Tuesday, September 24, 2013

Nak Pelukan Percuma? (18SX)

Selepas solat Asar tadi aku dan beberapa orang jiran bersembang di luar surau. Mula2 kami selesaikan hal surau seperti booking khemah untuk Hari Raya Haji yang tak lama lagi. Kalau tak tempah awal, nanti tiba masanya khemas dah habis.

Habis hal menempah khemah keluar cerita2 lain pula. Ada salah seorang daripada kami menunjukkan gambar yg didakwa pontianak yang baru di whatsapp oleh rakannya. Gambar diambil di padang golf. Menurut cerita padang golf tu memang keras. Aku pun pernah dengar kisah ini.

Bila aku tengok gambar pontianak tu, rambutnya punyalah panjang. Kalau bershampoo habis satu botol sekali pakai. Tapi muka pontianak tu tak nampak sebab gambar dari belakang ..... huhu. Kalau tak bolehlah juga aku lihat samada pontianak ni lebih cantik dari Maya Karin .... hehehe.

Jiran aku tu beritahu kami beberapa kelab golf yang 'berhantu' dan di lubang yang mana. Dia pernah mengalami kejadian di mana caddynya seorang wanita tiba-tiba berlari ke arahnya lalu memeluknya kerana terlihat hantu. Dia tersenyum sebab dapat pelukan free yang bukan dia minta!

Boleh ke macam itu?

Tiba-tiba terasa nak pergi main golf di tempat itu ...... hehehe

35 comments:

  1. caddy perempuan cantik cantik ke YB? bahahahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh boleh tahan cun. Tak caya pergilah tengok sendiri ...... ahaks

      Delete
  2. saya tak pernah tahu ada caddy perempuan...mesti lepas ni caddy bukan lagi kerjaya pilihan perempuan2.....kikikiki

    ReplyDelete
    Replies
    1. caddy perempuan ni kebanyakannya dari luar khususnya dari Indonesia dan China. Di sana memang ramai caddy perempuan.

      Bagi wanita sini tak ramai yg memilih kerjaya ni setakat ini ...

      Delete
  3. Aassalamualaikum,
    Pasai apa tah kalau tang hantu mesti rambut dia tadak pesen...mcm tu jugak. Tadak kenyg rambut pendek ka...punk ka...kerinting ka, takmjaga kejelitaan betul itu speses

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikum salam anyss,

      Ini mesti terbawa2 dari hantu tahun 50an dan 60an. Masa tu mana ada fesyen kerinting atau punk. Jadi nak bezakan rambut hantu dgn rambut org biasa, kenalah buat rambut panjang. Lagipun hantu kalau ke saloon mesti tukang gunting tu lari ..... huhuhu

      Delete
    2. Nanti kita minta syamsul buat hantu berambut pendek .... ngeee

      Delete
  4. Pontianak tu kalau pakai shampoo, diorang guna shampoo Pantin ke? Nak try la kalau macam tu sbb pjg mengurai je.. ;)

    Ya, sy pun baru tau ada caddy perempuan dr cerita Hazwan & ayahnya hari tu.. Serta point yg 'tersebut' !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya pontianak tu tak guna shampoo pantin sebab tak nak bau jantan ..... hehehe.

      Itu untungnya bercampur dgn org yg luas pengalaman .... kah kah kah.

      Menurut kawan saya tu selain daripada nampak hantu satu lagi cara nak dapat pelukan free ialah jerit "ball" iaitu amaran ada bola golf yg dipukul oleh org lain yg datang ke arah dia dan caddynya. Ada caddy yg 'takut' akan datang peluk dia untuk mendapatkan perlindungan!!!

      ...... kuang 3x

      Delete
  5. lepas ni bolehlah pontianak berpakat dgn pemain2 golf supaya menakut2kan caddy2 perempuan..keraplah dapat pelukan percuma..

    tapi kalau caddynya tak cun badan berbau sanggupke YB dapat pelukan percuma?hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya rasa sebelum ni pun pontianak tu dah berpakat dgn pemain2 golf .... hahaha

      Kalau caddy tak cun dan badan berbau gerenti tak keluar pontianak. Percayalah cakap saya ....ngeee

      Delete
  6. Caddy perempuan setahu Aina semuanya cun2 patut la depa dok sibuk nak mai golf dari hadap bini kat rumah. Sib baik kat rumah tak de beg golf tu...selamat dari dapat pelukan percuma caddy...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aina biasa ke padang golf ke utk melihat caddy2 di sana?

      Tak disangka kat rumah takde beg golf cik abg tu tak main golf. Ada kawan yg sanggup pinjamkan set mereka tau. 'Persaudaraan' sesama pemain golf ni sangat hebat .... hehehe

      Delete
  7. amboi amboiiiiiiiiiiii!!!!!

    Mak Adammmmmm!!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alaaaa nyampess lah Dr Singa ni. Sikit2 nak report. Bukan saya pun yg kena peluk ..... hehehe

      Delete
  8. Alhamdulillah ada tulis kat situ 18SX. makanya saya yang belum cukup 'umur 18' ni pun dengan segera nya menuju ke ruangan comment sahaja. hehehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dari dulu t.a.t.a ni maintain Manis 17.

      Cayalah!

      Delete
    2. saya nak ketawa guling-guling atas lantai. tapi nanti orang kata saya giler pulak.

      Delete
    3. kalau takut org kata awak giler sebab guling2 atas lantai, apa kata awak guling2 dlm bilik aje ..... hehehe

      Delete
  9. nasib baik hari ni saya genap 18 :D

    baru saya paham kenapa ramai lelaki suka main golf :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. juliet, seriyes ke? happy birthday dear. dah masuk jawi la ni kiranya? hahaha


      pst.. juliet. kalau kau minta present dari En. YB mesti dia bagi. hehe

      Delete
    2. Nak baca entri ni punya pasal, dan dan juliet sambut besday ke 18 .... hahaha

      Ada banyak lagi sebab kenapa lelaki suka main golf. Ini baru satu contoh yg kawan saya cerita kat saya .... hu hu

      Delete
    3. t.a.t.a,

      Percayalah sangat cakap juliet tu. Tapi bab masuk jawi tu saya rasa betul .... hahaha

      Juliet ni pemalu orgnya t.a.t.a. Ada ke dah sampai depan rumah saya boleh ambik gambar aje dan balik tanpa singgah jumpa saya .... huhu

      Delete
    4. biar betul YB?

      Juliet. betul ke?

      Delete
    5. Betullah cakap saya. Juliet tu dah boleh mengundi ...... hehehe

      Delete
    6. bukan tu. betul ke dia dah sampai depan rumah tapi tak singgah jumpa?

      Delete
  10. hahahhahahha report kat mak adam baru tau
    eh kat padang golf mana satu ek....bleh kita hati2 sket
    caddy mmg ramai pun awek2 cun kikikiki semuanya tiru stail oversea
    cuma satu je tak best dan saya rasa perlu dibuat kat malaysia
    saya selalu teman pakwe memukul, bukan main course ye! kalau main course x larat la teman
    kalau kat bangkok contohnya sambil saya teman, saya leh makan, dengan suasana yang sangat best dan santai, sambil pakwe memukul, saya makan dan komen2 apa yang patut, kat sini susah nak cari gitu tau, tak sukeeeeeeeeeee
    eh....mana mak adam ye!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini lagi sorang kaki report ... hahaha

      Tak boleh bagi tahu padang golf mana satu kat blog ni. Nanti kena saman susah ... huhu

      Wah rajin elly temankan pakwe pergi driving range. Kalau dah ada body guard tu eloklah tunjukkan pandangan.

      Saya tak pernah pergi padang golf di Bangkok. Lain kali kalau elly nak ke sana dgn pakwe bolehlah ajak saya. Boleh saya temankan elly makan sambil pakwe elly habiskan 18 lubang .... hehehe

      Delete
    2. elly tu kerja nya makan aje la. pemakan luar tegar. kan elly kan?

      Delete
    3. Apa kata kita ayat elly utk bawa kita pergi makan2? Saya rasa t.a.t.a dan saya pun boleh menjadi pemakan tegar ..... hehehe

      Delete
  11. Replies
    1. itu sudah tentu. Kalau tak comey, dia lebih rela peluk pontianak dari dipeluk caddy ..... huhuhu

      Delete
  12. kemahennnmn yeeee..
    silap2.. kedi tu yg kuntilanak.. wahahahaaa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini kisah jiran saya okeh .... hehehe

      Saya percaya dia rela dipeluk oleh kedi tu w/pun kedi itu kuntilanak ..... lalala

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails