Forward dari member... Khas utk yg belum terpilih
NASIHAT CARI BINI..
Nak pandai = cari bini cikgu
Nak sihat = cari bini doktor
Nak glamour = cari bini artis
Nak warak 😇= cari bini ustazah
Nak gemuk = cari bini chef
Nak selamat = cari bini polis
Nak mampus 🌚= cari bini orang
Nak gaduh 🙅= cari bini mat yo
ayoyo .....
Monday, September 30, 2013
Friday, September 27, 2013
Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Stesen Minyak?
Sehari dua ni kecoh ura-ura harga minyak petrol nak naik lagi. Ada yang kata naik 20 sen seliter dan ada yang kata 10 sen. Akhirnya tak jadi naik. potong steam betul sebab tak naik .... huhuhu
Kita tinggalkan dulu kisah harga minyak tu.
Pagi tadi semasa aku buka emel aku ada dua emel daripada dua orang yang berbeza bertanyakan tentang soalan nak jadi pengusaha stesen minyak dan juga perkara-perkara yang diperlukan. Aku percaya, ramai juga rakan-rakan di luar sana yang mempunyai persoalan yang sama. Jadi aku mengambil keputusan untuk copy paste salah satu emel tersebut dan jawapan yang aku berikan. Mudah2an dapat menjawab soalan yg sama yg kalian mungkin ada berkaitan topik ini.
On Sep 27, 2013, at 9:48 AM, ***** wrote:
> Salam YB,
>
> Saya amat minat dengan blog tuan berhubung tanah berpotensi untuk stesen minyak. Saya ada hubungi petronas untuk permohonan. So, ada beberapa kretiria yg perlu dipenuhi antaranya
>
>
> 1. Keluasan tanah sekurang-kurangnya 43,560 (1 ekar) kaki persegi; (YA)
> 2. Bukaan hadapan tanah sekurang-kurangnya 250 kaki panjang; (YA)
> 3. Kedalaman tanah sekurang-kurangnya 200 kaki dalam; .(NOT SURE)
> 4. Pertukaran status tanah kepada kegunaan stesen minyak; (NOT SURE)
> 5. Lokasi stesen minyak bertapak di kawasan utama/komersial/perumahan/kawasan membangun/lebuhraya; (YA)
> 6. Kelulusan status tanah oleh jabatan tanah berkaitan kepada hakmilik perseorangan ”(single land of ownership”) (YA)
>
> soalan saya pertama.. kedalam tanah tu macam mana saya nak tahu?
>
> Soalan ke 2.. Pertukaran tanah kepada stesen minyak sebab tanah ni untuk pertanian/ perusahaan / bangunan adakah bersesuai? Tanah ini tanah gambut.
>
> Soalan ke 3 jika YB berminat untuk.urus kan hal ini bape caj dikenakan?
>
> Terima kasih kerana membantu.
>
> Regards,
Ini jawapan aku:
Subject: Pertanyaan tanah untuk buat stesen minyak
Date: Fri, Sep 27, 2013 2:35 pm
Waalaikum salam ****,
Terima kasih kerana menghubungi saya untuk bertanya perkara2 mengenai stesen minyak.
Berikut jawapan saya terhadap soalan2 yg dikemukakan:
1) kedalaman tanah itu sebenarnya lebar tanah dari sempadan yg berdepan dgn jalan besar sehingga ke belakang lot tanah tersebut. Boleh dilihat di dalam geran tanah dimensi ini.
2) untuk membina stesen minyak, syarat kegunaan tanah mestilah ditukarkan daripada kegunaan asal (contoh pertanian) kepada stesen minyak. Ini perlu dilakukan oleh tuantanah melalui permohonan ke pejabat Tanah Dan Galian (PTG) di daerah ****. Proses tukar syarat ini agak rumit kerana memerlukan pelbagai dokumen dan input. Ia juga melibatkan juruukur berlesen. Biasanya tugas ini dilakukan oleh syarikat atau individu yang khusus membuat perkara ini bagi pihak tuantanah. Kelulusan tukar syarat ini mengambil masa kerana melibatkan banyak jabatan kerajaan seperti JKR, JPS, PBT, Jabatan Perancang Bandar dan Desa dsbnya dan juga memerlukan kelulusan oleh EXCO Negeri yg berkenaan. Setalah mendapat kelulusan PTG akan mengeluarkan surat meminta bayaran premium kerana kegunaan tanah telah bertukar daripada pertanian kepada stesen minyak. Jumlah premium berbeza mengikut negeri. Contoh di Selangor premium utk satu ekar lebih kurang RM800,000.
3) jenis tanah lebih kepada cabaran kejuruteraan. Bagi tanah gambut, lebih banyak cerucuk diperlukan semasa pembinaan. Ini akan dikira oleh juru perunding yg dilantik oleh sykt minyak.
Sykt saya memang terlibat membantu orangramai untuk berurusan dgn sykt minyak sehingga tanah tersebut berjaya dijual atau dipajak. Bayaran yang kami kenakan berbeza dari kes ke kes dan boleh dibincangkan.
Kepada sesiapa yang mempunyai soalan berhubung perkara ini bolehlah kemukakan kepada aku dan aku akan cuba menjawabnya sedaya upaya.
Thursday, September 26, 2013
Entri Khas Malam Jumaat
Malam Jumaat ni kalau makan sup taruk batang ni tentu nikmat
Sekian. Terima kasih.
Selamat beramal .....
Sekian. Terima kasih.
Selamat beramal .....
Wednesday, September 25, 2013
Dah Lama Tak Balik Kampung
Sejak Hari Raya hari tu kami tak sempat nak balik ke kampung emak Adam. Kalau setakat kampung aku di Kg Datuk Keramat tu setiap minggu aku balik ke situ. Paling tidak untuk solat Jumaat.
Setiap minggu ada saja jemputan kahwin yang kami terima. Sabtu depan ni ada jemputan dari dua pupu aku di Putrajaya. Ahad pula ada 2 jemputan dari jiran setaman.
Selain itu Haikal pula sering ada kelas tambahan di sekolah agama kerana Guru Besar barunya bersemangat untuk memastikan murid-murid mendapat keputusan terbaik di dalam peperiksaan PSRA mereka. Minggu ni di kala PSRA itu sedang berjalanpun GB mengadakan kelas latih tubi di sebelah pagi dan petang selepas peperiksaan. Sanggup GB tu hantar surat kepada GB sekolah kebangsaan untuk meminta pelepasan kpd murid2 Darjah 6 daripada menghadiri sekolah kebangsaan demi untuk membolehkan mereka ke sekolah agama utk latihan tubi tersebut.
Sawah padi yang menhijau semasa Raya tempoh hari mungkin dah menguning sekarang
Pembaca senyap blog telah bersuara
Semalam ada seseorang PM aku di fb. Dia memberitahu aku dia pembaca senyap blog aku dan mengaku dia jerman dari Tg Karang. Dia kata dia terhibur dgn celoteh aku.
Setelah berbalas msg di fb, emak Adam rasa dia kenal siapa jerman ini! Ahaks
(mungkin dia baca entri ini. Kita tunggu dan lihat samada dia akan memberi komennya di sini)
Tuesday, September 24, 2013
Nak Pelukan Percuma? (18SX)
Selepas solat Asar tadi aku dan beberapa orang jiran bersembang di luar surau. Mula2 kami selesaikan hal surau seperti booking khemah untuk Hari Raya Haji yang tak lama lagi. Kalau tak tempah awal, nanti tiba masanya khemas dah habis.
Habis hal menempah khemah keluar cerita2 lain pula. Ada salah seorang daripada kami menunjukkan gambar yg didakwa pontianak yang baru di whatsapp oleh rakannya. Gambar diambil di padang golf. Menurut cerita padang golf tu memang keras. Aku pun pernah dengar kisah ini.
Bila aku tengok gambar pontianak tu, rambutnya punyalah panjang. Kalau bershampoo habis satu botol sekali pakai. Tapi muka pontianak tu tak nampak sebab gambar dari belakang ..... huhu. Kalau tak bolehlah juga aku lihat samada pontianak ni lebih cantik dari Maya Karin .... hehehe.
Jiran aku tu beritahu kami beberapa kelab golf yang 'berhantu' dan di lubang yang mana. Dia pernah mengalami kejadian di mana caddynya seorang wanita tiba-tiba berlari ke arahnya lalu memeluknya kerana terlihat hantu. Dia tersenyum sebab dapat pelukan free yang bukan dia minta!
Boleh ke macam itu?
Tiba-tiba terasa nak pergi main golf di tempat itu ...... hehehe
Monday, September 23, 2013
Hutan Lipur Kemensah, Hulu Klang
Jika anda mencari tempat untuk berkelah yang menarik dengan suasana hutan dan air sungai yang nyaman serta tak jauh dari KL, Hutan Lipur Kemensah adalah antara pilihan terbaik. Terletak berhampiran dengan Zoo Negara, Hutan Lipur ini menawarkan kepelbagaian flora dan fauna yang pasti menggamit pengunjung terutama wargakota.
Cewah ayat pembuka kata aku kali ini. Harap takde siapa yang nak termuntah. Kalau nak muntahpun tunggu dulu. Aku nak cerita perkelahan kami sekeluarga petang Sabtu lepas ke Hutan Lipur Kemensah ini. Kami telah ke Angah Chalet. Memang best ....
Macamana nak ke sana?
Hutan Lipur ini terletak di belakang Zoo Negara. Untuk ke sana, ikut jalan sebelah tepi Zoo. Anda akan melalui Kg Kemensah. Teruskan lagi perjalanan sehingga anda nampak sebuah surau di sebelah kiri jalan di tepi sungai.
Selepas surau tersebut jalan akan menjadi semakin sempit. Nak berselisih dua buah kereta agak mencabar. Teruskan perjalanan sehingga anda nampak Jinbara Resort di sebelah kanan jalan. Terus lagi sehingga anda sampai di satu persimpangan. Belok ke kiri dan jalan itu mendaki sedikit. Di sebelah kiri itu ada sebuah kolam pancing. Tak jauh dari situ ada tempat parking kereta. Terus sikit lagi dan anda akan tiba di Teratak Angah. Jarak dari MRR2 di depan Zoo Negara ke Teratak Angah cuma 4.4 km saja. kalau lebih daripada itu maknanya anda dah tersesat jalan!
Air sungai paras dada yang sesuai untuk berenang atau sekadar berendam. Ada juga disediakan gelungsur
Bagi yang berani boleh bergayut di satu tali yang diikat pada sebatang pokok tinggi dan swing masuk ke dalam air macam tarzan
Ini chalet yang kami sewa. Betul-betul di tepi sungai. Adam bersama kakaknya testing the water. Emak Adam kelihatan memandang dari jendela chalet. Gambar aku ambil dari atas jambatan di sebelah chalet tu
Peace yo
Ruang dalam chalet. Dapatlah privacy. Nak salin pakaian pun senang tapi perlu ke bilik mandi. Memandangkan kami sampai ke situ pada pukul 4 ptg, kami dikenakan bayaran RM20 saja utk sewa chalet. Harga biasa utk satu hari ialah RM40 untuk chalet ini. Chalet2 lain, lain pula harganya mengikut saiz
Ini kadar sewa di situ. Aku nasihatkan elok anda buat tempahan sebelum ke situ. Takut tak dapat chalet kalau tak booking awal-awal
Macamana kawan-kawan. Masih rasa nak muntah lagi ke? Kalau dah ok, apa lagi? Bolehlah bawa famili atau rakan2 anda ke tempat ini
Sunday, September 22, 2013
Cucur Udang Paling Sedap - Cucur Mak Enon
Sedang aku membersihkan album gambar2 di photo stream aku, emak Adam memberitahu aku ada panggilan di hp aku yg aku sedang cas. Bila aku nak angkat panggilan dah putus. Bila aku dan emak Adam tengok rupanya panggilan dari jiran kami, Mak Enon. Kalau sesiapa ada kekasih gelap baik2 bila isteri anda sama2 tengok siapa yang call anda .... hehehe
Akupun call semula Mak Enon. Dia beritahu aku dia ada buatkan kuih utk kami dan meminta aku ke rumahnya untuk mengambil kuih itu.
Akupun start kereta terus ke rumahnya yg terletak di depan surau. Elok aku sampai dia pun keluar dari pagar rumahnya dan menghulurkan aku satu beg plastik kuih cucur udang. Akupun turunkan cermin tingkap kereta dan mengambil bungkusan itu. Dah macam drive thru pulak.
Di kawasan kami ini cucur udang Mak Enon memang femes. Kalau di surau tu, memang jadi rebutan setiap kali Mak Enon buat cucur udang tu.
The best cucur udang in town - cucur udang Mak Enon
Semalam dapatlah kami bawa cucur ini untuk piknik keluarga kami di Kemensah. Nanti bila ada masa aku ceritakan pasal piknik tu pula. Sekarang ini aku nak ke Melaka kerana ada jemputan kenduri kahwin sepupu emak Adam. Lambat kami pergi sebab aku baru balik dari Mesyuarat Agong Tahunan surau kami.
Cheers .....
Wednesday, September 18, 2013
Jom Berkenalan Lebih Rapat Dengan Bob
Entri ini aku telah siarkan dua kali sebelum ini. Tetapi memandangkan sekarang ini ada ramai juga pembaca blog aku yang baru dan tidak mengenali rakan aku Bob, maka aku siarkan semula kisah tersebut. Mudah-mudahan bila anda terjumpa Bob satu hari nanti anda tahu dia adalah rakan aku.
Ini apa yang Bob tulis tentang dirinya untuk aku kongsikan bersama rakan2 blog aku:
Ya, saya Bob. Tapi bukan Bob penyanyi tu sbb saya tak pandai menyanyi. Sebenarnya saya ni pendiam orangnya.
Saya bekerja dalam bidang construction. Kerja yg saya lakukan memang berbahaya. Biasanya saya kena berdiri di tepi lebuhraya tanpa kira siang atau malam, panas atau hujan. Cuba anda bayangkan: anda tercegat di tepi jalan dan terdedah kpd bahaya dilanggar kenderaan spt bas ekspress yg memecut selaju 150 km/j pukul 3 pagi. Kalau terbabas bas tu merempuh anda, dah tentu bersepai tubuh anda. Tapi inilah risiko yg saya hadapi setiap masa. Untuk mengurangkan risiko tersebut, saya memakai pakaian berwarna oren siap yg pantul sinar lagi. Kerja di tapak pembinaan kenalah pakai topi keselamatan. Topi saya warna putih tau - bukan yg kuning macam mat Indon atau mat Bangla pakai tu. Untuk mengurangkan pancaran matahari tepat mengenai mata, saya sentiasa pakai spek gelap. Mengancam.
Oh ya, mungkin anda nak tahu macamana YB boleh kenal saya. Sebenarnya dia memerlukan seseorang utk menolong memberi amaran kpd penunggang2 motosikal di laluan sikal berhampiran sebuah stesen minyak yg dibinanya beberapa tahun lepas berhampiran tol Batu 3. Alah stesen yg kat sebelah kiri Lebuhraya Persekutuan sebelum plaza tol menghala ke Shah Alam selepas Subang Jaya. Macam2 cara si YB tu cuba tetapi akhirnya dia minta saya berdiri di laluan sikal tu utk mengibarkan bendera amaran. Tauke tempat saya kerja cas dia RM9 ribu utk mendapatkan saya. Sejak itulah dia mula kenal saya.
Dah banyak saya bercerita ni, anda nak tengok pulak gambar saya? Ah malulah. YB kata ramai blogger tak nak tunjuk muka mereka pun. Ada yg tutup dgn tangan, ada yg tunjuk sebelah muka aje dan ramai yg letak gambar2 kartun lah, lukisan lah dan macam2 lagi ragam. Takkan saya nak tunjuk mukakan?
Apa . . . nak tengok jugak.
Saya ni tak sempurna - tangan kiri saya cacat.
Saya bekerja dalam bidang construction. Kerja yg saya lakukan memang berbahaya. Biasanya saya kena berdiri di tepi lebuhraya tanpa kira siang atau malam, panas atau hujan. Cuba anda bayangkan: anda tercegat di tepi jalan dan terdedah kpd bahaya dilanggar kenderaan spt bas ekspress yg memecut selaju 150 km/j pukul 3 pagi. Kalau terbabas bas tu merempuh anda, dah tentu bersepai tubuh anda. Tapi inilah risiko yg saya hadapi setiap masa. Untuk mengurangkan risiko tersebut, saya memakai pakaian berwarna oren siap yg pantul sinar lagi. Kerja di tapak pembinaan kenalah pakai topi keselamatan. Topi saya warna putih tau - bukan yg kuning macam mat Indon atau mat Bangla pakai tu. Untuk mengurangkan pancaran matahari tepat mengenai mata, saya sentiasa pakai spek gelap. Mengancam.
Oh ya, mungkin anda nak tahu macamana YB boleh kenal saya. Sebenarnya dia memerlukan seseorang utk menolong memberi amaran kpd penunggang2 motosikal di laluan sikal berhampiran sebuah stesen minyak yg dibinanya beberapa tahun lepas berhampiran tol Batu 3. Alah stesen yg kat sebelah kiri Lebuhraya Persekutuan sebelum plaza tol menghala ke Shah Alam selepas Subang Jaya. Macam2 cara si YB tu cuba tetapi akhirnya dia minta saya berdiri di laluan sikal tu utk mengibarkan bendera amaran. Tauke tempat saya kerja cas dia RM9 ribu utk mendapatkan saya. Sejak itulah dia mula kenal saya.
Dah banyak saya bercerita ni, anda nak tengok pulak gambar saya? Ah malulah. YB kata ramai blogger tak nak tunjuk muka mereka pun. Ada yg tutup dgn tangan, ada yg tunjuk sebelah muka aje dan ramai yg letak gambar2 kartun lah, lukisan lah dan macam2 lagi ragam. Takkan saya nak tunjuk mukakan?
Apa . . . nak tengok jugak.
Saya ni tak sempurna - tangan kiri saya cacat.
Betul2 nak tengok?
Kalau macam tu klik di sini.
Tuesday, September 17, 2013
Cinta Memerlukan Pengorbanan ....
Betulkah cinta memerlukan pengorbanan?
Bagi mereka yang sedang bercinta, apa saja yang diminta oleh kekasihnya dia sanggup lakukan.
Jika kita cintakan Allah inilah masanya untuk kita berkorban. Tak sampai sebulan lagi kita akan menyambut Hari Raya Korban. Bolehlah masuk nama untuk menyertai majlis korban samada yang dianjurkan oleh masjid atau surau di tempat anda.
Di tempat aku satu syer lembu tahun ini ialah RM500.
Harga ini baru saja diturunkan semalam setelah pihak surau mendapat bekalan lembu dgn harga RM3,200 seekor. Sebelum itu satu syer korban ditetapkan pada kadar RM530 kerana harga lembu yang naik mendadak tahun ini. Nasib baik dapat pembekal yang cas tak berapa tinggi.
Harga ini baru saja diturunkan semalam setelah pihak surau mendapat bekalan lembu dgn harga RM3,200 seekor. Sebelum itu satu syer korban ditetapkan pada kadar RM530 kerana harga lembu yang naik mendadak tahun ini. Nasib baik dapat pembekal yang cas tak berapa tinggi.
Lebihan duit sebanyak RM300 bagi setiap lembu itu adalah untuk belanja pengurusan menyembelih, melapar dan membahagi-bahagikan lembu korban tersebut.
Mungkin harga satu syer di tempat anda berbeza tetapi apa yang lebih penting ialah pengorbanan kita untuk mendekatkan diri dengan Allah.
Sunday, September 15, 2013
Amalan Membaca Surah Al-Baqarah Apabila Memasuki Rumah Baru
Pagi Sabtu baru ni jemaah surau kami dijemput oleh Ustazah yang mengajar di surau kami ke rumah salah seorang anak murid kelasnya ke rumah baru anak murid tersebut untuk membaca Surah Al-Baqarah. Kita memang disarankan oleh Rasulullah s.a.w. untuk membaca surah Al-Baqarah bila berpindah ke rumah baru.
Selepas kuliah Subuh pagi Sabtu tu 10 orang ahli jemaah telah ke rumah anak murid ustazah tersebut. Rumahnya bukan di taman perumahan kami tapi nun jauh di Ampang dekat dgn Bukit Belacan sana. Sebelum ini ada juga permintaan untuk jemaah surau kami membaca surah Al-Baqarah di Bukit Antarabangsa apabila seorang lagi anak murid ustazah berpindah ke sana. Masa itu lebih ramai yg pergi. Sabtu lepas cuma 10 orang kerana ada yg balik ke rumah kerana mengantuk setelah mendirikan qiamulail di surau awal pagi itu.
Ini kali pertama aku dan emak Adam mengikuti majlis membaca surah Al-Baqarah untuk org yg baru berpindah rumah. Majlis dipimpin oleh suami ustazah yang juga Timbalan Pengerusi surau kami. Suaminya seorang ustaz dan juga seorang hafiz.
Ustaz menerangkan kami dan tuan rumah serta isterinya akan dipecahkan kepada dua kumpulan iaitu lelaki dan wanita. Kaum lelaki akan membaca dari mukasurat 2 - 24 manakala muslimat akan membaca dari mukasurat 25 hingga akhir surah Al-Baqarah. Seperti yang kita tahu surah ini dekat 3 juz.
Untuk memulakan majlis kami semua membaca Al-Fatihah bersama-sama. Selepas itu kumpulan lelaki dan kumpulan wanita membaca ayat-ayat yg telah ditetapkan itu secara serentak. Setiap orang di dalam kumpulan akan membaca beberapa muka surat . Ustaz dan ustazah yang lancar bacaannya membaca lebih banyak mukasurat berbanding dengan yang lain.
Kumpulan muslimat sedang membaca surah Al-Baqarah dipimpin oleh Ustazah yang bertudung biege. Beliau terpaksa duduk di kerusi kerana baru saja keluar dari Hospital Ampang Puteri malam Sabtu itu kerana mengalami sakit akibat slip disc.
Kedua-dua kumpulan habis membaca 'bahagian' masing-masing hampir serentak. Tak sampai sejam untuk membaca sebanyak 286 ayat itu rupanya. Pandai ustaz untuk membagi 'bahagian' lelaki dan wanita. Dah biasa beliau memimpin majlis serupa ini rasanya.
Majlis diteruskan dengan bacaan doa oleh ustaz yang memohon perlindungan Allah untuk keluarga tersebut dan kesejahteraan mendiami rumah baru mereka.
Selesai majlis, kami dijamu sarapan pagi oleh tuanrumah yang merupakan seorang doktor yang mempunyai kliniknya sendiri.
Antara hidangan pagi itu ialah nasi dagang ori Ganu siap dengan lauk ikan tongkol. Ada juga pulut kuning dan rendang ayam selain cupcake
Menurut tuanrumah semasa beliau membeli rumah teres dua tingkat ini dulu harganya baru RM300K tapi setelah siap harganya sudah sekali ganda. Rezeki mereka yg membeli rumah di situlah kiranya.
Pemandangan dari luar rumah tersebut
Semasa kami hendak balik kami telah diberi doorgift sebekas gula yang dibubuh di dalam bekas kaca.
Kami juga dibekalkan dgn nasi kerabu seorang satu bungkus.
Kami juga dibekalkan dgn nasi kerabu seorang satu bungkus.
Selepas solat Zohor di surau taman aku, Ustaz memberi aku duit RM20 sebagai duit minyak dari tuanrumah. Aku keberatan untuk mengambilnya tetapi Ustaz bertahu ini hajat tuanrumah.
Bolehlah aku buat isi minyak kereta hujung minggu ni .....
Friday, September 13, 2013
Ingat Aku Cap Duit?
Semalam sedang aku mengadap iMac aku ni ada seorang rakan fb aku tiba2 nak chat dgn aku. Dia beri salam dan tanya khabar. Sebenarnya aku tak pernah pun berjumpa dgn dia dan kenal dia. Cuma aku terima dia sebagai rakan fb aku bila dia add aku. Sebabnya dia mendakwa satu sekolah dgn aku semasa dia sekolah menengah. Dari statusnya tu dia junior aku dalam 4 tahun. Tapi masa di sekolah menengah dulu aku tak kenalpun mamat ni. Dan sekarang aku masih tak kenali dia.
Dia tanya aku kat mana lalu aku jawab kat rumah.
Dia tanya tak kerja ke (mungkin sebab dia tengok aku ada kat rumah) lalu aku jawab kerja. Nampak sangat dia tak mengikuti perkembangan aku. Rumah aku adalah juga ofis aku.
Seterusnya dia tanya macamana aku sekarang. Aku pun jawab macam biasa.
Tiba-tiba dia kata nak minta tolong sikit.
Setakat yang aku boleh tolong aku akan tolong. Kan semalam ustaz aku baru beri kuliah tentang kelebihan menolong orang.
Aku tanya nak tolong yang mcmana.
Dia kata nak pinjam sikit.
Terkezut beruk aku sebab aku bukan kenal dia. Sekadar kat fb. Itu pun dia bukanlah ada komen atau berinteraksi sangat dgn aku. Akupun pura-pura tanya nak pinjam apa. Soalan poyo.
Dia pun terus terang kata nak pinjam duit kalau tak keberatan.
Anda boleh andaikan sendiri dialog-dialog seterusnya ..... huhuhu
Thursday, September 12, 2013
Berbuat Baiklah Sesama Manusia Nescaya Allah Akan Berbuat Baik Kepadamu (2 Kisah Benar)
Aku nak kongsikan dua kisah benar yang disampaikan oleh ustaz yang mengajar kami di surau malam tadi berkenaan tajuk di atas tu.
Ustaz ini pernah berniaga warung tomyam satu masa dulu. Dia menggajikan seorang tukang masak yang bekerja dari selepas Maghrib sehinggalah warung ditutup sekitar pukul 11 malam. Gaji yg dibayar ialah RM50 satu malam.
Pada permulaan, warung itu ada 10 buah meja makan. Setiap tempahan akan mengambil masa 15 - 30 minit untuk menyediakan hidangan kerana cuma ada seorang tukang masak. Tukang masak itu kerja tanpa henti dari mula buka warung sampailah warung tutup. Pendapatan setiap malam di antara RM300 - RM400. Jika malam minggu pendapatan meningkat kepada RM500.
Memandangkan tukang masak kerja teruk, dia mengeluh sampai dia cakap, "mampuslah aku kalau berterusan macam ni!"
Kerana kesiankan tukang masaknya, ustaz ini telah mengambil seorang lagi tukang masak utk membantu tukang masak pertama. Gaji tukang masak kedua ini sebanyak RM35/malam. Pada perkiraan ustaz itu, ini satu jumlah yang agak besar kerana sebulan dah tambah seribu lagi untuk membayar gaji pekerja.
Tetapi apa yang terjadi setelah dia mengambil tukang masak kedua ini, turnaround time utk setiap pelanggan turun kepada 10 minit saja. Ini kerana seorang tukang masak khusus utk masakan goreng2 dan seorang lagi bahagian sup. Dengan masa menunggu yg lebih pendek, mereka dapat melayan lebih ramai pelanggan. Kalau sebelum ini mereka ada 10 meja makan, setelah ada 2 tukang masak meja ditambah kepada 15 buah. Pendapatan juga bertambah kepada RM500 - RM700 setiap malam manakala pada hujung minggu pendapatan mencapai RM1,000.
Kisah 2
Rakan ustaz ini seorang jurutera yang memiliki syarikat sendiri. Dia menggaji 3 orang pekerja teknikal untuk membantunya. Setiap hari mereka bekerja bertungkus lumus untuk menyiapkan kerja pelanggan mereka. Rakan ustaz ini bukan saja terpaksa buat kerja bersama-sama kakitangannya tetapi dia juga kena pergi berjumpa pelanggan. Di samping itu dia juga kena membuat perancangan untuk masa depan syarikat.
Menurut kawan ustaz ini syarikatnya perlu menyediakan cukup wang sebanyak enam bulan perbelanjaan pada setiap masa kerana khuatir bila tiada projek baru syarikat masih mempunyai cukup simpanan untuk membayar overhead terutama gaji pekerja. Serabut dia memikirkan hal-hal ini sehingga masa untuk keluarga amat terhad.
Bila dia berjumpa dengan seorang alim dia telah dinasihatkan untuk menambah 3 orang lagi pekerja.
Dia pun terkejut sebab dengan 3 orang pekerja yang dia ada waktu itu dia dah pening fikirkan tentang nak bayar gaji mereka. Inikan pula nak tambah menjadi 6 orang. Tapi orang alim ini berkata kalau dia nak kerja lebih mudah eloklah tambah pekerja. Kalau kekal dengan 3 orang pekerja sedia ada itu, hidup mereka akan terus tertekan dengan cabaran yang ada.
Dia akhirnya mendengar nasihat orang alim tersebut dan telah mengambil tiga orang lagi kakitangan. Sebaik dia berbuat demikian dia mendapat satu projek besar. Sejak itu projek masuk tak henti-henti.
Sekarang sebahagian masanya dihabiskan di kedai mamak. Sambil minum teh tarik sambil buat call sana sini bincang pasal projek baru!
Kini dia juga ada lebih masa bersama keluarga dan sekarang dia sudah ada 9 orang anak!
Daripada 2 kisah ini ustaz itu memberitahu kami asbab (sebab) mereka dimurahkan rezeki adalah kerana mereka membantu orang lain. Dengan menawarkan pekerjaan kepada orang yang sedang bersungguh-sungguh mencari pekerjaan bermakna mereka berdua telah membantu memberi rezeki kepada pekerja baru mereka dan juga keluarga pekerja mereka itu.
Yakinlah, jika kita membantu atau berbuat baik sesama manusia nescaya Allah akan membantu kita.
Tuesday, September 10, 2013
Tak Ikut SOP Agaknya Ni .....
Kontraktor yang ditugaskan untuk memungut sampah domestik oleh PBT di taman perumahan aku ni sering membuat penduduk di sini sakit jiwa. Dulu masa mula-mula dia dapat kontrak tu dia gunakan lori terbuka. Mungkin masa itu lori sampah khas yg tertutup belum sampai lagi. Atau pinjaman bank untuk beli lori belum lulus.
Bila dah dapat lori sampah, aku tengok lori recycle. Cuma tukar nama syarikat di pintu lori tu. Nak beli lori baru tak cukup modal gamaknya. Tak kisahlah asalkan sampah tempat kami diambil mengikut jadual. Jadual sebelum itu sampah di tempat kami dipungut setiap Selasa, Khamis dan Sabtu. Bila tukar kontraktor jadual ditukar kpd Isnin, Rabu dan Jumaat. Aku tak kisah sangat asalkan mereka menjalankan tanggung jawab tu 3 kali seminggu. Tapi selepas beberapa minggu mereka dah tak ikut jadual. Bila ramai yang komplen, kami diberitahu syarikat itu hanya ada dua buah lori sampah dan bila salah satu lori itu rosak, ada kawasan yang tak dapat dipungut sampahnya. Apa punya alasan!
Untuk mengatasi masalah tersebut kontraktor telah menghantar lori dan pekerjanya datang memungut sampah di awal pagi. Belum pukul 7 pagi dah datang. Masalahnya kalau pagi2 sangat banyak kereta yang diparkir di tepi jalan belum ke tempat kerja. Lori nak lalu memang susah. Kalau datang selepas pukul 9 pagi masalah ini kurang kerana kebanyakan kereta tersebut telah dibawa oleh tuannya ke pejabat. Tapi lori sampah terpaksa datang awal sebab mereka nak kejar trip. Sebelah tengahari dan petang nak pergi ke kawasan lain.
Bila kami komplen jangan datang terlalu awal, dah dibantainya datang lewat petang pula. Masalahnya sama juga sebab kereta dah mula diparkir semula di tepi jalan bila jiran2 balik dari pejabat.
Sekarang lori tu datang tengahari.
Tapi masalah dengan sampah ni tak berhenti di situ. Sekarang ni pekerja memungut sampah itu akan mengumpulkan sampah dari beberapa rumah di depan rumah salah satu jiran kami sementara menunggu lori sampah datang.
Air sampah yang busuk keluar dari plastik sampah sementara menunggu sampah ini dimasukkan ke dalam lori.
Kenapalah tak boleh dimasukkan sampah ini terus ke dalam lori. Aku pasti mesti ada Standard Operating Procedure di dalam hal ini. Ini mesti kes tak ikut SOP ...... huhuhu
Monday, September 9, 2013
Restoran HM Bagan Lalang
Dah lama emak Adam mengajak ke Restoran makanan laut di Bagan Lalang, Sepang. Tapi oleh kerana pelbagai sebab kami tak dapat ke sana sehinggalah petang semalam. Sejujurnya aku pun tak tahu yang mana satu restoran yang femes tu. Nasib baiklah ada kakak angkat Atikah yang pernah ke sana yang ikut kami petang semalam.
Kami bertolak dari KL pukul 7 lebih. Harapan nak melihat mentari terbenam terkubur kerana perjalanan ke sana mengambil masa sejam lebih bergantung kepada keadaan trafik. Kami memilih MEX kerana mengikut Waze lebuhraya PLUS ada kesesakan sikit sebelum Nilai. Keluar dari MEX kami masuk Elite sebelum keluar di persimpangan KLIA. Dari situ kami menuju ke pekan Sepang dan seterusnya ke Sg Pelek. Perjalanan sehingga ke Sg Pelek tu lancar sahaja walaupun cuaca renyai2 di beberapa tempat.
Bila sampai ke Bagan Lalang, kami tak pasti di mana letaknya Restoran HM Bagan ni. Puas jugalah kami berpusing sekitar bulatan dekat pintu masuk ke Gold Coast tu. Rupanya jalan ke kanan yang ada tanda 'No Entry' tu lah jalan menuju ke restoran tu!
Setelah memilih tempat duduk dan memesan minuman, kami diminta memilih sendiri ikan serta makanan laut lain untuk dimasak.
Emak Adam memilih ikan terubuk (untuk dibakar), ikan siakap (distim), sotong (goreng tepung), kepah ( sup), lala ( sweet and sour) dan ketam ( masak dgn telur masin). Bukan main gembira dia sebab banyak pilihan. Yang bertudung hijau tu kakak angkat Atikah. Harga untuk setiap 100 gram dipampang di sebelah tepi tu
Chef Izat ini orang Jawa Banting. Sempatlah speaking Jerman dengan kami semalam
Inilah dia rezeki kami malam tadi. Sedap masakan di situ
Ini buktinya. Licin semua masakan itu!
Sesiapa yang nak mencuba bolehlah ke Restoran HM Bagan ini. Kalau ada bajet lebih bolehlah bermalam di Sepang Gold Coast Resort.
Pertemuan Geng Bloggers di Lavender Heights
Semalam aku, emak Adam, Adam dan kakak angkat Adam pergi ke majlis perkahwinan anak Pak Ngah Hamzah Al-Lavendari di Lavender Heights, Senawang. Belum pun sempat aku nak cari tempat parking aku menerima panggilan telefon dari Azie Azah meminta aku dan keluarga pergi makan dulu. Mereka sedang menunggu dalam kereta mereka kerana tak cukup tempat duduk di bawah khemah.
Memang para tetamu tengah ramai semasa kami datang tu. Maklumlah orang femes macam Pak Ngah tu tentu saja jemputannya ramai. Nak cari tempat duduk memang mencabar. Alhamdulillah kami dapat juga tempat duduk tak jauh dari khemah masuk. Baru saja kami nak mula makan, Azie, Kakcik Seroja (kali pertama aku jumpa dia) dan seorang lelaki hensem datang bertemu kami. Sambil makan tu aku dok fikir siapa lelaki ini. Muka dia memang familiar tapi lupa pula siapa orangnya. Tiba2 aku teringat dia inilah Abil iaitu suami mithali yang sanggup menjaga isterinya yang koma. Baru2 ini isterinya telah kembali ke rahmatullah.
Duda idaman Malaya, Abil Fikri Ahmad (maaf kualiti gambar macam hampeh tapi aku nak tayang jugak gambar ni sebab ada gambar aku dan emak Adam dgn Abil)
Berikut antara gambar bersama rakan2 blogger yang ada di majlis tersebut sewaktu kami di sana semalam
Azie Azah dengan gaya fotogediknya hahaha dan seorang blogger (nama biarlah aku rahsiakan sebab dia tak kasi aku tunjuk gambar dia sebenarnya)
Seronok dapat jumpa blogger2 ini: (dari kiri) Azie, Kakcik, Dato' LF, Abil Fikri dan Ida Mahmud
Pak Ngah dan Mak Ngah yang sentiasa keliahtan kacak dan anggun
Thursday, September 5, 2013
5 September 2013 - Adam Genap 5 Tahun
Lima tahun lepas pada tarikh ini lahirlah seorang bayi lelaki di Hospital Gleneagles, Kuala Lumpur kepada pasangan Yunus Badawi dan Siti Roslina. Anak keenam mereka ini diberi nama Muhammad Adam Hakimi. Permulaan namanya sempena nama Rasulullah s.a.w sama seperti ketiga-tiga orang abangnya. Nama akhirnya iaitu Hakimi mengekalkan tradisi keluarga di mana semua abang2nya menggunakan huruf 'H' untuk nama kedua mereka: Hazwan, Haizam dan Haikal.
Apa yang membezakan bayi comel ini ialah dia mempunyai nama tengah iaitu Adam. Nama itu jugalah yang menjadi panggilannya dan panggilan untuk emaknya dinisbahkan kepada nama tersebut. Ya Puan Siti Roslina sekarang lebih terkenal dengan gelaran "Emak Adam."
Kepada Adam: selamat menyambut hari lahir yang ke 5. Semoga menjadi anak yang soleh dan insan yang cemerlang. Semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, diberikan kesihatan yang baik dan diberkati sepanjang hayat dan berjaya di dunia dan di akhirat.
Malam ini ayah tak dapat bawa Adam pergi dinner di Pizza Hut sebab ada program solat hajat dan bacaan Yasin untuk abang Haikal dan kawan-kawannya yang akan menduduki peperiksaan UPSR minggu depan. Insya Allah esok kita pergi makan.
Adam senyum lebar dengan kek harijadi yang dibelikan oleh Atikah petang tadi
Wednesday, September 4, 2013
Bersedia Atau Tidak Bila Tiba Masanya Kita Akan Pergi Juga ....
Petang Isnin semasa aku di pasar malam aku mendapat SMS dari bekas bos aku semasa kami di sykt kulit kerang.
Bila aku baca rupanya mesej itu dari isterinya. Dia beritahu suaminya di dalam keadaan kritikal di hospital dan meminta semua kawan2 mendoakan suaminya.
Bila aku habis memberi barang di pasar malam itu, aku dapati ada dua tiga orang bekas rakan sekerja menghubungi aku melalui sms memberitahu perkara yang sama. Ada seorang tu call aku bertanyakan samada aku dapat mesej daripada isteri bekas bos kami itu.
Tak lama selepas itu aku dapat satu lagi SMS daripada isteri bekas bos aku memberitahu doktor sedang cuba menyelamatkan suaminya tetapi jantungnya kerap terhenti.
Malam itu aku tak dapat ke hospital sebab ada tugasan di surau.
Balik dari surau aku call kawan aku yang memberitahu akan ke hospital. Dia beritahu aku, bekas bos kami itu dalam keadaan sangat kritikal. Belum sempat aku nak ke hospital aku mendapat mesej memberitahu bekas bos kami itu telah kembali ke rahmatullah.
Aku terus terbayang anak2nya yang masih kecil. Yang sulung baru 10 tahun manakala adiknya pula 9 tahun. Bekas bos kami tu kahwin agak lewat. Umur dia 37 tahun masa dia berkahwin.
Anak-anak arwah bersedia untuk sama-sama menyembahyangkan jenazah bapa mereka
Pagi semalam aku ke masjid di mana jenazahnya diuruskan sebelum dikebumikan. Semasa aku sampai van jenazah baru saja tiba di bilik memandikan jenazah.
Beberapa orang kawan arwah menanti di luar bilik pengurusan jenazah
Belum sempat aku ke bilik itu, ada seorang pakcik bersalaman dgn aku lalu bertanya pelbagai perkara. Pakcik tu jiran setaman dgn bekas bos aku rupanya. Aku nak tinggalkan dia begitu saja tak sedap pula. Jadi akupun layanlah dia seketika sehinggalah dia letih berdiri dan meminta izin untuk ke tempat lain.
Habis berbual dgn pakcik tu aku pun ke bilik pengurusan jenazah. Jenazah baru selesai dimandikan. Aku lihat beberapa kawan2 tempat kerja lama di samping isteri dan dua orang anak arwah berada di bilik itu. Bilal memandikan jenazah juga ada di situ. Semasa aku masuk itu, jenazah baru selesai dimandikan. Bilal meminta kami menolong mengangkat jenazah dari tempat memandikan jenazah ke meja mengkafankan. Kami sama2 mengangkatnya. Selepas itu kami membantu bilal untuk mengkafankan jenazah arwah. Setelah selesai mengkafankan bilal meminta kami mengalihkan jenazah ke dalam keranda untuk dibawa ke van sebelum dipindahkan ke dalam masjid untuk solat jenazah.
Aku lihat dua beradik itu sangat tabah. Begitu juga balu arwah.
Selesai solat, jenazah diusung ke van jenazah. Sebelum dimasukkan ke dalam van, keranda berhenti sebentar di depan tangga masuk masjid untuk memberi peluang kepada saudara mara dan rakan taulan termasuk yang bukan Islam melihat wajah arwah buat kali terakhir. Aku terasa sebak bila melihat anak2 arwah dan balunya mencium dahi arwah buat kali terakhir. Terus aku teringat emak Adam dan Adam.
Tepat pukul 11:30 pagi, van jenazah bergerak ke tanah perkuburan untuk perjalanan terakhir bekas bos aku itu. Balu dan anak2nya ikut sama di dalam van tersebut manakala sedara mara dan rakan2 membawa kereta masing2 di belakang van jenazah. Aku juga ikut sama walaupun aku ada meeting pukul 12 tghari itu (meeting dgn mereka yang hidup boleh dijadualkan semula tapi kematian tidak akan menunggu kita).
Walaupun tanah di sekitar liang lahat agak becak tetapi beberapa orang rakan sanggup berkotor kaki untuk menyempurnakan pengkebumian jenazah.
Cuaca sepanjang pagi semalam redup seperti turut bersedih di atas kehilangan arwah.
Balu dan anak2 arwah melihat pusara suami dan ayah mereka sebelum menjirus air mawar
Kepada Allahyarham Abdullah bin Jamal, semoga Allah mengampunkan segala dosa-dosa kamu dan menempatkan kamu di kalangan hamba-hambaNya yang soleh. Aku doakan kamu bahagia di sana ....
Ko*** Kalau Tak Melekatpun Hilang Jugak
Semasa aku ambil Adam dari tadika tghari tadi aku dapati stokin dia takde. Bila aku tanya, selamba dia kata stokin dia hilang. Akupun beritahu cikgu yang di depan pagar dan mendengarkan perbualan aku cikgu kelas Adam berusaha mencari stokinnya. Setelah mencari di dalam kelas dan di rak kasut, ternyata stokin itu tiada di sana.
Bila balik rumah aku pun beritahu emak Adam.
Emak Adam kata "kalau ko*** tu tak melekat benda tu pun hilang jugak"
Kuang3x
Sabau ajelah ...
Bila balik rumah aku pun beritahu emak Adam.
Emak Adam kata "kalau ko*** tu tak melekat benda tu pun hilang jugak"
Kuang3x
Sabau ajelah ...
Monday, September 2, 2013
20 Sen Punya Pasal
Malam ini kebanyakan stesen minyak penuh sesak kerana orang ramai hendak mengisi minyak sebelum pukul 12 tengah malam untuk mengelakkan membayar 20 sen lebih utk setiap liter petrol RON95. Setiap kali harga minyak naik, stesen minyak macam tempat pesta.
Kalau kebetulan kereta anda dah nak kosong tangkinya dan anda memang sedang memandu kereta anda di jalanraya, mungkin berbaloi nak pergi isi minyak tu. Kalau tangki kereta anda boleh muat 40 liter, ini bermakna anda jimat RM8.00.
Tetapi kalau minyak di dalam tangki masih banyak dan anda cuma boleh mengisi kurang dari 10 liter dan anda pula sedang berada di rumah, tak payahlah bergegas ke stesen minyak kerana penjimatan anda hanyalah sekitar RM2.00. Minyak yg anda belanjakan utk ke stesen dan juga untuk berbaris mungkin tak cukup RM1. Lebih baik duduk rumah tengok tv atau main dgn anak2 dan isteri ..... hehehe.
Aku tak sokong kenaikan harga minyak ini kerana ianya akan melibatkan perbelanjaan tambahan utk aku - sama mcm orang lain juga. Pada masa yang sama aku tak boleh nak halang kenaikan itu sebab siapalah aku ini.
Apa yang aku kesian tengok ialah penyokong kerajaan yang beriya-iya cuba memberi justifikasi kepada kenaikan harga minyak ini. Biarkan Pak Pak Menteri ajelah yg buat kerja ini.
Kepada yang menyokong pembangkang pula inilah masanya mereka nak hentam atau mempersendakan pihak lawan. What a field day!
Pada analisa terakhir, suka tak suka kita terpaksa juga mengisi minyak ke dalam tangki kenderaan kita bila minyak yang ada hari ini dah kurang. Hidup perlu diteruskan .....
Subscribe to:
Posts (Atom)