Thursday, May 20, 2010

Pagi-pagi Dah Sedia Nak Balik

Seperti yg aku ceritakan dalam n3 aku sebelum ni, ibubapa mertua ku telah datang ke rumah kami pada malam minggu yg baru ni. Tujuan utama mereka nak berjumpa anak cucu dan menantu kesayangan terutama Adam kerana dah lama mereka tak datang ke rumah kami.

Tetapi selepas 2-3 hari mereka dah sibuk nak balik kampung semula. Ayam tiada siapa nak jaga menjadi alasan klise. Walaupun telah dipesankan kpd anak jiran utk tolong memberi makan ayam2 tu yg dah cuma tinggal beberapa ekor pun. Nak beri alasan nak bagi makan kambing, mertua aku tak bela kambing ngeh3x

Aku nak suruh Hazwan hantar datuk nenek dia balik kampung naik Camry dia pula ada kuliah setiap hari. Aku bukan tak nak hantar tapi aku pula ada kerja dan meeting di samping berulang alik ke hospital melawat emak aku yg sakit. Kalau hujung minggu ni insyaAllah tak jadi masalah. Tapi mereka dah nak balik sangat ni.

Emak Adam terpaksalah tepon adik beradik dan ipar2nya tanya siapa yg boleh tolong menghantar ibubapa mereka pulang.

Akhirnya Achik kata dia boleh menghantar ibubapanya ke rumah kakaknya yg no 2 (kakak ipar aku) hari ni selepas dia habis kerja.

Pagi ni aku tengok awal2 lagi emak mertua aku dah siap berkemas dan letak beg dia depan pintu.

Ready to go

Dulu masa aku kecil aku masih ingat arwah nenek aku kalau nak datang tak sempat2. Tapi kalau nak balik juga tak boleh nak tunda.

Mungkinkah bila kita tua esok (kalau panjang umur) kita juga akan jadi begini?

45 comments:

  1. saya pun tak buleh lama2 dok rumah orang,mulalah teringatingat rumah sendiri. Tempat jatuh lagikan dikenang inikan pula tempat tido,kekekeke

    ReplyDelete
  2. pertamalah, psssttt...buleh belanje naik kemri tak uncle? :P

    ReplyDelete
  3. salam,

    orang tua ni biasalah bawaklah ke mana pun rumah sebesar mana pun tetap teringatkan kampung halamannya kerana pastinya rumahku syurgaku..

    ReplyDelete
  4. salam ...


    nenek aBear pun macam ni jugak ler

    ReplyDelete
  5. juliet,
    bersopan betul ko pagi ni? Tiba2 gunakan ganti nama 'saya' hehehe.

    Tempat jatuh kenangan pahit tapi tempat tidur kenangan terindah terutama bagi yg dah kahwin kahkahkah

    ReplyDelete
  6. juliet lagi,
    haah hari ni ko yg pertama. Tahniah!

    psst - bos takde ke tu? hehehe

    Jom ko nak naik camry pergi mana? Kalau nak jauh jom ikut balik kampung cuti nanti.

    Uncle? potong stim betullah huhuhu

    ReplyDelete
  7. penjejak maya,
    wsalam

    Betul kata awak. Org tua ni pergi mana tak boleh tahan lama mesti nak balik. Nasib baik pergi haji takde mcm tu ngeeee

    ReplyDelete
  8. pB,
    wsalam.

    Nenek aBear mcm tu perkara biasa. Jgn aBear yg mcm tu dah lah hehehe

    ReplyDelete
  9. sebelum kita fikir jauh2 (kita tua2 esok..), cuba kita tengok, time kita balik kampung.. ada tak kita nak cepat2 balik KL?..

    selalunya kita suka balik kampung time2 hujung minggu... pastu, bila hari ahad tu, sibuk plak pack barang nk balik KL.. kalau mak suh lajak tinggal kampung sampai isnin, penah tak kita stay?...
    :- alasan klise: "alaa mak.. esok dh start keje.. esok ada meeting... esok tak de org ganti.. esok boss suh standby kat opis..."

    betul tak??.. betul tak??..

    tak dan jadik tua lagik, kita dh banyak bagi alasaaan dah poonn... kehkehkeh...

    ReplyDelete
  10. ske komen kaktiny tuhhhh........




    besalah tuh...

    ReplyDelete
  11. rasa2nya bila tua rata2 jadik camni...sama cam mak abah saya..

    ReplyDelete
  12. alaa...
    bukan jauh mana pun...Tk aja.


    ...berat handbag mak mertua tu!

    ReplyDelete
  13. TINY,
    bravo satu komen yg berani dan terus terang.

    Kebanyakan org mmg macam tu. Yg jarang2 balik kampung pun ramai. Setahun sekali aje. Sibuk konon tapi boleh pulak melancong ke sana sini pantang cuti sekolah.

    Aku bukanlah nak defensif tapi cuma nak bagi tahu kes kami.

    Bila balik kampung selalunya mesti delay kalau nak balik KL. Kalau cadang lepas lunch, lepas Asar baru balik. Kalau kat lepas Asar nanti dah nak Maghrib baru bergerak. Kalau anak2 tak sekolah hari Isninnya, kadang tu kami sambung sampai satu hari lagi. Aku ni kerja sendiri. Tak kisah nak ambil cuti melainkan ada meeting dgn client hehehe

    ReplyDelete
  14. PnConfused,
    kena kat batang hidung ko ke? Ini ko belum lagi ada anak hehehe

    ReplyDelete
  15. Begitulah resam orang tua2..bila dia kata nak balik balik lah..pasti tiada akan tertunda lagi sehari dua..

    ReplyDelete
  16. uncle:

    biasalah bila dah tua..tapi selalunya tak bagi diorang yang memang duduk kat bandar..

    lepak dengan anak sentiasa - no hal..

    haih? juliet pun panggil uncle?
    heheh...

    ReplyDelete
  17. btoi tu kak tiny. tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula tempat bermain~ oho!

    YB, mertua org mana? meh kasi kete-sy tlong anto kan. kan sy takde keje skang (ohhhh!!!).

    ReplyDelete
  18. saya sekarang pun kalu pi rumah orang, nak pegi cepat-cepat, tak nyenyabo.. bila nak balik pun takleh tunda-tunda.. harus ada yang meroyan satgi... Haahahhahah :P :P

    kadang tu bukan ape, takut mengganggu kehidupan harian tuan rumah...

    ReplyDelete
  19. Ms.Lilies,
    mungkin jugalah. Kita kena buat anjakan paradigma kalau nak berubah ni huhuhu

    ReplyDelete
  20. zaren,
    Bagi ibubapa yg duduk kat bandar mereka nak pergi mana lagi sbb takde kampung. Lagipun tak boleh nak guna alasan nak bagi makan ayam itik hehehe.

    Juliet tu saja ngengada. Bab dia tu karang.

    ReplyDelete
  21. Jules,
    awak pun dah jadi penyokong TINY jugak? Nanti saya suruh TINY ajak awak join kita org (TINY, Tijah dan saya) bila kami keluar makan lain kali. Amacam nak ikut tak?

    Mertua saya org Tg Karang. Kalau nak tahu lebih lanjut ttg kampung emak Adam, bolehlah baca n3 saya dalam siri "Balik Tg Karang". Dah masuk 9 bahagian ngeh3x

    ReplyDelete
  22. sungguh kilat mozek tuh,

    salamm,

    ReplyDelete
  23. agaknye mmg gitu kot YB..
    mak pun pesen gitu..
    nk g ke, balik ke..laju jek bersiapnye..pd hal lmbt lg.. :P

    ReplyDelete
  24. Teringgat arwah uwan dan atok dulu, macam tulah kalau nak balik tak menyempat, sautu hari sya dah sorokkan dia punya rokok daun, tujuan supaya uwan n atok tak jadi balik
    tp alangkah sodih, balik sekolah tengok diorang dah balik ke kampung...:( :(

    ReplyDelete
  25. YB ..

    Dah jumpa menantu kesayangan , terus nak balik kannns...

    hehee

    ReplyDelete
  26. syah,
    belum tua lagi dah ada ciri2 emak2 dan nenek2 hehehe

    Kalau sampai mengganggu kehidupan tuan rumah mmglah tak baik tapi ini tuan rumah yg beriya2 suruh kita duduk lama sikit kat rumah dia. Apa salahnya penuhi hajat tuan rumah tu ngeeee

    ReplyDelete
  27. tunbegia,
    itu bukan mozek tapi broken marble. Nampak kilat sebab kena flash hehehe

    wsalam.

    ReplyDelete
  28. hanie,
    saja nak bagi pressure kat anak2 dan menantu kot? huhuhu

    Ko bila dah tua jgn pulak buat fesyen ni. Ko kena maintain ayu ko hehehe

    ReplyDelete
  29. Eja,
    Awak pun main sorok2kan barang uwan dan atuk awak? Ingat saya aje buat mcm tu masa kecik dulu hehehe.

    Tapi mmg frust dan sedih kalau balik sekolah tiba2 tengok mereka dah balik kampung huhuhu. Tak sempat nak bermanja satu round lagi.

    ReplyDelete
  30. LiNda,
    tak lah mcm tu. Kiranya dah 5 hari juga mereka di rumah kami.

    (kalau tahu hari tu boleh beli 5kg bilis utk dikopek kah kah kah).

    Cuma bila Achik kata dia akan datang pagi ni nak hantar ibubapa dia balik kampung, Subuh2 dah kemas beg. Mcm lah banyak sangat bawa baju laksana nak ke Afrika Selatan tengok World Cup hehehe

    ReplyDelete
  31. Ass-Salam Yb
    Agaknya diaorang ni memang suka testing anak2 dan menantu...kalau boleh layan kira kita semua anak menantu yang ok kan...Huuu

    ReplyDelete
  32. hazeleyed lady,
    wsalam.

    Saya suspek mcm tu jugak. Bukan ada apa sangat yg nak dikejar kat kampung tu. Everything under control.

    Mungkin mereka beri hint suruh kita bila balik kampung tu lamalah sikit duduk kat sana hehehe

    ReplyDelete
  33. piano itu pun cantik, (mesti ko cakap itu bukan piano, ala macam dlm filem aziz sattar tuh) kahhhh, haku gurau2 jerr

    salamm,

    ReplyDelete
  34. hehheheheee.. aku kalau nk blk kg, mmg x nyempat2.... g keje pun dah x leh fokus...



    tp kalau nk blk dr kg, aka harusla cuba lewat walau aku jenis awal... mak aku la sakan pack lauk apa semua...... sesekali cam kena halau pun aku rasa gak. mak aku siapkan packing lauk, dia p dok kat buai kat luar.. tgu aku keluar...

    ReplyDelete
  35. salam. orang tu cam tu lah..
    ayam tinggal. rumah tinggal. kebun tinggal...
    ish.. dapat bertahan dua tiga hari tu pun dah cukup dah..

    ReplyDelete
  36. tun begia,
    haah itu bukan piano. Piano kat rumah aku dah kena angkut setahun yg lepas huhuhu

    Pernah aku buat n3 masa piano tu ada lagi hehehe

    ReplyDelete
  37. zonaku,
    ko ni anak mithali sbb sayangkan kampung dan keluarga ko di Penang tu.

    Bila ko nak balik kampung lagi? Cakaplah kat emak ko packinglah lauk tu lebih sikit. Boleh aku tumpang rasa hehehe

    ReplyDelete
  38. kakpah,
    wsalam.

    Betul tu kakpah. Teringat mcm2 yg ditinggalkan. Tapi semua tu alasan aje.
    Ayam ada berapa ekor aje yg tinggal.
    Rumah tu takkan nak dibawa lari oleh semut.
    Kebun kelapa sawit bukan nak kena kait buah dia hari2.

    Kali ni mereka bertahan sampai 5 hari kira rekod dah tu hehehe

    ReplyDelete
  39. ramai orang kata saya berperangai seperti orang tua walau umur masih muda... Hohohohohoh :D :D

    ReplyDelete
  40. syah,
    itu tandanya awak cepat matang hehehe

    tasek,
    kalau kita tua esok gitu jugak ke? huhuhu

    ReplyDelete
  41. hehehe..
    akal bebudak..tp sodihkan dan sangat lucu pulak bila teringgat balik.

    ReplyDelete
  42. "Aku ni kerja sendiri. Tak kisah nak ambil cuti melainkan ada meeting dgn client.."

    ITU TETAP KATEGORI ALASAN OKEH (ye ye.. alasan yg tak buleh nk elak.. tapi TETAP alasan utk tak buleh stay lama kt kampung.. kankankan??)!!!.. kahkahkahkah....

    ReplyDelete
  43. Eja,
    itu akal budak cerdik namanya.

    Mesti Eja rapat dgn uwan dan atuk sbb tak kasi mereka balik kampung. Mereka ada lagi ke skrg?

    ReplyDelete
  44. TINY,
    alasan tu kukuhlah sikit bandingkan dgn alasan 'tapai' pokok bunga kat rumah dah 2 hr tak siram atau ikan koi takut melompat ditinggalkan lama2 hehehe

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails