Jika anda mencari tempat untuk berkelah yang menarik dengan suasana hutan dan air sungai yang nyaman serta tak jauh dari KL, Hutan Lipur Kemensah adalah antara pilihan terbaik. Terletak berhampiran dengan Zoo Negara, Hutan Lipur ini menawarkan kepelbagaian flora dan fauna yang pasti menggamit pengunjung terutama wargakota.
Cewah ayat pembuka kata aku kali ini. Harap takde siapa yang nak termuntah. Kalau nak muntahpun tunggu dulu. Aku nak cerita perkelahan kami sekeluarga petang Sabtu lepas ke Hutan Lipur Kemensah ini. Kami telah ke Angah Chalet. Memang best ....
Macamana nak ke sana?
Hutan Lipur ini terletak di belakang Zoo Negara. Untuk ke sana, ikut jalan sebelah tepi Zoo. Anda akan melalui Kg Kemensah. Teruskan lagi perjalanan sehingga anda nampak sebuah surau di sebelah kiri jalan di tepi sungai.
Selepas surau tersebut jalan akan menjadi semakin sempit. Nak berselisih dua buah kereta agak mencabar. Teruskan perjalanan sehingga anda nampak Jinbara Resort di sebelah kanan jalan. Terus lagi sehingga anda sampai di satu persimpangan. Belok ke kiri dan jalan itu mendaki sedikit. Di sebelah kiri itu ada sebuah kolam pancing. Tak jauh dari situ ada tempat parking kereta. Terus sikit lagi dan anda akan tiba di Teratak Angah. Jarak dari MRR2 di depan Zoo Negara ke Teratak Angah cuma 4.4 km saja. kalau lebih daripada itu maknanya anda dah tersesat jalan!
Air sungai paras dada yang sesuai untuk berenang atau sekadar berendam. Ada juga disediakan gelungsur
Bagi yang berani boleh bergayut di satu tali yang diikat pada sebatang pokok tinggi dan swing masuk ke dalam air macam tarzan
Ini chalet yang kami sewa. Betul-betul di tepi sungai. Adam bersama kakaknya testing the water. Emak Adam kelihatan memandang dari jendela chalet. Gambar aku ambil dari atas jambatan di sebelah chalet tu
Peace yo
Ruang dalam chalet. Dapatlah privacy. Nak salin pakaian pun senang tapi perlu ke bilik mandi. Memandangkan kami sampai ke situ pada pukul 4 ptg, kami dikenakan bayaran RM20 saja utk sewa chalet. Harga biasa utk satu hari ialah RM40 untuk chalet ini. Chalet2 lain, lain pula harganya mengikut saiz
Ini kadar sewa di situ. Aku nasihatkan elok anda buat tempahan sebelum ke situ. Takut tak dapat chalet kalau tak booking awal-awal
Macamana kawan-kawan. Masih rasa nak muntah lagi ke? Kalau dah ok, apa lagi? Bolehlah bawa famili atau rakan2 anda ke tempat ini
Dari dulu asek dengar ipar duai ke sana, tapi Che Mid tak jejak lagi ke situ. bukan jauh mana pun dari Klang.. Bila tengok gambar macam ni, rasa nak pergi laaa..
ReplyDeleteElok sangatlah tu kalau Che Mid dapat pergi bawa keluarga ke sana. Tempat mandi sepanjang sungai tu pun agak panjang. Jadi kalau tak nak dekat dgn yg ramai orang, boleh ke kawasan yang agak sunyi tapi masih di sekitar Teratak Angah ni.
Deletetak sangka ada tempat macam ni belakang zoo negara! Errr...harapnya tiada pencemaran najis rimau, gajah dan badak mengalir ke sungai tu! hahaha
ReplyDeleteDulu tak ramai orang masuk ke situ sebab ini sebahagian daripada perkampungan org asli. Jika musim buah, memang banyak buah kat situ.
DeleteSkrg ni dah semakin popular dgn pengunjung.
Tiada pencemaran najis haiwan dari zoo sebab sungai ini di hulu daripada sungai yg mengalir di dalam zoo tu.
Tadi rasa nak pergi tetiba terasa cam nak kena kansel jerk...ahahaa... Ko spoil mood betullah!
DeleteRasa dah lama sgt tak bawa anak2 mandi2 manda tempat2 mcmni..anak2 dah besar panjang dah tak mahu ikut ibu diaorg dah..
ReplyDeleteBiasalah bila anak2 dah besar panjang mereka lebih suka ke tempat2 seperti ini bersama kawan2 mereka.
DeleteKalau Ida nak pergi berkelah kenalah cari kawan2 lain nampaknya. Mungkin boleh ajak geng KKA ..... ngeeee
Walaupun sesekali saya dok di rumah Melawati tu, belum pernah lagi ke sana.,padahal dekat saja..
ReplyDeleteKalau dari Melawati tu merangkak pun sampai .... hehehe
DeleteKena pergi ni. Kalau tak, rugi
Assalamualaikum,
ReplyDeleteMacham jauh la pulak nak pi sana sbb area cheras dan semenyih sana ada jugak tempat2 cenggini
Waalaikum salam anyss,
DeleteArea Cheras dan Semenyih memang ada tempat mcm ni tapi airnya mcm tak dalam aje ....
Jomlah kita ke sini satu hari nanti .... ngeeee
tido sana tak?
ReplyDeleteTak tidur sebab hari Ahad tu saya ada program lain
DeleteAgak2 kalau pergi dgn anak2 sahaja tido sana selamat tak?
ReplyDeleteInsya Allah selamat sebab tak jauh dari Teratak Angah ni ada kolam pancing. Jadi org sentiasa ada di kawasan itu
DeleteErr, tak nampak pun gambar pakai speedo?
ReplyDeleteNak tengok ke? Nanti saya emel kat awak ..... hahaha
Deletearrrrrr... larii!!!!!!!!!!!!!!!1
Deletekalai pergi awal pagi, org mungkin belum ramai kot kan? Geram sbb tak dapat berendam ! Muehehe..
ReplyDeleteIt was an amazing evening anyway.. Thank you so really much to you & your family.. Fantastic ! It reminds me of my journey to CH sorang2 jg.. ;)
Macamana nak pergi awal pagi sebab ada org tu ada kelas ... hehehe
DeleteLain kali bawalah pakaian utk berendam. Dan jangan lupa bawa tangguk ikan sebab ada banyak ikan kat situ. Boleh kita makan ikan bakar ... ngeee
Yup it was amazing indeed. Thank you for sponsoring the chalet
ayat pembuka mcm ala2 wat karangan bm time spm la YB
ReplyDeletesaya tak pernah pi sana, tapi saya tgk cam best jek
bila nak ajak nih?
Ayat mcm ni mesti yg periksa karangan ni terpikat lagi terpaku untuk terus membacanya. Ala-ala ayat Kementerian Pelancongan pun ada .... huhu
DeleteKalau tak pernah pergi sana kenalah ke sana. Memang best. Bawa tangguk ikan sekali supaya boleh guna utk tangkap ikan.
Nanti kita suruh KKA buat program kat situ ....
Assalam , nape no tiponnya tak berangkat...huhuhu
ReplyDelete