Wednesday, March 31, 2010

Dilema Surau

Jangan main2 surau pun ada dilemanya tau. Surau di tempat aku dan juga di kebanyakan tempat sering menghadapi dilema tiada org solat berjemaah waktu Zohor dan Asar ketika hari kerja. Ini adalah disebabkan kebanyakan ahli kariah (kalaupun tak semua) adalah org yg masih bekerja atau belajar.

Mari kita kaji case study tempat aku ni:

Masa org mula berpindah ke sini 18 tahun silam kebanyakan pembeli adalah mereka yg berumur pertengahan 30an. Yang membeli rumah corner lot mungkin awal 40an sebab mereka tu kaya sikit. Sekarang kebanyakan mereka berusia 50an kecuali org yg mcm aku ni yg lebih muda serta mengancam dari mereka. Ada di antara mereka yg sepatutnya sudah pencen tetapi memandangkan kerajaan asyik menambah umur pencen dari 55 ke 56 ke 58, jadi mereka masih berkhidmat Aku rasa bila mereka berumur 58 esok kerajaan tambah lagi umur pencen ke 60 atau 65.

Akibatnya kalau Zohor dan Asar tiadalah org yg berjemaah di surau.

Orang macam aku ni yg kerja sendiri dari rumah pergi ke surau waktu tengahari dan petang tapi selalunya akulah yg jadi siak, bilal dan imam. Lebih baik aku berjemaah dgn emak Adam di rumah. Mungkin org lain pun fikir mcm tu - berjemaah dgn keluarga di rumah. Akhirnya tiadalah yg berjemaah di surau walaupun ianya fardhu kifayah - ada 2 org aje pun buat, yg lain tak payah.

Ada juga cadangan menggaji imam professional tetap supaya dia boleh mengimami solat jemaah 5 waktu tetapi kawasan surau kami bukan ada tempat nak sediakan tempat tinggal. Kalau dia nak berulang, silap2 dia pun tak datang. Duit minyak pun tak boleh nak cover.

Mungkin kalian ada cadangan untuk mengatasi masalah ni. Sudi-sudilah berkongsi untuk kemaslahatan bersama.

31 comments:

  1. yb, saya ni tak dapat nak kasik idea. maaf ler, saya pun gi surau time bulan posa jer... huhuhu

    ReplyDelete
  2. satu cadangan yang tak larat nak diikut. tapi kalau dibuat pasti ramai yg datang.

    asal waktu solat je ada jamuan...ahakkk!!

    ReplyDelete
  3. Mak Su,
    ok kalau ada idea nanti boleh bagi tahu saya.

    Saya nak cadangkan mak su pergi ke surau setiap malam Jumaat kalau ada kesempatan selain di bulan puasa. Jadi dapatlah bercampur gaul dgn jiran2 seminggu sekali.

    ReplyDelete
  4. ONE ZABA,
    idea bernas jugak tu tapi siapalah yg nak masak? Kalau asyik beli tak sampai seminggu habis duit surau hehehe

    tun begia,
    insaf dan sedih huhuhu

    wsalam.

    ReplyDelete
  5. heh..ada setengah tempat tu tak payah semayang zohor asar. maghrib pun tibai 3 orang apa hal?
    ni akibat kalau politik main kat masjid. sigh~~~

    ReplyDelete
  6. buat gini la YB. saper yg dtg surau sila buat thumb print. cukup bulan kira siapa yg menduduki top ten lalu diberikan hadiah kpd mereka berupa wang tunai. daddy rasa pasti ramai yg teruja. ya lah kan... bila sujud nampak duit atas sejadah, siapa x nak kan?

    ReplyDelete
  7. Akmal,
    masalah tu dah mula menular ke negeri ni. Tambahan skrg sedang diadakan pemilihan AJK sesi 2010 -2013 seluruh negeri yg mesti dilakukan selewat2nya pertengahan April ini. Jgn pulak nanti cuma berebut2 jawatan tapi tanggungjawab terutama bab solat waktu tak nak ambil berat.

    ReplyDelete
  8. Daddy Zuki,
    cadangan yg kreatif cuma mcmana nak pastikan thumb print tu masa mereka datang solat berjemaah? Takut ada yg datang nak main badminton atau pingpong di kawasan surau pun ikut buat cap jari hehehe

    ReplyDelete
  9. Rumah abang saya betul-betul berhadapan surau Seksyen 11 Syah Alam. Orang di situ juga majoriti golongan akademik/profesioanal 40-50an tahun. Tapi Alhamdulillah, saya lihat semua waktu penuh dan sentiasa imarah. Tiap Subuh ada kuliah Subuh, kami yang perempuan dengar dari rumah..cuba-cubalah risek formula mereka...

    ReplyDelete
  10. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  11. sekarang ni... nak pencen awal pun dikenakan syarat2 ketat... tak nak bagi pencen la tuu....

    dilema surau tak de orang waktu zohor & asar ni kat mana2 pun sama je..

    ReplyDelete
  12. err..err..cuba buat..err..err..atau...err..err.. hmmm... pengangkutan percuma disediakan ke? thee..

    ReplyDelete
  13. Salam YB........

    Surau dan masjid yg berhampiran kwsn rumah aku sentiasa ada yg singgah bersolat. Surau dan masjid ni selalu ada xtvt utk anak2 muda, kelas bacaan Quran dan sbg nya...
    Alhamdulillah, penduduk di kwsn rumah kiatorg masih meriah dgn kehadiran umat manusia beragama Islam.

    Semlm aku ada di masjid bersolat jemaah dan ada kelas bacaan Quran.
    Aku cuba m`dekatkan diri dgn masjid skrg nih.....dlm usia yg kian meningkat, ilmu agama pun kene ditingkatkan, Insya Allah.

    :)

    ReplyDelete
  14. kat area tu takde ke sekolah2 atau ofis2 yg berhampiran? keluarkan surat ajak diorg solat.

    ReplyDelete
  15. surau tempat zino ni memang aktif tapi zohor dan asar masih ada jemaah .. sebab kawasan ni ada ramai yg dah bersara..

    ReplyDelete
  16. Salam YB,bagus jugak bawak emak adam berjemaah zohor dan asar disana, teringat seorang kawan sekerja beliau telah arwah awal tahun 2009 lepas, hobi beliau adalah membawa isteri dan keluarga bersembahyang di setiap masjid pada setiap waktu sekiranya berkesempatan
    semoga rohnya tenang dan aman disana amin...

    ReplyDelete
  17. ckLah,
    Org akademik dan cikgu2 ni biasa lebih komited kpd agama dan lebih warak berbanding dgn mereka yg bekerja sbg jurutera atau berniaga sendiri (tak kiralah bisnes besar atau kecil) agaknya. Mungkin itulah sbb masjid dan surau di kawasan penduduk yg ramai ahli akademik makmur dgn kegiatan agama terutama solat berjemaah.

    Nanti saya akan cuba kemukakan kpd AJK baru yg akan dipilih hujung minggu ni.

    psst - kenapa tak pergi aje ke surau utk dengar kuliah subuh? Ini kes sambil dengar dari rumah sambil buat kerja lain - bijak2 2 dlm 1.

    ckLah lagi,
    kenapa delete komen yg kedua tu? Setiap malam jadi malam Jumaat pun takpe. hehehe

    ReplyDelete
  18. Shifu,
    oooo itu ke kisahnya? Patutlah ramai yg kerja sampai 58.

    Mmg banyak surau kosong waktu Zohor dan Asar. Ada juga masjid terutama di kampung2 cuma ada beberapa org jemaah aje waktu siang.

    Kita kena berfikir mcmana nak imarah surau dan masjid sepanjang masa. Besar pahala memikirkan masalah umat.

    ReplyDelete
  19. Penyuk,
    nak sediakan pengangkutan tak berbaloi sbb ada di antara rumah tu cuma beberapa langkah aje dari surau. Kalau merangkak pun sampai kalau nak pergi lah.

    ReplyDelete
  20. Catwoman,
    wsalam.

    Alhamdulillah. Eloklah biasakan diri dgn aktiviti agama. Pelaburan utk akhirat.

    Selalunya masjid takde masalah. Di KL ini pun ramai yg berjemaah di masjid setiap waktu termasuk waktu siang.

    ReplyDelete
  21. NL,
    mmg tak boleh berputus harap. Tapi kena usaha lebih kuat lagi.

    MENTIBANG LAUT,
    Org kerja opis lebih dekat ke masjid Setiawangsa.

    ReplyDelete
  22. zino,
    baguslah tu. Ada kesedaran org2 tersebut utk dekatkan diri dgn agama setelah pencen.

    Ada satu surau di perumahan bersebelahan tempat kami ni pun ramai org waktu zohor dan asar kerana ramai yg dah pencen. Kalau surau tempat saya takde jemaah saya akan solat di sana.

    ReplyDelete
  23. YB ajelah jadi imam, bilal dan siak... besar pahalanya tu insyaAllah... :D :D

    bawak sekali mak adam dan adik beradik adam jemaah kat surau tu... Jadilah...

    Kadang-kadang, bila kita buat camni, sikit sebanyak orang akan terpanggil jugak untuk turut serta... :D :D

    ReplyDelete
  24. eja,
    Kalau bawa emak Adam siapa pulak nak jaga Adam kat rumah? Kalau bawa ke surau mahu tak khusyuk kami solat hehehe

    Bagus arwah tu ya. Semoga masjid2 tu menjadi saksi beliau di akhirat kelak mengatakan dia pernah beribadat di rumah2 Allah tu.

    Saya pun suka buat 'koleksi' solat di masjid2 berlainan setiap kali saya outstation. Target dlm 50 masjid setahun atau satu masjid setiap minggu. Dulu masa kerja sykt kulit kerang dpt sampai 100 buah masjid berlainan setiap tahun sbb banyak travel masa tu.

    ReplyDelete
  25. syah,
    Kalau saya jadi imam tapi takde makmumnya bukan jemaah pulak namanya.

    Abg2 Adam sekolah waktu siang. Kalau bawa emak Adam sama masalah macam yg saya terangkan kepada Eja di atas tu.

    ReplyDelete
  26. saya luluskan kertas cadangan en. one zaba itu

    .
    .


    .
    .


    hik hik hik


    :D

    ReplyDelete
  27. kts,
    utk permulaan Zohor ini kita sediakan donut. Ko datang berjemaah tau.

    Atau ko nak aku jemput ko (sediakan pengangkutan percuma) spt cadangan Penyuk tu?

    Roger aku kalau jadi datang sbb aku tak nak donut tu terbazir hehehe

    ReplyDelete
  28. ishhh nak kata pa surau kat rumah saya pun beberapa kerat ja org berjemaah...

    ReplyDelete
  29. Alimaz-Kembara Terasing,
    adalah jugak beberapa org yg boleh dikerat tu berjemaah ngeh3x

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails