Tuesday, May 25, 2010

Di Celah2 Kehidupan - Bhg 1

Malam tadi aku mengikuti rombongan surau menziarahi beberapa keluarga kurang bernasib baik di sekitar kawasan kami. Tujuan kami utk memberi sedikit bantuan kewangan kpd mereka. Sebahagian dari mereka merupakan OKU, ibu tunggal yg miskin, org yg mengidap penyakit buah pinggang dan anak2 yatim miskin.

Pagi ni aku nak bercerita sikit tentang salah sebuah keluarga yg kami lawati. Cerita tentang mereka pernah aku siarkan tak lama dulu tapi melihatkan keadaan mereka aku terpanggil utk menulisnya lagi.

Kami sampai ke rumah mereka agak lewat kerana rumah mereka rumah ke4 yg kami ziarahi malam tadi. Di rumah itu tinggal seorg ibu tunggal, Puan Lina yg kematian suami lebih kurang 9 bulan yg lalu. Arwah suaminya dulu bekerja sebagai pemandu teksi LCCT. Beliau mempunyai 15 org anak: 13 org masih belajar. Cuma 2 org yg paling kecil yg belum bersekolah lagi. Rumah usang itu rumah nenek saudara mereka yg juga seorg ibu tunggal yg lanjut usianya (85 tahun).

Semasa kami sampai sebahagian anak2 yatim ini telah tidur. Mereka tidur di ruang tamu tanpa tilam. Ada yg menggunakan sofa sebagai tempat tidur. Menurut Puan Lina anak2nya memang biasa tidur awal kerana pukul 6:00 pagi mereka semua akan bangun utk solat Subuh.

Aku dapati 2 org anak perempuan sedang menyiapkan kerja sekolah dgn dibantu oleh kakak mereka yg no 3. Kakak mereka ini belajar di UiTM Seri Iskandar dan sedang bercuti.

Keadaan di rumah mereka semasa lawatan kami malam tadi

Anak bongsu yg berumur 7 bulan begitu nyenyak tidur walaupun tidak berbantal dan cuma beralaskan tikar getah. Bayi ini tidak pernah melihat wajah ayahnya kerana dia masih dalam kandungan semasa ayahnya meninggal dunia

Berbanding semasa lawatan kami yg pertama beberapa bulan yg lalu, kini mereka telah mendapat bantuan bulanan dari Baitulmal sebanyak RM500. Dan mulai bulan lepas JKM juga memberi bantuan sebanyak RM450 sebulan. Dengan bantuan sebanyak RM950 mereka terpaksa berjimat cermat utk meneruskan hidup di KL ni. Utk menambah pendapatan Puan Lina mengambil upah menjaga anak orang. Malangnya sudah hampir dua bulan menjaga anak org, beliau belum menerima sebarang bayaran kerana org yg dijagakan anaknya itu juga seorg janda.

Sedikit bantuan utk anak2 yatim ini. Tengok si kecil tu dah terjaga. Comelnya dia

Puan Lina begitu bersyukur apabila diberi sedikit bantuan kerana beliau sedang sesak skrg utk membeli susu anaknya. Nak tunggu duit dari Baitulmal dan JKM 1hb depan baru dapat.

Aku terharu bila Puan Lina bercerita bagaimana mereka perlu berjimat cermat menggunakan duit yg mereka dapat. Jika anak2 teringin nak makan burger, dia akan beli burger mentah dan memasaknya di rumah kerana itu lebih murah. Jangan haraplah nak makan burger Otai apatah lagi burger Mekdi. Mereka tak mampu!

Inilah sedikit kisah di celah2 kehidupan utk renungan kita bersama. Bersyukurlah kita kerana diberi berbagai2 kesenangan oleh Allah jika dibandingkan dgn mereka yg susah seperti keluarga ini.

36 comments:

  1. ada insan yg memerlukan benda yg kita rasa tidak perlukan..
    bagus keperihatinan masyarakat disana.

    ReplyDelete
  2. saya pun beli daging burger dan buat sendiri kat rumah... Hohohoh Auummm~~ Ok, itu tak kelakar... :/

    comel anak kecil tu...

    ReplyDelete
  3. dengan tangungan yang ramai itu mmg perlu untuk berjimat.Terima kasih kerana keperihatinan itu.

    ReplyDelete
  4. Satu yg saya perhatikan,
    kenapa golongan seperti ini ramai sangat anaknya?
    Memanglah zuriat tu satu rezeki Allah. Tapi sepatutnya pandai2lah planning.
    Sekadar satu renungan.
    Tahniah atas keperihatinan AJK surau YB.

    ReplyDelete
  5. insyallah...dlm ramai2 ank2nya tu
    mgkn ada yg berjaya dan boleh membatu...

    seorang ibu boleh mejaga 13 anak,
    tak kan 13 anak itu tak boleh mejaga seorang ibu...

    ReplyDelete
  6. salam,

    usaha murni yang dirahmati Allah SWT. insya-Allah

    ReplyDelete
  7. Eja,
    keperluan manusia berbeza. Sesuatu yg berharga bagi seseorg mungkin tak bernilai bagi yg lain. Begitu juga sebaliknya.

    Hidup kita hendaklah tolong menolong. Kami hanya tolong menyampaikan sumbangan dari ahli kariah. Itulah yg dapat kami lakukan.

    ReplyDelete
  8. Eja,
    Tahniah! Kalau awak dapat jadi pengomen pertama 2 kali berturut2 selepas ni (maknanya 3 kali berturut2) boleh jumpa saya ambil cenderahati hehehe

    ReplyDelete
  9. syah,
    kami pun kadang2 buat mcm tu di rumah ni. Tapi kita satu atau dua bungkus burger tu makan 5-6 org (awak mungkin berdua aje) tapi mereka sebungkus tu makan 16 org. Saya rasa sekeping burger tu potong 2.

    Mmg comel baby tu. Ramai yg nak ambil jadikan anak angkat tetapi emaknya tak kasi huhuhu

    ReplyDelete
  10. juliet,
    kami setakat menjalankan tanggungjawab sesama saudara Islam.

    Ramai lagi org yg susah di KL ni.

    ReplyDelete
  11. shaliza,
    mereka bukan saja pandai berjimat cermat tetapi begitu menghargai wang yg diperolehi. Bila diberi sumbangan malam tadi, Puan Lina memcium wang yg diterima tanda bersyukur.

    Terima kasih kpd awak juga kerana memberi sokongan moral ke atas usaha2 kami ini.

    ReplyDelete
  12. zoul dahan,
    Satu pemerhatian yg baik.

    Mungkin golongan ini tidak terdedah kpd kaedah2 perancangan keluarga yg ada atau mungkin mereka merasa itu memerlukan perbelanjaan tambahan yg pada fikiran mereka lebih baik dibelanjakan utk keperluan asas.

    ReplyDelete
  13. kak long,
    Anak dia yg sulong baru 21 tahun dan masih belajar di Institut Baitulmal. Yg kedua menunggu utk masuk ke institut yg sama Jan tahun depan kerana pengambilan hanya setahun sekali. Sementara ini dia (perempuan) kerja sebagai pelayan sambilan jika ada function yg memerlukan khidmat waiter.
    Yg ketiga di UiTM baru masuk tahun ke2.
    Yg lain masih sekolah menengah dan rendah kecuali 2 org yg kecil.

    Saya difahamkan anak2 yg besar tu walaupun masih menuntut tetapi jika mendapat wang sumbangan org2 yg prihatin atau elaun belajar akan diserahkan sebahagiannya kpd emak mereka utk belanja adik2.

    Semoga anak2nya akan membalas jasa ibu mereka bila mereka dah bekerja nanti.

    ReplyDelete
  14. penjejak maya,
    sedikit usaha dari kami insan kerdil. Diharap ramai lagi yg akan tampil membantu org2 yg susah spt keluarga ini.

    ReplyDelete
  15. saya harap kts akan insaf bila baca n3 ni sebab dia suka sangat makan mekdi. Org lain nak makan bege biasa pun payah.

    ReplyDelete
  16. pssssttt : kemri tu lowed sgt tak? kot sangkut kat ulu yam naya,kekekkekekeke.

    ReplyDelete
  17. kalo nak pegi kena suruh kaklina masak sedap2 sikit. Tapi, yb pandai berenangkah? :P

    ReplyDelete
  18. DrSinga,
    takkan seketika aje? Lamalah sikit hehehe

    ReplyDelete
  19. juliet,
    betul tu. Tapi kts ke mekdi bukan setakat nak makan bege tapi nak cilok gula sekali.

    Mana dia tak dengar khabar satu hari ni? Tghari tadi dia balik makan dgn ko ke?

    ReplyDelete
  20. YB buleh tak bg contact no makcik tu?

    ReplyDelete
  21. juliet lagi,
    yalah. kemri tu dah lowered siap dgn skirting dia. Mmg tak lepas kalau pergi ulu yam.

    Makanya aku bagi ko 2 pilihan:
    1) kita naik kemri jugak tapi bukan ke ulu yam
    2) kita naik kuda hitam aku kalau ko masih nak ke ulu yam dgn aku.

    Mana satu pilihan ko? hehehe

    ReplyDelete
  22. juliet lagila,
    kaklina ko sentiasa masak sedap2. Kalau jadi pergi weekend ni aku suruh dia masak lebih sikit. Lepas tu kita tapau aje.

    Apa sgtlah kolam kat ulu yam tu? lautan api lagi ku renang ecece

    ReplyDelete
  23. citahrudin,
    ko boleh cuba call 016-2886650. Tapi mengikut Puan Lina tu simcard dia ada masalah buat masa ini. Kalau tak dapat call tu, kena sabar ajelah.

    ReplyDelete
  24. dalam susahnya kita
    ada lagi yg lebih lara ...
    bersyukur dgn semua nikmat Allah ..

    Tabik pakcik! :)


    >>___<<

    ReplyDelete
  25. Frodo Baggins,
    bila melihat mereka yg lebih susah, baru terasa betapa besarnya nikmat Allah kpd kita. Layakkah kita menerima semua ini sedang kita banyak dosa? Ini semua ujian dariNya.

    ReplyDelete
  26. PD tak best, ramai orang. Adam nak mandi pun susah.

    Nak berkuak lentang pun tak buleh.

    Saya rasa kts dok bizi carik gula nih,kekkekekee.

    ReplyDelete
  27. juliet,
    habis tu kita nak ke Melaka ke? Elok jugak tu. Boleh tayangkan kemri tu kat tasek. Biar dia jadi hijau dgn jeles. Dia kan ngaku isteri hulk hehehe

    Beritahu kts sudah2lah cari gula tu. Kalau nak kat rumah aku ni ada gula.

    ReplyDelete
  28. satu usaha kebajikan yang sangat baik. semoga usaha awak diberkati dan mendapat balasanNya.

    ReplyDelete
  29. al-lavendari,
    Hablum minAllah dan hablum minannas. Semoga diterima amal kita yg sekadarnya ini.

    ReplyDelete
  30. dalam celah2 kemewahan kita...




    jangan lupa org2 mcm nih..



    tahniah YB!

    ReplyDelete
  31. PnConfused,
    aku mungkin taklah mewah sangat tapi apa yg aku ada jauh lebih baik dari yg mereka ada. Insaf dan bersyukur you.

    Smlm kami pergi ke rumah 4 keluarga. Masing2 ada kisah duka mereka.

    Kalau aku rajin aku sambung n3 ni.

    ReplyDelete
  32. .................speechless..15??

    ReplyDelete
  33. Jaja,
    Yes 15 (fifteen) Yg sulung 21 tahun yg kecil 7 bulan.

    Puan Lina cakap malam tadi suaminya tak tinggalkan harta tapi anak2 tulah harta yg dia ada.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails