Monday, September 9, 2013

Restoran HM Bagan Lalang

Dah lama emak Adam mengajak ke Restoran makanan laut di Bagan Lalang, Sepang. Tapi oleh kerana pelbagai sebab kami tak dapat ke sana sehinggalah petang semalam. Sejujurnya aku pun tak tahu yang mana satu restoran yang femes tu. Nasib baiklah ada kakak angkat Atikah yang pernah ke sana yang ikut kami petang semalam.

Kami bertolak dari KL pukul 7 lebih. Harapan nak melihat mentari terbenam terkubur kerana perjalanan ke sana mengambil masa sejam lebih bergantung kepada keadaan trafik. Kami memilih MEX kerana mengikut Waze lebuhraya PLUS ada kesesakan sikit sebelum Nilai. Keluar dari MEX kami masuk Elite sebelum keluar di persimpangan KLIA. Dari situ kami menuju ke pekan Sepang dan seterusnya ke Sg Pelek. Perjalanan sehingga ke Sg Pelek tu lancar sahaja walaupun cuaca renyai2 di beberapa tempat.

Bila sampai ke Bagan Lalang, kami tak pasti di mana letaknya Restoran HM Bagan ni. Puas jugalah kami berpusing sekitar bulatan dekat pintu masuk ke Gold Coast tu. Rupanya jalan ke kanan yang ada tanda 'No Entry' tu lah jalan menuju ke restoran tu!

Setelah memilih tempat duduk dan memesan minuman, kami diminta memilih sendiri ikan serta makanan laut lain untuk dimasak.


Emak Adam memilih ikan terubuk (untuk dibakar), ikan siakap (distim), sotong (goreng tepung), kepah ( sup), lala ( sweet and sour) dan ketam ( masak dgn telur masin). Bukan main gembira dia sebab banyak pilihan. Yang bertudung hijau tu kakak angkat Atikah. Harga untuk setiap 100 gram dipampang di sebelah tepi tu


Chef Izat ini orang Jawa Banting. Sempatlah speaking Jerman dengan kami semalam


Inilah dia rezeki kami malam tadi. Sedap masakan di situ


Ini buktinya. Licin semua masakan itu!

Sesiapa yang nak mencuba bolehlah ke Restoran HM Bagan ini. Kalau ada bajet lebih bolehlah bermalam di Sepang Gold Coast Resort.

19 comments:

  1. YB, lebih baik beli emas dari stay kat Sepang Gold Coast tu...

    Nampak sodap masakannya, boleh mencuba satu hari nanti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Sekarang harga emas tengah rendah. Elok kalau nak melabur. Anak saya yg sulung adalah peniaga emas dgn Public Gold. Sesiapa yg berminat nak beli atau jual emas bolehlah menghubungi dia.

      Nampak sedap dan rasanya memang sedap. Saya tak segan nak rekemen kpd kawan2 untuk mencuba hidangan di sana.

      Delete
  2. Bukan kata nak ajak saya? Saya bayar untuk pinggan saya nanti. Ahaks!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Azie tak cakap pun nak ikut. Kata nak menyendol aje ..... huhu

      Delete
  3. Kalau pergi memana, lepas tu jumpa dengan orang yang boleh kita ajak cakap bahasa kita, contoh di atas bahasa Jerman, rasa seronok pulak kan? Tetiba rasa macam sedolor pulak. Hahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang seronok dapat berjumpa orang yg sama spesis dgn kita terutama di tempat yg tak kita sangka. Bila kita bercakap lingua franca (cewah) yg sama, biasanya kita akan dapat layanan istimewa. Kalau beli barang harga boleh mereng lebih daripada biasa ..... hehehe

      Bila jumpa t.a.t.a saya nak ngomong jowolah

      Delete
    2. Haa sudah.. nyong don't know ngomong Jowo la. Hahaha

      Delete
    3. Wong jowo kok orak iso ngomong jowo ...... huhu

      Kita cakap jerman ajelah kalau mcm itu

      Delete
    4. Itu la yang orang selalu cakap kan kalau tak reti cakap Jawa. huhu

      Jerman pun boleh la.

      Guten tag! hehe

      Delete
    5. Itu cover line namanya. Cantik punya

      Saya punya jerman dah karat. Kalau perancis bolehlah kot sikit2 ..... huhu

      Delete
  4. DH LAMA X KE BAGAN LALANG..LALU MASA NAK GI MORIB TU SEKADAR LALU JE
    PENAH MAKAN KAT SENANDUNG DAN MGKIN PENAH KE HM, SBB DAH LAMA..SO DAH LUPA ;)
    MMG SEDAP LA TU KALAU SMPI LICIN

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berapa lama tu tak ke Bagan Lalang? Kami berbelas tahun kot tak ke sana sehingga banyak perubahan sekarang dibanding dgn kali terakhir kami ke sana.

      Saya tak perasan pula restoran Senandung. Restoran HM ni pun sebab kawan2 yg bagi tahu. Itu yg gigh mencari tempat tu.

      Ingatkan tak habis sebab kami pergi cuma 6 orang. Rupa2nya licin sebab masakannya memenuhi selera kami.

      Delete
  5. Kalau ke BL, selalunya kami makan di kedai Bagan Lalang Seaview..

    Wah, sampai ke dapur YB masuk...jumpa chef pulak tu....speaking Jerman lagi...hahahaha...

    saya malas nak tido kat situ, sebab lautnya tak cantikkkkkkk...hahahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagan Lalang Seaview tu restoran org kita atau restoran Cina? Yang saya pergi ni boleh makan tanpa was was ..... hehehe

      Dah namapun blogger. Selagi boleh terjah kita terjah. Setakat ke dapur tu agak biasa. Nasib baik saya tak ikut cari kayu bakau utk buat arang membakar ikan ..... hahaha

      Tak berbaloi tidur di situ mahal2 kalau lautnya tak cantik. Lebih baik ke OTC Semporna utk bermalam sebab sana lautnya lebih cantik. Cuma kena hati2 kalau ada lanun ..... huhu

      Delete
    2. Bagan Lalang Seaview tu restoren Melayu Islam...jgn risau...hihihihih..nama aja ala ala Cina..

      Delete
  6. mula tu ingatkan bagan lalang kat penang nun.. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat Penang ada Bagan Lalang jugak ke GC? Bagan Agam adalah.

      Kalau di SP yg saya tahu ada Sg Lalang..... ngeeee

      Delete
  7. Sedapkan...? Owh it was such an amazing night, lost of words to describe the feeling.. It reminds me to our good old days as A-Level students.. Budak kg bila stress belajar, we opted for Bagan Lalang instead of going to KL town.. Ambil angin laut sambil minum air kelapa.. Kadang2 ke KLIA mengira aircrafts, tengok aircraft take-off as a motivation to reach the finishing line.. ^_^

    Thanks a lot for bringing us there, crates of thank by letting me joined the dinner, alhamdulillah.. :)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails