Anda Dihargai ...

Kisah Badut, Bonia dan ABC Fradoo - Sepetang Di Shah Alam  

Posted by Yunus Badawi

Ini sambungan kisah kami setelah habis tengok pengantin Ahad lalu.

Dari pekan Meru, kami ke Shah Alam utk membawa Atikah ke Kompleks PKNS utk potong kaki seluar jean dia. Budak tu kan comel jadi seluar yg dia beli tu terlebih panjang kakinya. Sementara tukang jahit alter seluar tu kami window shopping di Kompleks PKNS tu. Haikal sibuk nak cari buku teks matematik utk menggantikan bukunya yg dah tersalah letak kat rumah sbb keesokan harinya nak kena pulangkan ke pihak sekolah.

Dari satu kedai ke satu kedai kami cari tapi manalah ada org yg jual buku teks sbb skrg semua murid dpt buku teks percuma. Buku tak dapat ais krim yg dapat.

Tambah kaya McD. Tapi org kita pun dah ada yg jual soft icecream mcm ni spt Mingo-mingo

Dalam kami berjalan2 di Kompleks PKNS tu nampak badut. Aku pun bawa Adam menghampiri badut tu dan minta dia buatkan permainan dari belon. Adam agak takut (mungkin terkejut) tengok badut yg berpakaian warna warni tu. Kat rumah manalah kami pakai macam tu hehehe. Tapi kalau kira bukan Adam aje yg takut dgn badut ni. Abang2 dia pun masa kecil takut dgn badut juga. Spesislah adik beradik ni. . . .

Anak anjing dari belon yg diberi oleh badut ini

Dah puas merayau di Kompleks PKNS, tapi seluar tu belum siap dipotong dan jahit semula. Kami pun ke SACC Mall.

Di situ ada lagi ramai badut. Pertunjukan band pun ada.

Ini badut yg di SACC Mall. Adam dapat lagi seekor anjing dan Haikal dapat pedang sakti

Atikah membawa adik2nya ke kedai buku MPH di tingkat atas utk mencari buku teks matematik tu. Aku, Adam dan emaknya belegar2 di tingkat bawah. Kami masuk ke kedai Bonia. Sedang ada sales. Emak Adam pun tengok, pegang dan belek beg2 yg ada. Tapi takde yg berkenan. Mungkin dia mencari beg Bonia yg macam Prada agaknya. Akhirnya kami keluar dari kedai tanpa membeli (selamat duit aku hehehe).

Setelah mengambil seluar Atikah kami ke Seksyen 2 utk minum ABC Fradoo yg selalu menjadi buah mulut blogger2 spt Jard dan syah shah. Anak tauke kedai tu pun blogger jugak. Erina namanya. Kami tengok2 jugak kalau dia ada di gerai petang tu. Tapi kemudiannya kami diberitahu oleh Erina dia off hari tu.

ABC Fradoo. Macam2 bahan ada di dalamnya. Cuma RM2.50.

Kami makan mee (bermcm2 jenis) dan nasi goreng.

Ini aje yg sempat diambil gambar sebelum dimakan.

Sekianlah kisah sepetang di Shah Alam (ayat skema budak darjah 2)

Ini Ajelah yg Sempat  

Posted by Yunus Badawi

Aku mmg berniat nak sambung citer balik dari rumah pengantin di Kapar tu. Tapi belum sempat kerana dihimpit waktu. Sekejap lagi ini pun aku nak ke Klang ada pertemuan dgn pegawai MPK.

Dua hari lepas aku ada perbincangan dgn rakan2 kongsi aku. Semuanya bukan Melayu tapi kira pakar dlm bidang masing2. Kami nak mulakan satu perniagaan baru. Nantilah kalau dah mula dan berjalan lancar aku cuba ceritakan supaya menjadi pendorong kpd yg ingin belajar.

Tapi dua perkara yg aku tertarik dlm perbincangan tersebut ialah mcmana nak meletakkan perniagaan kami ni (how to position ourselves) dari segi barangan yg ditawarkan, kualiti, penjenamaan dan harga.

1) Kalau kualiti tinggi dan jenama dah terkenal, walau mahalpun masih ada yg sanggup membelinya.

2) Macamana murah kita jual barang kita kerana kos pengeluaran yg kompetitif, dan sebagainya mesti ada org lain yg boleh jual lebih murah.

Fikir2kan lah.

Bersamamu  

Posted by Yunus Badawi

Tengahari semalam semasa makan isteri aku mendapat panggilan telefon dari Kak Ina, jiran depan rumah. Kak Ina berhasrat memberi bantuan kpd sebuah keluarga daif di Kg Datuk Keramat dan mengajak isteri aku menemankannya petang semalam. Isteriku teragak2 nak kata ya kerana masa itu selalunya Adam tidur.

Mendengarkan perbualan itu aku kata tak apa KITA pergilah. Sebenarnya aku sepatutnya ada mesyuarat dgn rakan2 kongsi tentang kilang perabot kami. Itu boleh ditunda. Menolong org yg susah lagi penting dan utama.Sepatutnya kami pergi dalam pukul 5:00 ptg tadi lewat sehingga pukul 6:20 kerana Kak Ina menziarahi org nak pergi haji dulu. Kami sampai di rumah keluarga tersebut pukul 6:30ptg. Aku tolong membawa masuk 2 beg beras, biskut dan makanan basah. Ini merupakan zakat Kak Ina dan anaknya hasil perniagaan mereka. Sebahagian zakat mereka telah berikan kpd PPZ.

Keluarga yg dibantu itu terdiri dari seorg balu, juga bernama Ina dgn 15 (ya limabelas) org anak. Suaminya seorg pemandu teksi telah meninggal dunia lebih kurang 8 bulan yg lepas kerana mengidap ketumbuhan dalam otak. Anak pasangan ini yg paling kecil baru saja dilahirkan di HKL Khamis lepas. Kesian anak ini tak dapat melihat bapanya. Anak mereka yg sulong sedang belajar dan berusia 21 tahun. Dua org lagi adik2nya juga di IPTA. Yang lain di sekolah menengah dan rendah kecuali dua org yg masih belum bersekolah dan bayi perempuan yg tak sampai seminggu itu.

Ina memegang bayinya yg berusia kurang dari seminggu sambil diperhatikan oleh anak ke 12nya yg berusia 7 tahun. Kak Ina yang berbaju merah tu

Buat masa ini mereka menumpang di rumah emak angkat Ina yg juga seorg balu berusia 80'an. Keluarga ini belum mendapat bantuan dari Jabatan Kebajikan mahupun Baitulmal. Mungkin kerana mereka tak kenal org besar.

Ini rumah yg mereka diami. Aku ambil gambar ni masa nak balik semalam

Nostalgia Pekan Meru  

Posted by Yunus Badawi

Dalam perjalanan pulang dari rumah pengantin di Kapar pada Ahad lepas kami lalu di pekan Meru, Klang. Banyak kenangan aku masa kecil di sini. Sebenarnya ibu aku dilahirkan di Meru. Moyang aku antara golongan yg awal bertapak di sini. Adik beradik arwah nenek aku ramai yg ada tanah di sini tetapi sekarang dah diturunkan kpd anak cucu mereka. Kenapalah nenek aku takde tanah kat sini. Kalau tak boleh juga aku buat rumah sewa mcm org lain tu hehehe

Mula2 kami singgah solat di Masjid As-Syarif yg telah dirasmikan pada 2004. Masa kecil dulu aku pernah sembahyang Jumaat dgn bapa aku di masjid As-Syarif yg lama. Masa tu aku lebih kurang besar Haikal.

Sempat bergambar di luar masjid yg cantik ini. Aku suka landskap dia

Kanak2 di belakang papan tanda ni ya

Lepas solat kami singgah di kedai tujuh sebelas utk membeli air kerana anak2 aku kering tekak selepas makan kek dari rumah pengantin. Aku suruh Haizam dan Haikal aje yg turun kerana ingat nak cepat ke UiTM menghantar barang Atikah. Tetapi sementara budak dua tu turun membeli air, emak Adam pun turun juga kerana terlihat kedai menjual pakaian. Tinggallah aku dan Adam di dalam kereta.

Tak lama lepas tu budak dua tu balik ke kereta dgn air soya kotak dan slurpee. Air soya tu biar Adam tambah putih kata abang2nya. Yalah tu. Aku yg dah minum air soya bertong2 ni tak putih pun huhuhu.

Lama pulak emak Adam ni. Aku pun turun dan berjalan ke kedai pakaian tu. Tetapi hampir2 tergoda nak singgah kedai ni . . . .

Jgn nak ngada2 - bajet dah takde

Aku pun terus ke kedai pakaian mencari isteriku. Dia sedang sibuk memilih pakaian utk anak2 kami. Dapat 3 pasang. Harga memang murah sebab kat kampung agaknya. Lepas tu emak Adam berkenan pulak baju utk dia. Pilih punya pilih, tanya punya tanya akhirnya tak jadi beli. Orang perempuan kalau shopping macam ni lah kot. Tak jadi pun takpelah. Tak guna beli kalau tak berkenan betul2 (dibaca selamat duit aku ngeh3x).

Inilah kedainya yg terletak di pekan Meru

Cukuplah utk n3 ni. Kalau panjang2 nanti ada yg tak suka hehehe