Wednesday, May 26, 2010

Di Celah-Celah Kehidupan - Bhgn 2

Rumah pertama yg kami lawati dulu semalam ialah rumah Puan Aziah. Beliau seorg ibu tunggal yg mempunyai 3 org anak. 2 org di IPTA dan yg bongsu bernama Azrul tinggal bersamanya di sebuah flat kos rendah yg mempunyai 2 buah bilik.

Puan Aziah (berbaju oren) menerangkan keadaan mereka sekeluarga kpd AJK surau yg datang melawat

Azrul seorg anak istimewa yg kini berusia 15 tahun. Semasa dilahirkan dia seorg yg normal tetapi semasa dia berumur 6 bulan dia telah terjatuh semasa dijaga oleh penjaganya. Azrul terpaksa ditinggalkan dgn penjaga kerana ibunya bekerja. Menurut doktor, Azrul mengalami pendarahan dalaman dan akibat daripada itu dia menjadi cacat.
(kes2 seperti ini yg membuat ramai ibubapa risau bila meninggalkan anak2 mereka dgn penjaga)


Kini dia tak mampu bergerak. Makan menggunakan tiub dan diberi susu. Selain itu, ibunya yg bekerja sebagai seorg kerani di sebuah jabatan kerajaan terpaksa membeli lampin pakai buang utk kegunaan anaknya.

Puan Aziah tidak mendapat sebarang bantuan dari JKM atau PPZ kerana beliau bekerja. Dengan gajinya sebagai seorg kerani itulah dia membesarkan anak2 yg tiga org termasuk Azrul yg memerlukan perhatian lebih kerana keadaannya itu.

Untuk meringankan sedikit tanggungan Puan Aziah, pihak surau telah menghulurkan bantuan kewangan sumbangan ahli2 kariah yg prihatin.

24 comments:

  1. haihhhhhhhhhhhhhhhhh......



    nasib kte blum tentu lagi

    ReplyDelete
  2. a ah...betul tu nasib kita depan tak tau lagi gena

    ReplyDelete
  3. Salam yB..

    Ziarah begini kerja mulia..

    ReplyDelete
  4. PnConfused,
    Mmg kita tak tahu apa nasib kita di masa depan. Semoga Allah tak menguji kita dgn sesuatu yg tak mampu kita pikul.

    ReplyDelete
  5. Alimaz-Kembara Terasing,
    saya tabik org yg mcm Puan Aziah ni. Seorg ibu tunggal yg tabah membesar dan memelihara anak2nya walaupun tanpa seorg lelaki bernama suami di sisi.

    Alhamdulillah 2 org anaknya berjaya dlm pelajaran.

    ReplyDelete
  6. relevan,
    wsalam.

    Jika kita mengaku org Islam itu saudara kita, eloklah kita ziarahi mereka sementara kita berkemampuan berbuat demikian.

    Hidup ini bukan hanya utk diri dan keluarga kita aje.

    Semoga kita sama2 diberi kekuatan utk ziarah menziarahi.

    ReplyDelete
  7. memang tak cukup gaji seorang kerani untuk menanggung segala perbelanjaan keluarga. semoga ajk surat tempat saya mencontohi ajk surau awak.

    ReplyDelete
  8. kak long tertanya,semasa si ibu kuar bekerja..ank nya tinggal dengan sapa?

    tp dia bertuah punya anak lain yg
    belajar di IPTA...

    tuah org siapa yg tahu..!

    tahniah atas keperhatinan AJK surau
    kaw.perumahan YB..:)

    ReplyDelete
  9. salam,

    moga keluarga itu tabah menghadapi ujian Allah..

    ReplyDelete
  10. al-lavendari,
    JKM dan PPZ ada garis panduan mereka. Mungkin dah sampai masanya mereka menyemak semula kerana belanja duduk di bandar besar spt KL ni bukan sikit. Tambahan jika ada ahli keluarga yg mcm Azrul tu.

    Abg bolehlah cadangkan AJK surau tempat abg tu proaktif. Mungkin kita terlepas pandang org2 yg memerlukan bantuan di kawasan sekitar surau kita kerana biasanya mereka ini tak datang meminta bantuan dari pihak surau walaupun mereka berjemaah di situ.

    ReplyDelete
  11. kak long,
    masa kejadian dulu Azrul dihantar ke rumah jiran utk dijaga. Skrg emaknya terpaksa menggaji seorg wanita Indon utk jaga Azrul semasa dia keluar bekerja.

    Mungkin anak yg lain tu tahu pengorbanan ibu mereka membesarkan mereka tanpa ayah. Jadi kenalah belajar bersungguh2.

    Terima kasih di atas ucapan itu. Sokongan spt ini akan menambah semangat kami utk berbakti kpd masyarakat sekeliling.

    ReplyDelete
  12. penjejak maya,
    wsalam.

    Kami dapati Puan Aziah seorg yg tabah. Beliau begitu teruja dgn kunjungan kami. Keriangan terpancar di wajahnya bukan kerana sumbangan kami yg tak seberapa tu tapi kerana masih ada org yg sayang dan ingat kpd mereka sekeluarga.

    ReplyDelete
  13. great effort!

    salah satu aktiviti kami, kami ada tolong betulkan rumah&tambah kelengkapan rumah seorang ibu tunggal dgn 4 anak OKU. sangat kagum sbb rumah tetap kemas, bersih (ok, saya neat freak kan)-sedangkan, ibu itulah yang perlu buat semua! just imagine that!!

    sbb ini keje sukarela-abis sy guna semua contact VIP yg ada utk dptkan dana. paling best in return-sy kena dok dating dgn depa. tak ikhlas kan, oho!

    ReplyDelete
  14. betul kata yb,
    ppz dan jkm tu kena semak syarat syarat yang tak masuk akal lagi di zaman ini, duit pungutan mereka bukan sedikit berlonggok saja di situ.

    ReplyDelete
  15. kannnnn... lain orang, lain cabarannya... tak tahulah apa ujian Allah buat saya nih... hmm... :D :D

    ReplyDelete
  16. moga saya akan insaf lebih lama dari dr.singa :P

    upah org jaga anak berapa pulak tu perbelanjaan yg harus di kelaurkan.

    ReplyDelete
  17. Jules,
    baguslah awak pun rajin buat kerja amal. Dapat kepuasan yg sukar diterangkan dgn perkataan. InsyaAllah pahala pun dapat juga.

    eh bukan senang nak dating dgn Dato' ni tau. Untung2 ada yg berkenan kah kah kah.

    ReplyDelete
  18. Daun Bidara,
    Harapnya begitulah. Mereka kena proaktif. Di samping tu rajin2lah turun padang sbb ramai yg susah di luar sana.

    ReplyDelete
  19. syah,
    berat mata memandang berat lagi bahu memikul.

    Allah uji awak lambat dapat anak. InsyaAllah tak lama lagi dapatlah tu.

    ReplyDelete
  20. juliet,
    aku tolong doakan aje. Berapa lamalah ko boleh tahan insaf ni hehehe

    Aku tak tanyalah pula tentang bayaran utk org Indon tu jaga anaknya. Kakak2 dlm rombongan aku dah tanya soalan tu masa aku kira wang utk sumbangan.

    ReplyDelete
  21. ...semuga Allah murahkan agi rezeki YB...Amin

    ReplyDelete
  22. hazeleyed lady,
    Amin. Semoga Allah murahkan rezeki awak juga di samping diberi kesihatan yg baik.

    ReplyDelete
  23. en3 yang menyentuh hati

    rasa macam bersamamu pulak, versi blog...

    ReplyDelete
  24. Eja,
    kalau tengok keadaan mereka lagi sedih. Dalam senyum ada tangis.

    Mungkin penyampaian saya kurang berkesan. Jauhlah kalau nak bandingkan dgn Bersamamu huhuhu

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails