Monday, September 9, 2013

Pertemuan Geng Bloggers di Lavender Heights

Semalam aku, emak Adam, Adam dan kakak angkat Adam pergi ke majlis perkahwinan anak Pak Ngah Hamzah Al-Lavendari di Lavender Heights, Senawang.  Belum pun sempat aku nak cari tempat parking aku menerima panggilan telefon dari Azie Azah meminta aku dan keluarga pergi makan dulu. Mereka sedang menunggu dalam kereta mereka kerana tak cukup tempat duduk di bawah khemah.

Memang para tetamu tengah ramai semasa kami datang tu. Maklumlah orang femes macam Pak Ngah tu tentu saja jemputannya ramai.  Nak cari tempat duduk memang mencabar.  Alhamdulillah kami dapat juga tempat duduk tak jauh dari khemah masuk. Baru saja kami nak mula makan, Azie, Kakcik Seroja (kali pertama aku jumpa dia) dan seorang lelaki hensem datang bertemu kami. Sambil makan tu aku dok fikir siapa lelaki ini. Muka dia memang familiar tapi lupa pula siapa orangnya. Tiba2 aku teringat dia inilah Abil iaitu suami mithali yang sanggup menjaga isterinya yang koma. Baru2 ini isterinya telah kembali ke rahmatullah.


Duda idaman Malaya, Abil Fikri Ahmad (maaf kualiti gambar macam hampeh tapi aku nak tayang jugak gambar ni sebab ada gambar aku dan emak Adam dgn Abil)

Berikut antara gambar bersama rakan2 blogger yang ada di majlis tersebut sewaktu kami di sana semalam


Azie Azah dengan gaya fotogediknya hahaha dan seorang blogger (nama biarlah aku rahsiakan sebab dia tak kasi aku tunjuk gambar dia sebenarnya)


Seronok dapat jumpa blogger2 ini: (dari kiri) Azie, Kakcik, Dato' LF, Abil Fikri dan Ida Mahmud


Pak Ngah dan Mak Ngah yang sentiasa keliahtan kacak dan anggun

20 comments:

  1. Akhirnya dapat juga kita berjumpa. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah dapat juga kita berjumpa akhirnya. Dapat juga berjumpa dengan abg Mus.

      Delete
  2. mak ayah perantin hehehe...

    kiteorang lambat... kalau tak dapat jumpa blogger2 yang lain...

    masakan kenduri rumah pakngah sangat sedap.. saya makan nasi sepinggan licin ... ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. mak ayah pengantin bukan main sibuk semalam tapi sempatlah juga Pak Ngah datang ke meja kami utk berbual kejap.

      Apasal datang lambat sangat? Iyra kerja ya pagi semalam?

      Masakan nogori memang sodap. Nasib baiklah dah pedas mcm selalu. Persembahan lagu2 tradisional pun menghiburkan para tetamu.

      Delete
  3. acik la tak dapat jumpa YB..kak cik ngan azie jumpa..dan jumpa jugak ngan tijah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Acik sampai batch yang awal. Kami pada mulanya pun bercadang nak pergi awal tapi kerana emak Adam ada kerja rumah yg nak dibuat, kami sampai dalam pukul 1 tghari. Alhamdulillah dapat berjumpa ramai rakan blogger

      Delete
  4. Kakak blogger tudung merah, tangan gebu tu kan, dia tu kan kalau ambil gambar kan, ceria aje lagaknya kan?

    Hahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kakak blogger tudung merah tu memang sentiasa ceria. Bila ambik gambar lagilah bergaya dia ....

      Delete
    2. ala-ala fotogediks camtu kan.. hahaha

      Delete
    3. nasib baik Azie tak baca ni ..... ngeeee

      Delete
  5. Haihhh...saya jugak yang rugi.

    Boleh terlupa ada jemputan!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macamana boleh lupa tu? Kalau tak bolehlah kami jumpa Aina sama.

      Delete
  6. tak ada rezeki saya nak berjumpa YB dengan mak Adam semalam walau saya tahu YB dah dalam perjalanan ke majlis ini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah. Saya diberitahu ibuintan dah balik dulu. Senawang ke Tg Ipoh bukan jauh sangat ..... huhu

      Delete
  7. hehehe..
    saya mmg tanak jumpe YB.. kehkehkeh..

    *mood lalalalalala saje cari pasal ngan YB*

    ReplyDelete
  8. assalam tn yb...saya dan isteri ada diawal sessi tapi terpaksa gerak awal...ralat juga tak dapat jumpa yb dan yang lain-lain...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikum salam Tuan Abi Al-Baihaqi.

      Saya ada baca di blog ibuintan yg mengatakan dia sempat berjumpa dgn RKA semalam. Tapi bila kami sampai RKA dan ibuintan dah beredar ke tempat lain. Nampaknya belum ada jodoh kita nak berjumpa di Lavendar Heights semalam

      Delete
  9. ishk dekat ngan umah ni ... napa tak dapat jemputan ... huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya diberitahu Pak Ngah tak menjemput semua rakan blogger sebab takut tak muat khemah ..... huhu

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails