Monday, March 8, 2010

Pertemuan Di Puncak Bukit

Semalam aku berpeluang bertemu dgn seorg lagi rakan blogger. Blogger yg ramai pengikut mengalahkan Hj Kahar. Setiap n3 nya dinanti2. Setiap komennya penuh berisi. Siapa lagi kalau bukan al-lavendari

Semasa saya call dia semalam dia masih di kelasnya di UM. Dia mengambil Diploma dalam bidang Syariah utk kegunaan sendiri katanya. Saya mmg tabik org macam abg ini. Saya dlm perjalanan pulang dari menghantar Afifah di Serting. Rasanya lebih cepat dari Serting nak ke Senawang berbanding dari KL ke Senawang. Anyway dalam sejam juga tu.

"Kita calling2 nanti," kata al-lavendari sebaik dia habis kelas dan menelefon saya kembali.
Saya pun tak bawa kereta dgn laju mcm Jensen Butang takut saya sampai dulu. Kalau saya yg sampai dulu alamat terus balik aje lah hehehe

Punyalah sopan santun saya bawa sehingga lori bawa batu bata ini pun saya ikut belakangnya.

Mestilah tak boleh potong lori ni sbb garisan berkembar hehehe

Saya berhenti solat Asar di masjid Taman Anggerik, Mukim Juasseh. Dah sering saya berhenti solat di sini kerana masjid baru dan bersih serta betul2 di tepi jalan utama. Sempat saya berbual dgn AJK masjid.

Ini dia masjid tu

Dipendekkan cerita semasa aku di penghujung Bukit Putus abg al-lavendari call aku lagi. Dia beritahu macamana nak masuk ke Lavender Height. Dia dah nak sampai juga. Dia suruh aku tunggu dekat pondok pengawal. Dia kata dia drive Estima putih. Walaweh. Aku pun tunggu di tepi jalan dekat pondok tu. Selepas beberapa buah kenderaan lalu di situ aku pun ternampak Estima putih (?) mcm beige aje hehehe. Pemandunya menurunkan tingkap sebelah penumpang. Aku pun turunkan tingkap kereta aku. Sah abg al-lavendari terutama bila aku tengok misai dia.

"YB ya?" tanya dia utk kepastian.Aku cuma senyum.
Lepas itu aku ikut kereta dia dari belakang.

Ini rumah dia. Tersergam indah di puncak Lavender Heights.

Anak dia yg kecil bernama Haikal. Darjah 3. Mcm anak aku yg bernama Haikal tu juga. 10 tahun dulu nama Haikal mmg tengah popular dan ramailah org yg menamakan anak mereka Haikal. Cuba 10 tahun lagi. Mahu anak tu saman emak bapak kalau namakan mereka Haikal hehehe

"Dah tak tambah lagi ke bang?" tanyaku
"Dah tidaklah . . . . . lainlah kalau makngah paksa" jawab al-lavendari.
Aku faham makna paksa itu ialah isterinya paksa dia kahwin lagi satu! al-lavendari ni kuat gurau. Kalau jadi betul, siapa yg susah nanti bang? ngeh3x




Inilah dia En Hamzah Abg Hamid @ al-lavendari. Tertutup pula muka tu. Ala2 gadis pemalu

Aku diperkenalkan dgn isterinya. Cantik orgnya walaupun dah mencecah setengah abad. Sekali pandang mcm Lydiawati. (betul tak abg?)

Kami minum petang sambil bercerita pengalaman masing2. Pengalaman aku ini apalah sangat kalau dibandingkan dgn pengalaman pegawai kanak kerajaan macam dia. Itu tak kisahlah. Yang penting semalam aku dapat berjumpa dia.

47 comments:

  1. umah dia dekat dengan Carrefour kan? Ntah2 Sha kenal orang nieh...hehehe..

    ReplyDelete
  2. salam YB ..

    wah syoknya jumpa rakan ... napa tak ajak ummi sama gi sana .. hubby kata kalu YB nk kesana bgtau ler . kami je segan la plak .

    balik singgah kat air terjun tu tak???

    ReplyDelete
  3. memula ingatkan ko bawak lori tu, rupanya ko ikut blakang lori tu.hehe..

    gambar last tu gaya cam tuan rumah halau balik jer.hik3..

    ReplyDelete
  4. ngeh ngeh ngeh, CP tahu lavender height tu kat mana.. dulu2 mmg selalu lalu area tu kalau ke muadzam..

    ReplyDelete
  5. owh....


    xtau nak cakap ape...

    papepun nama Haikal mmg glamer..ekekek


    YB bila mau tambah???

    ReplyDelete
  6. yb

    saya segan nak komen entri fasal diri sendiri. tapi perlu jugalah komen sebab beberapa hal:

    1. ada spelling error .. bukan pegawai kanak !

    2. lain kali datang ajaklah ummi humaira dan hubby dia sekali.

    3. kepada penyubiru .. tak kan saya nak halau pulak, saya yang paksa dia yang singgah. saya tutup muka, sebab hari Ahad adalah hari tak hensem saya !

    4. lydiawati tu yang macam isteri saya .. kan isteri saya yang lahir dulu !

    5. lain kali singgah, bawaklah mak adam (bukan mak andam) juga !

    p.s. dapat tak beli satay semalam ?

    ReplyDelete
  7. hari hari aku ni asyik tambah nasi je...

    ReplyDelete
  8. walaweh, meriko wong sugeh kabehh,

    salamm,

    ReplyDelete
  9. ini yb bertemu yb,
    tentu masing masing banyak cerita yang nak dibualkan, agaknya kalau daun jumpa yb, daun hanya nganga je dengar cite yb

    ReplyDelete
  10. hehe.. yang pasti pd hujunng pertemuan YB akan kuarkan kamera dan snap.. lavendari tu kat seremban kan? oo..satu negeri dgn saya lah.

    projek kita still on kan?

    ReplyDelete
  11. Salam En Yunus,

    Seronok kan sesekali bertemu blogger ni. sy ada jugak 2/3 kali jumpa blogger ni, walaupun setakat bertemu di alam maya tapi macam dh kenal lama. Nasib ikut belakang lori batu bata kalau belakang tractor tak tahu lah bila nak sampai

    ReplyDelete
  12. salam..2nd time komen rasa seronok plak tp kak ct musykil ade yg ucap hepi belated bday dh lps ke bday yb

    ReplyDelete
  13. malu2 gitu en lavendari kita...
    tutup2 muka gitu...
    gambar YB nya pun tiada lah...

    ReplyDelete
  14. wah wah wah !!

    pertemuan dua insan yang hebat-hebat,

    ..( bukan orang-orang hebat )

    ReplyDelete
  15. salam YB
    sama hebat, sama ganteng...

    ReplyDelete
  16. malam ni kepanasan la YB...byk dpt durian?

    ReplyDelete
  17. sha,
    Rumahnya di Jalan 22 Lavender Heights dan bukan dekat Carrefour. Namum begitu tak mustahil sha kenal dia sbb dia pegawai kanan kerajaan (Jusa) ngeeee

    ummi,
    wsalam.

    Mcmana nak ajak ummi dan hubby sbb saya pun tak tahu kalau al-lavendari ada di rumah ke tidak sbb hujung minggu dia ada kuliah. Semalam mmg dah jodoh kami nak bertemu. Dia pun dah suruh saya bawa ummi dan hubby kalau saya ke sana lagi.

    Smlm tak singgah air terjun Ulu Bendul sbb nak ke rumah al-lavendari. Lagipun saya balik semalam seorg diri aje. Kalau singgah situ takut ada yg nak ngorat saya pulak keh keh keh

    ReplyDelete
  18. Penyuk,
    Mcmana aku nak bawak lori tu sbb aku bukan ada lesen lori. Tapi kalau lesen kapalterbang tu adalah hehehe

    Mana pulak tuan rumah nak halau? Dia dan isteri siap bagi saya minum petang lagi. Kalau saya tunggu lama sikit harus dpt makan malam sekali ngeh3x

    ReplyDelete
  19. Che'Pit,
    Kalau dari highway Senawang nak ke Muazam, Kuala Pilah dan kawasan2 yg sewaktu dgnnya mmg lalu LH.

    Setakat ini taman tu telah melahirkan 2 org blogger tegar: al-lavendari dan tijah lawa hehehe

    ReplyDelete
  20. Salam...

    sonok ya jln2 jumpa kawan....

    ReplyDelete
  21. ~O~,
    itu dah kira komen jugaklah siap tanya bila saya nak tambah. Tambah apa? Nasi ke atau tambah lauk? hehehe

    ReplyDelete
  22. al-lavendari,
    Komen bang jgn tak komen. Bukankah komen abg dinanti2 hehehe

    1. maaf atas kesilapan ejaan. Saya tak semak pun n3 sbb dah terlambat nak pergi kerja pagi tadi.

    Sepatutnya pegawai kanan sbb abg tu Jusa. Nasib baik 'n' tu tertukar dgn 'k'. Kalau 'n' yg tengah tu tertukan dgn 't' ada yg melompat nanti ngeh3x

    2.insyaAllah. Bukan setakat ummi dan suami dia mungkin saya ajak semua blogger2 yg kenal abg yg duduk di Lembah Klang hehehe

    3. haah hari Ahad abg tak sehensem hari2 kerja2. Saya pun tak hensem juga hari Ahad tapi saya masih nampak lebih muda dari dlm gambar hehehe

    4.ya ke bang? Susah2 saya minta makngah paksa abg ambik Lydiawati tu. Dia pun dah solo balik skrg. Mahu Haikal tu dpt adik lagi ngeeee

    5.kalau singgah bawak emak Adam mahu abg dan makngah kena sediakan lemang. Kalau saya bawak mak andam, saya bawakkan lemangnya sekali utk abg.

    psst - satay perut takde pulak semalam tapi beli jugaklah satay ayam aje huhuhu

    ReplyDelete
  23. ONE ZABA,
    dah tak berani nak tambah cawangan dpt tambah nasi aje pun jadilah hehehe

    tunbegia,
    de'ehne seng sugih. Nyong wong bioso wa'eh.

    Wsalam.

    ReplyDelete
  24. Daun Bidara,
    saya ni YB dari segi nama aje. Dia mmg banyak pengalaman menarik dan telah pergi banyak tempat di merata dunia. Masa dia jadi pegawai pelajar Msia di Washington saya cuma pelajar biasa saja. Itu pun di uni yg tak terkenal huhuhu

    Kita semua ada kisah yg menarik utk dikongsi. Jgnlah merendah diri sgt.

    ReplyDelete
  25. MENTIBANG LAUT,
    semalam awal2 saya dah keluarkan kamera setelah saya minta izin dia utk ambil gambar.

    Lavender Height tu di Senawang. Satu negerilah dgn awak.

    Tadi saya lalu kg awak pulak tapi tak singgah sbb awak dah balik KK huhuhu

    ReplyDelete
  26. aidah,
    wsalam.

    Mmg seronok kalau dpt jumpa blogger ni. Kita dah kerap baca blog mereka jadi banyak perkara kita dah tahu ttg mereka. Tapi bila jumpa banyak lagi perkara kita belum tahu kerana mereka tak mahu kongsi di blog.

    Itu sbbnya setiap kali saya jumpa blogger saya akan cuba abadikan pertemuan itu dlm n3 saya kecualilah mereka meminta saya merahsiakan perjumpaan kami.

    psst - ada beberapa org yg saya dah jumpa tapi saya tak ceritakan di blog ini. Cuma mereka saja yg tahu kami pernah berjumpa.

    Kalau belakang traktor mmg sengsaralah sbb ianya lebih slow dari lori. Harus saya potong kat double line tu kalau line clear hehehe

    ReplyDelete
  27. kak ct,
    wsalam.
    Terima kasih sekali lagi kerana sudi memberi komen.

    Besday saya esok sebenarnya. Mungkin ada yg salah faham ingat dah lepas.

    psst - kak ct takde blog ke? Kalau ada, boleh bagi linknya tak?

    ReplyDelete
  28. DrSinga,
    Dia segan sbb belum mandi lagi tu hehehe (jgn marah bang).

    Gambar saya dah banyak kali tersiar kat blog saya ni. Over exposed nanti org jemu pulak ngeee

    ReplyDelete
  29. ikan emas,
    rasanya seorg je yg hebat tu - al-lavendari tu. Siapalah saya ni? Kerja tetap pun takde kalau nak bandingkan dgn pegawai kanan kerajaan mcm belia tu huhuhu

    ReplyDelete
  30. AZANI,
    wsalam.
    awak tu apa kurangnya hehehe

    MENTIBANG LAUT,
    malam ni tak sepanas siang tadi. Mcm nak terbakar kulit masa di Kem SJ tu huhuhu.

    Saya makan durian 3 ulas aje tapi durian baik punya. Musang king hehehe

    ReplyDelete
  31. mamawana,
    wsalam.

    Seronok sbb selama ni kita kenal mereka melalui tulisan di blog dan mungkin panggilan tepon dan sms.
    Tapi bila dpt jumpa tentu lebih rapat lagi perhubungan itu.

    ReplyDelete
  32. salam menjelang bday..malu nk bgtau kak ct sbnarnye umpama buah cempedak harap2 adelah guru yg sudi menjolok dgn galah

    ReplyDelete
  33. salam...hepi bday yb semoga dipanjangkan umur dimurahkan rezeki. Anak ketiga kak ct pun berkongsi tarikh lahir dgn yb. Dia lahir thn 1986 jd yb boleh agak la berape umur kak ct ni(takde le tua sangat)

    ReplyDelete
  34. Ooo... OOOOOo
    oOOoOOooooOoOoOo
    OOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOoooOooo

    ReplyDelete
  35. YB

    Awak tak tukar lagi pegawai kanak tu ye. Sebenarnya saya bukan pegawai kanak tapi pegawai tua.
    Selamat menyambut hari ulang tahun kelahiran yang ke 36 (umur dari segi tampak fizikal). Kita ni datang dari satu bintang lah rupanya. Walaupun saya tak percaya bintang2 ni, tapi seronok juga bila baca kat Pakcik Google ada orang cakap macam ni:

    "The Pisces Man

    PISCES MAN - When dating a Pisces man remember that they are extremely attractive too most people they meet but truly compatible with few.
    www.piscesman.net/ - Cached - Similar"

    awak rasa betul ke ?

    ReplyDelete
  36. Selamat hari lahir.
    Bila nak buat besday parti? :P

    ReplyDelete
  37. pegawai kanaK kerajaan?? Apakah??

    arini besdei YB?? Selamat Menyambut Hari Ulangtahun... Yang keberapakah??

    ReplyDelete
  38. kak ct,
    terima kasih di atas ucapan tu. n3 saya hari ni saya tujukan khas utk org2 mcm kak ct ni.

    kak ct ni cempedak dalam pagar. Nak tolong jolokkan takut ada org marah hehehe

    ReplyDelete
  39. kak ct lagi,
    Wsalam

    Saya tabiklah kerana sanggup kak ct tunggu sehingga masuk 9hb Mac utk ucapkan hepi besday kpd saya.

    Tahun 1986 tu saya baru mula kerja di Miri. 7 tahun lepas tu pun anak saya dah 3. Jadi kalau dikira mcm tu mmglah kak ct ni masih muda. Umur hanya angka. Yg penting kita sihat dan dpt menjalankan kewajipan kita dgn baik.

    ReplyDelete
  40. NL,
    banyaknya ko main buih sabun.....

    Tadi pc aku hang masa nak balas komen ko ni huhuhu

    ReplyDelete
  41. al-lavendari,
    saya bukan saja jarang proof read n3 saya tapi juga jarang edit dan buat pembetulan. Abg punya pasal nanti kalau rajin saya betulkanlah.

    psst - tak payah tulis pun org tahu abg bukan pegawai kanak2 tapi pegawai *** hehehe

    Saya nampak mcm 36 ke bang? Hari tu dah letih memandu sorang2. Kalau tak mungkin mcm 26 kot kah kah kah.

    Kita tunggu komen mereka terutama yg dah pernah berjumpa dgn saya. Setakat ni semua yg komen tu belum jumpa saya lagi kecuali abg!

    ReplyDelete
  42. juliet,
    terima kasih. Ingat jugak ko kat aku ya. Ini yg terharu ni.

    Tahun ni takde besday parti kerana keadaan ekonomi yg tak memberangsangkan huhuhu

    psst - kalau ko nak ptg ni bolehlah aku belanja ko kat warung perasan hehehe

    ReplyDelete
  43. syah,
    typo tu. Yg sebenarnya pegawai kanan kerajaan sbb dia tu jusa.

    haah arini besday saya. Dah banyak kali sambut sehingga lost count hehehe

    ReplyDelete
  44. Happy Birthday C.Yunus, saya memang pengikut tegar blog pakcik. Wife dia memang cantik. Tapi tak tahu pulak lelaki ni ada week end dia tak handsome semua kami perempuan tiap2 hari mesti cantik. Bab tambah & andaman tu saya no comment.

    ReplyDelete
  45. Alamak Lupa...
    Happy Birthday, kesiannya dah lost count la pulak

    ReplyDelete
  46. Mak Wardah,

    Terima kasih di atas ucapan hari jadi tu. Esok harinya .... hehehe

    Dan terima kasih kerana menjadi pembaca tegar blog saya ini. Semoga ada yg menarik atau berguna. Dan sila teruskan memberi komen.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails