentang2 sama2 dari Penang.

    ReplyDelete
  42. Eja,
    Mujur dapat jadi yg ke 19. Ada juga no 1 tu. Kalau no 20, dah takde no 1 hehehe

    ReplyDelete
  43. tasek,
    no 20 pun aku tak kisah. Sekurang2nya ko rajin jugak singgah sini.

    ReplyDelete
  44. Hamizah,
    terima kasih kerana selalu datang dan beri komen walaupun n3 tak semestinya best hehehe

    ReplyDelete
  45. en_me,
    jgnlah cakap mcm tu. Segan saya. Blog saya ni tak fofular mana pun. Tak macam blog en_me tu.

    ReplyDelete
  46. kak ct,
    wsalam.

    Kalau dapat hadiah tu pun best jugak kan? Setakat ni cuma seorg pemenang aje.

    Tapi komen2 kak ct dan anak2 saya hargai. Termasuk komen yg di luar blog ngeh3x

    ReplyDelete
  47. MENTIBANG LAUT,
    baik cuma cover line nampak? hahaha

    ReplyDelete
  48. kts,
    betul ke ko nak jadi yg terakhir? Fikirkan betul2. Malam Jumaat ni doa makbul ahaks.

    Panas tak berapi
    Sejuk tak berair
    ***** tak bertepi
    ***** tak berakhir

    Tentu ko tahu makna ***** tu!

    ReplyDelete
  49. aNie,
    Mmg ada hadiah kalau dapat menjadi pengomen pertama 3 kali berturut2.

    Kebanyakan yg minta bantuan talian hayat bukan kerana nak menang sangat tapi nak merasa jadi pengomen pertama. Sekali pun jadilah. Bila org dah minta tolong mcm tu saya tak sampai hati kalau tak memenuhi permintaan mereka.

    Kalau tak caya boleh tanya kak long hehehe

    ReplyDelete
  50. Catwoman.
    wsalam.

    Sifat awak ni saya puji. Kalau semua nak jadi no 1 cuma ada satu komen ajelah setiap n3 ngeeee

    Semua komen saya hargai dan akan cuba saya balas.

    Tengok ni dah tengah malam Jumaat masih gigih membalas komen2 utk n3 ni.

    Dekat 30 komen utk n3 merapu ni hehehe

    ReplyDelete
  51. Hahaha.... Sy suka jadi yang terakhir.. sebab saya tak suka berebut2... hehe...

    ReplyDelete
  52. pengomen ke-56 :)

    salam, kita dah lama berkawan dalam fb tapi sekarang baru perasan pasal blog ni :)

    salam blogger dari saya

    ReplyDelete
  53. ~Kak AZZ~,
    nak jadi yg terakhir tu pun kadang berebut2. Pernah terjadi kat blog saya ni dulu! Hampir2 saya nak kena stopkan org dari komen hehehe

    Tengok tu ada lagi yg komen lepas Kak AZZ ngeeee

    ReplyDelete
  54. shafarina,
    semakin ramai yg komen ni. Kena buat n3 baru supaya reda komen kat sini hahaha

    Wsalam. Jumpa jugak awak blog ni akhirnya. Saja saya tak war-warkan sgt. Selamat berkenalan di dunia blog pulak. Saya dah linkkan blog ada2aje hehehe

    ReplyDelete
  55. YB pi miting ke pi dating heheheh

    ReplyDelete
  56. sahromnasrudin,
    semalam pergi meeting. Dating weekend hahaha

    ReplyDelete
  57. ala...malam ni jer malam terakhir xleh komen.


    malam esok dah boleh dahhhhh... hik..hik..


    yezzzzaaaa...

    ReplyDelete
  58. a.z.r.i.n.a
    Malam esok tentu awak sibuk nak lepas rindu dendam hahaha

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails