Petang Isnin semasa aku di pasar malam aku mendapat SMS dari bekas bos aku semasa kami di sykt kulit kerang.
Bila aku baca rupanya mesej itu dari isterinya. Dia beritahu suaminya di dalam keadaan kritikal di hospital dan meminta semua kawan2 mendoakan suaminya.
Bila aku habis memberi barang di pasar malam itu, aku dapati ada dua tiga orang bekas rakan sekerja menghubungi aku melalui sms memberitahu perkara yang sama. Ada seorang tu call aku bertanyakan samada aku dapat mesej daripada isteri bekas bos kami itu.
Tak lama selepas itu aku dapat satu lagi SMS daripada isteri bekas bos aku memberitahu doktor sedang cuba menyelamatkan suaminya tetapi jantungnya kerap terhenti.
Malam itu aku tak dapat ke hospital sebab ada tugasan di surau.
Balik dari surau aku call kawan aku yang memberitahu akan ke hospital. Dia beritahu aku, bekas bos kami itu dalam keadaan sangat kritikal. Belum sempat aku nak ke hospital aku mendapat mesej memberitahu bekas bos kami itu telah kembali ke rahmatullah.
Aku terus terbayang anak2nya yang masih kecil. Yang sulung baru 10 tahun manakala adiknya pula 9 tahun. Bekas bos kami tu kahwin agak lewat. Umur dia 37 tahun masa dia berkahwin.
Anak-anak arwah bersedia untuk sama-sama menyembahyangkan jenazah bapa mereka
Pagi semalam aku ke masjid di mana jenazahnya diuruskan sebelum dikebumikan. Semasa aku sampai van jenazah baru saja tiba di bilik memandikan jenazah.
Beberapa orang kawan arwah menanti di luar bilik pengurusan jenazah
Belum sempat aku ke bilik itu, ada seorang pakcik bersalaman dgn aku lalu bertanya pelbagai perkara. Pakcik tu jiran setaman dgn bekas bos aku rupanya. Aku nak tinggalkan dia begitu saja tak sedap pula. Jadi akupun layanlah dia seketika sehinggalah dia letih berdiri dan meminta izin untuk ke tempat lain.
Habis berbual dgn pakcik tu aku pun ke bilik pengurusan jenazah. Jenazah baru selesai dimandikan. Aku lihat beberapa kawan2 tempat kerja lama di samping isteri dan dua orang anak arwah berada di bilik itu. Bilal memandikan jenazah juga ada di situ. Semasa aku masuk itu, jenazah baru selesai dimandikan. Bilal meminta kami menolong mengangkat jenazah dari tempat memandikan jenazah ke meja mengkafankan. Kami sama2 mengangkatnya. Selepas itu kami membantu bilal untuk mengkafankan jenazah arwah. Setelah selesai mengkafankan bilal meminta kami mengalihkan jenazah ke dalam keranda untuk dibawa ke van sebelum dipindahkan ke dalam masjid untuk solat jenazah.
Aku lihat dua beradik itu sangat tabah. Begitu juga balu arwah.
Selesai solat, jenazah diusung ke van jenazah. Sebelum dimasukkan ke dalam van, keranda berhenti sebentar di depan tangga masuk masjid untuk memberi peluang kepada saudara mara dan rakan taulan termasuk yang bukan Islam melihat wajah arwah buat kali terakhir. Aku terasa sebak bila melihat anak2 arwah dan balunya mencium dahi arwah buat kali terakhir. Terus aku teringat emak Adam dan Adam.
Tepat pukul 11:30 pagi, van jenazah bergerak ke tanah perkuburan untuk perjalanan terakhir bekas bos aku itu. Balu dan anak2nya ikut sama di dalam van tersebut manakala sedara mara dan rakan2 membawa kereta masing2 di belakang van jenazah. Aku juga ikut sama walaupun aku ada meeting pukul 12 tghari itu (meeting dgn mereka yang hidup boleh dijadualkan semula tapi kematian tidak akan menunggu kita).
Walaupun tanah di sekitar liang lahat agak becak tetapi beberapa orang rakan sanggup berkotor kaki untuk menyempurnakan pengkebumian jenazah.
Cuaca sepanjang pagi semalam redup seperti turut bersedih di atas kehilangan arwah.
Balu dan anak2 arwah melihat pusara suami dan ayah mereka sebelum menjirus air mawar
Kepada Allahyarham Abdullah bin Jamal, semoga Allah mengampunkan segala dosa-dosa kamu dan menempatkan kamu di kalangan hamba-hambaNya yang soleh. Aku doakan kamu bahagia di sana ....
Assalamualaikum,
ReplyDeleteDariNya kita datang, kepadaNya jua akan kembali. Alfatihah. Semoga rohnya ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Amin.
Waalaikum salam anyss,
DeleteBila tiba masanya, tidak akan dicepatkan atau dilambatkan walaupun sesaat.
Arwah seorang yang baik bukan saja dgn kawan2 tetapi dgn staf beliau juga. Keluarganya jauh di Sarawak. Jadi kamilah yg menggantikan mereka sejak arwah masih bujang lagi.
Allfatihah
ReplyDeleteamin.
DeleteSemoga menjadi bekalannya di sana.
Al-Fatihah. Moga arwah tenang di sana.
ReplyDeleteMoga balu dan anak2 arwah tabah meneruskan hari2 yang mendatang tanpa ketua keluarga mereka.
*saya speechless* tak terbayang jika saya di tempat mereka.
Allahuakbar. berilah ketabahan dan kecekalan buat keluarga ini.
Begitulah yang kita harapkan.
DeleteMungkin isterinya akan bekerja semula selepas ini untuk menanggung perbelanjaan membesarkan anak2nya.
alfatihah utk arwah
ReplyDeletemoga keluarga yang di tinggalkan tabah atas kehilangan
(meeting dgn mereka yang hidup boleh dijadualkan semula tapi kematian tidak akan menunggu kita).
suka ayat di atas
Itu juga yang kita doakan. Semoga mereka tabah dan mampu meneruskan hidup ini.
DeleteMeeting saya dgn CEO sebuah syarikat tu telah dijadualkan selepas Zohor dan perbincangan sangat positif. Saya sedang menunggu keputusan beliau dan lembaga pengarah dalam masa seminggu dua ini.
Alfatihah untuk arwah.ajal maut tak mengira usia kan YB
ReplyDeleteMemang ajal maut tak mengira usia. Tapi sebahagian kita lupa dgn hakikat ini bila dah sibuk dgn urusan dunia. .... huhu
DeleteAl-Fatihah...Perjalanannya moga dipermudahkan.
ReplyDeleteDi beri kekuatan buat anak dan isterinya.
Terima kasih sudi sedekahkan Al-Fatihah dan mendoakan utk arwah dan keluarga yg ditinggalkan.
DeleteAl-fatihah. Semoga arwah ditempatkan disisi org2 yang beriman.
ReplyDeleteAmiinn
DeleteSepanjang saya hidup berpuluh tahun di muka bumi Allah ini saya belum pernah kehilangan ahli saudara terdekat. Saya selalu muhasabah diri, jika berlaku kematian dalam keluarga, macam mana agaknya keadaan saya nak cope dan teruskan hidup.
ReplyDeleteApa pun kita kena balik pada hukum Allah, segala ketentuan sudah ditulis. Kesedihan dan kecelaruan hidup yang lari dari biasa hanya untuk sementara waktu. Lama-kelamaan kita akan jadi biasa semula.
Awak boleh dikatakan beruntung kerana belum pernah kehilangan ahli keluarga terdekat. Saya telah melaluinya beberapa kali. Memang kesannya amat dirasai terutama pada bulan2 awal. Sedih dan hiba itu perkara biasa.
DeleteYang pergi akan tetap pergi. Yang tinggal kenalah meneruskan kehidupan.
Semoga kita tidak diuji dgn ujian yang terlalu berat.
Saya mungkin dikategorikan sebagai beruntung, tapi itu juga adalah ujian untuk saya.
ReplyDeleteBagi saya walaupun bagi orang lain sesuatu ujian itu berat bagi dia, tapi bagi orang yang menerima ujian itu ianya tidak la berat. Sebab Dia menjanjikan setiap ujian adalah yang termampu untuk orang itu.
Berat mata memandang berat lagi bahu memikul.
DeleteHarap bahu kita kuat untuk memikulnya ....