Wednesday, March 31, 2010

Dilema Surau

Jangan main2 surau pun ada dilemanya tau. Surau di tempat aku dan juga di kebanyakan tempat sering menghadapi dilema tiada org solat berjemaah waktu Zohor dan Asar ketika hari kerja. Ini adalah disebabkan kebanyakan ahli kariah (kalaupun tak semua) adalah org yg masih bekerja atau belajar.

Mari kita kaji case study tempat aku ni:

Masa org mula berpindah ke sini 18 tahun silam kebanyakan pembeli adalah mereka yg berumur pertengahan 30an. Yang membeli rumah corner lot mungkin awal 40an sebab mereka tu kaya sikit. Sekarang kebanyakan mereka berusia 50an kecuali org yg mcm aku ni yg lebih muda serta mengancam dari mereka. Ada di antara mereka yg sepatutnya sudah pencen tetapi memandangkan kerajaan asyik menambah umur pencen dari 55 ke 56 ke 58, jadi mereka masih berkhidmat Aku rasa bila mereka berumur 58 esok kerajaan tambah lagi umur pencen ke 60 atau 65.

Akibatnya kalau Zohor dan Asar tiadalah org yg berjemaah di surau.

Orang macam aku ni yg kerja sendiri dari rumah pergi ke surau waktu tengahari dan petang tapi selalunya akulah yg jadi siak, bilal dan imam. Lebih baik aku berjemaah dgn emak Adam di rumah. Mungkin org lain pun fikir mcm tu - berjemaah dgn keluarga di rumah. Akhirnya tiadalah yg berjemaah di surau walaupun ianya fardhu kifayah - ada 2 org aje pun buat, yg lain tak payah.

Ada juga cadangan menggaji imam professional tetap supaya dia boleh mengimami solat jemaah 5 waktu tetapi kawasan surau kami bukan ada tempat nak sediakan tempat tinggal. Kalau dia nak berulang, silap2 dia pun tak datang. Duit minyak pun tak boleh nak cover.

Mungkin kalian ada cadangan untuk mengatasi masalah ni. Sudi-sudilah berkongsi untuk kemaslahatan bersama.

Tuesday, March 30, 2010

Makan Burger Aje Malam Ini

Aku ada dinner malam ni. Emak Adam kata tak berbaloi masak kalau aku tak makan di rumah mlm ni (mcmlah banyak sgt aku makan setiap mlm huhuhu)

Jadi selaku suami dan ayah yg pengasih dan penyanyang, aku belikan burger Otai. Bukan yg biasa tapi yg spesel tu. Alaa yg dibalut telur tu.
Sent via BlackBerry from Maxis

Penantian Satu Penyeksaan

Aku hantar kuda hitam aku utk diservis pagi ini - 35000 km. Temujanji aku pukul 8:45 tapi sibuk main komputer (blog dan YM bagai) aku sampai pusat servis pukul 9:05. Pelanggan lain dah ramai sedang menunggu giliran. Memandangkan aku dah ada appointment aku diberi keutamaan. Tapi kena tunggu juga mereka layan 2 org sebelum aku. Kereta aku yg ke14 diservis. Org lain yg tiada temujanji spt dlm gambar tentu kena tunggu lagi lama.

Sementara menunggu ni bolehlah aku buat kerja sikit gunakan beri hitam aku ni. Mula2 sekali update blog aku ni lepas tu ..... Kita minum dulu. Jom aku belanja
Sent via BlackBerry from Maxis

Monday, March 29, 2010

Langkah Bendul

Dari petang semalam aku bercadang nak buat n3 panjang sikit tentang majlis perkahwinan di rumah jiran depan rumah aku tu. (Ramai yg dah komen kata n3 aku makin lama makin pendek terutama sejak aku gunakan Blackberry ni - jeleslah tu kehkehkeh). Tapi malam tadi ada mesyuarat surau sampai pukul 12:15 pagi (harap percaya). Itu kira cepat habis. Kalau tak sampai pukul 1:00 pagi pun ada. Kadang tu ada AJK yg dah tertidur (siap mimpi kot) sementara nak tunggu mesyuarat berakhir hehehe

Hari ini pula dari pagi tadi aku dah keluar. Balik tadi sibuk buat kerja di rumah. Sambil tu sempat jeling2 blog kawan2 dan komen mana yg patut. Ada juga yg masih sudi nak komen di n3 aku yg lepas tu. Terima kasih. Jadi aku balaslah komen kalian tu setakat yg terlarat.

Memandangkan sekarang pun dah petang, aku tangguhlah dulu niat nak buat n3 tentang majlis perkahwinan tu. Sebagai ganti aku nak sentuh sikit tentang langkah bendul.

Pengantin perempuan anak jiran aku tu merupakan anak kedua dari empat beradik. Kakaknya yg lebih tua empat tahun (kalau tak silap akulah) masih belum berkahwin. Jadi si Angah ni kiranya melangkah bendul. Sebagai sebahagian dari adat orang kita, maka si kakak telah diberikan sepersalinan oleh adik iparnya. Pada malam pernikahan itu aku diberitahu oleh emak Adam dua beradik ini berpeluk2 sambil menangis (aku dah masuk ke ruang tamu- dan sempat ambil gambar hantaran GPS tu tetapi apabila aku melihat rombongan pihak lelaki ramai, aku dan jiran2 lain keluar utk memberi peluang rombongan dari pihak lelaki masuk ke dalam rumah. Itu sebab aku tak dapat tengok apa yg terjadi).

Selamat Pengantin Baru kpd Adam dan Alia. Semoga kekal bahagia hingga ke akhir hayat.

Pengantin perempuan berterima kasih kerana Alongnya rela memberi laluan utk dia kahwin terlebih dulu.

Aku dulu pun langkah bendul juga. Masa aku bernikah dgn emak Adam (maksud aku isteri akulah sebab Adam mana ada masa tu kan) kakak kedua dia masih belum berkahwin.

Aku rasa bagi lelaki kalau dah syok nak kahwin dgn adiknya, apa boleh buat. Tapi bagi mereka yg dilangkahi tu, mungkin tak sesenang yg kita lihat.

Apa komen kalian tentang langkah bendul ini?

Sunday, March 28, 2010

Adam Dah Kahwin!

Hari ini bertandang ke tempat pengantin lelaki yg terletak hanya 2.6km dari rumah pengantin perempuan (senang nak balik raya)

Siapa pula baju batik biru sebelah pengantin tu?
Sent via BlackBerry from Maxis

Saturday, March 27, 2010

So Far So Good

Tetamu dah ramai datang. Stok makanan masih under control. Dalam periuk2 tu masih ada separuh.
Sent via BlackBerry from Maxis

Friday, March 26, 2010

GPS Jadi Hantaran

Saja2 buat posting ni sementara tunggu pengantin lelaki.

Sesat kot sbb belum ada GPS hehehe
Sent via BlackBerry from Maxis

Ikan Keli

Kaum ibu sedang menyiang ikan2 keli 600 ekor untuk hidangan jamuan pengantin esok.

Emak Adam di sebelah kanan gambar.
Sent via BlackBerry from Maxis

Bendi

Pergi ke pasar beli bendi,
balik rumah senang hati.

Emak Adam nak masak lemak cili api senangin. Letak bendi, perghhh
Sent via BlackBerry from Maxis

Thursday, March 25, 2010

Majlis 2H/2M Bermula

Malam ni cukur jambul, mlm esok akad nikah, Sabtu kenduri kahwin. Tak payah masaklah emak Adam sampai Ahad
Sent via BlackBerry from Maxis

Awek UiTM

Jamu mata smbil tunggu atikah..hehe..ok lah,nk blk dh..
Sent via BlackBerry from Maxis

Lunch Di Afrika

Ada kawan belanja aku lunch kat Afrika. Jgn makan daging gajah sudahlah
Sent via BlackBerry from Maxis

Sarapan Aku Pagi Ini

Cucur udang dgn Planta dan mentega yg dicicah sos Jiwanis beserta teh 1 mug. Jemput makan
Sent via BlackBerry from Maxis

Wednesday, March 24, 2010

Selamat Hari Ulangtahun Buat Nuratikah Hanna

Memandangkan antara tujuan utama ayah buat blog ini ialah untuk merakamkan peristiwa2 istimewa keluarga kita, adalah tidak adil kalau ayah tidak membuat satu n3 khas sempena hari ulangtahun (bukan hari jadi kerana kamu mesti terjadi sembilan bulan sebelum itu hehehe).

Hari ini genaplah 19 tahun kamu berada di dalam keluarga ini. Antara 3 orang beradik yg awal, hanya kamu yg berjaya dilahirkan di KL. Itupun kerana ayah dihantar posting ke KL (org KL posting kat KL). Maka dapatlah kamu memakai IC dgn nombor tengahnya 14 (tidak spt abg kamu yg pakai no tengah 13 dan adik kamu Afifah yg pakai no tengah 01).

Sepatutnya ayah buat posting ni pagi tadi tetapi kerana ayah terpaksa membuat persediaan utk presentation kpd Jeneral di Mindef, maka terpaksalah ayah tunda n3 ini ke petang ini. Walaupun bukanlah presentation nak menjual kapal selam, helikopter pelbagai guna atau kereta kebal kpd Mindef tetapi ayah perlu juga membuat persediaan yg sewajarnya. Maklumlah nak jumpa dgn seorang Jeneral. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Kira hadiah hari ulangtahun kamu (boleh pula kira mcm tu ke?).

Apapun selamat menyambut ulangtahun dan semoga menjadi anak yg solehah, dirahmati Allah, dimurahkan rezeki dan dipanjangkan usia.

Gambar kamu ketika masih lagi berusia 18 tahun 11 bulan dan 12 hari

Kalau Atikah terbaca n3 ni jgn segan nak komen. Say hello to my blogger friends ngeh3x

Tuesday, March 23, 2010

Jom Pekena Teh Tarik Halia

Aku ada perbincangan dgn kawan2 mlm ni kat gerai mamak di Jln Semarak. Sblm mula bincang dah kena teh halia dulu. Tak tau berapa gelas habis mlm ni sblm mtg habis huhuhu
Sent via BlackBerry from Maxis

Nak Beronggeng Lagi

Semalam puas aku beronggeng di Shah Alam seperti yg aku catatkan di n3 aku semalam. Alhamdulillah sebahagian kerja yg dirancang dapat dibereskan kecuali berjumpa dgn pegawai MBSA kerana aku terpaksa berkejar ke TNB Pelabuhan Klang setelah mendapat panggilan telefon dari pegawai TNB utk mengambil surat kelulusan bagi sambungan bekalan ke projek kami di sana.

Dari Port Klang aku singgah semula di Shah Alam utk lunch. Ada blogger sudi belanja aku - terima kasih daun keladi.

Lepas solat di surau Seksyen 19, aku ke PJ utk meeting sehingga pukul 6 ptg. Memandangkan hari dah petang, rancangan melawat kilang perabot di Sg Buloh terpaksa ditangguhkan.

Hari ni nak beronggeng lagi sebab rasa seronoklah pula. Pukul 12 tghari ni nak ke Nilai berjumpa dgn seseorg yg aku belum kenal. Dia kata nak bincang projek kilang dia di Pahang. Well let's hear what he has to say

Lepas tu aku nak ke MPKj. Memang aku dah rancang dari petang Jumaat lepas lagi nak ke Majlis berjumpa pegawai di sana berkenaan cadangan pembinaan stesen minyak baru di sana. Agak lama aku tak ke MPKj. YDP pun dah tukar skrg. Kalau yg dulu tu aku biasalah. Bila raya mesti pergi rumah terbuka beliau. Pegawai2 di sana pun ramai yg dah bertukar walaupun ada juga muka2 lama yg masih kekal. Tak apalah. Untung2 dapat kenal org baru dan menyambung perhubungan yg terputus dgn yg lama.

OK aku nak sambung buat kerja ni.

psst - mana2 rakan blogger yg ada di sekitar Nilai atau Kajang dan kawasan2 yg sewaktu dgnnya bolehlah roger aku hari ni. Jom kita pekena satay kajang.

Monday, March 22, 2010

Berronggeng Di Shah Alam

Pagi ni aku akan ronda2 di Shah Alam. Mula2 hantar Atikah ke UiTM. Lps tu ke SUK,MBSA & Komplek PKNS
Ok,aku gerak dulu
Sent via BlackBerry from Maxis

Saturday, March 20, 2010

Friday, March 19, 2010

Salam Petang Jumaat

Ingat nak buat posting baru tapi anak2 ajak main badminton pula dah petang2. Oklah aku turun kejap layan mereka. Nanti ada ceramah bulanan pula lepas Maghrib di surau.

Aku tunjukkan gambar masjid Teluk Menegon yang aku singgahi semalam. Yalah ambil berkat petang Jumaat.

Masjid Ar-Rahimin

Ok aku chow dulu.

Sekejap Dah 2 Minggu

Pagi tadi aku ada mesyuarat tapak lagi utk projek di Klang. Mesyuarat pertama hari tu 2 minggu yg lepas. Ada aku buat n3 tentangnya. Kalau rajin nak baca carilah kat n3 yg lepas tu.

Aku tak nak tulis banyak2 kali ni. Kita layan gambar ajelah.

"Bob" utk memberitahu pemandu tentang kawasan pembinaan. Tapi ini mcm mat Bangla aje

Flexible double wall pipe yg digunakan utk menyalurkan minyak dari tangki bawah tanah ke dispenser (pam)

Apa pula yg dibuat oleh jurutera pencen ini?

Makan free lagi hari ni. Kali ni pilih ikan senangin

Aku nak pantun sikit tentang ikan senangin ni

Orang Aceh pulang ke Aceh
Kail kurau dapat senangin
Memang seksa orang berkasih
Macam wau melawan angin

Apa aku merapu tengah2 malam Jumaat ni? Eloklah aku masuk tidur.

Thursday, March 18, 2010

Berkampung Di Bandar

Lepas solat Isyak semalam jiran rumah depan aku mengadakan majlis berkampung sebagai persiapan utk majlis perkahwinan anak perempuan mereka pada hujung bulan ini. Bagi mereka yg tak biasa dgn istilah ini, berkampung bermaksud berbincang tentang pembahagian tugas semasa majlis perkahwinan tu.

Jiran2 dijemput utk acara berkampung ini. Majlis dimulakan dgn jamuan makan malam. Makan jgn tak makan.

Tuan rumah, Hj Bahar (dua dari kanan) menikmati jamuan bersama beberapa org jiran. Di sebelah kanan sekali ialah Pengerusi surau yg juga menjadi pengerusi berkampung malam tadi

Menurut Hj Bahar tetamu yg dijangka hadir seramai 2500 org. Aku rasa lebih dari itu sbb dia dah mengedarkan 1300 kad jemputan. Lagipun ini kali pertama dia mengadakan majlis walimatul urus. Hj Bahar dan isterinya mmg rajin ke majlis2 kahwin saudara mara dan sahabat handai.

Makanan akan disediakan oleh tukang masak khas - 4 jenis hidangan manakala jiran2 akan bergotong royong memasak 2 hidangan. Kalau nak masak sendiri semua hidangan itu, mahu ada yg patah pinggan. Sebelum ini ada jiran di taman perumahan kami buat keseluruhan majlis secara bergotong royong tapi jemputan tak sampai 2000 org. Selain membahagi2kan tugas, tempat menghidang, membuat air, membasuh pinggan dan gelas serta tempat DJ juga dibahagi2kan di antara rumah2 jiran. Rumah aku dijadikan port utk menghidang lauk pauk. Kenyanglah aku pada hari itu hehehe

Jiran2 perempuan juga turut berkampung. Adam ikut nak enterframe

Setiausaha mesyuarat mencatit minit

Selepas habis mesyuarat, hadirin sambung makan kerana masih banyak lagi makanan. Ada yg borak2 sampai pukul 12:15 malam. Bukan selalu dapat berjumpa dgn jiran2 kerana kebanyakannya sibuk dgn tugas masing2.

Semoga majlis dari 25 - 27hb Mac ini berjalan lancar.

Wednesday, March 17, 2010

Bila Sudah Tiba Masanya

Semalam semasa aku menghantar Haikal pergi beli pensel warna yg entah utk kali keberapa aku dapat panggilan telefon dari adik kembar aku. Dia bertanya bila aku nak pergi menziarahi jenazah anak kepada sepupu kami yg baru meninggal dunia pagi semalam. Aku terkejut mendengar berita tu. Aku tanya siapa beritahu dia. Dia kata emak Adam. Baru aje emak Adam telefon isteri adik aku. Oh mungkin emak Adam tunggu aku balik utk beritahu berita kematian tu.

Anak sepupu aku yang meninggal dunia semalam itu masih muda. Baru saja 24 tahun pada 9hb Mac baru ni. Hari lahirnya sama dgn kami adik beradik. Pada 10hb Mac dia ada masuk dan komen n3 di blog aku buat pertama kalinya. Mungkin dia silent reader aku sebelum ni. Ini komen dia:

Delete
Semalam dia pergi buat selama2nya.
Menurut laporan bedah siasat paru2nya berair dan jantungnya bengkak. Dia tiada sebarang tanda ada masalah kesihatan sebelum ni. Seorang yg periang dan disenangi oleh saudara mara dan kawan2.

Ramai yg hadir untuk memberi penghormatan terakhir semalam termasuk menyembahyangkan jenazah dan menghantar ke pusara termasuk rakan2 dari UiTM. Dia sepatutnya menamatkan pengajiannya Nov ini.

Allah lebih sayang kpdnya.

Semoga Allah mengampunkan dosa2nya dan mencucuri rahmat kepada Allahyarham Firdauz.

Tuesday, March 16, 2010

Bina Rumah di 'Sana' ?

Ni nak bina rumah kat mana ni?
Payment nak cerita macam mana?



Sent via BlackBerry from Maxis

Bertemu Dengannya Lagi ....... ngeh ngeh ngeh

Tengahari semalam aku ke Petaling Jaya kerana ada perbincangan dgn bakal pembekal utk projek aku. Sampai waktu makan aku tak ikut mereka pergi makan.

"Aah peluang baik utk bertemu dgn rakan blogger yg kerja tak jauh dari tempat aku meeting tu," bisik hatiku.

Aku pun menelefon dia. Ternyata dia ada menyimpan nombor aku kerana semasa dia menjawab panggilan itu dia tahu aku yg telefon.

"Time lunch pukul berapa?" tanyaku

"Kalau ikut pukul 1:00 tapi sekarang kalau nak keluar pun boleh," jawab dia.

"Kalau mcm itu jom kita pergi lunch," aku mengajak dia.

"OK," balas dia.

Kami pergi makan tengahari di medan selera PJ Old Town. Sambil makan sambil bertanya khabar dan bercerita tentang diri masing2 serta mengata membanding nota tentang rakan2 blogger yg lain.

Nak tahu siapa rakan blogger yg aku jumpa tu? Sila lihat gambar dia di bawah ni.

Che' Pit selepas lunch.

Selesai kami makan tengahari itu, aku menghantar dia semula ke opisnya. Sebelum turun dari kereta dia telah memberi aku . . . . .

Selendang yg cantik ini.Annual Planner 2010 MKM
Kedua2 cenderahati yg cantik ini telah dimasukkan ke dalam beg MKM yg menarik ini
........ dan tak lupa dia memberi saya 2 keping stem Giant yg pernah dia ceritakan dulu (flip flap tu aku punya)


ngeh ngeh ngeh

Sunday, March 14, 2010

Hadiah Hari Lahir

Dah hampir seminggu hari ulang tahun kelahiranku. Selain dari n3 aku pada 9hb Mac tu, tiada sambutan atau hadiah yg hebat2. Yalah aku ni bukan mcm penyanyi yg dapat beg tangan LV berharga 40 ribu tu. Nak harap dapat hadiah kereta lagilah jauh. Tunggu SSP aku naik entah tak tahu bila huhuhu

Semalam Hazwan menelefon aku minta jemput dia dari UIAM kerana keretanya dihantar cat baru. Tiada letrik di sana katanya. Jadi tak boleh nak studi sbb tak boleh pakai komputer. HP nya pun dah habis bateri - tak sempat nak cas.

Sampai rumah dia sibuk update contact dalam hp aku. Aku bab2 ni kureng sikit hehehe

Setelah siap tiba2 dia beri aku satu beg kecil. Hadiah hari lahir utk ayah katanya. Nak tahu apa isinya?



*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

Blackberry Bold 9700



p/s: Siapa nak chat kat BBM, ni pin aku 21A44603


Sent via BlackBerry from Maxis

Saturday, March 13, 2010

Kisah Solat Jumaat

Semalam aku sempat solat Jumaat di kampung aku mcm biasa walaupun terpaksa bergegas dari Shah Alam kerana ada perbincangan dgn pegawai MBSA dan kemudian menjemput Atikah dan dua org kawannya pulang hujung minggu dari UiTM.

Masa khatib sedang berkhutbah tiba2 ada seorg jemaah di depan aku meraba2 kocek seluarnya. Rupanya ada panggilan di hp nya yg diletak dlm silence mode. Boleh dia jawab dan mungkin kerana penting, dia pun bangun berjalan menuju ke pintu. Tak tahu dia keluar terus atau masuk balik kerana aku tak nampak kelibatnya lepas tu.

Sedang kami kyusuk (harap jgn percaya) mendengar khutbah, tiba2 tumpuan kami di baris belakang ni terganggu oleh perbualan seorg kanak2 dan bapanya. Kanak2 tu mungkin tak tahu hukum berkata2 ketika khutbah tapi yg sibapa ni takkan tak tahu juga. Lama pula tu bersoal jawab.

Lepas solat, sebaik imam memberi salam, kedengaran beberapa org jemaah telah menghidupkan enjin motorsikal mereka. Cepat sungguh kalah peserta cup prix yg kena berlari ke motor masing2 dan start enjin sebelum memulakan perlumbaan. Atau mungkinkah mereka ni solat di atas motor?

Org2 kita ni agaknya ramai yg mengamalkan perintah Allah utk bertebaran di mukabumi mencari rezeki selepas solat. Contohnya ada yg berdoa sambil berjalan kerana nak cepat ke tempat kerja. Nak cari rezeki Tuhan lah tu.

Friday, March 12, 2010

Catatan Kembara - Destinasi: Ipoh

Selepas aku selesai menemuduga calon pembantu pelakon terbaik pejabat aku selama hampir sejam setengah semalam, aku pun bergegas ke Ipoh kerana ada urusan di sana. Sebelum bertolak tu aku beritahu org tersayang aku dah nak pergi. Kebelakangan ini dia risau kalau aku travel jauh2 sorang2. Dulu setakat Penang, JB atau Kuantan pergi balik hari dgn memandu seorg diri ok aje hehehe.

Sampai di R&R Tapah aku berhenti utk makan dan solat. Niat nak makan mee rebus faberet aku tapi tutup pula gerai itu. Aku tak berapa selera nak makan nasi. Akhirnya aku makan benda ini.

Resit sebelah kiri gambar tu boleh aku claim ngeeee

Kemudian aku ke surau. Agak ramai org tetapi kebanyakan mereka solat sendiri2 - tak berjemaah. Lepas aku siap berwudhu aku tunggu sekejap nak cari rakan utk berjemaah. Masuk seorg lelaki (eh mestilah lelaki sebab surau laki2) dan aku beri isyarat mahu berjemaah dgn dia. Dia suruh aku jadi imam. Ok lah. Dari bertolak2 nak ke depan aku pun ke depanlah. Maka dapatlah kami berjemaah.

Tengok tu, lebih suka solat berseorangan

Ingat nak singgah Teluk Intan tapi ckLah sibuk dgn anak2 org yg ambil keputusan SPM. Ajak tasekM balik kampung dia di TI, jauh pula nak ke Melaka dulu. Dapat tengok replika menara condong ni pun jadilah.


Aku sampai di Ipoh pukul 3:15 ptg. Lepas tengok tapak dgn pemaju dan bakal pembeli, kami ke Kelab Diraja Ipoh utk sambung perbincangan.

Pemandangan pintu utama kelab yg berusia lebih 100 tahun

Perbincangan tentang bisnes sikit aje tapi banyak cerita yg merapu. Yang penting kedua2 pihak setuju dan jadi jual beli ni. Aku jadi orang tengah aje. Janji masyuuuk.

Dah puas merapu meraban berbincang aku pun bertolak balik ke KL. Salah seorg wakil bakal pembeli tu tumpang aku balik. Elok juga tu. Selain ada kawan dlm perjalanan, boleh bincang peluang2 lain.

Kami meninggalkan Ipoh pukul 6:40 dan sampai KL pukul 8:10 mlm. Sebelum bertolak aku telefon org tersayang dan bila tiba aku call dia lagi. Oklah tu berbanding pilot kapalterbang yg kena melaporkan kedudukan mereka setiap 10 minit!

Thursday, March 11, 2010

Belum 30 Tahun Dah Tak Perlu Kerja - Bhg 2

Ingat tak lagi kisah kegilaan anak aku si Haizam tu bermain futsal. Kalau tak sempat baca n3 tu boleh klik di sini.

Semalam dia pergi bermain futsal lagi. Dan sekali lagi sebagai seorg ayah mithali yg prihatin, aku menghantar dia pada pukul 7:30 pagi setelah aku pulang dari menghantar Haikal ke sekolah agama.

Kebetulan semalam aku bekerja dari rumah saja walaupun pada mulanya bercadang nak ke MBSA dan JKR.

Pada pukul 9:50 aku mendapat panggilan telefon dari no yg tak aku kenali. Bila aku jawab, Haizam rupanya yg panggil.

"Ayah dah habis (main) ni. Boleh datang ambik," katanya macamlah aku ni drebarnya.

Dalam hati aku bertanya apa hallah pula dia gunakkan telefon org lain.

Masa aku sampai, dia dah menunggu aku di tepi jalan. Setelah dia masuk kereta, aku tanya, "tak bawa telefon ke tadi?" saja soalan indirect.

"Bawa, tapi org dah curi!"

"Hah?!," terkejut aku telefon dia yg mahal tu dah kena curi.
"Kau letak kat mana tadi?" sambungku dgn rasa agak kecewa.

"Dalam beg ni tapi ada org buka dan curi telefon tu masa Haizam main tadi," terangnya.

"Kau letak kat mana beg tu masa main tadi?" tanyaku mcm polis.

"Kat tepi gol tu lah,"jawab dia. Haizam ini main sebagai penjaga gol.

Nampaknya gol dia jaga tapi telefon dia tak jaga.

Bila balik rumah aku beritahu emak Adam. Melompat dia. Telefon tu mahal. RM900. Haizam telah menggunakan duit simpanan dia termasuk duit yg org beri semasa dia berkhatan, duit raya dan duit saguhati mendapat 5A dlm UPSR. Itu tak termasuk dia pinjam duit dari along! Haah dia pinjam along masa beli telefon tu sbb tak cukup bajet. Nak telefon yg canggih tapi masa dia suruh abgnya pergi membeli telefon tu, dia tak beri abgnya cukup duit. Terpaksalah dia suruh abgnya yg sulung tu dahulukan duitnya. Kira meminjam dari alonglah tu hehehe.

Kerana telefonnya dah hilang, nampaknya dia perlu kerja walaupun umurnya dah melebihi 30 tahun esok.

Wednesday, March 10, 2010

Berita Cemas: Cepat Kemas, Kita ke Gemas Tolong Orang Lemas

Dari perkataan EMAS boleh jadi macam2 perkataan lain dan juga nama tempat. Ini aku nak cerita lawatan kerja aku ke Gemas pada hari Isnin baru ni.

Kami bertolak dgn 2 buah kenderaan pacuan 4 roda dari KL. Kenderaan kerajaan. Aku tumpang aje. Mula2 kami singgah makan tengahari di Seremban di restoran yg menyediakan masakan NS. Tapi pekerjanya kebanyakan dari seberang.

Antara masakan yg terdapat di restoran tersebut

Kami menjamu selera dgn gulai rusa, ikan kerai (Sg Pahang), ikan baung, ayam goreng kampung dan ulam2.

Diet mmg koyak hari tu. Ada yg tambah sampai 2 pinggan.

Lepas kenyang kami menyambung perjalanan ke Gemas. Mereka ada urusan mereka. Aku ikut dengar aje lah mula2 tu. Selesai urusan rasmi tu, baru kami ke tapak pembinaan perumahan baru utk kakitangan di situ.

Blok Kelas G yg dalam pembinaan

Kerja melepa sebelum memasang jubin di unit contoh

Blok Kelas E

Aku bukan kontraktor yg membina bangunan2 ini. Ada lebih 200 unit semuanya. Belum mampu sykt aku nak buat projek sebesar itu. InsyaAllah aku cuma terlibat utk menyediakan perabot2 di rumah2 ini bila ianya siap kelak menjelang hujung tahun ni. Apapun rumah contoh akan disiapkan pada pertengahan tahun ni dan aku kena hantar satu set utk setiap rumah contoh sebagai "control sample"

Lepas ni sesiapa nak beli perabot, bolehlah menghubungi aku. Tetapi kalau setakat satu set tu, hubungi opis aku aje lah hehehe

Dalam perjalanan pulang kami berhenti di gerai durian di simpang nak ke Hutan Perca.


Yang sebelah kiri tu RM6/kg dan yg kanan RM4/kg

Penjual durian tu pandai ayat supaya kami beli yg ada kelas. Sekilo harganya RM13. Sabtu/Ahad dia mendakwa menjualnya dgn harga RM17. Entah ya entah tidak. Buah tu dari jenis Musang King.

Ini dia buah tu. Tak boleh makan banyak sebab mahal takut panas badan

Tuesday, March 9, 2010

Terima Kasih

Sebenarnya aku berniat nak buat n3 pasal lawatan kerja aku ke Gemas semalam. Tapi memandangkan dah ramai yg mengucapkan "Selamat Hari Lahir" kpd aku sempena hari kelahiran aku hari ini, aku nak ucapkan terima kasih kpd semua yg sudi mengucapkannya dan mendoakan aku. Ada yg melalui blog ni, ada yg hantar sms dan ada yg call. Cuma belum ada yg datang jumpa aku personally hehehe

Berapa umur aku? Kalau klik di profil aku tahulah. Tapi pagi ni aku dah tukar sbb semasa aku letak umur sebenar tu, ramai yg tak peka. Jadi skrg biarlah rahsia! kah kah kah

Di antara banyak2 ucapan itu, aku suka komen dari al-lavendari. Beliau mmg ada good sense of humour. Ini dia komen dia:

Selamat menyambut hari ulang tahun kelahiran yang ke 36 (umur dari segi tampak fizikal). Kita ni datang dari satu bintang lah rupanya. Walaupun saya tak percaya bintang2 ni, tapi seronok juga bila baca kat Pakcik Google ada orang cakap macam ni:

"The Pisces Man

PISCES MAN - When dating a Pisces man remember that they are extremely attractive too most people they meet but truly compatible with few.
www.piscesman.net/ - Cached - Similar"

awak rasa betul ke ?

Soalan yg akhir tu aku rasa elok kalian aje yg jawab hehehe

Monday, March 8, 2010

Pertemuan Di Puncak Bukit

Semalam aku berpeluang bertemu dgn seorg lagi rakan blogger. Blogger yg ramai pengikut mengalahkan Hj Kahar. Setiap n3 nya dinanti2. Setiap komennya penuh berisi. Siapa lagi kalau bukan al-lavendari

Semasa saya call dia semalam dia masih di kelasnya di UM. Dia mengambil Diploma dalam bidang Syariah utk kegunaan sendiri katanya. Saya mmg tabik org macam abg ini. Saya dlm perjalanan pulang dari menghantar Afifah di Serting. Rasanya lebih cepat dari Serting nak ke Senawang berbanding dari KL ke Senawang. Anyway dalam sejam juga tu.

"Kita calling2 nanti," kata al-lavendari sebaik dia habis kelas dan menelefon saya kembali.
Saya pun tak bawa kereta dgn laju mcm Jensen Butang takut saya sampai dulu. Kalau saya yg sampai dulu alamat terus balik aje lah hehehe

Punyalah sopan santun saya bawa sehingga lori bawa batu bata ini pun saya ikut belakangnya.

Mestilah tak boleh potong lori ni sbb garisan berkembar hehehe

Saya berhenti solat Asar di masjid Taman Anggerik, Mukim Juasseh. Dah sering saya berhenti solat di sini kerana masjid baru dan bersih serta betul2 di tepi jalan utama. Sempat saya berbual dgn AJK masjid.

Ini dia masjid tu

Dipendekkan cerita semasa aku di penghujung Bukit Putus abg al-lavendari call aku lagi. Dia beritahu macamana nak masuk ke Lavender Height. Dia dah nak sampai juga. Dia suruh aku tunggu dekat pondok pengawal. Dia kata dia drive Estima putih. Walaweh. Aku pun tunggu di tepi jalan dekat pondok tu. Selepas beberapa buah kenderaan lalu di situ aku pun ternampak Estima putih (?) mcm beige aje hehehe. Pemandunya menurunkan tingkap sebelah penumpang. Aku pun turunkan tingkap kereta aku. Sah abg al-lavendari terutama bila aku tengok misai dia.

"YB ya?" tanya dia utk kepastian.Aku cuma senyum.
Lepas itu aku ikut kereta dia dari belakang.

Ini rumah dia. Tersergam indah di puncak Lavender Heights.

Anak dia yg kecil bernama Haikal. Darjah 3. Mcm anak aku yg bernama Haikal tu juga. 10 tahun dulu nama Haikal mmg tengah popular dan ramailah org yg menamakan anak mereka Haikal. Cuba 10 tahun lagi. Mahu anak tu saman emak bapak kalau namakan mereka Haikal hehehe

"Dah tak tambah lagi ke bang?" tanyaku
"Dah tidaklah . . . . . lainlah kalau makngah paksa" jawab al-lavendari.
Aku faham makna paksa itu ialah isterinya paksa dia kahwin lagi satu! al-lavendari ni kuat gurau. Kalau jadi betul, siapa yg susah nanti bang? ngeh3x




Inilah dia En Hamzah Abg Hamid @ al-lavendari. Tertutup pula muka tu. Ala2 gadis pemalu

Aku diperkenalkan dgn isterinya. Cantik orgnya walaupun dah mencecah setengah abad. Sekali pandang mcm Lydiawati. (betul tak abg?)

Kami minum petang sambil bercerita pengalaman masing2. Pengalaman aku ini apalah sangat kalau dibandingkan dgn pengalaman pegawai kanak kerajaan macam dia. Itu tak kisahlah. Yang penting semalam aku dapat berjumpa dia.

Saturday, March 6, 2010

Hari Kanak2 Sedunia - Kenangan dan Harapan

Hari ni Hari Kanak2 Sedunia. Tapi aku tak dengar pun apa2 sambutan peringkat sekolah anak2 aku. Masa aku sekolah rendah dulu, kalau Hari Kanak2 Sedunia ini, kami akan dibawa ke Zoo Negara. 6 tahun aku sekolah rendah, 6 kali aku pergi zoo. Binatang2 di sana pun dah naik kenal dgn muka aku ni!

Memandangkan tiada sambutan, aku nak cerita tentang kanak2 di rumah aku ni. Semalam Mohd Adam Hakimi genap 1.5 tahun. Kebetulan kedua2 kakak Adam sedang bercuti di rumah. Mereka telah membawa Adam ke KLCC semalam. Pergi tu aku yg hantar (ayah mithali hehehe)

20 - 30 tahun dari sekarang kanak2 mcm Adam ni lah yg akan mencorakkan nasib negara kita. Agak2 besar esok dia nak jadi apa?

Nak jadi penyelamat dunia

Nak jadi ahli sains atau jadi penyanyi terkenal? Jadi pakar motivasi pun bagus juga - terkenal dan masyuukkkk

Jadi angkasawan mcm Dato' SMS pun glamer juga ngeh3x

Setelah puas di KLCC dan menerima pendedahan 'peluang2' masa depan anak2 aku balik ke rumah menaiki LRT. Setiap hari Adam hanya melihat LRT dari jendela dapur. Semalam baru dapat naik. Naik hairan dia.

"Ini rupanya LRT tu" kata Adam

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails