Tuesday, September 17, 2013

Cinta Memerlukan Pengorbanan ....

Betulkah cinta memerlukan pengorbanan? 

Bagi mereka yang sedang bercinta, apa saja yang diminta oleh kekasihnya dia sanggup lakukan.

Jika kita cintakan Allah inilah masanya untuk kita berkorban. Tak sampai sebulan lagi kita akan menyambut Hari Raya Korban. Bolehlah masuk nama untuk menyertai majlis korban samada yang dianjurkan oleh masjid atau surau di tempat anda.

Di tempat aku satu syer lembu tahun ini ialah RM500.


Harga ini baru saja diturunkan semalam setelah pihak surau mendapat bekalan lembu dgn harga RM3,200 seekor. Sebelum itu satu syer korban ditetapkan pada kadar RM530 kerana harga lembu yang naik mendadak tahun ini. Nasib baik dapat pembekal yang cas tak berapa tinggi. 

Lebihan duit sebanyak RM300 bagi setiap lembu itu adalah untuk belanja pengurusan menyembelih, melapar dan membahagi-bahagikan lembu korban tersebut.

Mungkin harga satu syer di tempat anda berbeza tetapi apa yang lebih penting ialah pengorbanan kita untuk mendekatkan diri dengan Allah.

14 comments:

  1. Tempat Aina tak pasti pulak tapi semuanya tetap bergantung pada harga lembu.

    Ada seorang kawan gaji Rm27k sebulan tapi masih bela lembu kat Muar berulang tengok minggu-minggu. Bela kat tanah rezab sungai je pun, Raya Haji memang dapat bonuslah dia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahun ni boleh dikatakan hampir semua tempat naik harga. Di masjid2 dan surau2 di kawasan saya rata2 lebih kurang RM500 keatas.

      Wah bagusnya kawan Aina tu. Dah gaji besar pun masih ada hobi yg sungguh menguntungkan.

      Ini yg buat saya nak bela lembu juga ni.

      Delete
    2. Di kawasan saya satu bahagian masih lagi RM400 je.

      YB nak bela lembu? Menteri di kampung Emak Adam masih boleh bekalkan ke anak lembu?

      Delete
    3. Maaf lambat balas komen sebab hari tu tak perasan ..... ngeeee

      Murah tu kalau RM400. Kat kawasan KL ni tak usah mimpi nak dapat serendah itu.

      Menteri tu dah tak jadi menteri. Lagipun dulu dia banyak bagi anak ayam aje. Lembu takde dengar pulak dia bagi .... hehehe

      Delete
  2. seronok raya haji,gigi kena kuat sbb sebulan makan daging je
    apa je menu semua berasaskan daging ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyaknya dapat daging korban sampai cukup stok utk sebulan? Alhamdulillah rezeki murah di Aidil Adha.

      Di tempat kami ini dapat sekitar 2 kg aje ..... ngeeee

      Delete
    2. Rumah saya pun kadang kala dapat stok banyak. Korban dari surau dan masjid dah confirm ada, yang lain korban dari masjid rumah kakak yang pun dapat banyak, depa pi campak kat rumah saya.

      Delete
  3. betul tu YB...tapi ramei remojo dino iki melakukan PENGORbanan koyok wong pengor... habis dikae'i kabeh...hehee

    nak ono budget teringin jugak aku korban lembu setumpok...


    aku Melayu koq...

    ReplyDelete
    Replies
    1. seng akeh kayo kui remojo wedok. Remojo lanang orak kisah sebab'e orak luak opo2.

      Tak doa kay mogo2 kue ono rejeki nay arek korban lembu sekor.

      Pandai RKA ngomong jowo. Biasa campur dgn org Jawa ke?

      Delete
    2. Remojo lanang ramei seng orak 'ndue. Remojo wedok ramei seng sugeh. Simpanan neh akeh.


      Kelas bahawa Jawa ye pembaca sekelian. Ahaks.

      Delete
    3. Cilik-cilik dulu dikelilingi wong Jowo...nak cempak batu mesti kenek endas'se wong Jowo dulu lepas tu baru endas ku... wes gede pun ramei jugak konco Jowo sak opis... boleh la ngomong Jowo sitik-sitik...

      kangen karo nasi ambeng, ayam masak kicap & pecel lele...ngences aku...

      Delete
  4. Baru lagi ayah saya cakap tahun ni kalau nak join korban lembu kat kampung pun paling murah 500........

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahun ini harga lembu memang naik mendadak. Mungkinkah pasal minyak naik 20 sen? ..... huhuhu

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails