Monday, May 31, 2010

Biarkanlah Adam . . .

Aku ingat nak pasang bathtub macam ni kat rumah. Gambar ni aku ambil semasa melawat pusat pameran di PJ.

Adam bolehlah main dgn kolam plastik dia tanpa gangguan dari aku. Diapun taklah mengganggu aku dan emak Adam bila kami berendam hehehe

Sent via BlackBerry from Maxis

Mahal Rantai Dari Beruk

Hari ni aku nak buat n3 yg santai2,
Cerita tentang beruk, cerita tentang rantai,
Kalau topik berat otak jadi serabai,
Kerja lainpun jadi terabai.

Beberapa bulan yg lepas sebuah pasaraya di Jalan Tuanku Abd Rahman mengadakan jualan utk ahli. Potongan harga boleh tahan utk barang2 terpilih. Akupun membawa keluarga aku ke sana. Emak Adam nak beli lampin pakai buang kerana murah. Di samping itu tengoklah kalau ada barang lain yg murah dan diperlukan.

Dalam kami melihat2 tu, Haikal jumpa satu barang yg dia sangat suka. Dalam kotak mcm beg James Bond tapi besar sikit. Harga biasa RM100 tapi sebab ada potongan jadi RM70.

Haikal ni pun pandai. Kalau dia minta kat emaknya mesti tak dapat. Kena marah adalah. Jadi dia jumpa aku dgn barang tu. Dia kata belikanlah utk dia sebagai hadiah harijadinya yg masih sebulan lebih lagi masa tu. Pandai menyayat mcm ayahnya juga

Aku suruh dia bawa ke kaunter masa aku nak bayar nanti. Mendengar aku beri lampu hijau apalagi senyum sampai ke telingalah dia hehehe
Dipendekkan cerita setelah dibeli dan dibawa balik, benda tu masih tak digunakan kerana emak dia bising.
"Buat menyemak rumah aje," kata emak Adam.

Biasalah org perempuan bukan boleh tengok rumah semak sikit.

Minggu lepas, setelah 3 minggu menyambut harijadinya, satu usaha bersepadu oleh Haikal, Haizam dan Atikah utk menggunakan benda itu telah dilakukan. Namun tak berhasil sebab tak boleh nak dipam menggunakan pam basikal yg biasa.
Haikal cadangkan membawa benda itu ke stesen minyak utk dipam di sana. Kakaknya kata kalau dah dipam mcmana nak bawa balik sebab dah jadi besar. Iye tak ya juga hehehe

Akhirnya kami terpaksa beli pam elektrik. Mula2 jumpa yg harga >RM50. Mak ai ini yg dikatakan mahal rantai dari beruk. Cari punya cari akhirnya jumpa pam elektrik yg berharga RM21.
Lepas dipam, inilah rupa bendanya.

Adam dan Haikal gembira bermain air di dalam kolam plastik

Kalau dah main air Adam tak mahu nak keluar huhuhu

Kalau tak kerana segan dgn jiran2 aku pun dah join sekali hehehe

Sunday, May 30, 2010

Apa Yang Dicari Lelaki 40an - Satu Pendedahan

"Bila kita menjangkau umur 40an, sebagai lelaki kita akan lakukan salah satu dari dua perkara:
1) tukar isteri atau
2) tukar pekerjaan"

Itu kata2 mantan bos aku semasa dia mula masuk kerja di sykt kami.

"Saya tak berani buat yg pertama jadi saya pilih yg kedua!" sambung dia menerangkan kenapa dia bertukar kerja dari sebuah sykt GLC negaranya (bukan Malaysia) dgn gaji lebih dari SIN $1,000 sehari (dekat RM70K sebulan) ke sykt kami walaupun gaji yg didapati kurang dari apa yg dia dapat sebelumnya.

Sesetengah org mengistilahkan femonema ini "krisis pertengahan usia".

Bos saya tak keseorangan dalam perkara ini. Saya tahu ada lagi lelaki2 lain yg menghadapi masalah ini. Soalannya mengapa ini terjadi? Antara sebab yg boleh diberi ialah lelaki 40an sudah stabil dari segi keluarga dan karier. Kebiasaannya mereka sudah mempunyai anak yg remaja, punya rumah yg selesa, kenderaan yg mewah dan kerjaya yg stabil. Selalunya mereka sudah berjawatan Pengurus atau jika bekerja dgn gomen setidak2nya Timbalan Pengarah atau yg setaraf dgnnya.

Jadi apa lagi yg mereka mahu? CABARAN!

Ya mereka mahu cabaran baru kerana merasa apa yg mereka lalui ketika itu sudah tidak mencabar atau tidak cukup mencabar. Ini bagi yg sukakan cabaran dan menganggap cabaran akan membuat mereka mempunyai misi hatta utk satu jangka masa yg tidak terlalu panjang. Bila mereka berjaya mengatasi cabaran itu, mereka yg berasa puas. Suatu nikmat yg sukar diterangkan dgn kata2 (ewah).

Demi mencari cabaran, mereka akan lakukan perkara yg pada org biasa dianggap pelik. Saya pernah bertemu dgn sekumpulan beberapa org lelaki yg mencabar antara satu sama lain jika ada di antara mereka berjaya memiliki seorg selebriti tv cun yg telah berkahwin! Pemenang akan mendapat RM200K. Bukan tiada gadis2 yg lebih cantik tetapi inilah cabaran bagi kumpulan itu.
(Alhamdulillah saya tengok personaliti itu masih dgn suaminya yg asal dgn beberapa org anak. Kiranya tak berjayalah kumpulan itu.)

Contoh di atas mungkin ekstrem tapi kalau kita lihat di sekeliling kita, kita akan dapati ini berlaku. Cuba lihat betul2.

Ok saya rasa biar saya berhenti di sini dulu. Sebarang komen dan pandangan adalah dialu2kan.

Saturday, May 29, 2010

Di Celah-Celah Kehidupan - Bhgn 3

Antara golongan yg memerlukan bantuan tetapi sering terlepas pandang oleh pihak2 yg ditanggungjawabkan ialah warga emas yg miskin.

Baru2 ini kami telah berkunjung ke rumah Pakcik Ramli yg berumur 71 tahun. Beliau baru kematian isterinya beberapa bulan yg lalu. Kini beliau tinggal seorg diri di Flat PKNS satu bilik di Hulu Klang yg lebih dikenali dgn jolokan flat Columbia kerana banyak kes berkaitan dengan dadah di situ (mcm di Columbia cuma takde raja dadah yg mempunyai bala tenteranya sendiri).

Aku bersalaman dgn Pakcik Ramli sambil menghulurkan sedikit sumbangan dari ahli kariah surau kami

Aku masih ingat ketika Pakcik Ramli dan arwah isterinya menitiskan airmata semasa menerima bantuan wang dan hamper pada majlis di bulan Ramadan 3 tahun lepas di surau kami. Mereka begitu terharu mendapat hamper kerana itulah kali pertama ada org sudi memberi hamper kpd mereka. Walaupun isinya tak seberapa tetapi bagi mereka itu sesuatu yg bermakna. Berbanding sesetengah org yg mendapat berpuluh2 hamper setiap kali musim perayaan sehingga tak muat stor.

Pakcik Ramli tiada sumber pendapatan yg tetap. Untuk menyambung hidup beliau bekerja mengumpul tin2 dan botol2 kosong utk dijual kepada peraih.

Botol2 dan tin2 kosong diletakkan di dapur beliau kerana jiran2 tak membenarkan beliau meletakkannya di luar rumah

Pakcik Ramli memberitahu beliau cuma ada seorg anak perempuan yg telah berkeluarga dan tinggal di Pulau Pinang. Tetapi anaknya cuma datang bertemu beliau dua tahun sekali.

Kisah Pakcik Ramli dan dua kisah sebelum ini merupakan kisah benar mereka yg kurang bernasib baik yg perlu bantuan dari kita yg diberi sedikit kelebihan oleh Allah.

Friday, May 28, 2010

73

Ya 73. Aku bukan nak cerita tentang golongan2 di Padang Masyar nanti tetapi nak beritahu emak aku dah berusia 73 tahun hari ini.

Allah masih panjangkan umur beliau. Selamat hari lahir emak. Tiada hadiah istimewa dan tiada family dinner di restoran seperti tahun2 lepas.

Kami bersyukur emak dah bertambah sihat. Dah boleh makan walaupun cuma 2-3 sudu. Dah boleh buang air di bilik air di waktu siang. Dah boleh mandi walaupun berpapah dan berjirus. Dan yg paling penting dah boleh wudhu dan bersolat walaupun di hujung2 waktu supaya boleh gunakan satu wudhu utk dua waktu yg berbeza.

Ini hadiah utk emak dari anak, menantu dan cucu2 yg skrg berada di Jakarta

Sup Lidah

Lidah lembu yg belum dimasak

Org kata sup lidah lembu ni sedap dan berkhasiat. Entah ya entah tidak sebab aku tak pernah rasa. Tapi kalau sup lidah yg lain tu selalu aku rasa adeh deh deh

Oklah aku nak ke masjid ini.
Sent via BlackBerry from Maxis

Thursday, May 27, 2010

Murah Rezeki?

Orang kata kalau burung bersarang dekat rumah kita tandanya rezeki kita murah. Entah ya entah tidak tapi baru2 ni sepasang burung merbah telah membuat sarang di pokok yg ditanam di tepi rumah aku.

Ini dia pokok tu. Sarangnya ada kat celah tu. Cubalah cari kalau mata tajam.

Kalau tak nampak, ini dia sarang tu. Tapi gambar ni aku ambil 3 minggu lepas. Masa tu tak nampak lagi anak burungnya. Tapi ada sepasang burung merbah yg sering ke sarang itu atau berterbangan dan hinggap di dahan2 di kawasan rumah aku.

Merpati merbah dua sejoli yg sering berada di kawasan rumah aku

Isnin lepas semasa bermain di laman rumah, Atikah kata sudah ada anak burung dalam sarang tu. Mungkinkah rezeki kami akan bertambah murah?

Anak punai anak merbah
Turun mari buat sarang
Anak sungai pun berubah
Ini pula hati orang

Dah ke laut pula aku ni. Lebih baik aku pergi opis aku sekarang utk bayar gaji staf aku. Sekurang2nya murah rezeki dia sebelum cuti esok . . . . . .


Wednesday, May 26, 2010

Lunch Di Pejabat Gomen

Sayur pucuk manis, cencaru bakar, ikan masin bulu ayam dan sambal belacan

Kami sepatutnya ada mesyuarat dgn sebuah jabatan di Shah Alam pukul 11:30 pagi tadi. Dari pihak kami semua hadir. Mcm rombongan cik Kiah pulak hehehe. Semasa kami sampai, meeting utk projek sblm kami baru bermula.

"Takpelah tunggu kejap," kata hatiku.

Boleh juga sms dan BBM dgn kawan2 (you know who you are)

Tapi meeting yg satu lagi tu berlarutan sehingga pukul 12:45. Pengerusi kata meeting kami akan bermula pukul 2:30ptg.

Sementara tu kami dijemput makan tghari yg memang disediakan utk kami. Sepatutnya meeting dulu baru makan.

Harap meeting ni tak lama dan projek kami ini diluluskan. Kalau tak, mahulah aku tertidur sbb perut dah kenyang . . .
Sent via BlackBerry from Maxis

Di Celah-Celah Kehidupan - Bhgn 2

Rumah pertama yg kami lawati dulu semalam ialah rumah Puan Aziah. Beliau seorg ibu tunggal yg mempunyai 3 org anak. 2 org di IPTA dan yg bongsu bernama Azrul tinggal bersamanya di sebuah flat kos rendah yg mempunyai 2 buah bilik.

Puan Aziah (berbaju oren) menerangkan keadaan mereka sekeluarga kpd AJK surau yg datang melawat

Azrul seorg anak istimewa yg kini berusia 15 tahun. Semasa dilahirkan dia seorg yg normal tetapi semasa dia berumur 6 bulan dia telah terjatuh semasa dijaga oleh penjaganya. Azrul terpaksa ditinggalkan dgn penjaga kerana ibunya bekerja. Menurut doktor, Azrul mengalami pendarahan dalaman dan akibat daripada itu dia menjadi cacat.
(kes2 seperti ini yg membuat ramai ibubapa risau bila meninggalkan anak2 mereka dgn penjaga)


Kini dia tak mampu bergerak. Makan menggunakan tiub dan diberi susu. Selain itu, ibunya yg bekerja sebagai seorg kerani di sebuah jabatan kerajaan terpaksa membeli lampin pakai buang utk kegunaan anaknya.

Puan Aziah tidak mendapat sebarang bantuan dari JKM atau PPZ kerana beliau bekerja. Dengan gajinya sebagai seorg kerani itulah dia membesarkan anak2 yg tiga org termasuk Azrul yg memerlukan perhatian lebih kerana keadaannya itu.

Untuk meringankan sedikit tanggungan Puan Aziah, pihak surau telah menghulurkan bantuan kewangan sumbangan ahli2 kariah yg prihatin.

Tuesday, May 25, 2010

Pisang Tanduk

Malam tadi semasa aku mengikuti rombongan AJK surau menziarahi keluarga2 yg kurang bernasib baik, aku diberitahu pisang tanduk yg ditanam di kawasan surau kami dah nak masak dan dah ditebang. Setiap AJK diberi sebiji kecuali aku yg diberi dua biji. Alasannya keluarga aku ramai. Kalau dibandingkan dgn Puan Lina yg ada anak 15 org tu, keluarga aku ni kecil aje.

Setiap pisang telah ditulis nama penerimanya. Nak tengok pisang aku? ish macam bunyi lucah. Kansellah

Ini dia pisang tanduk aku.


Pisang utk emak Adam (juga ada nama dia) aku tak boleh tunjukkan. Sebabnya?

.
.
.
.
.

Sebabnya .
.
.
.
.
.dah jadi pisang goreng

Telah selamat dijadikan hidangan minum petang sekejap tadi. Kebetulan sepupu aku yg duduk di Taman Melawati datang melawati emak aku.

Di Celah2 Kehidupan - Bhg 1

Malam tadi aku mengikuti rombongan surau menziarahi beberapa keluarga kurang bernasib baik di sekitar kawasan kami. Tujuan kami utk memberi sedikit bantuan kewangan kpd mereka. Sebahagian dari mereka merupakan OKU, ibu tunggal yg miskin, org yg mengidap penyakit buah pinggang dan anak2 yatim miskin.

Pagi ni aku nak bercerita sikit tentang salah sebuah keluarga yg kami lawati. Cerita tentang mereka pernah aku siarkan tak lama dulu tapi melihatkan keadaan mereka aku terpanggil utk menulisnya lagi.

Kami sampai ke rumah mereka agak lewat kerana rumah mereka rumah ke4 yg kami ziarahi malam tadi. Di rumah itu tinggal seorg ibu tunggal, Puan Lina yg kematian suami lebih kurang 9 bulan yg lalu. Arwah suaminya dulu bekerja sebagai pemandu teksi LCCT. Beliau mempunyai 15 org anak: 13 org masih belajar. Cuma 2 org yg paling kecil yg belum bersekolah lagi. Rumah usang itu rumah nenek saudara mereka yg juga seorg ibu tunggal yg lanjut usianya (85 tahun).

Semasa kami sampai sebahagian anak2 yatim ini telah tidur. Mereka tidur di ruang tamu tanpa tilam. Ada yg menggunakan sofa sebagai tempat tidur. Menurut Puan Lina anak2nya memang biasa tidur awal kerana pukul 6:00 pagi mereka semua akan bangun utk solat Subuh.

Aku dapati 2 org anak perempuan sedang menyiapkan kerja sekolah dgn dibantu oleh kakak mereka yg no 3. Kakak mereka ini belajar di UiTM Seri Iskandar dan sedang bercuti.

Keadaan di rumah mereka semasa lawatan kami malam tadi

Anak bongsu yg berumur 7 bulan begitu nyenyak tidur walaupun tidak berbantal dan cuma beralaskan tikar getah. Bayi ini tidak pernah melihat wajah ayahnya kerana dia masih dalam kandungan semasa ayahnya meninggal dunia

Berbanding semasa lawatan kami yg pertama beberapa bulan yg lalu, kini mereka telah mendapat bantuan bulanan dari Baitulmal sebanyak RM500. Dan mulai bulan lepas JKM juga memberi bantuan sebanyak RM450 sebulan. Dengan bantuan sebanyak RM950 mereka terpaksa berjimat cermat utk meneruskan hidup di KL ni. Utk menambah pendapatan Puan Lina mengambil upah menjaga anak orang. Malangnya sudah hampir dua bulan menjaga anak org, beliau belum menerima sebarang bayaran kerana org yg dijagakan anaknya itu juga seorg janda.

Sedikit bantuan utk anak2 yatim ini. Tengok si kecil tu dah terjaga. Comelnya dia

Puan Lina begitu bersyukur apabila diberi sedikit bantuan kerana beliau sedang sesak skrg utk membeli susu anaknya. Nak tunggu duit dari Baitulmal dan JKM 1hb depan baru dapat.

Aku terharu bila Puan Lina bercerita bagaimana mereka perlu berjimat cermat menggunakan duit yg mereka dapat. Jika anak2 teringin nak makan burger, dia akan beli burger mentah dan memasaknya di rumah kerana itu lebih murah. Jangan haraplah nak makan burger Otai apatah lagi burger Mekdi. Mereka tak mampu!

Inilah sedikit kisah di celah2 kehidupan utk renungan kita bersama. Bersyukurlah kita kerana diberi berbagai2 kesenangan oleh Allah jika dibandingkan dgn mereka yg susah seperti keluarga ini.

Monday, May 24, 2010

Emak Aku Dah Balik Rumah

Setelah 12 hari di Pusrawi, akhirnya emak aku dibenarkan pulang ke rumah hari ini. Sebelah pagi tadi adik kembar aku datang ke hospital utk bayar bil. Dekat RM20K. Nasib baiklah dia tu CEO. Nanti aku bayarlah bahagian aku sikit2 kat dia. Dalam setahun habislah kalau sebulan aku bayar seribu. Kalau ada rezeki mungkin cepat sikit habis aku bayar.

Apalah seorg sepuluh ribu tu kalau dibandingkan dgn susah payah emak kami mengandung, melahir dan membesarkan kami. Ayat klise

Nasihat aku, eloklah kalian ada insuran bukan saja utk diri sendiri dan keluarga tetapi utk ibubapa juga sebagai persediaan kalau sakit. Lainlah kalau kerja gomen.

Emak aku bersama sebahagian jururawat dan kakitangan di Wad Al-Aman sebelum beliau keluar tengahari tadi

Kepada doktor2, jururawat2 dan kakitangan lain yg bersusah payah menjaga dan merawat emak kami selama ini, kami ucapkan ribuan terima kasih. Hanya Allah yg dapat membalas jasa kalian.

Kepada sanak saudara, sahabat handai, jiran2 dan rakan2 blogger yg telah menziarahi emak kami atau mendoakan semoga dia cepat sembuh, aku ucapkan berbanyak2 terima kasih. I love all of you!

Sunday, May 23, 2010

Macam2 Pakaian Ketika Bersolat Jumaat

Jika kita perhatikan di Malaysia ni macam2 pakaian dipakai oleh jemaah ketika pergi solat Jumaat. Di tempat lain seperti di negara Arab atau di India/Pakistan rata2 jemaah memakai pakaian yg sama. Kalau di negara Arab hampir semuanya memakai jubah termasuk org kita yg pergi buat haji atau umrah. Kalau di India dan Pakistan mereka pakai kuta yg macam org tabligh pakai tu. Tapi di sini macam2 fesyen. Ini kerana kita mempunyai latar belakang berbeza.

Aku sendiri memakai pakaian yg berbeza ketika pergi masjid utk solat Jumaat mengikut keadaan. Aku ingin berkongsi pengalaman aku dalam hal ini sejak aku bekerja di KL. (Zaman sekolah dan masa kerja di Miri dan JB tak payah ceritalah. Nanti panjang sangat pula n3 ni)

Mula2 aku kerja di sini dulu aku terpaksa pakai kemeja dan bertali leher. Jadi bila aku pergi solat Jumaat aku smart semacam. Aku fikir kalau aku kena pakai smart semasa urusan dunia apa salah aku 'menyemart' semasa menghadap Allah. Tapi untuk mengelakkan tie aku rukuk dan sujud bersama2 pergerakan aku, maka aku masukkan tie tu dalam baju di antara butang no 2 dan no 3. Bila aku fikir apa hal smart mcm tu, aku pun buka tie aku masa solat.

Setelah beberapa tahun kerja di KL kami dapat Pengerusi baru. Dia ni 'paksa' semua pekerja pakai baju batik bila hari Jumaat. Maka aku pun berbaju batik ketika solat Jumaat mcm org Indon huhuhu.

Beberapa tahun kemudian polisi sykt bertukar lagi. Kami digalakkan memakai kemeja T bila hari Jumaat. Santailah konon pada hari terakhir bekerja dalam seminggu. Maka aku pun pakai t shirt yg siap lambang sykt lagi setiap Jumaat. Ada pendapat kata tak baik pakai baju yg ada gambar binatang terutama ketika sembahyang. Malangnya t shirt aku semua ada lambang binatang sebab aku kerja dgn sykt kulit kerang. Kerang tu kan binatang ngeee

Sekarang bila aku kerja sendiri, kebiasaannya aku akan pakai baju Melayu dan berkain pelikat bila ke masjid pada hari Jumaat bila aku ada di KL.

Cuma aku belum pakai baju Melayu sepasang siap dengan kain samping aje pada hari Jumaat. Aku risau orang salah anggap pula kalau aku pakai macam tu hehehe



Maple Jom

3 layer tea + roti tisu

Ada satu kedai mamak baru buka dekat tempat aku. Malam ni balik dari hospital famili aku ajak singgah utk supper.


Sent via BlackBerry from Maxis

Saturday, May 22, 2010

Dedikasi Untuk Jururawat Yang Berdedikasi

Sejak emak aku masuk hospital lebih seminggu yg lalu, hospital tu dah jadi mcm rumah aku yg no 2. Kalau tak siang, malam aku akan ke sana melawat emak aku.

Selalunya dah habis waktu melawat aku masih di sana. Jururawat yg bertugas mungkin tak sampai hati nak suruh aku balik rumah no 1 aku. Mereka biarkan aje sehingga aku tergerak utk balik. Kadang2 sampai pukul 11 lebih.

Malam tadi semasa melawat emak aku, dia beritahu aku jururawat2 pelatih yg ramai di hospital tu dah habis praktikal mereka. Tak dapatlah jumpa mereka lagi.

Pagi ni semasa aku, emak Adam dan 2 org anak aku ke hospital tinggallah jururawat biasa.

Apa2pun aku nak ucapkan terima kasih di atas dedikasi mereka menjaga dan merawat emak aku selama ini.

Sebelum aku nak balik tadi kebetulan kawan aku yg duduk di Ipoh menghantar sms ini:

Definition of a Nurse:
A young and beautiful woman who fingers you in all places and holds your hand and then expects your pulse to be normal.

Friday, May 21, 2010

Adam Kena Cucuk

Adam tak nangis semasa dan selepas dicucuk di peha kirinya (yg berplaster tu)

Hari ini aku dan emak Adam membawa dia ke hospital tempat dia dilahirkan 20 bulan dulu utk suntikan 5 dlm 1.

Harap dia tak demam.
Sent via BlackBerry from Maxis

Dah Naik BerLUMUT Gambar2 Ini

Diam tak diam dah dua minggu aku ke Lumut kerana urusan kerja. Tapi dalam bekerja tu sempat juga aku dan rakan2 menikmati apa yg patut di sana tu. Izinkan aku ilustrasikan dalam bentuk gambar2 yg aku rakamkan yg dah nak berlumut kerana terperap dalam kamera aku ni.

Akitviti utama ke mana saja tentulah makan. Kat Lumut banyak makanan laut. Ini aku tunjukkan sikit biar korang rasa lapar hehehe Yang ini sebahagian hidangan makan malam pertama

Pari bakar dengan cicah air asam. Perghhhh

Siakap masak sweet and sour

Yang ini pula sebahagian menu makan tengahari kami. Ada ketam dan kepala ikan yg tak masuk dalam gambar ini

Kami tinggal di hotel ini

Kalau bawa anak2 mesti aku berenang kat kolam yg cantik ni huhuhu

Kami sempat singgah di kilang buat colok gergasi. Mencemarkan alam betul bila colok2 ini dibakar. Kawan aku bergaya dgn colok yg separuh siap

Feri ke Pulau Pangkor. Tengok ajelah. Lain kali aku datang lagi bawa famili, insyaAllah.

Ok lah aku nak keluar rumah dah ni. Ada urusan. Selamat berhari Jumaat.

Thursday, May 20, 2010

Pagi-pagi Dah Sedia Nak Balik

Seperti yg aku ceritakan dalam n3 aku sebelum ni, ibubapa mertua ku telah datang ke rumah kami pada malam minggu yg baru ni. Tujuan utama mereka nak berjumpa anak cucu dan menantu kesayangan terutama Adam kerana dah lama mereka tak datang ke rumah kami.

Tetapi selepas 2-3 hari mereka dah sibuk nak balik kampung semula. Ayam tiada siapa nak jaga menjadi alasan klise. Walaupun telah dipesankan kpd anak jiran utk tolong memberi makan ayam2 tu yg dah cuma tinggal beberapa ekor pun. Nak beri alasan nak bagi makan kambing, mertua aku tak bela kambing ngeh3x

Aku nak suruh Hazwan hantar datuk nenek dia balik kampung naik Camry dia pula ada kuliah setiap hari. Aku bukan tak nak hantar tapi aku pula ada kerja dan meeting di samping berulang alik ke hospital melawat emak aku yg sakit. Kalau hujung minggu ni insyaAllah tak jadi masalah. Tapi mereka dah nak balik sangat ni.

Emak Adam terpaksalah tepon adik beradik dan ipar2nya tanya siapa yg boleh tolong menghantar ibubapa mereka pulang.

Akhirnya Achik kata dia boleh menghantar ibubapanya ke rumah kakaknya yg no 2 (kakak ipar aku) hari ni selepas dia habis kerja.

Pagi ni aku tengok awal2 lagi emak mertua aku dah siap berkemas dan letak beg dia depan pintu.

Ready to go

Dulu masa aku kecil aku masih ingat arwah nenek aku kalau nak datang tak sempat2. Tapi kalau nak balik juga tak boleh nak tunda.

Mungkinkah bila kita tua esok (kalau panjang umur) kita juga akan jadi begini?

Wednesday, May 19, 2010

Jiran2 Datang Menziarah Ibu

Sebentar tadi beberapa org jiran kami yg diketuai oleh Pengerusi surau telah menziarahi ibu saya yg masih terlantar di hospital. Mereka baru tahu hari ini yg ibu saya masuk hospital. Sengaja kami tak menghebahkan berita ibu masuk hospital kerana keadaannya tak kritikal.

Sempena lawatan itu mereka telah mengadakan bacaan doa selamat di samping membawa buah tangan.

Semoga berkat doa itu ibu akan cepat sembuh dan boleh pulang ke rumah.
Sent via BlackBerry from Maxis

Lagi Kisah Ikan Bilis

Mertua aku datang ke rumah kami malam minggu lalu. Sudah lama mereka tak datang kerana kesihatan yg kurang mengizinkan dan tiada siapa yg nak bawa mereka ke mari. Kebetulan Acik Adam balik kampung hujung minggu lepas. Semasa dia dan isterinya mahu pulang semula ke KL, ibu dan bapa mertua aku ikut sekali.

Siang Ahad itu kami melawat ibu aku yg berada di Pusrawi. Bapa mertua aku tak ikut sekali kerana dia sukar berjalan sejak kakinya dibedah beberapa tahun yg lepas. Dia lebih suka duduk di rumah saja bermain dengan Adam dan cucu2nya yg lain.
Selain itu mertua aku ni cukup suka menolong mengopekkan ikan bilis. Kebetulan ikan bilis yg emak Adam beli baru2 ni belum sempat dikopek ngeh3x

Kami belikan lagi sekilo ikan bilis supaya mereka boleh bawa balik ke kampung. Lagi banyaklah nak kopek. Aku ingat nak ambil kontrak kopek ikan bilis utk hotel2lah

Mertua aku tak membuang kepala bilis ni. Mereka kumpulkan nak dibawa balik ke kampung. Bila melihat bekas berisi kepala ikan bilis tu, akupun teringat n3 aku hampir setahun lepas yg bertajuk "Hidayah Via Kepala Bilis"

Kepala ikan bilis yg telah dikumpulkan oleh mertua aku

Untuk mereka yg belum baca kisah menyayat hati itu aku kopipes di bawah ni.

Cerita berikut berdasarkan kisah benar.

En Mahbob (bukan nama sebenar) merupakan seorg pegawai tinggi kerajaan. Hidupnya sentiasa sibuk dgn urusan rasmi dan tidak rasmi. Rezekinya melimpah ruah dgn segala macam kenikmatan dunia tapi sayang hidupnya jauh dari amalan agama. Malah banyak perkara2 yg dilarang dilakukan termasuk meminum minuman keras.

Untuk membantu isterinya di rumah beliau menggaji seorg pembantu rumah - budak tempatan dari sebuah kampung di pendalaman.

Dipendekkan cerita, satu hari pembantu ini menghidangkan ikan bilis goreng sebagai hidangan makan malam. Sedang hendak memulakan makan, En Mahbob bertanya kpd pembantu rumahnya, "ikan bilis yg saya beli ini jenis besar dan mahal. Yang kamu goreng ini cuma badannya jadi mana kepalanya?"

Pembantu rumahnya tersentak dgn soalan yg tak dijangka itu. Dalam keadaan separuh cuak dia memberitahu, "sebenarnya kepala ikan bilis itu saya kumpul dan saya telah bawak balik kampung hujung minggu lepas semasa saya bercuti,"

"Kamu buat apa dgn kepala ikan bilis tu!" tanya En Mahbob.

"Sa sa saya bagi kpd keluarga saya Encik. Kami tak mampu nak beli ikan bilis kerana kami org susah." jawab pembantu rumah separuh terketar2 kerana mengambil kepala ikan bilis yg disangka hendak dibuang tanpa kebenaran majikannya.

"Kamu buat apa dgn kepala2 ikan bilis tu?" soal En Mahbob lagak pegawai SB yg mahu membuat 'turnover'.

"Saya goreng dan buat lauk. Adik2 saya begitu seronok dapat makan lauk ikan bilis (kepala) hari itu. Saya mintak maaf kerana tak meminta kebenaran Encik sebelum saya kumpul dan bawak balik kepala ikan bilis itu." terang pembantu rumah tersebut.

"Takpe saya tak marah cuma saya nak tahu kemana perginya kepala ikan bilis ni." balas En Mahbob.

Malam itu, sebelum tidur En Mahbob teringat peristiwa tersebut. Kepala ikan bilis yg tidak bernilai baginya tetapi boleh mendatangkan kenikmatan kpd org lain yg tidak mampu utk membelinya. Baginya jangankan kepala bilis kepala keretapi pun mampu dibelinya. Begitu banyak nikmat Allah yg dilimpahkan kpdnya tapi bukan membuatnya semakin dekat dgn Tuhan. Dia sedar dia telah jauh menyimpang dari ajaran Islam. Malam tersebut dia bermonolog dgn dirinya, menghisab diri.

Keesokan harinya dia telah pergi berjumpa seorg tokoh agama yg terkenal utk membimbingnya kembali ke jalan Allah. Dengan bantuan tokoh tersebut dan keinsafan yg lahir dari dalam diri dan hati, En Mahbob menjadi seorg muslim yg mukmin. Kalau dulu dia jarang2 sekali solat kecuali jika ada upacara rasmi (solat terpaksa), sekarang di tidak pernah meninggalkan solat. Malah seboleh2nya dia akan bersolat berjemaah.

Tidak lama selepas peristiwa itu, En Mahbob telah membawa isterinya menunaikan umrah utk memohon ampun di atas dosa2 mereka selama ni.

Beberapa minggu selepas pulang dari umrah En Mahbob telah jatuh sakit. Dia disahkan mengidap barah. Umurnya tidak panjang. 3 bulan selepas itu dia dijemput pulang menemui Penciptanya. Allah lebih sayang kpdnya. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya.

Hidayah yg lahir dari kepala ikan bilis.

Tuesday, May 18, 2010

Hidup Biar Sedap

Lunch tadi, aku dan kawan aku pergi makan nasi kandar di PJ Old Town. Tengok gambar di atas ini. Itu lunch aku. Sekali sekala makan tak ingat dunia. Hidup biar sedap (konon). Kebetulan aku tak makan malam semalam. Kira jamak takhir. Tapi tak diqasarkan hehehe

Dalam perjalanan balik kami bincang matlamat hidup masing2. Jelas makan bukan matlamat utama kerana berapa pinggan sangatlah kami boleh makan walaupun lauknya sedap2.


Sent via BlackBerry from Maxis

Monday, May 17, 2010

Alhamdulillah Sudah Selamat

Ibu aku telah selamat menjalani pembedahan membuang pundi hempedunya yg telah pecah dan batu2 karang yg telah bersarang di situ. Operasi bermula pukul 2 ptg dan selesai pukul 4:45 ptg.

Gambar menunjukkan batu2 yg telah dikeluarkan. Kalaulah batu ni emas atau mutiara, kayalah aku.

Emak Adam kata emak aku kena batu karang kerana menantu2nya dari Tg Karang hehehe
Sent via BlackBerry from Maxis

Persamaan Aku Dengan Ananda Krishnan

Ekoran cerita aku tentang Mrs Maniam semalam aku teringat yg org kedua terkaya di Malaysia iaitu T Ananda Krishnan pernah bersekolah di sekolah rendah yg sama dgn aku. Tak pasti pula samada Mrs Maniam pernah mengajar dia. Tapi mungkin tidak sebab umur mereka lebih kurang.

Selepas tamat sekolah rendah di Brickfields, Ananda menyambung pelajarannya di Victoria Institution. Aku pun sekolah menengah di situ juga. Kiranya aku ni mengikut jejak langkah beliau ecece.

Tapi persamaan kami berakhir di situ huhuhu

Sekarang Ananda mempunyai banyak syarikat dgn harta sebanyak RM27 billion menurut laporan Malaysian Business keluaran 15 Mac hari tu. Dia merupakan org yg kedua terkaya di negara kita selepas Robert Kuok dgn harta bernilai RM42.76 billion.

Aku mungkin org yg ke 27 juta terkaya di Malaysia.

Oh ya satu lagi persamaan aku dan Ananda: Kami sama2 pakai Maxis - tapi dia taukenya sedangkan aku cuma pelanggan yg akan menambah kekayaan org yg dah sedia kaya ni hehehe

Sunday, May 16, 2010

Guru Yang Tak Boleh Aku Lupakan (semestinya guru wanita!)

Hari ini hari guru. Kebanyakan blog bercerita tentang Hari Guru. Aku pun nak tumpang semangkuk (bukan bermakna aku ni mangkuk hehehe).

Tadi pagi semasa menunggu doktor pakar yg hendak membuat pembedahan ke atas emak aku datang utk memberi penerangan kpd aku dan adik kembar aku, kami bersembang. Banyak perkara yg dibualkan maklumlah org hospital kata doktor datang pukul 8:30 atau 9:00 pagi tapi doktor tak datang sehinggalah pukul 10:35 pagi. Nasib ada kawan cerita.

Antara topik yg disentuh ialah guru2 yg pernah mengajar kami. Kami masih ingat lagi guru2 yg mengajar kami dari Darjah 1 hinggalah Tingkatan 5. Mungkin ada antara mereka telah tiada di dunia ini.

Dalam ramai2 cikgu tu saya ingat cikgu saya masa Darjah 2. Mrs Maniam namanya. Ada ke patut saya (dan beberapa murid lain) di make up jadi macxam perempuan utk Hari Penyampaian Hadiah. Ini semua kerana sekolah kami sekolah semua pelajar lelaki (sekolah rendah tu). Aku syak aku antara murid yg paling cun masa tu. Yang paling aku tak syok aku kena pakai sari. Siap dengan gincu dan rambut palsu lagi. Tugas aku memberi bunga telur kepada tetamu2 kehormat.

Masa aku nak menuruni pentas, rambut palsu aku tercabut! Maklumlah rambut aku yg ori pendek sangat untuk mengepitkan rambut palsu tu. Mana nak pasang balik rambut tu dan mana pula nak membahagi2kan telur. Org ramai gelak guling-guling pecah2 perut.

Nasib baiklah aku baru berusia 8 tahun masa tu. Buat muka stone ajelah.

Kepada semua guru-guru: Selamat Hari Guru.

Saturday, May 15, 2010

Pengumuman

n3 sebelum ini telah ditamatkan penyiarannya kerana terdapat unsur2 tahyul dan keganasan melampau sebab2 tertentu.

Terima kasih kepada yg sempat membaca dan memberi komen. Semua komen telah dibalas sebelum penarikan balik penyiaran.

Sebarang kesulitan kepada pihak terlibat amatlah dikesalkan.

Friday, May 14, 2010

Bersedia Untuk Kemenangan Piala Thomas

Dua tiga kucing berlari
Mana nak sama si kucing belang
Pastikan China gigit jari
Sambil menangis berkemas pulang

Ok badminton dah nak start ni. Jom kita sokong pasukan Malaysia!

Thursday, May 13, 2010

Demam Adamaya Sampai Ke Kemuncaknya

Hari ini episod akhir. Aku sedang tunggu ibuku untuk dipindah ke wad. Nasib baik di tempat menunggu di unit kecemasan ni ada tv kecil ni.

Makcik 2 org ni pun tak nak ketinggalan menonton. Misi2 kat sini pun aku tengok dok jeling2 ke tv hehehe
Sent via BlackBerry from Maxis

Ibuku Masuk Hospital Lagi

Bagaimana cara terbaik menyambut Hari Ibu dan Hari Jururawat?

Ya, bawa ibu anda ke hospital!

Setelah 2 hari 2 malam tak lalu makan dan minum dan setelah puas memujuk, akhirnya ibu aku setuju utk dibawa ke hospital. Sakitnya spt bulan lalu iaitu kencing manis dan dehydrasi berulang.

Skrg dia sedang didrip sebelum dipindahkan ke wad.

Harap doakan dia cepat sembuh. Aku dahulukan dgn ucapan berbanyak terima kasih.
Sent via BlackBerry from Maxis

Sedangkan Lidah Lagi Tergigit . . . .

"Jom solat jemaah," kata aku kpd emak Adam yg sedang membuaikan Adam petang semalam.

"Eh abg tak jadi nak ke surau ke?" tanya dia separuh pelik kerana sebelumnya aku dah ready mcm nak ke surau.

"Tak jadi sebab bibir ni luka kena pisau cukur masa lepas wudhu tadi. Banyak darah keluar ni. Takut kena sejadah kat surau nanti," terangku sambil menunjukkan bibir aku yg masih berdarah.

"eeee macamana boleh kena pisau cukur?" balas isteriku dengan raut muka mcm org ngeri.

"Dah nak kena nak buat mcmana. Nak cepat tadi. Sedangkan lidah lagi tergigit" balas aku ala2 macho.

"Banyak ke darahnya tu bang?" tanya emak Adam lagi dalam nada risau.

"Habislah setengah gulung tisu jamban. Tu hah dalam bakul sampah. Penuh darah kat tisu2 tu," aku menunjuk ke arah tong sampah di dalam bilik tidur kami.

Isteri aku pun melihat ke dalam tong sampah.

"Ek alah. Tak lah banyak mana. Ingat macam saya luka kena pisau hari tu." katanya sambil mencebikkan bibir.

Wednesday, May 12, 2010

Untung Jadi Pegawai Bank

Org kata "Bankers attract interest."

Bukan saja bank mengenakan interest yg membebankan tetapi ada banyak kisah menarik mengenai mereka. Pagi ini aku interested nak berkongsi cerita aku tentang banker. Begini kisahnya:

Semalam pagi semasa aku sedang bekerja di rumah seperti biasa aku menerima satu panggilan telefon. Nombor yg aku tak kenal tapi dari KL (no talian tetap).

"Can I speak to En Yunus Badawi?" kata suara di hujung talian.

"Yes speaking," balasku.

"This is ABC, your primary schoolmate," dia mengenalkan dirinya.

"Oh, ABC DEF, yes I remember you," kataku memberi nama penuh dia utk menunjukkan aku masih ingat padanya.

"You still can remember me eh," katanya separuh teruja.

"Of course I do. You stayed at Flat GHI last time," sambungku penuh yakin. Nasib baiklah memory aku ni lebih dari 4 gig.

Kami pun bercerita kisah zaman di sekolah rendah. Juga tentang masa sekarang termasuk keluarga.

"Ya, I am working at JKL Bank now," terangnya.

"You must be at least a branch manager now?" aku mengagak kerana usianya sekarang dah 40an.

"I am a relief manager. I was going through our customer's list and saw your name and your hp no. That's how I got your number," dia memberi penjelasan panjang lebar.

"You are staying at MNO now, aren't you?" dia menyambung.

"Yes, that's right," aku mengiyakan.

Kami sambung bercerita untuk lebih kurang 5 minit sebelum dia berjanji mahu sms no hp dia.

End of story.

Selepas aku meletakkan telefon aku terfikir kalau pengurus bank mungkin juga kakitangan bank yg lain boleh mendapat maklumat begini tentang pelanggan mereka, tentu macam2 lain data kita mereka boleh capai.

Pasti dia tahu simpanan aku di bank dia tinggal RM101.94! Kalau dihantar ke CITOS mahu aku tak boleh buat pinjaman huhuhu.

Nota kaki: Perbualan kami dalam bahasa Inggeris kerana dia Serani. Kami sekolah di sekolah Jenis Kebangsaan masa sekolah rendah dulu.

Tuesday, May 11, 2010

Apa Yang Dilakukan Dalam Mesyuarat?

Kita sering menghadiri mesyuarat kerana ianya sebahagian tuntutan tugas kita. Tapi ada ketikanya kita hilang fokus kpd apa yg dibincangkan jika agenda meleret2 atau takde kena mengena sangat dgn kita.

Ini yg terjadi baru2 ini kpd rakan aku. Sementara menunggu giliran membincangkan perkara yg ada sangkut paut dgn dia, sempat dia melukis. Nasiblah boleh tahan lakaran dia. Aku yg duduk sebelah dia ambil gambar ini utk dikongsi bersama.

Nah tengoklah ini

Apa pula yg anda lakukan dalam mesyuarat anda?

Monday, May 10, 2010

Lunch Dgn Tijah dan TINY

Khamis lepas aku diajak lunch oleh dua org diva di alam blog ini: Tijah dan KAKTINY aku yg menyibuk nak join yg sebenarnya

Pagi tu Tijah sms utk mengingatkan aku lunch date kami. Aku rancang nak ke Lumut pukul 3:00 ptg tu. Jadi sempatlah join dua org ni. Aku pun jawab sms dia kata wokey.

Tiny lagi hebat. Siap buat n3 hari Isnin bertajuk "Menanti". Dia tulis macam ni

Dah bulan Mei.. cepatnya masa berlalu...

Minggu ni aku menanti dua perkara..


1) Hari nk deting ngan
Tijah ngan YB.. (hahaha... buleh jer jadikkan entri.. kahkahkah)

Lewat pagi Khamis tu aku ke opis aku di Rawang kerana ada perkara aku nak selesaikan dgn staf baru aku tu. Dalam perjalanan pulang aku dpt sms dari Tijah kata mereka di Jonis - kat dalam sebab ada ekon. Saja aku tak balas (giler ke nak balas sms masa memandu 130 kat DUKE tu hehehe). Lagipun aku dah nak sampai.

Sebaik aku nak masuk jonis tu, kawan aku yg dari JB yg akan bersama2 ke Lumut call. Dia baru bertolak. Janji pukul 3:00 nak ke Lumut, pukul 12:30 masih di JB. Pukul berapa nak mulakan perjalanan ke Lumut ni? Tapi takpe. Bolehlah aku lama sikit dgn diva 2 org tu ngeh3x

Sekarang kita layan gambar2 yg aku ambil semasa kami lunch tu.

Tiny sedang memasukkan bahan2 ke dalam kapal wap kami. Yang kulit cerah tu. Aku suspek mesti dia pakai Fair & Lovely banyak2. Tijah sibuk dgn sms dia. (maaf - mereka tak kasi aku siarkan gambar yg ada tunjuk muka2 mereka yg cun tu!)

Sambil kami makan, macam2lah kami cerita. Dah habis steamboat tu Tiny order pulak benda lain. Antaranya:

Tomyam. Tengok udang dia tu. Tijah dan Tiny cengelat tak makan udang. Aku yg kena habiskan huhuhu

Yang ini daging bakar

Dan BBQ kepak ayam. Tengok Tijah dan Tiny sedang melapah sayap ayam tu. By this time, tomyam dah tinggal kuah. Sila perhatikan mangkuk di sebelah kanan tu.

Lepas makan mesti nak cuci mulut. Rupa2 2 org diva ni dah siap2 order dessert mereka sebelum aku masuk jonis tu. Mereka pilih red waterchesnut. Tijah dah tak setia dgn Salim nampaknya. Aku pun ikut order benda yg sama - senang nak buat kalau semua sama fikir aku yg sebenarnya aku pun terliur tengok gambar benda tu

Red waterchesnut dgn hirisan nangka berlatarbelakangkan kulit2 udang

Masa aku nak habiskan dessert aku ni, kawan aku call. Nasib tak banyak sangat call tengahari tu. Kalau tak mesti 2 org tu bengang. Sedang aku cakap dlm tepon aku, Tiny dah pergi bayar lunch kami. Aku nak bayar dia tak nak. Tijah pun nak tong tong tapi Tiny menolak. Dia nak belanja kami katanya. Terima kasih daun keladi. Lain kali giliran kami pula.

Sunday, May 9, 2010

Salam Dari Juasseh

Aku singgah di masjid Tmn Desa Anggerik, Mukim Juasseh utk solat qasar Asar setelah menghantar Afifah.

Haikal kata dia dah rasa lapar. Nak kena carikan dia makanan supaya dia tak bising sepanjang jalan. Tapi Hazwan yg kali pertama ikut aku nak cepat sbb nak tengok F1 di tv pukul 8:00 mlm ni. Dia cadangkan beli roti dan milo kotak aje kat stesen minyak masa dia isi minyak kejap lagi. Melepaslah Haikal nak makan kepsi hehehe
Sent via BlackBerry from Maxis

Lain Kali Ajelah

Aku tengah takde mood nak update. Tapi bila aku tengok masih ada kawan2 yg masuk blog aku ni aku jadi rasa bersalah. Nak buat n3 Hari Ibu pun aku tak larat. Aku ucapkan secara direct aje kpd ibu aku dan emak Adam. Kpd rakan2 blogger yg dah jadi ibu aku sms aje. Itu pun tak semua. Yg rapat aje.

Lain kalilah aku update blog aku ni. Kejap lagi aku nak hantar Afifah balik asrama dia kat Serting. Dia balik kerana nak tengok neneknya yg sakit dan juga sempena Hari Ibu. Tapi bila nak balik, ayah jugaklah yg kena hantar !@#$%^&&*()_+ huwaaaaaa

Friday, May 7, 2010

Kalaulah Emak Adam Ada . . .

. . . Pasti ku ajak bercanda di pantai.

. . . Pasti ku bawa Pulau Pangkor

. . . Pasti ku order room service

. . . Pasti ku tak buat n3 sengal ini huhuhu
Sent via BlackBerry from Maxis

Thursday, May 6, 2010

Salam Dari Lumut

Aku baru selamat sampai di Lumut. Demi tugas kpd pertiwi, sanggup aku tinggal anak dan isteri (walaupun di malam Jumaat ini)

Skrg ni nak makan ikan bakar kat restoran ini.
Sent via BlackBerry from Maxis

Hanya Segenggam Setia

Lepaskanlah genggaman tanganmu
Pergilah dia menantimu
Jangan menangis...
Janganlah kau menolehku lagi
Biarlah kumembawa hati
Jangan ditanya ke mana kupergi

Tiba2 kedengaran lagu itu dari telefon bimbit tatkala aku sedang bersedap2an bersarapan meehoon goreng yg dimasak oleh emak Adam pagi semalam.

"telefon siapa yg bunyi tu?" tanyaku kepada Hazwan yg juga sedang sarapan bersama aku. Dia sepatutnya ada kuliah pagi semalam tapi MRR2 jam. Balik aje budak tu kerana dah lambat.

"Itu bukan telefon emak kan?" tanya dia pula.

"Yalah. Emak punya lagu Ruang Rindu (oleh Letto)" kataku sambil terus menyuap meehoon yg dah tinggal separuh pinggan.

"Ayah punya lagilah bukan sebab ayah lagu Separuh Jiwaku Pergi (oleh Anang)" sambungku.

"Itu Kak Yus punyalah. Pergi bagi kat dia," aku menyuruh Hazwan.

Kak Yus adalah pembantu warga Indonesia di rumah kami. Dia datang setiap pagi dari 8:30 hingga 11:30. Masa lain dia di rumah majikannya yg satu lagi. Kiranya dia buat part time di rumah kami dengan kebenaran majikan dia yg juga jiran kami. Doktor tak benarkan emak Adam buat kerja yg berat2 sejak menjalani pembedahan selepas melahirkan Adam.

Org seberang guna ringtone lagu kita tapi org kita pula yg ramai gunakan lagu dari sana hehehe

Sambil Hazwan berlalu membawa telefon tu lagu Rahmat tu terus terdengar

Senyuman yg engkau ukirkan
Seakan mengundang sengsara
Kalau ku tahu kau tersiksa
Tak kan kulepaskanmu







Wednesday, May 5, 2010

Pagi-pagi Adrenalin Dah Terpancut-Pancut

Selalunya sebelah pagi aku rilek2 buat kerja sementara menunggu enjin dalam badan aku ni panas. Tapi pagi ni ada beberapa kerja yg nak kena siapkan cepat.

Mula2 aku kena telefon sebuah jabatan kerajaan utk konfem meeting pagi ni dgn bos mereka pukul 11:00. PA dia call aku semalam pukul 4 lebih. Aku kena pastikan konsultan, Road Safety Auditor (2 org) dan klien aku dapat hadir pagi ini. By the time aku dapat hubungi semua mereka dah pukul 11:45 malam tadi. Pagi ni tepat pukul 8 pagi aku call PA tu. Takde org jawab panggilan. Pukul 8:05 aku call balik baru dapat. Ok konfem meeting pukul 11 pagi. Aku terus emel dan sms semua yg kena hadir. Laporan yg nak dibentangkan ada pula kat opis klien. Dia belum hantar rupanya! Aku suruh konsultan bawa salinan back up.

Sementara itu aku call opis aku di Rawang suruh kerani aku buat invois utk satu projek lain. Bukan banyak sangat pun - cuma RM4000 aje. Semalam dia dah buat tapi nombor PO nombor lama. Dia baru dapat nombor PO yg baru dari klien pagi ni. Aku pun boleh buat invois tu tapi saja nak latih dia kerana dia baru masuk kerja. Selepas dia buat invois tu dia emel kat aku utk aku cetak dan sain kat rumah ni. OK beres.

Sambil tu aku kejar pula konsultan utk satu projek lain di Klang. Nak ajak salah seorg kakitangan dia ikut aku ke Klang pagi ni berjumpa JKR. Konsultan tu tak boleh pergi sebab dia masih MC. Aku call dia tak jawab. Biasanya mamat ni tutup hp waktu malam sampailah pukul 9 pagi. Ceit tak nak diganggulah tu. Aku sms dia pagi tadi. Pukul 9:15 baru dia balas sms aku. Budak dia tak dapat pergi kalau last minute notice. Pegiiiii dah. Aku suruh dia emel lukisan pelan kpd aku. Biar aku aje yg bincang dgn JKR. Bukan rocket science pun benda tu. Tapi sampai sekarang tak emel lagi. Ini yg buat adrenalin aku keluar tambah banyak huhuhu

Oklah aku nak ambil Haikal dari sekolah agama. Dia ada ko-ku kat sekolah kebangsaan. pukul 11 pagi ni. Selalunya dia balik naik van sekolah pukul 10:30.

Tuesday, May 4, 2010

Marilah Kita Bersyukur Dgn Apa Yang Kita Ada

Pagi ni aku nak berkongsi kata2 Warren Buffet ini

"The HAPPIEST people do not necessarily have the 'BEST' THINGS.
They simply APPRECIATE the things they have."

Bersyukurlah dgn apa yg kita ada.

"Sesungguhnya jika kamu bersyukur pasti Kami (Allah) akan menambah (nikmat) kepadamu. Dan jika kamu mengingkari (nikmatKu) maka sesungguhnya azab Ku sangat pedih"

Surah Ibrahim ayat 7

Sunday, May 2, 2010

Ramainya Orang (Melayu) Di Jakel

Ada jualan murah di Jakel Shah Alam sempena pembukaan cawangan terbaru di Seksyen 7. Jurujual di sini cakap harga di sini lebih murah dari di cawangan lain walaupun semua tempat sedang berlangsung jualan murah.

Punyaalah ramai manusia sampai nak jalanpun susah. Orang kita ni pantang dengar ada sales!

Student UiTM yg nak kerja parttime utk 2 bulan semasa cuti semester ni bolehlah memohon. Gaji pokok RM850/bulan.
Sent via BlackBerry from Maxis

Aku dan Kampungku - Kg Datuk Keramat

Ahad lepas kami sekeluarga balik kampung emak Adam di Tg Karang. Padi sedang menguning. Pemandangan yg indah. Anak2 kami sempat memancing walaupun tak dapat ikan. Ada pembaca blog aku yg teruja melihat gambar sawah padi. aku pun begitu tapi kerana nak kontrol macho buat2 dek aje lah Ini yg aku jeles sikit kerana kampung emak Adam mmg kampung tradisi.

Ok hari ini aku nak tunjukkan pula gambar kampung aku. Sebelum tu bagi aku story sikit (kalau rajin nak tahu).

Aku dilahirkan di kampung ni. Bukan di hospital bersalin seperti sebahagian dari kalian. Tapi aku tak dibesarkan di sini sebab aku dibawa berpindah bersama keluarga ke tempat kerja ayah aku. Tapi masih dalam KL ni.

Selepas ayah aku bersara (kerja swasta takde pencen sebenarnya) dia dan ibuku pulang ke kampung kami. Aku dan adik aku masih menuntut di luar negeri masa tu. Lepas tamat belajar sempatlah aku duduk di kampung sebelum aku mula bekerja. Kerja pertama aku di Miri, Sarawak.

Masa aku melangsungkan perkahwinan aku dgn emak Adam, majlis tu diadakan di kampung aku dan kampung emak Adam. Lepas tu aku bawa emak Adam ke Miri. Bila raya baru kami balik kampung. Selalunya aku akan bercuti selama sebulan. Org kerja minyak ni banyak cuti.

Pada tahun 1990 aku dihantar oleh majikan utk bekerja di KL menjaga sebuah projek gas yg besar bersama rakan2 lain. Kami diberikan banyak kemudahan termasuk rumah. Aku pilih rumah di Keramat Hujung (dekat kawasan rumah KRU) kerana nak dekat dgn ibubapa aku ketika itu. Bukan tak boleh cari kawasan yg lebih ternama. Sewa rumah sykt yg bayar.

Selepas hampir 2 tahun hidup aman bahagia di kampung aku sambil menjalankan tugas seharian, kami diarahkan berpindah ke Pasir Gudang kerana projek memasuki fasa pembinaan pelantar di sana. Kami berada di sana selama 1.5 tahun. Lepas tu aku dapat masuk projek team lain pula dan dihantar ke KL semula utk menjaga konsultan. Sekali lagi kami cari rumah dekat kawasan kampung aku. Rumah sewa kami kali ini di pinggir kampung aku. Agen rumah mula2 menawarkan rumah banglo di Bangsar tetapi kami lebih selesa duduk di kawasan berhampiran kampung aku. Kawasan majoriti org Melayu/Islam. Senang nak beribadat.

Panjang sudah cerita aku tentang kampung aku. Di bawah ni gambar kampung aku yg aku ambil semalam. Taraaaa




Taman tasik di kampung aku dgn latar belakang bangunan pencakar langit tak jauh dari kampung aku

Saturday, May 1, 2010

formspring.me

Jangan tanya yang bukan-bukan ya!

nak tanya banyak-banyak kali dalam sehari pun takpe yang penting bookmark link ni:
http://formspring.me/yunusbadawi

Tikus Boleh Jadi Duit

Cuti2 hari ini kalau nak cari duit lebih pergilah tangkap tikus kat Chow Kit dan serahkan kpd DBKL. Seekor seringgit.

Kalau ada seruling ajaib boleh kaya.

Selamat Hari Pekerja!
Sent via BlackBerry from Maxis

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails