Lima tahun lepas pada tarikh ini lahirlah seorang bayi lelaki di Hospital Gleneagles, Kuala Lumpur kepada pasangan Yunus Badawi dan Siti Roslina. Anak keenam mereka ini diberi nama Muhammad Adam Hakimi. Permulaan namanya sempena nama Rasulullah s.a.w sama seperti ketiga-tiga orang abangnya. Nama akhirnya iaitu Hakimi mengekalkan tradisi keluarga di mana semua abang2nya menggunakan huruf 'H' untuk nama kedua mereka: Hazwan, Haizam dan Haikal.
Apa yang membezakan bayi comel ini ialah dia mempunyai nama tengah iaitu Adam. Nama itu jugalah yang menjadi panggilannya dan panggilan untuk emaknya dinisbahkan kepada nama tersebut. Ya Puan Siti Roslina sekarang lebih terkenal dengan gelaran "Emak Adam."
Kepada Adam: selamat menyambut hari lahir yang ke 5. Semoga menjadi anak yang soleh dan insan yang cemerlang. Semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, diberikan kesihatan yang baik dan diberkati sepanjang hayat dan berjaya di dunia dan di akhirat.
Malam ini ayah tak dapat bawa Adam pergi dinner di Pizza Hut sebab ada program solat hajat dan bacaan Yasin untuk abang Haikal dan kawan-kawannya yang akan menduduki peperiksaan UPSR minggu depan. Insya Allah esok kita pergi makan.
Adam senyum lebar dengan kek harijadi yang dibelikan oleh Atikah petang tadi
5 tahun dah ya! Saya kenal dia masa mula berblog, sebab masa tu dia lahir. Ayah dia masukkan gambar bayi dalam blog, yang juga baru lahir. ^-^
ReplyDeleteAlhamdulillah dia dah 5 tahun. Rasa macam baru semalam dia lahir. Ramai pembaca awal blog ini termasuk ckLah mengenali Adam kerana banyak kisahnya termasuk tentang kelahirannya yang saya tulis terutama semasa saya mula berblog. Dari situlah timbulnya istilah atau panggilan emak Adam.
Delete5 tahun dah ya! Saya kenal dia masa mula berblog, sebab masa tu dia lahir. Ayah dia masukkan gambar bayi dalam blog, yang juga baru lahir. ^-^
ReplyDeleteHappy betaded birthday Adam. Semoga membesar sebagai anak yang cerdik dan soleh. :)
ReplyDeleteTak lah lambat sangat. Dia lahir tengahari. Jadi belum 24 jam pun.
DeleteTerima kasih kakcik kerana mendoakan semoga adam membesar sebagai anak yg cerdik dan soleh.
adam watak utama dlm blog ni kan?
ReplyDeleteehhe
selamat hari lahir adam.moga membesar dgn baik dan jd anak soleh
Blog ini berkisar tentang diri saya dan keluarga. Kisah orang-orang biasa yang mungkin ada faedah untuk dijadikan panduan oleh pembaca. Sering juga kisah merapu oleh penulis.
DeleteAdam lebih menonjol dibandingkan dgn adik beradik yang lain di dalam blog ini kerana banyak masa saya dihabiskan dgn dia berbanding abg2 dan kakak2nya. Ada gelagatnya yg mencuit hati yg saya rakamkan di dalam blog ini.
Terima kasih di atas doa Irfa tu.
Untung jadi anak bongsu yang diatasnya semua dah besar!
ReplyDeleteSelamat Ulangtahun kelahiran buat Adam. Jangan manja2 sangat!
Itulah nasib Adam. Dapat perhatian lebih kerana dia yg paling muda di dalam keluarga. Dah dia yg bongsu tentu saja dia manja..... huhu
DeleteTerima kasih Aina bagi pihak Adam.
Adam senyum lebar tu secara natural atau mak dgn pak dia suruh? hehe.
ReplyDeleteTakde siapa suruh dia senyum lebar tu. Itu sebab dia gembira banget dibelikan kek oleh kakaknya.
Deletehepi birthday dak adam... semoga menjadi anak yang soleh yee..
ReplyDeletemintak sikit kek tu... ade lagi tak..?!
thank you aunty ..... oopsss kakak.
DeleteKek tu ada lagi sikit tapi dah tumbuh mushroom rasanya. Kalau kakak nak jemputlah datang ke rumah .....hehehe
Assalamualaikum,
ReplyDeleteDahhhhhh 5 tahun pun adam. Epi besday, adam. Jadi anak soleh ya...
Waalaikum salam kak anyss.
DeleteHa'ah adam dah 5 tahun. Terima kasih mendoakan Adam. Adam seronok dpt jumpa kakak di rumah Uncle Hamzah hari tu.