Wednesday, September 18, 2013

Jom Berkenalan Lebih Rapat Dengan Bob

Entri ini aku telah siarkan dua kali sebelum ini. Tetapi memandangkan sekarang ini ada ramai juga pembaca blog aku yang baru dan tidak mengenali rakan aku Bob, maka aku siarkan semula kisah tersebut. Mudah-mudahan bila anda terjumpa Bob satu hari nanti anda tahu dia adalah rakan aku.

Ini apa yang Bob tulis tentang dirinya untuk aku kongsikan bersama rakan2 blog aku:

^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^

Ya, saya Bob. Tapi bukan Bob penyanyi tu sbb saya tak pandai menyanyi. Sebenarnya saya ni pendiam orangnya.

Saya bekerja dalam bidang construction. Kerja yg saya lakukan memang berbahaya. Biasanya saya kena berdiri di tepi lebuhraya tanpa kira siang atau malam, panas atau hujan. Cuba anda bayangkan: anda tercegat di tepi jalan dan terdedah kpd bahaya dilanggar kenderaan spt bas ekspress yg memecut selaju 150 km/j pukul 3 pagi. Kalau terbabas bas tu merempuh anda, dah tentu bersepai tubuh anda. Tapi inilah risiko yg saya hadapi setiap masa. Untuk mengurangkan risiko tersebut, saya memakai pakaian berwarna oren siap yg pantul sinar lagi. Kerja di tapak pembinaan kenalah pakai topi keselamatan. Topi saya warna putih tau - bukan yg kuning macam mat Indon atau mat Bangla pakai tu. Untuk mengurangkan pancaran matahari tepat mengenai mata, saya sentiasa pakai spek gelap. Mengancam.

Oh ya, mungkin anda nak tahu macamana YB boleh kenal saya. Sebenarnya dia memerlukan seseorang utk menolong memberi amaran kpd penunggang2 motosikal di laluan sikal berhampiran sebuah stesen minyak yg dibinanya beberapa tahun lepas berhampiran tol Batu 3. Alah stesen yg kat sebelah kiri Lebuhraya Persekutuan sebelum plaza tol menghala ke Shah Alam selepas Subang Jaya. Macam2 cara si YB tu cuba tetapi akhirnya dia minta saya berdiri di laluan sikal tu utk mengibarkan bendera amaran. Tauke tempat saya kerja cas dia RM9 ribu utk mendapatkan saya. Sejak itulah dia mula kenal saya.

Dah banyak saya bercerita ni, anda nak tengok pulak gambar saya? Ah malulah. YB kata ramai blogger tak nak tunjuk muka mereka pun. Ada yg tutup dgn tangan, ada yg tunjuk sebelah muka aje dan ramai yg letak gambar2 kartun lah, lukisan lah dan macam2 lagi ragam. Takkan saya nak tunjuk mukakan?

Apa . . . nak tengok jugak.

Saya ni tak sempurna - tangan kiri saya cacat.

Betul2 nak tengok?




Kalau macam tu klik di sini.


30 comments:

  1. hehehehe. takleh nak berkata-kata. hanya mampu gelak sahaja

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lea tak boleh nak berkata-kata tapi masih mampu gelak kira oklah. Bob dahlah tak boleh berkata2, gelak pun tak boleh ..... hehehe

      Delete
  2. hahahaaammpehhh... adehhh...

    sabau je la..

    ReplyDelete
  3. DAH AGAK MESTI ADA YG TAK KENA,TP TETAP GAK KLIK LINK TU
    HAI BOB,LUNCH APA HARI NI?

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh apa pulak tak kena? Ini bukan rancangan wakanabeb .... hehehe

      Bob makan steak hari ni .....

      Delete
  4. bob ringgo le tu...
    rajin bob berhujan panas gitu tp tetap tak pernah mc...bagus!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bob ni ada ramai dan merata2. Tapi sekarang dah ada patung yg tak diberi nama Bob lagi. Mungkin itu yg tiruan ..... hehehe

      Bob MC bila bateri dia habis ..... ngeeee

      Delete
  5. Hahahaha... Bob pun blh... Sungguh lah..!

    Ye Bob, hang kadang2 terperanjatkan anak dara yg drive mlm2 nak balik ke Pantai Timur ! Mcm nak lurch jantung Bob ! Nasib baik kamu Dah sedia ada cacat, kalau tak sy pijak2 perut kamu Bob!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekadar perkongsian maklumat. Ramai yg tak kenal Bob sebelum ni.

      Jangankan anak dara, jejaka ensem mcm saya ni (cewah) pun terkejut juga dgn Bob yg di LPT tu. Dahlah tu, sekerat badan aje pulak tu. Seram juga bila memandu sorang2 di tengah malam ..... huhu

      Yang dlm gambar tu cacat tangan aje. Yang di LPT tu lagilah sekerat aje. Janganlah pijak perut Bob tu

      Delete
  6. Tak klik pun sy tahu rupa kamu Bob ! Siap dgn shade eh ? Fendi ke ?

    * awat luruh jd lurch ni.. Siriiiii...!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak sudi ke klik utk tengok Bob? Ensem tau dia.... hehehe

      Delete
  7. Kelakar lah YB nie.....cik abang kalau nampak BOB kat highway....mesti kata....your boyfriend.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takkan asyik nak serius ajekan? Sekali sekali kenalah buat lawak.

      Boyfriend Norlida dulu namanya Bob ke? .... hehehe

      Delete
  8. hensem la bob kalau gitu. walaupun cacat. heehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam Pan Asian mestilah hensem.

      Yang tak cacat pun ada. Yang kami beli dgn harga RM9,000 tu bukan BKU ... ngeeee

      Delete
  9. mahal gak gaji si Bob ni ye..

    background dimana Bob bergambar ni merupakan last job yang saya buat pricing tendernya sebelum saya resign dari syarikat tempat saya bekerja sebelum ni.. ngam2 resign baru lah dapat job tu.. tapi saya dah berpatah arang sebab mana tahan lebih dari 6 bulan takde gaji hehehe..

    p/s: YB, petrol station land at RM200/sq ft ok ka? ada tapak cantik ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. 9K tu bukan gaji dia tapi harga nak beli seorang (?) Bob. (betul ke penjodoh bilangan seorang tu?)

      Oh dulu awak kerja dgn syarikat yg buat extension utk IJN tu ke? Niaya tu kalau sampai 6 bulan tak dapat gaji. Sampai skrg mereka tak bayar ke gaji tu? Kejamlah kalau mcm tu.

      Tanah stesen minyak bergantung kpd lokasi dan beberapa faktor lain. Tapi kalau RM200 psf tu kira tinggi. Sila hubungi saya di yunusbadawi.arahsaksama@gmail.com utk bincang lebih lanjut.

      Delete
  10. Replies
    1. bukan tak faham je saya tak tengok pon.... hahahaaaa....

      Delete
    2. t.a.t.a,

      Sila salahkan Bob kerana dia tak pandai nak bercerita ..... hahaha

      Delete
    3. Bob jugak kena? hmm.. naseb kau la Bob.

      Delete
    4. t.a.t.a

      Bob yg tak melawan. Apalagi, salahkanlah dia ...... ngeeee

      Delete
    5. Teruk ye memasing ni. Tak pe, Bob, aku minta maaf bagi pihak mereka.

      Delete
    6. Mulia sungguh hati t.a.t.a

      Terima kasih dari Bob-Bob seMalaya .... hehehe

      Delete
  11. Hai dear..bestlah blog awk..penuh warna warni kehidupan..jemputla ke blog saya dan kita bertukar-tukar link pulak..:)

    http://superstorevitaminhebat.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih di atas pujian dan jemputan ke blog hazlina.

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails