Wednesday, March 17, 2010

Bila Sudah Tiba Masanya

Semalam semasa aku menghantar Haikal pergi beli pensel warna yg entah utk kali keberapa aku dapat panggilan telefon dari adik kembar aku. Dia bertanya bila aku nak pergi menziarahi jenazah anak kepada sepupu kami yg baru meninggal dunia pagi semalam. Aku terkejut mendengar berita tu. Aku tanya siapa beritahu dia. Dia kata emak Adam. Baru aje emak Adam telefon isteri adik aku. Oh mungkin emak Adam tunggu aku balik utk beritahu berita kematian tu.

Anak sepupu aku yang meninggal dunia semalam itu masih muda. Baru saja 24 tahun pada 9hb Mac baru ni. Hari lahirnya sama dgn kami adik beradik. Pada 10hb Mac dia ada masuk dan komen n3 di blog aku buat pertama kalinya. Mungkin dia silent reader aku sebelum ni. Ini komen dia:

Delete
Semalam dia pergi buat selama2nya.
Menurut laporan bedah siasat paru2nya berair dan jantungnya bengkak. Dia tiada sebarang tanda ada masalah kesihatan sebelum ni. Seorang yg periang dan disenangi oleh saudara mara dan kawan2.

Ramai yg hadir untuk memberi penghormatan terakhir semalam termasuk menyembahyangkan jenazah dan menghantar ke pusara termasuk rakan2 dari UiTM. Dia sepatutnya menamatkan pengajiannya Nov ini.

Allah lebih sayang kpdnya.

Semoga Allah mengampunkan dosa2nya dan mencucuri rahmat kepada Allahyarham Firdauz.

31 comments:

  1. Takziah & Al-Fatihah kepada ahli keluarga . Panggilan Illahi tidak mengenal usia...Dia yang maha menyayangi

    ReplyDelete
  2. izinkan ia pergi....

    doa kami sekeluarga untuknya agar arwah ditempatkan kalangan yang mendapat rahmatNYa.

    ReplyDelete
  3. Al-Fatihah..

    Mati tidak mengenal usia..

    ReplyDelete
  4. sonata,
    Itulah yg sepatutnya buat kita insaf. Dalam kita sibuk2 dgn urusan dunia jgn sekali2 lupa tanggungjawab kita utk Akhirat. Mungkin esok mungkin lusa tiba pula giliran kita.

    Suka tak suka, bersedia ke tidak, kita kena pergi bila sudah sampai masanya.

    ReplyDelete
  5. ONE ZABA,
    pilu bila aku melihat ayah dan abg arwah memasukkan jenazah ke dalam liang semalam. Mereka mmg tabah tapi dlm hati hanya Allah yg tahu.

    Cadangan mereka nak sambut ulang tahun arwah hujung minggu ni bila dia balik bercuti kerana arwah ada beritahu dia akan balik weekend ni. Rupanya dia 'balik' buat selama2nya semalam.

    ReplyDelete
  6. sI tEDI,
    Yg tua mati, yg muda pun mati. Setiap hari kita semakin hampir dgn saat kematian kita. Cuma kita yg selalu alpa.

    ReplyDelete
  7. Al Fatihah

    Moga allahyarham aman di sana.

    ReplyDelete
  8. takziah dan al-fatihah..
    hidup ni cuma pinjaman..
    sampai masa..kembali pada sang Pencipta..

    ^^

    ReplyDelete
  9. semua orang kan mati ....

    mati itu pasti


    persoalannya sudah cukup bersediakah kita untuk mati ....

    ReplyDelete
  10. ~O~,
    sama2lah kita sedekah al-fatihah utk allahyarham.

    hanie,
    spt benda2 yg kita pinjam - bila yg empunya mahukannya balik, kita kena redha memulangkannya. Tempoh kita utk bersamanya hanya setakat ini.

    ReplyDelete
  11. pB,
    setiap yg bernyawa pasti akan merasai mati.

    Saya rasa dgn dosa2 yg banyak dan amal yg sikit ni saya mmg belum bersedia utk mati. Tetapi rahmat Allah mendahului kemurkaanNya. Semoga dia mengampuni saya dan kalian semua.

    psst - jgn lupa bertaubat dan teruskan beramal

    ReplyDelete
  12. citahrudin,
    nape? ko sakitke? ngeee

    ReplyDelete
  13. YB...
    yang pergi dh ditentukan
    kita yang tinggal ?

    drp Dia kita dtg, kepada Dia kita kembali.
    Alfatihah...

    ReplyDelete
  14. ragbar,
    kita yg tinggal kenalah siapkan diri utk kesana.

    Dah bersedia ke?

    ReplyDelete
  15. kita yg masih hidup patut ambil iktibar dr kejadian ini..maut akan menjemput kita tak kira masa, usia & tempat...

    jgn fikir kita masih muda, maut lmbt lagie nak jemput kita & blh lakukan apa sahaja

    ReplyDelete
  16. Innalillah wa-inna ilaihi raji’un – Truly to Allah we belong, and truly to Him shall we return, alfatihah buat arwah,

    salamm,

    ReplyDelete
  17. al-fatihah

    .
    .


    dah sampai masanya

    ReplyDelete
  18. Salam Yb..

    Takziah kepada keluarga beliau..

    ReplyDelete
  19. Al-Fatehah.

    Masa kita akan sampai juga.....

    ReplyDelete
  20. Nadri,
    tepat sekali kata awak tu. Maut boleh menjemput kita bila2 masa dan kita kena sedar hakikat tersebut dan bersedia sepanjang masa.

    Ini kejadian kedua di kalangan keluarga kami. Tahun lepas adik saya yg juga berusia 24 meninggal mengejut dlm tidur jugak.

    ReplyDelete
  21. Mak Su,
    semoga sedekah kita itu dpt membantunya di sana. Dan semoga bila tiba giliran kita, ada org lain sedekahkan al-fatihah buat kita pula.

    ReplyDelete
  22. tunbegia,
    kita lahir ke dunia: kita menangis tetapi org lain di sekeliling kita tersenyum.
    Kita meninggalkan dunia: org lain menangis dan semoga kita tersenyum

    wsalam.

    ReplyDelete
  23. kts,
    terima kasih.

    masa kita juga akan sampai. Bersedialah apa yg patut.

    ReplyDelete
  24. relevan,
    wsalam.

    Mungkin ibu arwah akan membaca n3 ini dan komen awak satu hari nanti. Masa itu beliau akan tahu ramai rakan2 yg mendoakan utk arwah anaknya dan mengucapkan takziah kpd keluarga mereka.

    ReplyDelete
  25. tulah org skrg senang sgt pergi jumpa lelaki yg tak dikenali sorang2 walaupun utk urusan www.syoknyadownload.blogspot.com
    ____________________________________

    err..cik yunus...tu lelaki la..rogol lelaki..

    menjawap disini..ehehe

    ReplyDelete
  26. JP,
    masa kita akan sampai cuma tak tahu bila. Makanya di dlm kita sibuk mengejar dunia, jgn lupa mencari bekalan utk akhirat juga.

    ReplyDelete
  27. alif,
    oh ya ke? lagilah sadis. Tapi apasal dia kata suami mangsa . . .

    Ingat mangsa tu perempuanlah.

    ReplyDelete
  28. salam..dgn air mata bercucuran kak ct gagahkan jugak membaca blog YB yg telah sekian lama menjadi penawar/hiburan d masa lapang. Kak ct ucapkan brbanyak terima kasih kpd mereka yg telah mendoakan kesejahteraan anak kak ct. Sudi-sudikanlah singgah ke facebook arwah @ DAUZ SITUMAS

    pssst..dh tau la sape 'kak ct' ye

    ReplyDelete
  29. kak ct,
    wsalam.

    Pemergian arwah ab mmg mengejutkan banyak pihak. Berat mata memandang berat lagi kak ct sekeluarga yg menanggungnya. Kami terutama keluarga Lina dah melaluinya tahun lepas apabila adik Lina yg bongsu meninggal mengejut mcm arwah ab ni. Dia masa tu berumur 23 tahun.

    Takde apa sgtpun blog ni. Lebih kpd catatan kegiatan kami seharian. Terima kasihlah kerana kak ct sudi mengikutinya dan juga memberi komen.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails