Thursday, September 12, 2013

Berbuat Baiklah Sesama Manusia Nescaya Allah Akan Berbuat Baik Kepadamu (2 Kisah Benar)

Aku nak kongsikan dua kisah benar yang disampaikan oleh ustaz yang mengajar kami di surau malam tadi berkenaan tajuk di atas tu.

Kisah 1

Ustaz ini pernah berniaga warung tomyam satu masa dulu. Dia menggajikan seorang tukang masak yang bekerja dari selepas Maghrib sehinggalah warung ditutup sekitar pukul 11 malam. Gaji yg dibayar ialah RM50 satu malam. 

Pada permulaan, warung itu ada 10 buah meja makan. Setiap tempahan akan mengambil masa 15 - 30 minit untuk menyediakan hidangan kerana cuma ada seorang tukang masak. Tukang masak itu kerja tanpa henti dari mula buka warung sampailah warung tutup. Pendapatan setiap malam di antara RM300 - RM400. Jika malam minggu pendapatan meningkat kepada RM500.

Memandangkan tukang masak kerja teruk, dia mengeluh sampai dia cakap, "mampuslah aku kalau berterusan macam ni!"

Kerana kesiankan tukang masaknya, ustaz ini telah mengambil seorang lagi tukang masak utk membantu tukang masak pertama.  Gaji tukang masak kedua ini sebanyak RM35/malam. Pada perkiraan ustaz itu, ini satu jumlah yang agak besar kerana sebulan dah tambah seribu lagi untuk membayar gaji pekerja. 

Tetapi apa yang terjadi setelah dia mengambil tukang masak kedua ini, turnaround time utk setiap pelanggan turun kepada 10 minit saja. Ini kerana seorang tukang masak khusus utk masakan goreng2 dan seorang lagi bahagian sup. Dengan masa menunggu yg lebih pendek, mereka dapat melayan lebih ramai pelanggan. Kalau sebelum ini mereka ada 10 meja makan, setelah ada 2 tukang masak meja ditambah kepada 15 buah. Pendapatan juga bertambah kepada RM500 - RM700 setiap malam manakala pada hujung minggu pendapatan mencapai RM1,000.


Kisah 2

Rakan ustaz ini seorang jurutera yang memiliki syarikat sendiri. Dia menggaji 3 orang pekerja teknikal untuk membantunya. Setiap hari mereka bekerja bertungkus lumus untuk menyiapkan kerja pelanggan mereka. Rakan ustaz ini bukan saja terpaksa buat kerja bersama-sama kakitangannya tetapi dia juga kena pergi berjumpa pelanggan. Di samping itu dia juga kena membuat perancangan untuk masa depan syarikat.

Menurut kawan ustaz ini syarikatnya perlu menyediakan cukup wang sebanyak enam bulan perbelanjaan pada setiap masa kerana khuatir bila tiada projek baru syarikat masih mempunyai cukup simpanan untuk membayar overhead terutama gaji pekerja. Serabut dia memikirkan hal-hal ini sehingga masa untuk keluarga amat terhad.

Bila dia berjumpa dengan seorang alim dia telah dinasihatkan untuk menambah 3 orang lagi pekerja.

Dia pun terkejut sebab dengan 3 orang pekerja yang dia ada waktu itu dia dah pening fikirkan tentang nak bayar gaji mereka. Inikan pula nak tambah menjadi 6 orang. Tapi orang alim ini berkata kalau dia nak kerja lebih mudah eloklah tambah pekerja. Kalau kekal dengan 3 orang pekerja sedia ada itu, hidup mereka akan terus tertekan dengan cabaran yang ada.

Dia akhirnya mendengar nasihat orang alim tersebut dan telah mengambil tiga orang lagi kakitangan. Sebaik dia berbuat demikian dia mendapat satu projek besar. Sejak itu projek masuk tak henti-henti. 

Sekarang sebahagian masanya dihabiskan di kedai mamak. Sambil minum teh tarik sambil buat call sana sini bincang pasal projek baru!

Kini dia juga ada lebih masa bersama keluarga dan sekarang dia sudah ada 9 orang anak!



Daripada 2 kisah ini ustaz itu memberitahu kami asbab (sebab) mereka dimurahkan rezeki adalah kerana mereka membantu orang lain. Dengan menawarkan pekerjaan kepada orang yang sedang bersungguh-sungguh mencari pekerjaan bermakna mereka berdua telah membantu memberi rezeki kepada pekerja baru mereka dan juga keluarga pekerja mereka itu. 

Yakinlah, jika kita membantu atau berbuat baik sesama manusia nescaya Allah akan membantu kita.



42 comments:

  1. InshaAllah...

    ade keja kosong tak..?!.. huhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Siapkanlah CV.

      Tapi saya belum bersedia nak ada anak sampai 9 ..... hahaha

      Delete
    2. En. YB, anak 9 orang tu dari berapa kapal induk?

      Delete
    3. Ada jemaah yang tanya soalan yg sama kpd ustaz. Jawapannya satu induk aje

      Oh ya, ustaz beritahu jurutera tu ada juga cita2 nak kahwin satu lagi tapi tak berani nak cakap dgn isterinya!

      hahaha

      Delete
  2. betul tu.sy penah baca ttg
    'permudahkan urusan orang lain, Allah akan mudahkan urusan kita'

    ReplyDelete
    Replies
    1. Begitulah sebaliknya.

      Jadi eloklah kita buat perkara2 yg positif. Hidup kita akan aman damai dan bahagia

      Delete
    2. Irfa, macam tu juga bila kita tutup rahsia orang lain, Allah akan tutup rahsia kita di akhirat kelak.

      Delete
    3. Pandai t.a.t.a

      Kalau kita tutup aib orang, nescaya Allah akan tutup aib kita. Jadi janganlah sibuk nak pergi buka rahsia atau aib org lain

      Delete
  3. habih tu..
    gaji yang 35 rm semalam tu dia naikkan tak..?

    9 anak..
    anak tu pembawa rezeki kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia tak bagi tahu pulak dia naikkan ke tidak gaji yg RM35 tu. Tapi kalau yg 35 tu naik tentu yg 50 tu pun nak jugak mintak naik ...


      Betul tu.
      Mungkin kalau Dr Singa ada 9 anak rezeki akan bertambah hampir sekali ganda ..... hehehe

      Delete
  4. saya sedang mencari kerja.boleh lah uncle bg kerja kat saya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak jadi tukang masak tomyam bolehlah ..... hehehe

      Delete
  5. Assalamualaikum,
    Errrr...ada jawatan seksytary dak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikum salam,

      jawatan tu memerlukan seseorang yang seksi ..... hu hu

      Delete
    2. Anyss je.. phewittt~ mintak post special gitu... kehkehkeh..

      Delete
    3. Tak salah nak mintak post special. Nanti gaji pun boleh dapat yg special ..... hehehe

      Delete
    4. Nak bersaing dgn anyss ke?

      Boleh hantar CV

      hehehe

      Delete
    5. takut tak tersaing pulak nanti. tak pe, saya tengok dari jauh je. hehehe

      Delete
    6. takkan mengalah sebelum mencuba?

      hikksss

      Delete
    7. kita sedar kemampuan diri sendiri. ehehehehhhee...

      Delete
    8. alaaaa merendah dirilah pulok

      huhuhu

      Delete
    9. bukan merendah diri, cuma kita sedar siapa diri kita.

      Delete
    10. Sayu pulak saya mendengarnya .... sob sob

      Delete
    11. Boleh jugak. Nak buat lap hingus sekali selain dari airmata ..... ngeeee

      Delete
  6. Dear uncle YB,

    semoga panjang umor dan lebih murah rezeki...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amiinnn.

      Terima kasih dak Iyra. Uncle doakan dak Iyra pun panjang umur dan mendapat rezeki yg melimpah ruah.

      Delete
  7. pesan ayah saya,ALLAH memberi sekali ganda apa yg kita beri..katakan jika menderma rm10,inshaa ALLAH Dia akan memberi semula lbh dari tu pada kita

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagus pesan dia tu.

      Jadi rajin2lah menderma. Insya Allah akan mendapat untung di dunia dan akhriat.

      Delete
  8. salam YB,
    suka baca blog YB.. macam bapak2 gitu.. hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikum salam Cikda,

      terima kasih kerana suka membaca blog saya. Kebanyakan entri saya berkisar tentang kehidupan saya dan keluarga. Itu yg mcm bapak2 tu ...... ngeeee

      Delete
  9. ya... setuju sgt, tolong org, insyaallah kita akan ditolong jugak...


    :) jom terus amalkan

    ReplyDelete
    Replies
    1. insya Allah.

      Biar sedikit pertolongan kita tu tapi berterusan

      Delete
  10. ada kerja kosong tak YB? kalau hire saya nti lebih murah rezeki tu..ngeee!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kerja kosong belum ada lagi tapi kalau Rozita berminat kenalah bersaing dgn CiKPuaNLawA, Siddiq dan Anyss. Itu yg dah menyatakan hasrat nak kerja dgn saya .....

      hahaha

      Delete
  11. As salam YB,

    Saya sgt2 setuju dgn cakap ustaz tu! Mak saya pun selalu pesan, kalau kita buat baik dgn org nnt org akan buat baik dgn kita juga... tp kalau org tu buat jahat dgn kita, mungkin ada salah kita dimana-mana or org yg buat jahat tu takde ilmu nak jadi org baik..! hikhik... Insha'Allah sama2 kita doa moga selalu jumpa org baik & buat baik selalu... Contohnya saya jumpa YB yg saya rasa sgt baik orgnya... cecece... jgn lupa belanja mkn nnt ye ;))
    hehehe

    ReplyDelete
  12. So, ustaz tu still meniaga tomyam lagi tak? :)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails