Sejak Hari Raya hari tu kami tak sempat nak balik ke kampung emak Adam. Kalau setakat kampung aku di Kg Datuk Keramat tu setiap minggu aku balik ke situ. Paling tidak untuk solat Jumaat.
Setiap minggu ada saja jemputan kahwin yang kami terima. Sabtu depan ni ada jemputan dari dua pupu aku di Putrajaya. Ahad pula ada 2 jemputan dari jiran setaman.
Selain itu Haikal pula sering ada kelas tambahan di sekolah agama kerana Guru Besar barunya bersemangat untuk memastikan murid-murid mendapat keputusan terbaik di dalam peperiksaan PSRA mereka. Minggu ni di kala PSRA itu sedang berjalanpun GB mengadakan kelas latih tubi di sebelah pagi dan petang selepas peperiksaan. Sanggup GB tu hantar surat kepada GB sekolah kebangsaan untuk meminta pelepasan kpd murid2 Darjah 6 daripada menghadiri sekolah kebangsaan demi untuk membolehkan mereka ke sekolah agama utk latihan tubi tersebut.
Sawah padi yang menhijau semasa Raya tempoh hari mungkin dah menguning sekarang
Pembaca senyap blog telah bersuara
Semalam ada seseorang PM aku di fb. Dia memberitahu aku dia pembaca senyap blog aku dan mengaku dia jerman dari Tg Karang. Dia kata dia terhibur dgn celoteh aku.
Setelah berbalas msg di fb, emak Adam rasa dia kenal siapa jerman ini! Ahaks
(mungkin dia baca entri ini. Kita tunggu dan lihat samada dia akan memberi komennya di sini)
Mesti Mak Nenek rindukan cucu2nya.. Anak & menantu kesayangan jg yg pastinya dirindui..
ReplyDelete# bahulu panas yg awesome !
Mak nenek kurang pandai nak pamerkan kerinduannya .... huhu
DeleteBahulu pans tu memang awesome. Sebaiknya dimakan ketika masih panas2 tu. Bila dah dibawa balik biasanya tak habis ...... ngeeeee
memang. tak ramai mak nenek yang pandai tunjukkan rindunya. balik-balik pun bila anak cucu balik, mak nenek akan masak kan lauk kegemaran. pas tu nak balik bandar balik akan sumbatkan pulak boot kereta dengan segala macam buah kat kampung tu.
DeleteSaya cadangkan masjid atau NGO menganjurkan kursus mempamerkan kerinduan oleh datuk dan nenek. Barulah anak cucu nampak kerinduan datuk dan nenek mereka.
DeleteKalau musim buah bolehlah sumbat kereta dgn buah. Tapi kalau setakat buah sawit takde maknanya nak sumbatkan kereta ... hahaha
buah sawit pun ok apa? buat jual dapat jugak RM. haha
Deletekalau singgah kat camp di tiram buruk tu bolehlah dijual. Kalau bawa balik KL siapa pun tak nak .... hu hu
DeleteBukan jauh sangat Tanjung Karang tu pun kan.. tapi sebab jadual sangat padat.. Nanti cuti panjang boleh la balik, tolong panen he he
ReplyDeleteMemang tak jauh. Sebelum ni kami biasa balik hari aje kalau tak sempat nak tidur sana. Tapi bila anak ada yg bersekolah pada hujung minggu tak sedap pulak nak ditinggal.
DeleteNak tunggu cuti panjang rasanya dah habis panen ..... huhuhu
teringat setiap pagi semasa pergi kerja ,kena lalu sawah padi terbentang...asyik sunggoh tengok keindahan alam...but its all in the past.
ReplyDeleteTentu seronok pergi kerja lalu sawah berbanding pergi kerja menempuh jam di bandar besar ...... huhu
Deletepaling best shoot gambor nang sawah koyo ngeney yo YB
ReplyDeleteada lak sunset memang marvelles
nek enteni angek sore yo enek sunset tay.
DeleteDila wong jowo tanjong karang po?
Mungkin saya emosional. Perasaan saya larut dengan pemandangan sawah padi itu.
ReplyDeleteSawah padi memang mengasyikkan. Sayapun boleh larut macam tuan bila memandang sawah yg terbentang luas.
Deleteminggu lepas pegi kuala s'gor, dari batu caves lalu LATAR, dekat je, nampaklah Cendol Bakar yg tepi jalan tu.
ReplyDeletekau menuju ke mana Juliet?
DeleteLATAR tu memang cepat. Dari hujung ke hujung baru 20 minit kalau bawa biasa. Kalau pejut 15 minit dah sampai.
DeleteJuliet tak singgah ke minum cendol bakar tu? Lain kali kita pergi sama nak? ..... ngeee
t.a.t.a,
DeleteDulu juliet pernah kerja di Kuala Selangor. Mungkin ada buah hati dia di sana ..... hehehe
Ehem! Ehem!
DeleteYB, Kuala Selangor Juliet kerja di mana?
Delete