Sedang aku membersihkan album gambar2 di photo stream aku, emak Adam memberitahu aku ada panggilan di hp aku yg aku sedang cas. Bila aku nak angkat panggilan dah putus. Bila aku dan emak Adam tengok rupanya panggilan dari jiran kami, Mak Enon. Kalau sesiapa ada kekasih gelap baik2 bila isteri anda sama2 tengok siapa yang call anda .... hehehe
Akupun call semula Mak Enon. Dia beritahu aku dia ada buatkan kuih utk kami dan meminta aku ke rumahnya untuk mengambil kuih itu.
Akupun start kereta terus ke rumahnya yg terletak di depan surau. Elok aku sampai dia pun keluar dari pagar rumahnya dan menghulurkan aku satu beg plastik kuih cucur udang. Akupun turunkan cermin tingkap kereta dan mengambil bungkusan itu. Dah macam drive thru pulak.
Di kawasan kami ini cucur udang Mak Enon memang femes. Kalau di surau tu, memang jadi rebutan setiap kali Mak Enon buat cucur udang tu.
The best cucur udang in town - cucur udang Mak Enon
Semalam dapatlah kami bawa cucur ini untuk piknik keluarga kami di Kemensah. Nanti bila ada masa aku ceritakan pasal piknik tu pula. Sekarang ini aku nak ke Melaka kerana ada jemputan kenduri kahwin sepupu emak Adam. Lambat kami pergi sebab aku baru balik dari Mesyuarat Agong Tahunan surau kami.
Cheers .....
compare dengan cucur udang alor gajah? kalah juga ke hehe
ReplyDeleteCucur udang Mak Enon lagi mengancam dari cucur udang alor gajah. Cumanya, Mak Enon takdelah bahan2 lain mcm yg di AG tu.
DeleteSemalam kami singgah di AG beli cucur udang kerana Haikal kata lama tak makan cucur udang tu ....
ngeeee
hoh sedapnya cucur udang AG tu....mak enon ni tak bukak gerai ke jual cucur udang nih
DeleteCucur udang AG tu yg buat sedap adalah sosnya. Cucur dia tu biasa2 aje .... ngeeee
DeleteMak Enon ni takde buka gerai. Kalau nak rasa kenalah datang ke surau pada malam jemahat. Itu pun tak semestinya dia buatkan .... hehehe
mak enon ni meniaga cucur udang ke YB?atau saja suka2 goreng bagi jiran?
ReplyDeleteDia tak berniaga. Hanya utk makan keluarga dan jiran2 aje. Tapi dia rajin buatkan jika ada org minta utk dibawa ke surau
Deleteuntung lah ade orang buat kan cuk udang .....
ReplyDeleteKalau tahu jiran2 lain mesti mereka jeles.
DeleteMasa majlis walima anak saya hari tu, Mak Enon tolong buatkan cucur udang ni sampai 5 kg. CPL sempat ke merasanya?
ingat tak arwah Mak Enon..
ReplyDeletepelakon tu?
Wahai mak enon janganlah merajuk .....
DeleteLagu Carefree utk arwah mak enon tu
baru balik dari blog elly ada gambar cucur udang. ni tengok pun ada cerita pasal cucur udang. dengan tangkas nya saya mencapai telefon, sms kakak minta belikan cucur udang.
ReplyDeleteoh Elly pun citer pasal cucur udang. Hari Cucur Udang Sedunia gamaknya .... hehehe
DeleteKakak yg kat Parit Serong tu ke? Dia beli cucur udang katne? Kalau best, nak juga mencuba
ini kakak yang lain. saya sms angah saya minta belikan. alang saya pula kata tak payah beli, nanti dia buatkan.
Deletewah ramainya adik beradik. Untunglah mereka rajin nak buatkan.
Deletenanti jgn lupa tempek gambar cucur tu. Kalau nak ajak saya rasa lagi best ..... hehehe
nak saya snap gambar cucur tu? memang kena gelak la nanti.
Deletehahahaha
Silalah snap gambar tu. Apa pulak nak kena gelak?
Deletehu hu hu
tak yah la YB nak suh si tata ni snap gambar cucur udang tu, nak2 kalau dia yang masak cucur udang tu wkakakakakkakakaka silap2 kaler purple cucur udang dia tauuuuu
Deleteeh, cucur udang kaler purple? wei, ok apa? itu namanya improvise.
Deletejeles la tu. hahaha
elly,
Deletemak ai cucur warna purple.
Tak kisahlah janji sedap.
t.a.t.a,
Bila nak buat cucur improvise awak tu? Tak sabar nak rasa
psl hp suami hpku jua tu ada lawak ustaz kazim
ReplyDeletekatanya 'tgklah hp abang ni.takder rahsia pun'
pdhal dia tak tahu, ada 2 lg hp kat opis utk kekasih gelap
hantu betul ;)
senang citer,,kalau nak buat jahat tu bila2 masa pun boleh
nak ngan taknak je..yg penting hati
emm cam sedap je cucur mak enon tu
Org yg kerja ofis bukan di rumah bolehlah buat mcm tu. Ofisku rumahku nak simpan hp katne? .... hehehe
DeleteBetul tu. Kalau nak buat jahat bila2 masa pun boleh. Setan akan beri idea sebab dah jadi geng dia.
Memang sedap cucur mak enon tu. Kalau tak, takkanlah saya sampai buat entri khas tentang tu ..... keh keh keh
dah terlanjur tu, tepeklah sekali resepinya tt! teringin lak nak rasa coq udang mak enon tu
ReplyDeleteResipi tu rahsia mak enon. Sesiapa nak tahu kena buat baik dgn dia dan ikut dia bancuh tepung tu. Nanti tahulah mcmana dia buat ….. hehehe
Delete