Wednesday, May 19, 2010

Lagi Kisah Ikan Bilis

Mertua aku datang ke rumah kami malam minggu lalu. Sudah lama mereka tak datang kerana kesihatan yg kurang mengizinkan dan tiada siapa yg nak bawa mereka ke mari. Kebetulan Acik Adam balik kampung hujung minggu lepas. Semasa dia dan isterinya mahu pulang semula ke KL, ibu dan bapa mertua aku ikut sekali.

Siang Ahad itu kami melawat ibu aku yg berada di Pusrawi. Bapa mertua aku tak ikut sekali kerana dia sukar berjalan sejak kakinya dibedah beberapa tahun yg lepas. Dia lebih suka duduk di rumah saja bermain dengan Adam dan cucu2nya yg lain.
Selain itu mertua aku ni cukup suka menolong mengopekkan ikan bilis. Kebetulan ikan bilis yg emak Adam beli baru2 ni belum sempat dikopek ngeh3x

Kami belikan lagi sekilo ikan bilis supaya mereka boleh bawa balik ke kampung. Lagi banyaklah nak kopek. Aku ingat nak ambil kontrak kopek ikan bilis utk hotel2lah

Mertua aku tak membuang kepala bilis ni. Mereka kumpulkan nak dibawa balik ke kampung. Bila melihat bekas berisi kepala ikan bilis tu, akupun teringat n3 aku hampir setahun lepas yg bertajuk "Hidayah Via Kepala Bilis"

Kepala ikan bilis yg telah dikumpulkan oleh mertua aku

Untuk mereka yg belum baca kisah menyayat hati itu aku kopipes di bawah ni.

Cerita berikut berdasarkan kisah benar.

En Mahbob (bukan nama sebenar) merupakan seorg pegawai tinggi kerajaan. Hidupnya sentiasa sibuk dgn urusan rasmi dan tidak rasmi. Rezekinya melimpah ruah dgn segala macam kenikmatan dunia tapi sayang hidupnya jauh dari amalan agama. Malah banyak perkara2 yg dilarang dilakukan termasuk meminum minuman keras.

Untuk membantu isterinya di rumah beliau menggaji seorg pembantu rumah - budak tempatan dari sebuah kampung di pendalaman.

Dipendekkan cerita, satu hari pembantu ini menghidangkan ikan bilis goreng sebagai hidangan makan malam. Sedang hendak memulakan makan, En Mahbob bertanya kpd pembantu rumahnya, "ikan bilis yg saya beli ini jenis besar dan mahal. Yang kamu goreng ini cuma badannya jadi mana kepalanya?"

Pembantu rumahnya tersentak dgn soalan yg tak dijangka itu. Dalam keadaan separuh cuak dia memberitahu, "sebenarnya kepala ikan bilis itu saya kumpul dan saya telah bawak balik kampung hujung minggu lepas semasa saya bercuti,"

"Kamu buat apa dgn kepala ikan bilis tu!" tanya En Mahbob.

"Sa sa saya bagi kpd keluarga saya Encik. Kami tak mampu nak beli ikan bilis kerana kami org susah." jawab pembantu rumah separuh terketar2 kerana mengambil kepala ikan bilis yg disangka hendak dibuang tanpa kebenaran majikannya.

"Kamu buat apa dgn kepala2 ikan bilis tu?" soal En Mahbob lagak pegawai SB yg mahu membuat 'turnover'.

"Saya goreng dan buat lauk. Adik2 saya begitu seronok dapat makan lauk ikan bilis (kepala) hari itu. Saya mintak maaf kerana tak meminta kebenaran Encik sebelum saya kumpul dan bawak balik kepala ikan bilis itu." terang pembantu rumah tersebut.

"Takpe saya tak marah cuma saya nak tahu kemana perginya kepala ikan bilis ni." balas En Mahbob.

Malam itu, sebelum tidur En Mahbob teringat peristiwa tersebut. Kepala ikan bilis yg tidak bernilai baginya tetapi boleh mendatangkan kenikmatan kpd org lain yg tidak mampu utk membelinya. Baginya jangankan kepala bilis kepala keretapi pun mampu dibelinya. Begitu banyak nikmat Allah yg dilimpahkan kpdnya tapi bukan membuatnya semakin dekat dgn Tuhan. Dia sedar dia telah jauh menyimpang dari ajaran Islam. Malam tersebut dia bermonolog dgn dirinya, menghisab diri.

Keesokan harinya dia telah pergi berjumpa seorg tokoh agama yg terkenal utk membimbingnya kembali ke jalan Allah. Dengan bantuan tokoh tersebut dan keinsafan yg lahir dari dalam diri dan hati, En Mahbob menjadi seorg muslim yg mukmin. Kalau dulu dia jarang2 sekali solat kecuali jika ada upacara rasmi (solat terpaksa), sekarang di tidak pernah meninggalkan solat. Malah seboleh2nya dia akan bersolat berjemaah.

Tidak lama selepas peristiwa itu, En Mahbob telah membawa isterinya menunaikan umrah utk memohon ampun di atas dosa2 mereka selama ni.

Beberapa minggu selepas pulang dari umrah En Mahbob telah jatuh sakit. Dia disahkan mengidap barah. Umurnya tidak panjang. 3 bulan selepas itu dia dijemput pulang menemui Penciptanya. Allah lebih sayang kpdnya. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya.

Hidayah yg lahir dari kepala ikan bilis.

36 comments:

  1. oh terharu pulak..sodih
    kesian....
    tp suka jugak krn kepala bilis berubah menjadi lebih baik..

    ReplyDelete
  2. nak buat apa kepala ikan bilis tu? Baja?

    ReplyDelete
  3. kepala ikan bilis yang banyak khasiat...
    entry yang banyak manfaat..
    morning YB!!

    ReplyDelete
  4. salam akhi YB...

    kepala ikan bilis tu mertua YB nk wat per ek ?

    naper ler ikan bilis jer yg jd mangsa yg berkuasa , tp jerung selalu terlepas ????? ayat tu yg selalu ummi dengar. he he he

    ReplyDelete
  5. a'ah..
    time dedulu..kepala bilis mak tak buang..tp goreng letak bwg..menghargai makanan katanya..

    buat baja kat pokok bunga kertas pun ok.. :P

    ReplyDelete
  6. tunbegia,
    ya ko yg pertama hari ni. Tahniah!

    ReplyDelete
  7. Sharinginfoz,
    ikan bilis mahal. Jadi kepala jgn buang mcm tu saja hehehe

    ReplyDelete
  8. Eja,
    Saya pun sedih setiap kali teringat cerita ni. Insaf. Ramai org yg lebih susah dari kita tapi mereka tak meminta2.

    ReplyDelete
  9. juliet,
    goreng buat lauk. Mertua aku bukan ada pendapatan tetap. Kepala bilis tu pun dah nikmat bagi mereka.

    ReplyDelete
  10. PnConfused,
    dari duduk tak buat apa2, kopek bilis tu terisi juga masa lapang tu sambil menghirup udara segar di laman rumah aku ngeeee

    ReplyDelete
  11. DrSinga,
    betul ke? Ada org kata kolesterolnya tinggi. Tapi bagi yg tak mampu, kepala bilis tu boleh jadi lauk yg enak. Takkan hari2 makan dgn kicap aje kan.

    Semoga ada manafaatnya n3 ni.

    Good morning to you too.

    ReplyDelete
  12. Ummi Humaira,
    wsalam.

    Kepala bilis tu emak mertua saya akan goreng jadikan lauk kalau dah takde lauk. Kadang bila kami balik kampung tengok takde apa kat rumah mertua. Kesian. Nak keluar ke pekan beli lauk susah sbb bapa mertua dah tak kuat berjalan. Ibu mertua pula takde lesen motor.

    Selalu ikan bilis yg ditangkap sebab tak berapa nak melawan. Kalau nak tangkap jerung silap haribulan yg nak tangkap tu kena baham ngeeee

    ReplyDelete
  13. hanie,
    emak awak org yg tahu menghargai pemberian Tuhan.

    Ada org sekarang bila dah senang sikit mulalah berlagak. Nyampesss

    ReplyDelete
  14. Aku baru beli 2 kilo ikan bilis hari tu.. tak kopek kepala lagik.. buleh antor ke umah ko tak??.. (hihihi)..

    setiap benda ada nilainya..
    setiap perbuatan, ada catatannya...

    passttt.... so.. bila ko nak banjer aku ngan tijah plak??.. setiap doa bismillah dan as-syukrulillah tu dikira pahala gaks tuh!..

    ReplyDelete
  15. salam,

    bila hidup susah setiap satu ada nilainya tapi bila dah senang mudah lupa diri moga cerita itu memberi keinsafan buat kita..

    ReplyDelete
  16. Tangkap ikan bilis pun bukan keje senang tau! Tgok Majalah 3 last week trus insaf. Pasni klau trcicir seekor pun... akan ku kutip.

    ReplyDelete
  17. TINY,
    ko hantarlah cepat sbb esok mereka dah nak balik ahaks.

    psst - sekilo ko ambil balik sekilo lagi kira upah kopek hehehe

    Nilai sesuatu benda tu tak sama bagi org yg berbeza. Sesuatu yg dipandang remeh bagi seseorg mungkin amat berharga bagi yg lain.

    Bila korang nak aku belanja ni? Bagi tahu aje. Kalau aku free, no problem

    ReplyDelete
  18. penjejak maya,
    wsalam.

    Betul kata awak. Seringgit bagi org yg susah lebih berharga dari seratus ringgit bagi org kaya.

    Semoga kisah ini memberi keinsafan dan ikhtibar walaupun saya kitar semula hehehe

    ReplyDelete
  19. Has_mimi,
    Paman ingat kerja kat pelantar minyak dah bahaya tapi kerja kat bagang tu lagi mencabar. Elok juga Majalah3 siarkan kisah tu.

    Lepas ni kita kena menghargai nikmat Tuhan yg yg begitu banyak yg diberikan kpd kita.

    ReplyDelete
  20. Ass-Salam YB
    ...menginsafkan cerita ni...
    biasanya kite bagi kepaa ikan bilis ni kepada kucing je...ada kucing yang tak nak makan pun...lebih songeh dari manusia yang susah kan...

    ReplyDelete
  21. saya beli yang dah siap kopek aje... sungguh pemalas nak kopek sensorang... hahahahah :P :P

    ReplyDelete
  22. hazeleyed lady,
    wsalam.
    Saya akan menitiskan air setiap kali ingat cerita ni.

    Makanan kucing sekarang lebih mahal dari makanan manusia.

    ReplyDelete
  23. syah,
    kalau dah malas tak dapat den nolong hehehe.

    Tak keluar makan lagi ke?

    ReplyDelete
  24. ingat skrg org dah tak beli lagi ikan bilis yang ada kepala...???


    ...syukur org tu dapat hidayah sebelum dijemput.

    ReplyDelete
  25. salam yb..ikan bilis pangkor siap kopek 1 kg 29.90 hinggit..

    kalo ada kepala baru 14.90..

    so..fikir-fikir kan la..selamat berbelanja!!!

    ReplyDelete
  26. Mbah wedok Nuha pulak memang beli kepala ikan bilis dari pasar....buat campuran makanan bebek2nya...

    ReplyDelete
  27. ikan bilis nasi goreng nasi lemak sambal tumis.... uwaaaaaaaaaaaaa



    meletups....

    ReplyDelete
  28. ikan emas,
    masih ramai yg beli ikan bilis yg ada kepala sebab jauh lebih murah. Bagi mereka yg berkemampuan boleh lah beli yg takde kepala.

    Syukur hidayah datang dlm keadaan yg tak disangka. Asbab dari kepala ikan bilis dia jadi manusia yg bertakwa.

    ReplyDelete
  29. kak ct,
    wsalam.

    10 hari lepas masa pergi Lumut tengok juga harga bilis kat sana. Tapi lebih mahal dari kat Chow Kit huhuhu.

    Kalau ada masa eloklah kopek sendiri sambil cerita2. Dapat juga merapatkan perhubungan kalau tak dapat hidayah mcm En Mahbob tu ngeee

    ReplyDelete
  30. bagusnya crita ni..... menginsafkan

    ReplyDelete
  31. Salam YB . Harap Bonda YB semakin sihat hendaknya .


    Nantilah saya cerita ngan anak2 tentang ikan bilis ini . Sebab dorang tak makan bilis . Habis semuanya di tolak ke tepi .

    ReplyDelete
  32. Mak Su,
    terima kasih kerana memuji. Terasa kembang pulak ngeh3x

    Cerita ni lebih menginsafkan mereka yg pernah hidup susah termasuklah saya. Dalam kita rasa kita dah susah ada lagi org yg lebih susah tapi mereka bersyukur dgn apa yg ada.

    Sebak dada ni bila teringat kisah ini.

    ReplyDelete
  33. LiNda,
    wsalam. Alhamdulillah ibu saya semakin sihat walaupun dia belum boleh bangun dari katilnya. Malam ni jiran2 datang melawat. Ada saya buat n3 ttg tu. Terima kasih kerana keprihatinan awak dan juga di atas doa tu.

    Awak ceritalah tentang ikan bilis ni kpd anak2. Awak pandai cerita. Semoga lepas ini mereka lebih menghargai setiap pemberian Tuhan.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails