Kontraktor yang ditugaskan untuk memungut sampah domestik oleh PBT di taman perumahan aku ni sering membuat penduduk di sini sakit jiwa. Dulu masa mula-mula dia dapat kontrak tu dia gunakan lori terbuka. Mungkin masa itu lori sampah khas yg tertutup belum sampai lagi. Atau pinjaman bank untuk beli lori belum lulus.
Bila dah dapat lori sampah, aku tengok lori recycle. Cuma tukar nama syarikat di pintu lori tu. Nak beli lori baru tak cukup modal gamaknya. Tak kisahlah asalkan sampah tempat kami diambil mengikut jadual. Jadual sebelum itu sampah di tempat kami dipungut setiap Selasa, Khamis dan Sabtu. Bila tukar kontraktor jadual ditukar kpd Isnin, Rabu dan Jumaat. Aku tak kisah sangat asalkan mereka menjalankan tanggung jawab tu 3 kali seminggu. Tapi selepas beberapa minggu mereka dah tak ikut jadual. Bila ramai yang komplen, kami diberitahu syarikat itu hanya ada dua buah lori sampah dan bila salah satu lori itu rosak, ada kawasan yang tak dapat dipungut sampahnya. Apa punya alasan!
Untuk mengatasi masalah tersebut kontraktor telah menghantar lori dan pekerjanya datang memungut sampah di awal pagi. Belum pukul 7 pagi dah datang. Masalahnya kalau pagi2 sangat banyak kereta yang diparkir di tepi jalan belum ke tempat kerja. Lori nak lalu memang susah. Kalau datang selepas pukul 9 pagi masalah ini kurang kerana kebanyakan kereta tersebut telah dibawa oleh tuannya ke pejabat. Tapi lori sampah terpaksa datang awal sebab mereka nak kejar trip. Sebelah tengahari dan petang nak pergi ke kawasan lain.
Bila kami komplen jangan datang terlalu awal, dah dibantainya datang lewat petang pula. Masalahnya sama juga sebab kereta dah mula diparkir semula di tepi jalan bila jiran2 balik dari pejabat.
Sekarang lori tu datang tengahari.
Tapi masalah dengan sampah ni tak berhenti di situ. Sekarang ni pekerja memungut sampah itu akan mengumpulkan sampah dari beberapa rumah di depan rumah salah satu jiran kami sementara menunggu lori sampah datang.
Air sampah yang busuk keluar dari plastik sampah sementara menunggu sampah ini dimasukkan ke dalam lori.
Kenapalah tak boleh dimasukkan sampah ini terus ke dalam lori. Aku pasti mesti ada Standard Operating Procedure di dalam hal ini. Ini mesti kes tak ikut SOP ...... huhuhu
Kat sini dulu takde orang angkut sampah ni.. masing2 pakat dok buang sampah kat belakang rumah sendiri.. Tapi ada jugak yang buang sampah basah like perut ikan semua tu kat depan rumah jugak.. huhu..
ReplyDeleteSekarang ni dah ada dah lori sampah.. Dua kali seminggu dorang kutip sampah tu iaitu hari isnin dan khamis, setiap petang.. Kadang2 lari jugak schedule dorang tu...
Lori yag digunakan adalah lori angkat buah kelapa sawit.. Pagi lori tu digunakan untuk kerja2 kat ladang, petang untuk angkut sampah..
Saya tak kisah guna lori apa, janji sampah tu diangkat tepat pada masanya.. Dua kali seminggu tu pun sampah dah keluar ulat yang gemok2..
Lori sampah yang bertutup tu cuma ambil sampah kat kawasan kerajaan je macam kuarters guru, sekolah, pejapat pos, balai polis dan sebagainya.. Yang ambil sampah kat kawasan rumah peneroka ni adalah inisiatif Felda masing2 dan sudah semestinya bayaran tolak gaji..
Cuma sebagai manusia, saya kesian sangat dekat orang yang kerja angkut sampah ni.. Betul2 penyabar dengan bau sampah yang sangat2 la busuk tu.. Tabik kat dorang..
Dulu takde orang angkut sampah sebab kawasan itu di luar daripada pentadbiran PBT agaknya.
DeleteKenapalah ada yg buang perut ikan depan rumah. Tentulah bau busuk dan menarik lalat datang. Kan elok ditanam di pangkal pokok supaya boleh jadi baja.
Nampaknya org di sana pandai memaksimakan penggunaan lori. Pagi angkut kelapa sawit dan petang angkut sampah.
Kalau dua kali seminggu memang ulat sampah gemuk2. Kat sini kalau lambat aje lori datang ulat2 yg gemuk2 tu akan memanjat keluar dari tong sampah dan bergerak ke arah pintu rumah. Pandai pula ulat tu cari pintu rumah dan tak ke jalanraya ..... hehehe
Memang kita rasa kesian dgn org yang angkut sampah yg terpaksa menghidu bau busuk sampah. Tapi alah bisa tegal biasa. Nasib baik Allah jadikan manusia ini dgn pelbagai kebolehan.
Wahh... Panjangnya komen saya.. Dah macam satu entry pulak.. hahaha...
ReplyDeleteMaaf ya YB...
Saya respek mereka yang kerjanya angkut sampah. Lagi hebat, tak pakai mask pun. Hahaha. Ada ke yang nak buat kerja macam tu? Memang orang akan tengok dan cakap, "Haa tu la sebab tak belajar pandai², bila besar buat kerja itu."
DeleteTapi pernah tak orang nilai dari segi psikologi nya, betapa tinggi semangat dia nak berhadapan dengan benda busuk tu selalu.
Cik Azz,
DeletePanjang pun takpe. Ini tandanya kita semua ada isu dengan pembuangan sampah ... hu hu
Assalamualaikum,
ReplyDeletebanyak komen, karang depa tak mai trus hu hu huhuhuhu rugi je bayar cukai pintu
Kalau depa tak nak mai, apa susah, applied kan la hak kita sebagai pengguna. Dah bayar tapi tiada perkhidmatan. Laporkan sahaja pada pihak berwajib.
DeleteKalau tiada tindakan, haa baru kita bako pejabat depa. Hahaha. Hish memain je la.
Masaalah yang sama..baru minggu ni pulak bagi notis sampah akan diambik 2 kali je.bak kata azz..ulat dah gemuk2 bau dah busuk..tambah2 lagi depan rumah kita dijadikan tempat mengumpulkan sampah sebelum masuk lori
ReplyDeleteMybe kena buat surat komplen..tandatangan ramai2 ke..
ReplyDeleteKontraktor tu dah dpt byk duit utk kontrak angkat sampah, takleh la bg alasan tak sesuai.
Sampah oh sampah...tak pernah habis masalah ni. Sini pun kutip selasa khamis sabtu...pagi2 sesangat...2 3 pagi selalu dengar dia org tarik tong sampah
ReplyDeleteLori angkut sampah di kawasan perumahan di Malaysia ni, mmg lebih banyak menyusahkan dan menyakitkan hati. Antara masalah yg mereka buat ( ada yg sama macam kes di kawasan YB):
ReplyDelete1- Suka suki datang tak datang
2- Longgok sampah setempat, lepas tu baru nak angkut. Air sampah meleleh leleh atas jalan.
3- Press sampah depan rumah. Dia punya aroma, ya ampun! Air sampah pun turut meleleh dari body lori, ke atas jalan depan rumah!
4- Pekerja nya super pemalas. Pintu rumah sampah tak ditutup..last2, anjing datang cari sisa sisa sampah.
5- Pekerja nya super pemalas. Tong sampah kita setelah di ambil sampahnya, dibaling sesuka hati. Ada yg sampai pecah tong sampah plastik ni.
6- Memilih sampah yg nak dikutip. Eg, kita letak rumput sikit bercampur sampah domestik dalam karung plastik hitam tu, tak di angkatnya!!
Setuju sesangat.
DeleteKat Kulai pun sama sahaja ceritanya.
Dekat semenanjung ni saya tak taulah Majlis dia mcm mana. Kalau dekat Kuching, kawasan petra jaya, DBKU bekalkan setiap rumah dengan tong sampah. Penduduk cuma perlu sorongkan tong dekat tepi jalan. 3 kali smeinggu jugaklah DBKU akan ambil sampah2x tu.Letak tepi jalan pun nampak bersih dan tersusun je.Tak nampaklah plastik2x sampah tu.
ReplyDeleteNasib baik kat tmn rozie ok....
ReplyDeleteKat Seremban dah dibekalkan tong sampah beroda .. so .. no reason for pemungut sampah meletakkan smpah setempat lagi ...
ReplyDeleteLori parking jauh maa, penat mau pulang balik itu tong sampah pada tempat asal. Itu pasal kami kumpul sampah satu tempat saja. Kerja banyak senang loh.
DeleteSalam Perkenalan,
ReplyDeleteSaya merupakan salah seorang anggota Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam.. Sekiranya negeri yang encik tinggal sekarang berada selain Pulau Pinang, Perak dan Selangor, encik boleh membuat aduan di talian 1-800-88-7472 untuk sebarang aduan berkenaan kutipan sampah, rumput, jalan dan longkang.. Mengikut penceritaan encik, cara kerja orang yang memungut sampah ini adalah salah.
so far taman saya okey..siap bagi tong smph baru tapi..
ReplyDeleteada tapi ye,dah pekerja tu main letak je tong tu tengah jalan dgn tak tutup tong tu.x reti nak letak balik kt tpt asal..hangen jugak