Thursday, March 4, 2010

Belum 30 Tahun Dah Tak Perlu Kerja

Dulu semalam semasa Haizam sedang buat kerjarumahnya, aku bertanya kpd dia.

Aku: "Esok kau pergi main futsal lagi ke?"
Dia: "Haah, macam biasa." jawab dia selamba.
Aku: "Eloklah tu. Untung2 jadi pemain bola professional. Gaji juta2, belum 30 dah pencen." ayat perli.

Semenjak dua menjak ni, tiap2 minggu pada sebelah pagi (dia sekolah petang) Haizam akan turun ke gelanggang futsal di Setiawangsa. Jarak dari rumah dalam sebatu. Nak suruh dia jalan kaki kesian pulak. Nanti belum main dah letih. Jadi kalau aku ada di rumah, aku akan hantar dan ada kalanya ambil dia selepas dia habis main. Tapi kalau kerap sgt (itu tak termasuk hantar dia ke latihan sukan di sekolah) aku pun letih juga. Harap2 masinlah cakap aku biar dia jadi pemain professional. Muda2 dah kaya. Taklah macam aku ni.

Oklah aku nak berkejar ke padang bola ke mesyuarat tapak di Klang.

44 comments:

  1. salam pg YB,
    lama tk ngomen, mulai arini aku nk komen ngan skemanye. maklum jiran sblh umah aku sll jengah blog ni rupenye, malu i... huhu!

    pasni ko jgn ajak aku pakat nk komen brutal bimbang ade yg slh sangka plak nnt.

    YB, next week aku balik kg... singgah la rumah, bwk famili sekali. blh kita kenal2 lgpun kita bukannye penah jumpa... hehe

    ReplyDelete
  2. kalo haizam jadi pemain terkenal YB ngan mak adam jadik terkenal jugak, selalu masuk majalah ngan tv,ehehehehe. Majulah haizam utk negara :P

    ReplyDelete
  3. masin mulut..untung YB..heheh

    ReplyDelete
  4. kalau bercakap tanpa gosok gigi lagi la masinnya kut...

    ReplyDelete
  5. kalau bersungguh boleh berjaya..kalau nak main jangan main-main,main betul2

    ReplyDelete
  6. saya nasihatkan awak supaya jangan berkejar ke mesyuarat tapak di Kelang tu .. nanti letih !

    ReplyDelete
  7. petang ni nak gi beli sport shoes lah.... kiranya sebagai langkah permulaan maksu untuk nak jadi pemain tenis berkaliber ni...wow!

    ReplyDelete
  8. mudah2an masin mulut ayah....jadi pemain profesional nak yer....

    ReplyDelete
  9. kalau setakat main kat msia ni x leh nak kaya gak YB..

    ReplyDelete
  10. takpe YB, biar dia jalan... itu boleh bina stamina tu...

    ReplyDelete
  11. mudah2an ape yg dicita-citakan itu akan menjadi kenyataan... aminn..!

    ReplyDelete
  12. InsyaAllah. masin mulut ayahnye

    ReplyDelete
  13. makan dalam teguran bapak tuh!

    tapi.. moga masinla ape yang YB cakap tuu

    ReplyDelete
  14. salam


    kalau boleh kita nak anak anak kita berjaya dunia dan akhirat


    tak gitu

    ReplyDelete
  15. setuju dgn kata2 pakcik lavendar

    jangan berlari, takut jatuh tersembam nanti.. dah le letih, malu lagi tu

    ReplyDelete
  16. Salam YB ,tuah ayam nampak di kaki, tuah Haizam pun di kaki juga...;p

    MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA...

    ReplyDelete
  17. duit juta-juta??

    errr... aku pun nak tukar profesion la camni... nak jadi pemain bola gak...

    .
    .

    hihihihi... sgt sesuwai :P

    ReplyDelete
  18. salam YB
    aku takat berbolasepak si virtual world...

    ReplyDelete
  19. Teja,
    Salam ptg. Aku baru aje balik dari site meeting 2 tempat di Klang.

    Lain macam betul bila ko komen skema mcm ni.
    Jiran ko masuk blog aku? Dia ada komen jugak ke?

    Takpelah lps ni kalau nak brutal kita komen offline.

    Next week aku tak balik kot sbb dua pupu aku buat majlis kahwin di Putrajaya. Apa kata on the way tu ko singgah tempat aku ni mcm yg Tibang buat tu. Boleh aku promote ko pulak ahaks

    ReplyDelete
  20. Alimaz-Kembara Terasing,
    setakat yg saya tahu belum ada yg jadi kaya sbb main futsal. Tapi kalau dpt jadi pemain professional kat luar negeri haruslah jadi hartawan.

    Saya cakap itu nak sindir si Haizam yg asyik pergi main tak ingat dunia hehehe

    ReplyDelete
  21. Juliet,
    jauh pandangan ko tu. Emak bapak dia tak payah terkenal pun takpe asal dpt tumpang senang. Tak payah nak pening2 fikir cari duit belanja utk adik2 Haizam yg masih kecik tu. Bolehlah aku pencen dan duduk rumah blogging wakaka

    ReplyDelete
  22. kalo rezki leh jadi ronaldinho malaysia...

    ReplyDelete
  23. TINY,
    mudah2an makbul.

    DAUN BIDARA,
    kalau duit dah banyak buat apa nak kerja sampai tua? Lagipun org main bola mana ada yg tua. Dah tak larat kalau tua hehehe

    ReplyDelete
  24. Jard,
    insyaAllah makbul doa ko sbb ko tak pernah tinggal sembahyang (melainkan ketika uzur) hehehe

    JMR,
    pagi tadi saya sarapan croissant rasa masin. Mungkin nak termakbul doa agaknya ngeh3x

    ReplyDelete
  25. ONE ZABA,
    itu masam kot hehehe

    ANUAR,
    Setakat ni belum ada org kita yg jadi pemain professional utk kelab ternama. Haizam tu nak masuk pasukan sekolah pun belum tentu terpilih.

    Gempaq aje yg lebih huhuhu

    al-lavendari,
    terima kasih atas nasihat abg tu. Saya berkejar ke sana dgn kereta. Taklah penat sgt nak tekan pedal minyak tu. Tapi ada pulak yg dtg lewat ke mesyuarat tu sebab salah jalan. Itu yg penat nak kena ulang apa yg dibincangkan.

    Ceit. Nasib baik dia di pihak klien huhuhu

    ReplyDelete
  26. ML,
    kalau tak kaya, kayap. Tapi mmg betul apa yg awak cakap tu.

    syah,
    kadang2 dia jalan pergi balik tapi last2 letih masa nak sekolah.

    ReplyDelete
  27. PUTUBAMBU,
    saya tak rasa dia bercita2 menjadi pemain bolasepak pun. Itu cita2 atau lebih kepada angan2 kosong ayahnya aje bila dah letih menghantar dia pergi main tapi tak nampak hasilnya huhuhu

    sI tEDI,
    amin. Harap2nya begitulah walaupun tersangat tipis peluang tu hehehe

    ReplyDelete
  28. Mak Su,
    dah dekat pukul 6 ptg ni. Dah beli ke kasut tenis tu? Kalau belum, mcmana nak jadi pemain berkaliber ngeh3x

    sonata,
    malam ni aku makan nasi nak letak kicap banyak2 biar masin mulut aku. Lepas tu aku doa. Boleh mcm tu tak?

    ReplyDelete
  29. ~mrs azmi,
    awak kata makan dalam tapi macam tak berkesan pun kat dia. Pagi tadi dia minta tolong hantar ke sekolah pulak sbb ada pertandingan galah panjang antara kelas. Setiap kelas kena hantar 5 peserta perempuan dan 5 lelaki. Kalau tak kena denda RM5. Saya kata lebih murah bayar denda itu dari tambang teksi dia nak ke sekolah. Nasib baik ayah dia baik dan sanggup hantar dia ke sekolah walaupun ada meeting di Klang hehehe

    ReplyDelete
  30. pB,
    kalau boleh mmg nak yg mcm tu lah. Tapi ada ibubapa yg terlalu sibuk mengejar kejayaan utk anak2 sehingga lupa kejayaan utk diri sendiri. Contoh sibuk cari duit lebih (buat jualan MLM lah dsb) utk kesenangan anak2 tapi lupa nak pergi masjid/surau utk berjemaah atau belajar agama.

    ReplyDelete
  31. Che'Pit,
    di kawasan pembinaan bahaya kalau lari2. Kalau jatuh bukan saja malu, tapi silap2 tercucuk besi. Kalau rajin nanti saya buat n3 ttg lawatan tapak hari ni.

    k'eja,
    pandailah awak. Tapi bila saya tengok kaki dia tak nampak pula tuah tu melainkan ada kesan2 kudis wakaka

    ReplyDelete
  32. kts,
    aku nak ketawa guling2 ni hahaha.

    ok baru nak komen balas walaupun masih sakit perut ketawa.

    Aku cadangkan ko kawen aje dgn pemain bola professional yg kaya tapi bukan dgn ashley cole tu hehehe

    Kalau ko nak pemain golf pun ada tapi aku rasa dah terlambat sbb dia dah mula insaf muahaha

    ReplyDelete
  33. "Siapa 'Kassim Selamat'?

    Loyar?

    Mejistrett?

    .
    .
    .
    .
    Errrrr...errr...pemain futsal?"
    Kata Nyonya Mansor sambil bercekak pinggang...

    ReplyDelete
  34. AZANI,
    kalau kena gayanya awak boleh dpt banyak duit jugak tu. Tapi duit pun virtual aje lah ngeh3x

    ~O~,
    Haizam nak jadi mcm Messi sbb dia penyokong Barca hehehe

    ReplyDelete
  35. ckLah,
    untunglah awak dpt bakal menantu calon jutawan hehehe

    ReplyDelete
  36. saya baru perasan awak ada pasang cctv kat blog awak ni i.e Live@YB. lepas ni tak dapat nak skodeng lagi ! ciss

    ReplyDelete
  37. al-lavendari,
    itu cctv lebih masa buat projek dulu hehehe

    tak baik skodeng org bang. Nanti mata tumbuh apa tu? laa lupa pulak ngeh3x

    Jom kita pergi ke surau baca yasin dan tahlil malam jumaat ni. Malam Jumaat mmg best! hehehe

    ReplyDelete
  38. salam YB...

    rasa lama sangat tak kesini . he he he

    anak ummi pun gitu asyik nk main bola keranjang jer . asal ada ruang masa sikit jer dia nk g sekolah main benda alah tu ..
    ummi pun rajin perli dia gak..nk larang sian lak . jadi perli jer le

    ReplyDelete
  39. ummi,
    wsalam.

    Saya pun dah lama tak sempat nak ke tempat ummi. Sibuk cari rezeki hehehe

    Untung2 anak ummi boleh jadi pemain professional utk NBA. Boleh jadi kaya raya jugak tu ngeee

    ReplyDelete
  40. tak mustahil..tp kena asah bakatnya drp skrg secara berterusan..moga YB blh tumpang kesenangan hendaknya..

    contoh atlit2 malaysia berpendapatan agak lumayan seperti nicole ann david, shahlin zulkifli dll...

    ReplyDelete
  41. Nadri,
    tetapi kalau setakat main seronok2 dgn kawan2 jauhlah. Bukan pesimistik tapi ini yg sering terjadi.

    Mmg ada atlit2 yg dah jadi kaya raya (standard Msia lah) kerana main sukan. Dulu pemain piala Thomas pun dpt tanah sorang seekar.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails