Friday, September 13, 2013

Ingat Aku Cap Duit?

Semalam sedang aku mengadap iMac aku ni ada seorang rakan fb aku tiba2 nak chat dgn aku. Dia beri salam dan tanya khabar. Sebenarnya aku tak pernah pun berjumpa dgn dia dan kenal dia. Cuma aku terima dia sebagai rakan fb aku bila dia add aku. Sebabnya dia mendakwa satu sekolah dgn aku semasa dia sekolah menengah. Dari statusnya tu dia junior aku dalam 4 tahun. Tapi masa di sekolah menengah dulu aku tak kenalpun mamat ni. Dan sekarang aku masih tak kenali dia.

Dia tanya aku kat mana lalu aku jawab kat rumah.

Dia tanya tak kerja ke (mungkin sebab dia tengok aku ada kat rumah) lalu aku jawab kerja. Nampak sangat dia tak mengikuti perkembangan aku. Rumah aku adalah juga ofis aku.

Seterusnya dia tanya macamana aku sekarang. Aku pun jawab macam biasa.

Tiba-tiba dia kata nak minta tolong sikit. 

Setakat yang aku boleh tolong aku akan tolong. Kan semalam ustaz aku baru beri kuliah tentang kelebihan menolong orang.

Aku tanya nak tolong yang mcmana.

Dia kata nak pinjam sikit.

Terkezut beruk aku sebab aku bukan kenal dia. Sekadar kat fb. Itu pun dia bukanlah ada komen atau berinteraksi sangat dgn aku. Akupun pura-pura tanya nak pinjam apa. Soalan poyo.

Dia pun terus terang kata nak pinjam duit kalau tak keberatan.



Anda boleh andaikan sendiri dialog-dialog seterusnya ..... huhuhu

22 comments:

  1. Assalamualaikum,
    tak leh andai lah hu hu hu

    dia tgh terdesak tu, derma la 20 sen

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikum salam anyss

      Takpe kalau tak leh nak andai. Tak penting sangat pun .... hu hu hu

      Kalau terdesakpun carilah kawan rapat yg mengenali dirinya. Ini kenal pun tidak cuma setakat add di fb ...

      Delete
  2. Kalau YB cop duit lagi ramai kawan.termasuk sekali kawan2 mak adam he he

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau saya cop duit dah lama saya masuk ke dalam ....

      Kawan yg ramai2 tu kalau nak ikut, sangatlah dialu-alukan .... hehehe

      Delete
  3. Kalau YB bagi dia duit tu, sayapun nak jugak.. hehehe.. *just kidding..

    YB tak tanya dia ke, kenapa dia mintak duit kat YB..? Sayapun terkedu jugak jadinya kalau dapat pertanyaan macam tu..

    Bahaya jugak macam ni.. Sesuka hati je mintak duit kat orang.. Mintak hutangpun ada yang susah nak bayar, ni senang2 je mintak duit kat orang.. Sabar je la..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cik Azz kenalah msg saya mcm dia sebelum boleh dipertimbangkan utk mendapat pinjaman ... hehehe

      Saya tak sampai hati nak tanya soalan tu sebab bila saya baca profil dia dia ni anak Dato.

      Betul tu. Saya dah jenuh mintak hutang saya tapi ada yg sampai hari ni masih tak bayar.... huhu

      Delete
  4. Salam YB..Kalau kenal n pernah berjumpa tu ok gak nak bagi pinjam..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikum salam DIM,

      Kalau kenal tu pun rasa segan juga nak minta pinjam. Inikan pula tak pernah jumpa atau sering berhubung di alam maya

      Delete
  5. As salam YB,

    Alaaaa... baru nk pinjam kat YB ni! Nak balik malaya dah ni... manyak nk guna duit! kihkihkihkih...

    Pelik & misteri kwn YB tu... boleh eh baru chat & bertegur sapa sekali dah nk pinjam duit... something wrong somewhere or dia mmg betul2 terdesak?! Apa cerita disebaliknya ek? huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikum salam Marya,

      Alaaa elaun luar negara orang tu lebih banyak dari simpanan saya ... huhu

      Memang pelik. Tapi kira berani jugaklah dia minta nak pinjam duit dari org yg dia tak kenali.

      Delete
  6. ...sebab dia tengok muka YB ni muka berwang! (@beruwang. Bukan beruang ya! :)

    ReplyDelete
  7. Konsep berbuat baik pada orang macam post sebelum ini boleh juga diapplykan pada orang di atas. Kalau setakat bawah RM50 -kalau saya- saya bagi je. Terus terang pada dia, kita tak kenal dia, macam mana nak beri pinjam banyak sangat. Kalau dia pun, dia tak kan bagi pinjam. So kita bagi RM50 ni pun sebab dengan niat ikhlas nak tolong sesama Muslim.

    Boleh gitu?

    ReplyDelete
  8. that's why jgn tayang2 sgt...






    (komen ikhlas aku ni bang)


    .

    ReplyDelete
  9. musti dia ingat " tokey busat ni"..

    hellooo...tokey busat pun dapat duit lepas gigih berusaha okehhhh...ko tau nak pinjam aja...dah la tak kenal batang hidung..khennnn YB..:)

    ReplyDelete
  10. hahahaha..bleh agak dh dr awal kalo tak pnh kenal tetiba nk chat kan. tp yb mmg tokey busat apa...keh3

    ReplyDelete
  11. Kalau rozie sowi naik lari la yer....

    ReplyDelete
  12. Ni sama dgn kes saya dulu..baru kenal..katanya dah jatuh cinta gile kt sy..sgt poyo..jumpa pun tak dah jatuh cinta..kot2 gambar sy tu tipu padahal sy gigi jongang ke, mata juling ke..lepas tu nak pinjamn duit..apa kes..dia ingat sy sjanda kaya! sedap2 je saya bahasakan..lepas tu terus insaf kot..

    ReplyDelete
  13. YB,
    sy pon ade kena mcm tu...kawan skolah yg dah xjumpa 13 taun dah tetibe msg kat fb nak pinjam duit...masa kt skolah dulu pun bukan la rapat sangat...sbg langkah berjaga2,sy xbagi...
    xdpt ngn sy,dia g cuba nasib ngn kawan yg lain...dan kawan tu bgtau duit tu smpai skarang xberbayar...
    huhuhu...benda2 ni boleh memutuakan silaturahim tau...

    ReplyDelete
  14. memutuskan...silap eja lah pulak...

    ReplyDelete
  15. This similar thing did happen to me few times.. Bila terjadi, it made me think sama ada :

    1. That person really know me (maybe) & in need of my hands.
    2. Memang tak kenal tapi he/she was trying his/her luck.
    3. A sign from Allah to work extra harder utk jg jutawan beriman so, bila adik beradik, saudara mara, rakan2 rapat memerlukan bantuan kita especially dr segi wang ringgit, kita blh beri dgn rela hati tanpa perlu ada perasaan kurang senang dihati.. Kerana pd sy bila saudara mara atau kwn2 dtg kpd kita maksudnya mereka percaya kpd kita.
    4. Cara kita portray diri kita, family kita mungkin blh menimbulkan salah faham kpd org lain.. Cth : kita mungkin org sederhana tapi cara kita bercakap, lifestyle etc menunjukkan kita org yg ada duit juta2 ringgit maka sudah barang tentu ada org2 yg akan dtg & 'meminta' utk berkongsi.

    Agak2 kita mampu tlg & org yg minta tlg itu wajib diberi pertolongan, proceed.. Agak2 tak mampu tlg or org yg minta tlg itu tak layak utk kita tlg, forget about it.. Yg penting kita bahagia, ikhlas? (Nantilah kita tulis status bab ikhlas yg dah tertangguh bkn main lama lg!)

    # hati2 dgn hati, hati2 dgn lidah, hati2 dgn jari yg menaip baris kata.. Mari berhati2.. :)

    - 20centdpdsyAnonBknOrgJahat ^_^

    ReplyDelete
  16. mgkin dia betul2 terdesak sampai dia dgn rasa tak malu mintak loan dgn YB..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails