Wednesday, May 26, 2010

Lunch Di Pejabat Gomen

Sayur pucuk manis, cencaru bakar, ikan masin bulu ayam dan sambal belacan

Kami sepatutnya ada mesyuarat dgn sebuah jabatan di Shah Alam pukul 11:30 pagi tadi. Dari pihak kami semua hadir. Mcm rombongan cik Kiah pulak hehehe. Semasa kami sampai, meeting utk projek sblm kami baru bermula.

"Takpelah tunggu kejap," kata hatiku.

Boleh juga sms dan BBM dgn kawan2 (you know who you are)

Tapi meeting yg satu lagi tu berlarutan sehingga pukul 12:45. Pengerusi kata meeting kami akan bermula pukul 2:30ptg.

Sementara tu kami dijemput makan tghari yg memang disediakan utk kami. Sepatutnya meeting dulu baru makan.

Harap meeting ni tak lama dan projek kami ini diluluskan. Kalau tak, mahulah aku tertidur sbb perut dah kenyang . . .
Sent via BlackBerry from Maxis

34 comments:

  1. aku dtg keje ari2 xde lak mkn2 free gituuu... :P

    ReplyDelete
  2. masa jaman sesapa duk sekolah asrama dulu, sampai cemuih makan ikan jaket... dah abes sekolah, ikan jaket jugak yang dicari... Hohohohohohoh :D :D

    sedapnya pucuk manis masak lemak... tambah dengan keledek, lagi sedap... fuuhhh~~

    ReplyDelete
  3. gendang gendut tali kecapi
    kenyang perut suka hati YB

    ReplyDelete
  4. ni baru betul rezeki dtg bergolek-golek YB

    ReplyDelete
  5. hik hik hik.

    sedap lauk pauknya tu!

    ReplyDelete
  6. klu meeting kt pejabat gomen,selalunya eh cm tuh laa..
    kekojap makan,kekojap makan...
    bak kato adik ipar kak long ar..

    konyang klu ado meeting...
    (tp kak long tak kojo pn,duk umah yo)hihihi..!

    ReplyDelete
  7. yang aku nih.. kerja bertimbun.. (maklumla, baru naik opis hari nih..)..
    tapi.. tengahari baru start keje..
    HAIH!!... PE KES??..

    ..aku cuba nk relatekan kes aku ni ngan citer ko.. ada synchronization tak???... buleh jawabkan????...
    ..hahahahahahaha....

    ReplyDelete
  8. ye la... ye la.... aku je yg ko x sms.

    hehehe...

    :p




    .

    ReplyDelete
  9. karang tertidur pulak dalam meeting..

    bawak sunglass pakai dalam meeting, senang nak tidur..

    ReplyDelete
  10. bestnya layan makan tengahari lauk mcm tu :)

    ReplyDelete
  11. PnConfused,
    ko kerja kat Jabatan apa? Cuba ko pergi ke Jab yg aku pergi ni, mesti tak miss syoru punya hehehe

    ReplyDelete
  12. syah,
    ikan jaket kat asrama tak best sbb goreng mcm tu aje. Yg ini ada inti kelapa dgn kunyit dan cili. Pergh. Ada air asam lagi tadi.

    Pucuk manis tu ada juga keledeknya tapi tukang masak tu potong kecik2 sgt.

    Apapun rezeki.

    ReplyDelete
  13. Juliet,
    lain kali bolehlah ko ikut aku. Ko duduk aje masa meeting tu - tak payah cakap apa. Lepas meeting ko sebat cukup2.

    psst - kalau ko nak ikut aku boleh bawa kemri hehehe

    ReplyDelete
  14. Rozita,
    kat jabatan ni mmg rezeki dia murah. Bulan lepas pun ada makan. Tadi habis meeting pukul 3 ptg ada pulak kueh teow goreng dan cekodok dgn teh tarik dan teh O.

    ReplyDelete
  15. sI tEDI,
    alhamdulillah sedap. Nak tambah tadi rasa segan hehehe

    ReplyDelete
  16. kak long,
    betul cakap kak long tu. Adik ipar kerja kat mana?

    Tadi tghari kakitangan kat pejabat tu ramai yg tak perlu keluar makan kalau tak segan join kitaorg makan. Banyak mereka order. Cukup utk 20 org lebih.

    ReplyDelete
  17. TINY,
    dah tahu banyak kerja yg awak layan org tak jadi nak masuk meeting pagi tadi tu buat apa? kahkahkah.

    Padan muka petang ni kena stay back. Nasib malam ni bukan malam Jumaat hehehe

    ReplyDelete
  18. tasek,
    aku takut nak sms ko sbb hormon ko tengah tak balance ni. Tapi tadi 'kitaorg' ada cadang nak ajak ko dtg KL join kitaorg berronggeng. Jomlah join kami.

    Roger kami kalau ko nak dtg KL tau.

    ReplyDelete
  19. zaren,
    tak sempat nak tidur. meeting tadi pukul 2:30 mula pukul 3:00 dah habis. Projek pun dah diluluskan.

    Lepas meeting ada minum petang lagi hehehe

    ReplyDelete
  20. Mak Su,
    haah simple tadi sedap. Yg lagi best free pulak tu hehehe

    Terima kasih cadangkan blog saya kpd Jard.

    ReplyDelete
  21. masih bernasib baik makan tengah hari disediakan.

    ReplyDelete
  22. ONE ZABA,
    ikut rancangan mereka, kami meeting dulu baru makan tengahari. Tapi elok juga meeting sebelah petang tadi. Dapat minum petang sekali hehehe

    ReplyDelete
  23. wow....kombinasi lauk yang saaangat mantap...

    ReplyDelete
  24. DrSinga,
    saja nak tayang saya banyak makan sayur. Selalunya tak mcm tu hehehe

    ReplyDelete
  25. Dah kawin baru tau 'daun asin-asin' tu adalah 'pucuk manis'.

    ReplyDelete
  26. ikan masin bulu ayam?
    uik, ikan masin tu ada bulu ayam ke?
    seyes tak pernah dengar~ huhu

    ReplyDelete
  27. Jangan tidur berdengkur sudah ! haha

    ReplyDelete
  28. huiii. ikan masin bulu ayam adalah feveret tu...

    ReplyDelete
  29. ckLah,
    ok jugalah tu.

    Saya hari ini baru tahu. Itupun awak yg bagi tahu huhuhu.

    Di Sarawak mereka panggil cangkuk manis.

    ReplyDelete
  30. Jules,
    ikan tu takde bulu cuma nama dia aje mcm tu. Ikan ni gemuk bahagian kepala dan perut dan tirus ke arah ekor. Kalau digoreng, ekornya garing dan rangup. Kalau org yg nakal dia akan putuskan bahagian ekor dan tinggalkan bahagian atas (yg tak ranggup tu) kpd org lain. Ceit

    ReplyDelete
  31. LiNda,
    tak dan nak tidur masa meeting tu. Setengah jam dah habis. Lulus pulak tu. Pegawai jabatan tu dah kamcing dgn kita org hehehe

    Meeting yg sebelum tu bukan main panas lagi.

    ReplyDelete
  32. Tijah,
    adakah ko antara org yg makan bahagian ekornya saja? hehehe

    ReplyDelete
  33. relevan,
    ikan tu takde bulu. Ikan jenis ni selalu dijadikan lauk mereka yg berpendapatan rendah. Itu agaknya dipanggil bulu ayam sbb takde nilai bagi org yg berada ngeeee

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails