Sunday, May 2, 2010

Aku dan Kampungku - Kg Datuk Keramat

Ahad lepas kami sekeluarga balik kampung emak Adam di Tg Karang. Padi sedang menguning. Pemandangan yg indah. Anak2 kami sempat memancing walaupun tak dapat ikan. Ada pembaca blog aku yg teruja melihat gambar sawah padi. aku pun begitu tapi kerana nak kontrol macho buat2 dek aje lah Ini yg aku jeles sikit kerana kampung emak Adam mmg kampung tradisi.

Ok hari ini aku nak tunjukkan pula gambar kampung aku. Sebelum tu bagi aku story sikit (kalau rajin nak tahu).

Aku dilahirkan di kampung ni. Bukan di hospital bersalin seperti sebahagian dari kalian. Tapi aku tak dibesarkan di sini sebab aku dibawa berpindah bersama keluarga ke tempat kerja ayah aku. Tapi masih dalam KL ni.

Selepas ayah aku bersara (kerja swasta takde pencen sebenarnya) dia dan ibuku pulang ke kampung kami. Aku dan adik aku masih menuntut di luar negeri masa tu. Lepas tamat belajar sempatlah aku duduk di kampung sebelum aku mula bekerja. Kerja pertama aku di Miri, Sarawak.

Masa aku melangsungkan perkahwinan aku dgn emak Adam, majlis tu diadakan di kampung aku dan kampung emak Adam. Lepas tu aku bawa emak Adam ke Miri. Bila raya baru kami balik kampung. Selalunya aku akan bercuti selama sebulan. Org kerja minyak ni banyak cuti.

Pada tahun 1990 aku dihantar oleh majikan utk bekerja di KL menjaga sebuah projek gas yg besar bersama rakan2 lain. Kami diberikan banyak kemudahan termasuk rumah. Aku pilih rumah di Keramat Hujung (dekat kawasan rumah KRU) kerana nak dekat dgn ibubapa aku ketika itu. Bukan tak boleh cari kawasan yg lebih ternama. Sewa rumah sykt yg bayar.

Selepas hampir 2 tahun hidup aman bahagia di kampung aku sambil menjalankan tugas seharian, kami diarahkan berpindah ke Pasir Gudang kerana projek memasuki fasa pembinaan pelantar di sana. Kami berada di sana selama 1.5 tahun. Lepas tu aku dapat masuk projek team lain pula dan dihantar ke KL semula utk menjaga konsultan. Sekali lagi kami cari rumah dekat kawasan kampung aku. Rumah sewa kami kali ini di pinggir kampung aku. Agen rumah mula2 menawarkan rumah banglo di Bangsar tetapi kami lebih selesa duduk di kawasan berhampiran kampung aku. Kawasan majoriti org Melayu/Islam. Senang nak beribadat.

Panjang sudah cerita aku tentang kampung aku. Di bawah ni gambar kampung aku yg aku ambil semalam. Taraaaa




Taman tasik di kampung aku dgn latar belakang bangunan pencakar langit tak jauh dari kampung aku

27 comments:

  1. salam yb. Ko dulu kerja kat miri ek. Kenal sepupu kakpah Norlizah md nor? dia keje kat miri gak dulu. shell.

    Skang ni keje kat houston.

    ReplyDelete
  2. kakpah,
    Haah dulu saya kerja kat Miri. Bahagian Engineering. Pelantar2 yg saya baik pulih atau buat baru masih tegak di Laut China Selatan.

    Rasa pernah dengar nama Norlizah tu tapi kami lain dept. Dia pergi Houston ke? Selalunya org Shell cross posting ke Belanda atau London. Ada juga yg ke Nigeria atau Gabon.
    Houston biasanya org yg kerja Esso.

    ReplyDelete
  3. kakpah lagi,
    Tahniah! Rasanya inilah kali pertama kakpah no satu.

    Org banyak yg balik kampung kot? Atau segan nak komen n3 ni hehehe

    ReplyDelete
  4. ini kirany alahir kat rumah yek YB..


    org dulu2 panggil bidan dtg umah.

    skang dah leh lepak kat sepital 5-6 hari sebelum bersalin. itu pun kdg2 kena halau sbb wad penuh!

    merata juga YB tinggal..

    ReplyDelete
  5. sI tEDI,
    haah emak saya bersalinkan KAMI di rumah. Ingat seorg aje baby tapi dua org rupanya. Dulu mana ada scan huhuhu.

    Saya ingat lagi bila nak raya masa saya budak2 dulu, ayah saya akan ke rumah mak bidan tu bayar zakat. Pakai beras lagi masa tu.

    Sepital kerajaan kat KL ni selalu penuh. Tak dan nak lepak2 5-6 sebelum bersalin. Kalau lepas bersalin dan ibunya sihat, kadang2 sebelah petang dah suruh balik kerana tak cukup katil huhuhu

    Kami mmg tinggal merata tempat. 3 org anak yg mula2 lahir di 3 negeri berbeza.

    ReplyDelete
  6. ckLah,
    nape pula takuuuut?

    Saya tak makan org huhuhu

    ReplyDelete
  7. aku lahir nun jauh di kampung, tapi sekolah seme kat bandar....he3x pandai...sekarang duduk pun taklah bandar sepenuhnya, tapi pinggir bandar...masa mula2 beli rumah aman damai...sekarang hiruk pikuk...aku boring! nak wat camana...melainkan pak syeikh jadi petani...bolehlah aku duduk kat kampung

    ReplyDelete
  8. kg. datuk Keramat...pernah tinggal sana masa kecik2 dengan abah...

    ReplyDelete
  9. sonata,
    sementara nak tunggu pak sheikh pencen dan jadi petani anak2 ko pun dah ada yg kawin. Nanti ko dah dapat cucu. Aku rasa elok ko jadikan Bedhill tu kampung ko. Kalau aku nak singgah pun taklah jauh sgt hehehe

    ReplyDelete
  10. hazeleyed lady,
    kiranya kita sekampunglah ya hehehe

    ReplyDelete
  11. tak silap sha...inilah laluan sha nak ke lrt Jelatek saban hari bila dah dekat dgn dateline:)

    ReplyDelete
  12. Salam Yb,
    Tanjung karang padi tengah menguning ka sekarang nie? mesti cantikan...

    sy tk pernah smpi kt kg yb kt Kg Keramat tu... dekat sgt kot... hehehe

    ReplyDelete
  13. Sdr YB.
    Kg kelahiran Yb memang bersejarah.Dulu datok moyang isteri saya meneroka kg tu.Kemudian pinda h keBeranang.Ayah mertua saya pun pernah tinggal di kg tu.Malah majlis bersanding saya dengan Anak Haji Malek dilansungkan di Lorong Kiri 15 pada 1.1.71.Sekarang kg tu dah berubah wajah dgn hebatnya.Masih adakah rumah pusaka anda?Tentu nostalgik kan?Salam Abang Zabir.

    ReplyDelete
  14. >>__<<


    taraaaaaa ...
    itulah kampungku. hehehhe
    cool jerr baca ayat ni. hahahha
    bnyak pngalaman ngan syarikat minyak'yer pakcik ... :)

    ReplyDelete
  15. sha,
    mmg tak silap lagi. Stesen LRT Dato' Keramat hanya beberapa meter dari stesen LRT Jelatek. Kalau naik lagi sikit sampai ke stesen LRT Setiawangsa pula. Dari situ ke rumah saya cuma sepelaung. Kalau takut saya tak dengar jika sha melaung, gunalah hp utk call saya. Nanti saya boleh datang ambil sha. Boleh jumpa emak Adam dan Adam hehehe

    ReplyDelete
  16. Atikah,
    wsalam.

    Mmg pemandangan yg cantik bila sawah bertukar ke warna keemasan tatkala padi masak. Ada saya tunjukkan beberapa gambar sawah di n3 saya Isnin lepas.

    Takkan duduk KL awak tak pernah sampai ke Datuk Keramat. Sesekali tu singgahlah situ. Di pasar keramat ada banyak makanan. Tapi saya dah tak tinggal di sana skrg. Yg tinggal hanya kenangan huhuhu

    ReplyDelete
  17. Abg (Dato') Zabir,
    Terima kasih kerana sudi mengikuti dan seterusnya memberi komen di n3 ini.

    Bagi mereka yg menjadi peneroka Kg Datuk Keramat, tempat ni dulu lebih terkenal dgn panggilan Tangga Cina. Ia dipanggil Datuk Keramat kerana ada makam org alim di kubur di lorong 9. Skrg dah takde lagi makam tu.

    Saya ingat lagi pernah pergi ke rumah bapa mertua abg Zabir masa saya kecil dulu dibawa oleh arwah ayah. Saya juga masih ingat pergi ke rumah abg Zabir di Jalan Keramat Hujung. Masa tu Farid dan Farah masih kecil.

    Rumah tempat saya dilahirkan masih ada walaupun dah berubah setelah dibaiki beberapa kali. Tapi skrg penyewa dan salah seorg dua pupu saya yg duduk di situ setelah nenek meninggal dunia.

    Rumah arwah ayah pula tinggal sejarah setelah tanahnya diambil oleh kerajaan utk membina laluan LRT.

    Mmg Keramat dah berubah dgn pesat. Siapa sangka di situ boleh ada LRT (siap dgn 2 buah stesen) dan dua batang lebuhraya (AKLEH dan DUKE).

    ReplyDelete
  18. Frodo Baggins,
    Biasanya org akan merasa bangga bila menceritakan tentang kampung mereka. Saya pun mcm tu juga walaupun kampung saya terletak di dalam WP. Walaupun ciri2 kampung tradisi sudah semakin terhakis, tetapi sesiapa yg hidup dah lama mcm saya ni, tentu ada kenangan semasa tempat tu masih bersuasana kampung.

    Nak kata banyak sangat pengalaman dgn sykt minyak tu taklah sangat. Tapi adalah sikit kerana saya pernah berkhidmat selama 22 tahun dgn sykt kulit kerang dan pernah dipinjamkan kpd Petronas Carigali selama hampir 5 tahun.

    ReplyDelete
  19. kampung yg tetap bandar
    boleh g2?

    ReplyDelete
  20. salam YB..dah bertambah lagi pengikut nampaknya..kalau YB bertanding ADUN Kg Datuk Keramat mesti menang tanpa bertanding ni...

    ReplyDelete
  21. Eja,
    Ada satu tempat di Banting tu nama dia Kampung Bandar.

    Kg saya keramat. Ada berkat dan hikmatnya tu hehehe

    ReplyDelete
  22. kak ct,
    wsalam.

    Setakat 158 org pengikut tu kalau bertanding mahu hilang deposit hehehe.

    Kalau bertanding pun saya nak pilih kawasan Setiawangsa kerana itulah satu2 kawasan Parlimen kat KL yg BN menang ngeh3x

    ReplyDelete
  23. tiap2 bulan haku ada urusan peribadi kat jalan enggang, kehh

    salamm,

    ReplyDelete
  24. tun begia,
    dah dekatlah dgn rumah saya tu. Lain kali rogerlah saya. Kita boleh pekena teh tarik dan borak2.

    Emel saya yunus.badawi@gmail.com

    Wsalam.

    ReplyDelete
  25. salam

    saya keja kat datuk keramat.
    dari mula datang kL saya teringin nak keja O&G tapi sampai sekarang dah 12 tahun tak dapat peluang. boleh tak tuan bagi tips macamna nak dapat keja O&G. Tapi saya takda background technic. sya studi bisnis. sya masih teringin nak keja O&G. Kalu boleh sya nak keja kat pelantar minyak tuu..
    sya nak tukar bidang laa..

    terimakasih tuan YB

    tokpakehtemenggong
    tokpakehtemenggong@gmail.com
    0133417278

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails