Friday, March 12, 2010

Catatan Kembara - Destinasi: Ipoh

Selepas aku selesai menemuduga calon pembantu pelakon terbaik pejabat aku selama hampir sejam setengah semalam, aku pun bergegas ke Ipoh kerana ada urusan di sana. Sebelum bertolak tu aku beritahu org tersayang aku dah nak pergi. Kebelakangan ini dia risau kalau aku travel jauh2 sorang2. Dulu setakat Penang, JB atau Kuantan pergi balik hari dgn memandu seorg diri ok aje hehehe.

Sampai di R&R Tapah aku berhenti utk makan dan solat. Niat nak makan mee rebus faberet aku tapi tutup pula gerai itu. Aku tak berapa selera nak makan nasi. Akhirnya aku makan benda ini.

Resit sebelah kiri gambar tu boleh aku claim ngeeee

Kemudian aku ke surau. Agak ramai org tetapi kebanyakan mereka solat sendiri2 - tak berjemaah. Lepas aku siap berwudhu aku tunggu sekejap nak cari rakan utk berjemaah. Masuk seorg lelaki (eh mestilah lelaki sebab surau laki2) dan aku beri isyarat mahu berjemaah dgn dia. Dia suruh aku jadi imam. Ok lah. Dari bertolak2 nak ke depan aku pun ke depanlah. Maka dapatlah kami berjemaah.

Tengok tu, lebih suka solat berseorangan

Ingat nak singgah Teluk Intan tapi ckLah sibuk dgn anak2 org yg ambil keputusan SPM. Ajak tasekM balik kampung dia di TI, jauh pula nak ke Melaka dulu. Dapat tengok replika menara condong ni pun jadilah.


Aku sampai di Ipoh pukul 3:15 ptg. Lepas tengok tapak dgn pemaju dan bakal pembeli, kami ke Kelab Diraja Ipoh utk sambung perbincangan.

Pemandangan pintu utama kelab yg berusia lebih 100 tahun

Perbincangan tentang bisnes sikit aje tapi banyak cerita yg merapu. Yang penting kedua2 pihak setuju dan jadi jual beli ni. Aku jadi orang tengah aje. Janji masyuuuk.

Dah puas merapu meraban berbincang aku pun bertolak balik ke KL. Salah seorg wakil bakal pembeli tu tumpang aku balik. Elok juga tu. Selain ada kawan dlm perjalanan, boleh bincang peluang2 lain.

Kami meninggalkan Ipoh pukul 6:40 dan sampai KL pukul 8:10 mlm. Sebelum bertolak aku telefon org tersayang dan bila tiba aku call dia lagi. Oklah tu berbanding pilot kapalterbang yg kena melaporkan kedudukan mereka setiap 10 minit!

44 comments:

  1. errr... hmmm itu lebih afdal...

    ReplyDelete
  2. YANG TUMPANG AWAK BALIK TU, DARI SUKU KAUM LELAKI KE PEREMPUAN ? TERHURUF BESARLAH PULAK .. LANTAK LAH !

    ReplyDelete
  3. laa semalam CP pun berhenti rehat kat rnr tapah, tak terserempak lak

    oooo CP ke arah selatan, YB arah utara.. patutler tak terserempak, huhu

    ReplyDelete
  4. sejam setengah je sampai KL..laju tu.

    p/s: capital letter dlm bahse komputer menunjukkan marah..hehe

    ReplyDelete
  5. sewaktu 'bermusafir' (rasa cam duk padang pasir la pulak) sewaktu 'berpergian'... bila singgah sembahyang.. ramai yg suka sembahyang sendiri2... itulah tandanya sudah terhakis rasa persaudaraan... nasib baik tak tanya mazhab apa!

    ReplyDelete
  6. makan kfc tu ko tak cari pulak org berjemaah !!!!!

    ReplyDelete
  7. agak2 kena speed trap x YB???heheehe

    ReplyDelete
  8. pintu masuk TI memang tutup semalam....
    CkLah yang tutup...wakil OBJ! orang Besar Jajahan.....
    :)

    ReplyDelete
  9. saperlar tak sayang bini,

    tapi ader kannns,

    salamm yunus,

    ReplyDelete
  10. sekian, yb melapurkan seikhlas hati ;)

    ReplyDelete
  11. sy dah lama tak ke Ipoh, sejak meninggalkan bangku dan meja sekolah SMTI

    ReplyDelete
  12. NL,
    untuk beribadat biarlah kita mengikut apa yg dianjurkan oleh Rasulullah iaitu berjemaah. Bukan mereka tak tahu pahalanya lebih dan lebih afdal tetapi mungkin masing2 segan nak mengajak org lain huhuhu

    ReplyDelete
  13. Argghhhh TIDAKKKKKKKK!!!!!!!


    KEPSIIIIIIIIIIII~~~~~~~~~~~~~~


    AARRRRGGGGHHHHHHHHHHHHH~~~~~~~~~

    ReplyDelete
  14. al-lavendari,
    abg bukan marahkan pakai huruf besar ni? hehehe

    Yg tumpang tu lelakilah. Kalau perempuan mahu sampai KL tengah malam wakaka

    ReplyDelete
  15. Che'Pit,
    kalau tahu CP lalu situ boleh calling2. Kita pergi warung depan masjid di pekan Tapah tu makan.

    Daun Bidara,
    boleh claim tapi utk income tax tahun taksiran 2011. Itu pun utk potongan cukai di atas perbelanjaan sykt. Sementara ni kira pakai duit sendirilah huhuhu

    ReplyDelete
  16. MENTIBANG,
    nak kejar waktu Maghrib hehehe

    psst - abg al-lavenderi tak marah cuma malas nak taip semula komen dia tu ngeh3x

    Shifu,
    betul kata ustaz oops ko. Ini sama2 satu bangsa satu Malaysia. Kalau kat tempat lain spt di airport luar negeri, lagilah ramai yg solat sendiri2 sbb lain2 mazhab.

    ReplyDelete
  17. ONE ZABA,
    ada 2 org awek Melayu dok jeling2 kat aku masa aku makan itu tapi bukankah aku baru telefon org tersayang sebelum aku bertolak tu ahaks

    ReplyDelete
  18. ~O~,
    rasa2 tak kena sbb saya sempat potong pajero polis trafik yg sarat dgn abg polis. Ada sekali tu sebuah kereta peronda sdg menahan pemandu lain di tepi lebuhraya.

    Sayapun taklah laju sgt. Tak sampai 150 pun ngeee

    ReplyDelete
  19. ckLah,
    awak ni memang. Setiap kali nak pergi sana ada aje. Nyampessss

    Minggu depan sempena cuti sekolah buka tak pintu tu? Tunggguuuuuu

    ReplyDelete
  20. tunbegia,
    kalau sayang tu panggil isteri. Kalau tak sayang panggil bini hehehe

    wsalam.

    ReplyDelete
  21. Mak Su,
    Lain kali nak kena pakai ayat penutup mcm tu ke? ngeeee

    kenari,
    bulan depan kalau jadi ke KL bolehlah singgah Ipoh. Untung2 saya ada di sana nak muktamadkan urus niaga ni. Bolehlah jumpa awak di sana dan pekena mee rebus Ramlee yg femes tu.

    ReplyDelete
  22. kalau sayang tu panggil isteri. Kalau tak sayang panggil bini hehehe


    Kalau panggil...'maknya'?


    Mak bebudak..atau...mbok- e bocah-bocah...romantik juga kan!

    He..he..

    ReplyDelete
  23. syah,
    selalu awak dah dera kami dgn gambar2 masakan awak yg mengancam tu, skrg terimalah pula balasan dari saya hehehe

    Kalau awak dan Incik Firdaus ada semalam boleh saya order yg barrel ngeh3x

    ReplyDelete
  24. ckLah,
    kalau panggil Mak bebudak spt emak Adam tandanya sayang lahir batin kah kah kah.

    Tiada emak tiadalah anak tu. Dan emak saja tanpa bapanya (sayalah tu yg jadi bapanya) mana nak dapat Adam adik beradik kah kah kah

    ReplyDelete
  25. Perbincangan di kelab? Clubbing ler tuh,hahahaha.

    ReplyDelete
  26. juliet,
    nanti kalau deal tu dah on, dia ajak kita org clubbing. Jom ikut aku!

    ReplyDelete
  27. suka tengok perkataan IPOH atas bukit tu..hehe

    ReplyDelete
  28. takut karang dah jumpa kat tapah, kita ternaik atas lak lawat penunggu ngeh ngeh ngeh..

    ReplyDelete
  29. sedap tak kfc tapah??

    .
    .

    teringin plak nak mkn kfc tapah.. lain kali tolong tapau eh :D

    ReplyDelete
  30. n@m@n,
    ada kenangan ke bila tengok tulisan Ipoh tu?

    Masa kecil dulu saya seram tengok lambang Merc di atas bukit di Gunung Rapat tu. Masa tu belum ada PLUS highway.

    ReplyDelete
  31. Che'Pit,
    kalau ternaik pun apa salahnya. One Zaba kan ada utk menyambut kita. Boleh rasa lemang dia hehehe

    ReplyDelete
  32. kts,
    eh sedap hingga menjilat jari. Buat apa tapau. Ko ikut aku ajelah lain kali. Aku nak ke Ipoh lagi sehingga deal ini selesai. Aku roger ko sblm aku pergi lain kali.

    psst - juliet kalau nak ikut pun boleh. Tapi kalau takut dia kacau daun, korang berdua ambil giliranlah wakakaka

    ReplyDelete
  33. alossss...ramai duk cakap kfc tu sedap... pagi2 buta nih mana nak cari
    aiyooooooooo... huhuu


    nak pegi jauh...
    nak calling rasanya xde delivery...


    ada biskut marie jer nih adesss....




    uwaaaaaaaaaaaaa

    ReplyDelete
  34. harini tak outstation lagi ke. kalau outstation gi serawak cakap ek. nak kirim beli terubuk masih ngeh..ngeh..

    ReplyDelete
  35. hahahahah :P :P

    kalau YB tayang mekdi atau lain-lain saya tak heran sangat... Iman saya pun tak berapa nak tergugat... Tapi kepsi... TAK BULEH TAHANNNNN~~~

    Mueheheheheheheh :P :P :P

    ReplyDelete
  36. NL,
    ada beberapa restoran kepsi yg buka 24 jam tapi kat kawasan ko tu aku tak tahu ada ke tak.

    Biskut marie cicah kopi O panas pun sodap.....

    ReplyDelete
  37. kakpah,
    arini dan esok jiran2 setaman ni buat kenduri. Jadi tak manislah kalau tak pergi. Emak Adam dah pegi pun utk yg pagi ni. Lelaki jemputannya lepas Zohor.

    Belum ada perancangan saya nak ke Sarawak dlm masa terdekat ni. Kalau kakpah nak beli terubuk masin boleh beli di gerai UITM di pasar satok tu. Tauke dia bernama Rahim. Saya kenal dia tu. Kalau sebut nama saya boleh dapat diskaun hehehe

    ReplyDelete
  38. syah,
    kira strategi saya berjayalah utk buat air liur awak bercucuran bila melihat kepsi tu. Takkan saya aje yg selalu menahan geram tengok hidangan yg awak dan Incik Firdaus makan ngeh3x

    ReplyDelete
  39. yer lah... kalau McD banyak kat sini....

    makan ayam kedai mamak ajerlah nampak nya hehehehee


    saya cicah biskut ngan teh ajer... kopi dah habis....


    oh nasib.... huhuhu


    errr kopi apa ada kat umah YB tu...
    nak ler juga heheee

    ReplyDelete
  40. tumpang lalu incek YB...

    mintak sign otogerap sekali buleh..

    heheheh :P

    ReplyDelete
  41. NL,
    McD mmg ada di merata tempat kecuali di Cameron Highlands hehehe
    Kepsi ada di atas sana ngeh3x

    Ayam goreng mamak tak kick. Tapi kalau lapar sapu ajelah.

    Biskut cicah teh tak power.

    Kat rumah saya ada kopi Hang Tuah. Dah bertahun2 saya minum kopi tu walaupun mungkin Hang Tuah tak minum kopi ngeh3x
    Kalau nak rasa, jemputlah dtg sini.

    ReplyDelete
  42. hanie,
    anak sapalah ni sungguh bersopan santun. Jgn lupa tundukkan badan tu bila lalu ngeh3x

    Tak payah panggil saya Incek YB. Bunyi mcm sarjan kawad pulak hehehe

    Kat mana nak suruh saya autograf tu? Kat belakang baju ke atau kat tudung ngeee

    ReplyDelete
  43. nantilah saya pergi umah YB... tapi takut ler nak naik LRT tu adesss...


    salah nai kang sampai KLIA hehehee

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails