Saturday, March 6, 2010

Hari Kanak2 Sedunia - Kenangan dan Harapan

Hari ni Hari Kanak2 Sedunia. Tapi aku tak dengar pun apa2 sambutan peringkat sekolah anak2 aku. Masa aku sekolah rendah dulu, kalau Hari Kanak2 Sedunia ini, kami akan dibawa ke Zoo Negara. 6 tahun aku sekolah rendah, 6 kali aku pergi zoo. Binatang2 di sana pun dah naik kenal dgn muka aku ni!

Memandangkan tiada sambutan, aku nak cerita tentang kanak2 di rumah aku ni. Semalam Mohd Adam Hakimi genap 1.5 tahun. Kebetulan kedua2 kakak Adam sedang bercuti di rumah. Mereka telah membawa Adam ke KLCC semalam. Pergi tu aku yg hantar (ayah mithali hehehe)

20 - 30 tahun dari sekarang kanak2 mcm Adam ni lah yg akan mencorakkan nasib negara kita. Agak2 besar esok dia nak jadi apa?

Nak jadi penyelamat dunia

Nak jadi ahli sains atau jadi penyanyi terkenal? Jadi pakar motivasi pun bagus juga - terkenal dan masyuukkkk

Jadi angkasawan mcm Dato' SMS pun glamer juga ngeh3x

Setelah puas di KLCC dan menerima pendedahan 'peluang2' masa depan anak2 aku balik ke rumah menaiki LRT. Setiap hari Adam hanya melihat LRT dari jendela dapur. Semalam baru dapat naik. Naik hairan dia.

"Ini rupanya LRT tu" kata Adam

29 comments:

  1. salam...hari ni ke hari kanak2 sedunia? yang aku tahu biasa2nya bulan oktober...ke salah tarikh? ko biar betul! tak kisah lah tu...kanak2 ni umur ni bawah 12 tahun yer? alahai aku tak dak kanak2 umur macam ni...tapi bila anak2 aku balik...dari yang sebesar2nya sampai ke kecik2nya...seme jadi kanak2 bila tiba kat rumah!!!

    ReplyDelete
  2. sonata,
    wsalam.

    Entahlah. Aku pun dengar kat radio pagi tadi. Mungkin salah tarikh kot penyampai tu.

    Selagi anak2 kita masih belajar dan di bawah tanggungan emak bapak kira kanak2lah. Jgn kalau anak2 takde kat rumah, bapaknya pulak yg jadi macam kanak2 sudahlah hehehe

    ReplyDelete
  3. budak2. hari2 pon hari diorang apa? :D

    ReplyDelete
  4. bagi kanak kanak, semua hari adalah hari dia tanpa pernah pikir hari esok.

    ReplyDelete
  5. bukan ker bulan oktober????


    er.... indah kan zaman kanak2

    ReplyDelete
  6. Yalah wak...Oktober...


    Yang Mac ni...hari 'kanak-kanak' wak diperanakkan...


    Selamat Hari Jadi sehari dua lagi.....sabarrr...!

    ReplyDelete
  7. lama tak dengar pasal hari kanak2 sedunia. tak macam di zaman sekolah rendah dulu, sambutan besar2an...pastu mesti ternanti2 nak tgk siapa tokoh kanak2...

    bagus posting nieh...teringat pasal dulu2:)

    ReplyDelete
  8. ko bia betul wak. tak per lah.. kau raikan hari kanak-kanak serumah je lah.. wakaka..

    ReplyDelete
  9. tak nak adam tu ikut jejak langkah ayah dia ke ?

    ReplyDelete
  10. Akmal,
    seronoklah kanak2 kalau mcm tu. Ini yg jeles ni huhuhu

    ONE ZABA,
    ada juga org dewasa yg fikir mcm kanak2 tu hehehe

    ReplyDelete
  11. zonaku,
    mungkin betul cakap ko - bulan Okt. Tapi tak pagi juruhebah tu kata hari ni. Pening agaknya dia.

    Mmg indah zaman kanak2 dulu. Seandainya masa boleh diputar ke belakang huhuhu

    ReplyDelete
  12. ckLah,
    Dah ramai yg kata Okt, betullah tu. Lagipun awak tu cikgu mesti lebih arif dari saya yg bukan cikgu ni.

    Hari 'kanak2' saya diperanakkan lagi 3 hari. Terima kasih kerana dah ucapkan selamat hari jadi.

    psst - 9hb Mac ni saya boleh call dan sms semua no 012 secara percuma. Nasib kurang baik sbb awak punya bukan 012. Kalau tak siaplah saya call awak hehehe

    ReplyDelete
  13. Sha,
    Tokoh kanak2 atau tokoh Hang Tuah dulu selalunya kanak2 yg menyelamatkan org lain dari mati lemas.

    Masa Sha kecil dulu pun ada lagi ke anugerah tokoh kanak2 ni? Ingat zaman saya aje ada tokoh kanak2 ni hehehe

    posting sha lagi banyak yg best2. Banyak kisah sha dulu2. Saya suka yg kisah abg burger tu ngeee

    ReplyDelete
  14. kakpah,
    dah anak2 saya semua ada kat rumah kecuali yg sulung, kami raikan ajelah walaupun mungkin hari kanak2 tu lama lagi.

    Tadi petang saya hantar mereka ke Low Yat beli hp. Lepas tu pergi Time Square. Malam ni belanja makan pizza walaupun saya terpaksa pergi jumpa rakan bisnes huhuhu. Esok yg perempuan 2 org tu dah nak balik tempat mereka belajar.

    ReplyDelete
  15. al-lavendari,
    jadi jurutera ini tak glamer. Pendapatan tak seberapa tapi tanggungjawab besar.

    Kalau Adam nak jugak jadi jurutera saya tak halang tapi kalau dia tahu ada banyak lagi kerja yg lebih baik di dunia ni biarlah dia pilih yg sesuai.

    Kerja PTD pun ok jugak kot hehehe

    ReplyDelete
  16. salam YB..

    apa2 pun semoga Adam membesar jadi org yg berguna untuk agama , bangsa , negara dunia dan akhirat .

    ReplyDelete
  17. sapa kata suruh adam jadi jurutera .. saya suruh ikut jejak langkah ayah dia sebagai blogger ! kah kah kah ... (jangan marah, saya bukannya cakap betul2)

    p/s: PTD = Pegawai Tiada Duit/Pegawai Tanggung Dosa.

    ReplyDelete
  18. Ummi,
    wsalam.

    Itulah doa kita utk anak2 kita semuanya. Dan jgn lupa utk diri kita juga .....

    al-lavendari,
    Jadi blogger pun belum tentu boleh femes. Yang dah tentu tak boleh cari makan kalau setakat harap iklan nuffnang aje hehehe

    PTD = Pasti Terkumpul Duit ngeh3x

    ReplyDelete
  19. salam dh lama follow 1st time komen untung adam lahir masa kakaks dan abangs dh besar bole bwk g jln2

    ReplyDelete
  20. Mohd Adam Hakimi?

    hmm sebijik nama anak kawan CP yg baru berusia 3 bulan..

    cuma Mohd tu, dia guna penuh Muhammad..

    ReplyDelete
  21. bakal engineer gak kot YB

    ReplyDelete
  22. Lagipun awak tu cikgu mesti lebih arif dari saya yg bukan cikgu ni


    Perli ke? Tak payah tunggu jadi cikgu utk tahu semua benda. Hari-hari berinternet kan!

    Juruhebah tu tak salah. Dia cakap tentang "International Children's Day of Broadcasting" (ICDB) yang diisytiharkan setiap Ahad pertama bulan Mac oleh UNICEF.

    No telefon? Saya, telefon pun tak mampu beli, mana nak ada nombornya...

    ReplyDelete
  23. kak ct,
    terima kasih kerana menjadi pengikut senyap selama ini.

    Beza umur Adam dgn abg yg sulung 20 tahun. Seronok abg2 dan kakak2 dia ada adik kecik mcm Adam hehehe

    ReplyDelete
  24. Che'Pit,
    mmg sebijik sbb ejaan Muhammad bukan Mohd kalau ikut mykid.

    Jadi ada juga org yg minat nama ni selain kami hehehe

    ReplyDelete
  25. Monkey,
    terpulanglah ikut minat dia. Jgn jadi jurutera awam kalau boleh.

    ckLah,
    takde niat nak perli langsung. Kalau terasa saya minta maaf.

    Sayalah yg salah tangkap. Terima kasih atas penjelasan tu. Patutlah takde sambutan di sekolah hehehe

    Yg awak gunakan buat n3 dan balas komen tu bukan E90 ke? HP kan tu? Lainlah saya punya ni. Cap ayam aje.

    ReplyDelete
  26. zonaku,
    tererlah awak dan ckLah. Saya tak pernah dengar pun ICDB sebelum ni huhuhu

    ReplyDelete
  27. ooo yeker? mmg sebijik lah cuma nama bapak je lain, ngeh ngeh ngeh..

    ReplyDelete
  28. Che'Pit,
    haah nama bapak aje yg lain.
    Mungkin bila CP dpt anak lelaki esok bolehlah namakan Muhammad Adam Hakimi jugak hehehe

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails