Saturday, March 13, 2010

Kisah Solat Jumaat

Semalam aku sempat solat Jumaat di kampung aku mcm biasa walaupun terpaksa bergegas dari Shah Alam kerana ada perbincangan dgn pegawai MBSA dan kemudian menjemput Atikah dan dua org kawannya pulang hujung minggu dari UiTM.

Masa khatib sedang berkhutbah tiba2 ada seorg jemaah di depan aku meraba2 kocek seluarnya. Rupanya ada panggilan di hp nya yg diletak dlm silence mode. Boleh dia jawab dan mungkin kerana penting, dia pun bangun berjalan menuju ke pintu. Tak tahu dia keluar terus atau masuk balik kerana aku tak nampak kelibatnya lepas tu.

Sedang kami kyusuk (harap jgn percaya) mendengar khutbah, tiba2 tumpuan kami di baris belakang ni terganggu oleh perbualan seorg kanak2 dan bapanya. Kanak2 tu mungkin tak tahu hukum berkata2 ketika khutbah tapi yg sibapa ni takkan tak tahu juga. Lama pula tu bersoal jawab.

Lepas solat, sebaik imam memberi salam, kedengaran beberapa org jemaah telah menghidupkan enjin motorsikal mereka. Cepat sungguh kalah peserta cup prix yg kena berlari ke motor masing2 dan start enjin sebelum memulakan perlumbaan. Atau mungkinkah mereka ni solat di atas motor?

Org2 kita ni agaknya ramai yg mengamalkan perintah Allah utk bertebaran di mukabumi mencari rezeki selepas solat. Contohnya ada yg berdoa sambil berjalan kerana nak cepat ke tempat kerja. Nak cari rezeki Tuhan lah tu.

26 comments:

  1. Kadang2 tpt keje pon tak brape sensitif, YB. Masuk lambat sikit mulalah show cause letter. Tp lebih leceh bila lelaki lebih lama menghadap rezeki Allah kat mamak sebelum/semasa/selepas solat Jumaat:)

    ReplyDelete
  2. Semalam saya dapat SMS ringkasan khutbah Jumaat dari seorang rakan blogger di Shah Alam. Macam tu baguslah kan...ilmu yang diperoleh dikongsi dengan kaum wanita yang tak mendengar khutbah.Dan tentu dia buka telefon delepas habis upacara...

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. salam YB ...

    macam2 ragam manusia ni kan.. sampai nk tunaikan kewajipan kpd Allah pun masih ingat hal keduniaan lagi , mudah2an mereka tu diberi petunjuk .

    ReplyDelete
  5. sha,
    mmg ada tempat kerja yg tak sensitif ttg solat Jumaat ni. Buat meeting pukul 2:30 ptg. Habis solat pun dah pukul 2:15 skrg ni.

    Tapi ada juga yg lepas solat rilek2 balik opis sampai dekat waktu Asar. Itu yg buat bukan Islam ingat org Islam ni suka mengular huhuhu

    ReplyDelete
  6. ckLah,
    Baik sungguh rakan blogger awak tu. Itu tandanya dia mengikuti khutbah dgn teliti sehingga boleh buat ringkasan.

    Ramai jemaah yg terlalu khusyuk hingga tertidur masa khutbah hehehe

    ReplyDelete
  7. ramai org hanya pegi solat jmaaat tanpe tau pun rukun dan syarat sah solatnya






    pergi skdr pergi
    kesian

    ReplyDelete
  8. pergi pun kekadang lewat... kekadang dah sampai awal... tapi tunggu habis khutbah baru nak sibuk masuk saf...

    pergi sekadar pergi... apepun tak dapat... isk isk isk...

    ReplyDelete
  9. psssstttt, jom blk kg.. hehe

    ReplyDelete
  10. kot ye pun projek juta2, hormatlah khatib baca khutbah tu huhu

    ReplyDelete
  11. salam

    nak cepat sebab

    1) perut dah lapar
    2) kereta menghalang perjalanan
    3) ada orang menunggu didalam kenderaan.
    4) ada meeting lepas tu

    apa lagi nyer ??

    ReplyDelete
  12. ummi,
    inilah bila kebesaran dunia telah masuk dan memenuhi hati manusia. Hanya nampak keuntungan dunia dan lalai dari mencari dan mendapat keuntungan di sana.

    Semoga mereka diberi petunjuk dan yg telah mendapat hidayah kekal di dalam petunjuk Allah.

    ReplyDelete
  13. jane,
    betul tu. Pergi kerana terikut2 kawan atau kerana peer pressure. Kalau tak pergi nampak sgt.

    Tapi ni kira lebih baik dari yg tak pergi solat Jumaat terus ngeh3x

    ReplyDelete
  14. syah,
    pergi lewat boleh dpt saf belakang. Saf belakang senang nak keluar dulu hehehe

    Kalau sampai awal pulak nak pekena makan tengahari. Dah habis makan pekena cendol pulak. Last2 dah azan baru masuk masjid berbaris nak wudhu ngeeee

    ReplyDelete
  15. Teja,
    minggu aku tak balik sbb jiran2 aku buat kenduri.

    OTW balik dari kg ko singgahlah sini. Nanti aku belanja ko.

    ReplyDelete
  16. saya 12.30 dah gi solat jumaat..emmm

    ReplyDelete
  17. Che'Pit,
    entah2 bukan projek berjuta2 pun. Cuma bos panggil nak beritahu ada meeting ptg tu
    ngeh3x

    pB,
    5. takut kasut yg baru beli hilang dicuri
    6. nak tengok kot2 pisang sedekah tu ada lagi yg belum dimakan org
    hehehe

    ReplyDelete
  18. MENTIBANG LAUT,
    yalah sbb kat KK masuk waktu awal. Cuba balik kampung, selagi tak pukul 1:30 tak pergi ke masjid tu
    ngeh3x

    ReplyDelete
  19. Bukan hset YB ker yang bunyi....

    isk spoilt betul huhuhuu

    ReplyDelete
  20. ..perenggan last tu mcm double meaning tu uncle heheh..

    biasalah tu..mungkin diorang punya doa lagi terer dpd imam kot..

    ReplyDelete
  21. Salam YB

    O....macam tu ya keletah jemaah Jumaat. Mama tak pernah nengok. Tapi yg mama pernah nengok dari jauh aje kat jemaah mesjid KLCC. Yg mai lewat terkejar2, berlari mengejar saf semasa khutbah dibaca. Mesjid dah sesak, so depa bentang sejadah dibawah rimbunan pokok2 sekitar mesjid tu. Di setiap redup pokok2 tu ada saf2 kecil, putus2 sana selonggok, sini selonggok jemaah Pakistan, Arab, Negro dan dari negara entah berantah. Mama dok kat pondok tepi semejik tu sebab tunggu anak bujang mama solat Jumaat.

    ReplyDelete
  22. MNETIBANG,
    saya pun pernah duduk sana. Mestilah tahu hehehe

    Dulu kalau bulan puasa kami dah nak solat terawih org kat KL baru nak buka ngeh3x

    psst - belum ke laut lagi ke?

    ReplyDelete
  23. NL,
    bukan hset sayalah sbb saya tinggalkan dlm kereta. Tiada panggilan yg lebih penting dari panggilan Ilahi ngeeee

    Sebelum ni saya bawa juga hset saya tapi saya letakkan dlm silence mode. Tapi bila vibrate tu kacau juga konsentrasi masa dengar khutbah lebih2 lagi masa solat.

    ReplyDelete
  24. zaren,
    perenggan terakhir tu boleh tafsir ikut keadaan masing2. Awak pun terasa juga ke? hehehe

    Kita bersangka baik ajelah. Mungkin mereka ada urusan penting yg urgent.

    ReplyDelete
  25. mamawana,
    wsalam.

    Ini hanya sebahagian dari perangai jemaah. Mcm2 lagi.

    Yg awak nampak berlari2 tu bukan masa imam baca khutbah tapi imam dah mula solat selalunya. Kadang2 tu boleh rilek2 makan sehingga habis khutbah baru masuk masjid.

    Kalau masjid tu tak muat mmg ada yg solat di luar aje mcm di KLCC tu. Di masjid Setiawangsa pun mcm tu. Kalau panas berpanas, kalau hujan berhujan. Harap imam considerate lah sikit bila hujan dah turun. Jgn baca ayat yg panjang2 sgt huhuhu.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails