Dari petang semalam aku bercadang nak buat n3 panjang sikit tentang majlis perkahwinan di rumah jiran depan rumah aku tu. (Ramai yg dah komen kata n3 aku makin lama makin pendek terutama sejak aku gunakan Blackberry ni - jeleslah tu kehkehkeh). Tapi malam tadi ada mesyuarat surau sampai pukul 12:15 pagi (harap percaya). Itu kira cepat habis. Kalau tak sampai pukul 1:00 pagi pun ada. Kadang tu ada AJK yg dah tertidur (siap mimpi kot) sementara nak tunggu mesyuarat berakhir hehehe
Hari ini pula dari pagi tadi aku dah keluar. Balik tadi sibuk buat kerja di rumah. Sambil tu sempat jeling2 blog kawan2 dan komen mana yg patut. Ada juga yg masih sudi nak komen di n3 aku yg lepas tu. Terima kasih. Jadi aku balaslah komen kalian tu setakat yg terlarat.
Memandangkan sekarang pun dah petang, aku tangguhlah dulu niat nak buat n3 tentang majlis perkahwinan tu. Sebagai ganti aku nak sentuh sikit tentang langkah bendul.
Memandangkan sekarang pun dah petang, aku tangguhlah dulu niat nak buat n3 tentang majlis perkahwinan tu. Sebagai ganti aku nak sentuh sikit tentang langkah bendul.
Pengantin perempuan anak jiran aku tu merupakan anak kedua dari empat beradik. Kakaknya yg lebih tua empat tahun (kalau tak silap akulah) masih belum berkahwin. Jadi si Angah ni kiranya melangkah bendul. Sebagai sebahagian dari adat orang kita, maka si kakak telah diberikan sepersalinan oleh adik iparnya. Pada malam pernikahan itu aku diberitahu oleh emak Adam dua beradik ini berpeluk2 sambil menangis (aku dah masuk ke ruang tamu- dan sempat ambil gambar hantaran GPS tu tetapi apabila aku melihat rombongan pihak lelaki ramai, aku dan jiran2 lain keluar utk memberi peluang rombongan dari pihak lelaki masuk ke dalam rumah. Itu sebab aku tak dapat tengok apa yg terjadi).
Selamat Pengantin Baru kpd Adam dan Alia. Semoga kekal bahagia hingga ke akhir hayat.
Pengantin perempuan berterima kasih kerana Alongnya rela memberi laluan utk dia kahwin terlebih dulu.
Aku dulu pun langkah bendul juga. Masa aku bernikah dgn emak Adam (maksud aku isteri akulah sebab Adam mana ada masa tu kan) kakak kedua dia masih belum berkahwin.
Aku rasa bagi lelaki kalau dah syok nak kahwin dgn adiknya, apa boleh buat. Tapi bagi mereka yg dilangkahi tu, mungkin tak sesenang yg kita lihat.
Apa komen kalian tentang langkah bendul ini?
tak la sesakit tersepak bendul...
ReplyDeleteONE ZABA,
ReplyDeleteyg sakit yg kena sepak bukan yg menyepak ngeh3x
zaman skang ade lagi ke org kisah pasal langkah bendul ni sebab design rumah skang jarang kita nampak ade bendul. hehe
ReplyDeletePenyuk,
ReplyDeletehaah betul jugak cakap ko tu. Yg ada hutan ulu bendul kat tempat al-lavendari dan tijah tu hehehe
aar.. ku tak kisah jika dilangkahi... hehehe
ReplyDeleteakhirnya..
ReplyDeleteYB bersiaran panjang kembali..
Ohh setelah sekian lama merindui entry2.. bebelan, coretan, tulisan, ngarutan, akhirnya menjelma kembali..
assalamualaikum!salam kenal waks!
ReplyDeleteoo..ade black berry!jeles2!
anyway...semoga pasangan tersebut kekal gmbire ke akhir hayat..amin...=)
haaaaaaaiiippp!! siapa yg berani nak langkah bendul??
ReplyDelete.
.
errr.. camane rupa bendul tu eh
hihihi
.
.
Salam YB...baru pertama kali menjengah blog...
ReplyDeleteLangkah bendul...saya dulu pun suami saya yang kena langkah bendul...sekarang ni ...kalau anak lelaki saya jadilah dengan gadis pilihannya masih kena langkah bendul jugak...memang dah jadi adat dari dulu kot...adat tu masih ada sampai sekarang...
kawan sy adik dia baru kawen minggu lepas. Langkah bedul juga.
ReplyDeletedia biasa2 sahaja. tapi bisiknya pd saya, dlm hati hanya tuhan sj ygtahu sbb org yg datang bertandang semua bertanya gilirannya bila pula.
memang jeles kat orang yang yang ada blackberry tu...
ReplyDeletekita ada jem bluberry je...
:)
langkah bendul tidak mengapa asalkan jangan langkah tiang !
ReplyDeleteklu rumah skrg tkde bendul kira langkah bendul jugak ke YB??
ReplyDelete'Tapi bagi mereka yg dilangkahi tu, mungkin tak sesenang yg kita lihat.'<---- sgt betul.... semua mata memandang. hanya y mengalami mengetahui.....
ReplyDeletehati kene kental!
anak pak zabs ke yg kawin tu YB? langkah bendul dgn jendul sama tak?
ReplyDeleteadik aBear yg bongsu akan nikah bulan 4 nie.
ReplyDeleteAtas dia , ada dua kakak lagi yang belum lepas ...
memang betul zaman sekarang ia tak penting .(saya sendiri adik kawin dulu..tak kesah pun waktu itu)tapi..seeloknya untuk memudahkan giliran yg lain tidak tergendala..biar didulukan yg pertama..saya lihat itu yang dipastikan oleh bapa rakan saya.dan semuanya lancar selepas itu..(adik beradik meraka ramai..7 tak silap.ada setengah2 adat walaupun dilihat remeh sekarang ada asasnya..
ReplyDeleteJard,
ReplyDeletebukan ko dah nak kena langkah oleh adik lelaki ko ke? Yalah tu tak kisah. Nape ko dah sibuk nak cari teman hidup?
Aku doakan mamat tu jodoh ko yg sesuai.
Che'Pit,
ReplyDeletebaru saya nak tulis panjang sikit dah ada yg labelkan sbg bebelan, coretan, tulisan dan ngarutan. Saya tak kisah asalkan jgn carutan sudahlah ngeh3x
pakcik kordi,
waalaikum salam dan selamat berkenalan. Semoga kita terus bersahabat.
Blackberry tu hadiah dari anak saya sempena hari jadi saya awal bulan ni. Kalau nak jeles jugak kenalah ada anak yg boleh sponsor BB hehehe
Ya semoga mereka berbahagia sehingga akhir hayat.
kts,
ReplyDeletesiapa lagi kalau bukan bakal adik ipar ko. Aku rasa Mawar akan kahwin dulu sebelum ko. Dia dah ada steady bf. Ko masih mencari2. Itulah ada yg dekat ko tak nak muahaha.
Kalau ko nak tahu bendul tu kayu yg lurus. Itulah sbb disebut lurus bendul hehehe
aNIe,
ReplyDeletewsalam. Selamat datang ke blog saya ni. Terima kasih kerana sudi menjengok ke mari dan seterusnya memberi komen.
Suami awak dulu disuruh melangkah bendul betul2 ke? Menarik tu. Tapi skrg nak cari rumah yg ada bendul dah susah. Kalau anak awak jadi kahwin dgn gadis pilihannya, mcmana nak langkah bendul?
psst - rumah mertua saya dulu mmg ada bendul. Skrg dah buat rumah baru yg takde bendul. Anak perempuan dia pun dah selamat kahwin semuanya. Jadi tak timbullah masalah nak melangkah bendul ngeeee
sI tEDI,
ReplyDeletesoalan mcm tu yg boleh melemahkan yg empunya diri nak jawab. Bukan masa adik dia kahwin aje org tanya soalan tu, tapi lepas ni kalau ada saudara mara kahwin mesti keluar soalan yg sama. Saya kadang2 tu simpati juga dgn mereka ni hehehe
DrSinga,
ReplyDeletedah rezeki org tu. Terima ajelah.
Jgn makan jam blueberry banyak2 - takut gigi jadi biru hehehe
al-lavendari,
mcmana nak langkah tiang tu bang? Mahu koyak seluar dibuatnya hehehe
Teja,
ReplyDeleteKalau rumah takde bendul kenalah kahwinkan kakaknya dulu.
Amacam. Geliga tak jawapan aku ni ngeee
zonaku,
ko cakap dari pengalaman sendiri kan? Itulah sbb menusuk kalbu. Serius aku cakap ni.
Aku doakan ko bertemu jodoh dlm waktu terdekat ni.
MENTIBANG LAUT,
ReplyDeletebukan anak pak zabs tapi anak org depan rumah saya. Rumah yg corner lot tu. Pak Zabs pun ada dtg masa hari Sabtu tu.
Jendul tu org yg berdahi lebar. Atau benjul di kepala. Itu yg aku faham. Kalau silap, harap ada yg sudi membetulkannya.
pB,
ReplyDeleteini yg awak citer minggu lepas tu ke? Dah jodoh dia dtg awal takkan nak sekat pulak?
Balik KB lagi lah awak sekeluarga nampaknya hehehe
Anonymous,
ReplyDeleteKalau usia kakak masih 20an masa adik kahwin dulu mungkin tak terasa sgt. Habis2 org kata adik dah gatal sgt nak kahwin, biarkanlah dia kahwin. Tapi kalau kakak dah 30an, akan ada spt tekenan kpd kakak yg belum kahwin tu.
Awak beruntung kerana mendapat jodoh walaupun selepas adik nikah dulu.
Bapa rakan awak tu seorg yg berhati2. Biarlah org kata kolot asalkan anak2 daranya semua dipinang org.
silap tekaan YB tu..yg tgh tu je dah lepas.yg awal dan akhir masih tersangkut..n yg akhir dah pun lewat 30an..tak ada tekanan pun masa tu.saya anggap jodoh dia dah tiba dulu buat apa saya nak tahan2..masa saya tgk bapa kawan saya nak jugak adjust lepaskan no 1 dulu saya tak phm. only now baru saya nampak...walaupun saya masih akur jodoh adalah kuasa yg ESA
ReplyDeletekat rumah saya di kampong tu ada satu mendul melintang kat serambi tu.. actualy rumah tu dua buah bersambung so kat sempadan tu ada bendul..
ReplyDeletekalau jalan menonong sure tersepak bendul hehe.. kalau dah terlanggar tu apa lagi melolong la.. kat serambi rumah mak zino tu boleh race 100 meter.. hehe zaman kecik2 la.. rasa macam jauh je dari hujung ke hujung..
alamak panjang nya.. maklum la bukan blackberry hehe
Anonymous,
ReplyDeleteoh kisahnya.
Saya pun ada saudara 9 beradik - 8 perempuan cuma seorg lelaki. Yg no 2 dah kahwin dulu. Kakak sulung, no 3, 4 dan 8 masih belum kahwin. Yg sulung tu dah nak pencen pun tak lama lagi. Dah tiada rasa nak kahwin pun.
zino,
ReplyDeleterumah dulu2 mmg agak biasa disambung2 dan menyebabkan ada bendul di tengah rumah. Masa saya kecil dulu kalau balik kampung ayah saya banyak rumah yg ada bendul mcm rumah zino tu.
Kalau tersepak bendul sakit tak boleh nak cakap. Kena pula tang tulang kering. Sampai keluar airmata menahan sakit.
Komen balas saya pun panjang juga sbb saya pun tak pakai BB malam ni hehehe
kalau perempuan memang kisah kalau kena langkah ni
ReplyDeleteYB, ape kene mngene bendul ngan kawenkn kakak?? aku betul2 konpius...
ReplyDeleteKapten,
ReplyDeleteaku tak berani nak komen perkara sensitif mcm ni....
Teja,
betul ke ko konfius ni? agagaga
Bendul kan boleh menghalang laluan kalau tak dielak atau dilangkah.....
masalahnye rumah sekarang tkde bendul, xde ape yg menghalang sesape... redah je la. hehe...
ReplyDeletemak kata sy ni lurus bendul orgnya...
ReplyDeletekwn2 pun kata sy ni lurus bendul...
2 adik lelaki dan 1 adik pompuan dah pun berkahwin, sy je yg belum...
memang betul sy lurus bendul kot...
Teja,
ReplyDeleteaku tahu kalau ada bendul pun ko belasah aje inikan pula rumah skrg dah takde bendul hehehe
kenari,
saya rasa ada betulnya cakap emak awak tu ngeeee
aku tk nak belasah bendul... tp aku nak belasah org arini. sesuka ati mnjam barang tk reti2 nk pulang...
ReplyDeletesaya dan mak Imran langkah bendul kakak yang sulung... yang masih belum kawin sampai sekarang...
ReplyDeletentah... tatau camna nak komen... yang saya tau, saya ngan mak Imran langkah bendul kakak yang sulung...
Sekian, tiamseh... Hahahahahah :P :P :P
*timaseh
ReplyDeletesilap plak.. huhu~~
langkah je..takde masaalah...
ReplyDeleteSalam YB,
ReplyDeleteBagi saya, tak kisah pun dengan langkah bendul... jodoh dah ditetapkan oleh Allah... kalau jodoh adik sampai dulu... teruskan... perkara baik buat apa di lengahkan..
saya pun di langkah bendul... hehhee
Teja,
ReplyDeleteboleh tahan jugak ko ni. Kaki pukul rupanya heheeh
syah,
dah jodoh awak dan emak Imran sampai dulu. Yg dulu kita dulukan.
syah lagi,
macam surat rasmi aje komen awak kali ni. Siap ucapkan "sekian terima kasih"
Elok kalau ditambah "Berkhidmat utk negara" hehehe
PUTUBAMBU,
ReplyDeletehaah saya pun langkah aje.
Awakpun langkah bendul jugak ke? hehehe
Atikah,
wsalam.
Org yg faham mcm awak ni senang diajak berunding. Kalau jodoh adik dah sampai buat apa nak dilambat2kan.
tak..kita tak langkah bendul..
ReplyDeletekita yg last kahwin..
maklumlah..anak bongsu..hehehe