Monday, May 10, 2010

Lunch Dgn Tijah dan TINY

Khamis lepas aku diajak lunch oleh dua org diva di alam blog ini: Tijah dan KAKTINY aku yg menyibuk nak join yg sebenarnya

Pagi tu Tijah sms utk mengingatkan aku lunch date kami. Aku rancang nak ke Lumut pukul 3:00 ptg tu. Jadi sempatlah join dua org ni. Aku pun jawab sms dia kata wokey.

Tiny lagi hebat. Siap buat n3 hari Isnin bertajuk "Menanti". Dia tulis macam ni

Dah bulan Mei.. cepatnya masa berlalu...

Minggu ni aku menanti dua perkara..


1) Hari nk deting ngan
Tijah ngan YB.. (hahaha... buleh jer jadikkan entri.. kahkahkah)

Lewat pagi Khamis tu aku ke opis aku di Rawang kerana ada perkara aku nak selesaikan dgn staf baru aku tu. Dalam perjalanan pulang aku dpt sms dari Tijah kata mereka di Jonis - kat dalam sebab ada ekon. Saja aku tak balas (giler ke nak balas sms masa memandu 130 kat DUKE tu hehehe). Lagipun aku dah nak sampai.

Sebaik aku nak masuk jonis tu, kawan aku yg dari JB yg akan bersama2 ke Lumut call. Dia baru bertolak. Janji pukul 3:00 nak ke Lumut, pukul 12:30 masih di JB. Pukul berapa nak mulakan perjalanan ke Lumut ni? Tapi takpe. Bolehlah aku lama sikit dgn diva 2 org tu ngeh3x

Sekarang kita layan gambar2 yg aku ambil semasa kami lunch tu.

Tiny sedang memasukkan bahan2 ke dalam kapal wap kami. Yang kulit cerah tu. Aku suspek mesti dia pakai Fair & Lovely banyak2. Tijah sibuk dgn sms dia. (maaf - mereka tak kasi aku siarkan gambar yg ada tunjuk muka2 mereka yg cun tu!)

Sambil kami makan, macam2lah kami cerita. Dah habis steamboat tu Tiny order pulak benda lain. Antaranya:

Tomyam. Tengok udang dia tu. Tijah dan Tiny cengelat tak makan udang. Aku yg kena habiskan huhuhu

Yang ini daging bakar

Dan BBQ kepak ayam. Tengok Tijah dan Tiny sedang melapah sayap ayam tu. By this time, tomyam dah tinggal kuah. Sila perhatikan mangkuk di sebelah kanan tu.

Lepas makan mesti nak cuci mulut. Rupa2 2 org diva ni dah siap2 order dessert mereka sebelum aku masuk jonis tu. Mereka pilih red waterchesnut. Tijah dah tak setia dgn Salim nampaknya. Aku pun ikut order benda yg sama - senang nak buat kalau semua sama fikir aku yg sebenarnya aku pun terliur tengok gambar benda tu

Red waterchesnut dgn hirisan nangka berlatarbelakangkan kulit2 udang

Masa aku nak habiskan dessert aku ni, kawan aku call. Nasib tak banyak sangat call tengahari tu. Kalau tak mesti 2 org tu bengang. Sedang aku cakap dlm tepon aku, Tiny dah pergi bayar lunch kami. Aku nak bayar dia tak nak. Tijah pun nak tong tong tapi Tiny menolak. Dia nak belanja kami katanya. Terima kasih daun keladi. Lain kali giliran kami pula.

52 comments:

  1. lepas ni tunggu yb belanja pulak lah..

    hahahahahha..

    ReplyDelete
  2. jom. sapa nak join. yb belanja lepas nih. min 10 org max 100 org 3 hr 2 mlm kat pulau redang. amacam ada bran bang? huhuu

    ReplyDelete
  3. wah! seleralah YB makan di temani 2 org wanita. di belanja pulak tu! he he he

    ReplyDelete
  4. apa lagi, rangka ayam petang ni! haha

    ReplyDelete
  5. Yo.. Aku stujuk ngan idea bernas tijah!!.. Ekekekeke..

    (Aku xbleh nk komen panjang2 sbb tgh mtg kt luar,
    Tp sempat jer aku balas guna tepon tecit nih..huhuhu).

    Terima kasih daun keladi,
    Lepas ni giliran YB.. Hahaha..

    ReplyDelete
  6. Kalori,kalori, ye sila tambah kalori kataku dgn jelesnya :P

    psttt: bila sebut kalori bebyk kali terjadi CAMRY plaks,ehehehee.

    ReplyDelete
  7. wahh sakannya makan... tetiba rasa dengkis... muahahahah :P :P :P

    ReplyDelete
  8. wah, yb rezeki ada orang belanja...tapi yb pun selalu belanja orang..bagus bagus

    ReplyDelete
  9. hanie,
    ko nak makan kat mana? Roger aku awal2 supaya senang nak buat program hehehe

    Tijah,
    Pulau Redang jauh sgt. Takut ramai yg mabuk laut nanti tak lalu nak makan.

    Kita pergi Pantai Dalam ajelah. Nama tempat tu ada ciri2 laut.

    Tapi kalau teringat lautan air kumbahan IWK kat situ mesti korang hilang selera wakakaka

    ReplyDelete
  10. sI tEDI,
    nasib kami pilih tempat yg tak ramai blogger lepak. Kalau tak mesti ramai yg jeles tengok saya dgn 2 org wanita cantik tu hehehe

    Duit yg saya bawa tak laku hari tu huhuhu

    ReplyDelete
  11. zaren,
    ok set. Pukul 6 tunggu kat sana. Kalau uncle lambat, roger aje uncle.

    TINY,
    baik2 curi tengok blog tu. Bos awak pandang tu hehehe

    Kalau setakat awak dan Tijah no problem. Yg lain tu kena tapis dulu ahaks

    Bila nak pergi lunch lagi ni?

    ReplyDelete
  12. juliet,
    aku tahu ko mesti jeles punya. Aku tanya jugak kat Tiny nape tak ajak ko sekali tapi dia kata ko gadis pemalu. Mesti ko tak mahu. Kiranya belum ada rezekilah tu.

    Semua makanan aritu best. Kalau tomyam Ezzati hehehe

    Betulke ko nak naik camry aku ni? Nanti ko roger aku. Skrg camry hari2 ada kat rumah sbb Hazwan cuma ada 2 kelas satu hari. Jadi dia berulang.

    ReplyDelete
  13. NL,
    sedap hingga tak terkata ke? ngeee

    syah,
    mmg sungguh sedap. Kalau mertua lalu belakang mesti tak nampak. Lalu depan barulah nampak.

    Nak ajak awak, awak kerja jauh nun di Klang.

    ReplyDelete
  14. Daun Bidara,
    rezeki jgn ditolak. Selain tu dapat juga jumpa rakan blog yg dua org ni. Tijah saya pernah jumpa beberapa bulan yg dulu. Tiny ini baru kali pertama.

    Bilalah dpt jumpa awak pulak?

    ReplyDelete
  15. skrg aku dah tau ke mana ilangnya sebijik NANGKA kat luar rumah
    .
    .


    .
    .


    hurrmmmm... sedap red waterchesnut dgn hirisan NANGKA aku tu??


    :P
    :P
    :P

    hiikkkkkkssss

    ReplyDelete
  16. sungguh diva de vogue kanns,

    salamm,

    ReplyDelete
  17. asparagus rebus tak de....
    dengar2 Tijah kempunan asparagus...

    ReplyDelete
  18. tak kisahlah lepas ni giliran sape tapi aku nak join jugak. cuma tang giliran aku,aku taknak join aa.hehe..

    ReplyDelete
  19. kts,
    itulah 'bahaya' kalau aku dah tahu rumah ko kat mana. Nasib aku ambil sebijik aje. Bapak ko kasi pun - bukan curi tau.

    Water chestnut tu tanpa nangka pun dah sedap. Tak caya ko tanya Tijah dan Tiny sbb mereka pny takde nangka. Kalau letak nangka lagi best mcm aku punya ahaks.

    ReplyDelete
  20. tunbegia,
    mmg diva de vogue. Mereka ni ramai pengikut.

    DrSinga,
    'asparagus' tu Tijah dah buat nasi goreng hehehe

    ReplyDelete
  21. Penyuk,
    Kami 3 org dah setuju sesiapa yg nak baru nak join kena belanja kami.
    Lepas ni giliran ko lah kalau ko nak join ngeh3x

    ReplyDelete
  22. sahromnasrudin,
    kami pergi Johnny's yg di Jusco AU2. Tak ramai blogger lepak situ waktu tghari. Kalau petang atau malam ada jugak blogger mcm kts dan juliet lepak kat situ hehehe

    ReplyDelete
  23. wahhhh...

    terliur aiiiii...!!!

    ReplyDelete
  24. PnConfused,
    jgn anak ko nanti terliur sudahlah. Makanya elok ko minta EnCayang belanja ko jonis hehehe

    ReplyDelete
  25. "tetiba ada org call...
    ingat sy nak bayar tapi daia tak mau....!!"


    taktik hebat punyer !!

    ReplyDelete
  26. Salam YB,

    Seronok dapat jumpa Diva2 ye?

    Kat DUKE, 130km/jam....bukan ke 90km/jam je had laju kat situ?

    ReplyDelete
  27. ikan emas,
    syyyyy jgn cakap kuat2. Nanti Tiny dengar.

    Cekap awak membaca yg tersirat. Tapi org dah tahu taktik tu sbb awak dah highlight kan. Kena cari taktik lainlah pulak hehehe

    ReplyDelete
  28. Zabs,
    wsalam.

    Mmg seronok kalau dpt jumpa rakan bloggers yg hampir setiap hari kita berinteraksi dgn mereka tapi tak pernah bersua muka. Tak kira lelaki atau wanita. Tapi dpt jumpa yg diva mcm yg dua org tu lagilah best ngeh3x

    Ramai org pecut kat DUKE tu sbb jarang ada speedtrap kat situ ngeeee

    ReplyDelete
  29. Wow yb..sedaap nya ..ini yamg membuatkan daku menjeleskan diri ni..

    ReplyDelete
  30. YB.. kali ni lepak minum petang kat tepi opis aku ni la plak..

    roti canai.. roti canai!!... hihihihi...

    (oit... aku tak guna fair and lovely okeh... aku guna sabun cap kapak laaaa.... kahkahkahkah)..

    ReplyDelete
  31. saya keje kat shah alam la YB, bile plak kat klang... hohohohohoh :P :P

    ReplyDelete
  32. relevan,
    saja letak gambar makanan yg sedap2 tu biar awak dan rakan2 lain jeles. Ini belum lagi letak gambar Tijah dan Tiny ngeh3x

    ReplyDelete
  33. TINY,
    bila nak lepak tu? Tapi aku segan pergi situ takut aku ni tak sampai taraf tu ngeeeee

    Kalau nak makan roti canai kat tempat aku ada kedai mamak baru buka. Jom aku belanja.

    Saja ko tak nak ngaku guna F&L la tu. Masa kecik aku guna sabun cap kapak habis mengelupas kulit aku. Memang lah cerah sbb nampak isi huhuhu

    ReplyDelete
  34. syah,
    saja aje saya provoke letak Klang. Tapi dari Shah Alam nak join kita org lunch kat AU2 tu pun jauh jugak hehehe

    ReplyDelete
  35. nampak menyelerakan sekali selalu pergi ke situ tapi belum singgah lagi..

    ReplyDelete
  36. penjejak maya,
    banyak tempat makan di situ. Org pun tak berapa ramai sbb mungkin tak berapa glamer tempat tu.

    Lain kali awak bolehlah cuba menjamu selera di situ.

    ReplyDelete
  37. wowww..aku penah makan Jonnies, tapi tak order lak daging bakar tu..nampak sodappp

    ReplyDelete
  38. HEMY,
    Tiny yg order daging bakar tu. Mmg best hehehe

    ReplyDelete
  39. melepas nak jumpa..ramai pulak org tadi nak lintas jalan pun susah..

    saje gurau2 je tu uncle..

    nak contact uncle macamana no pun xde huhu..

    ok dah maghrib jom kita solat

    ReplyDelete
  40. Selamat makan...
    Selamat deting...
    Selamat! Selamat!
    Berkat! Berkat!

    :)

    ReplyDelete
  41. zaren,
    itulah uncle suruh dtg pukul 6 tadi. Bukan sebab makin petang makin ramai org (walaupun itu mmg betul) tapi sebab pukul 6:30 uncle nak tengok Adamaya ahaks.

    No Hazwan kan ada? Call atau sms dia utk dptkan no uncle hehehe

    Uncle solat kat surau tadi.

    ReplyDelete
  42. Catwoman,
    Terima kasihlah di atas doa ko tu. Ini bukan dating berdua aje tau. Tapi bertiga. Hari tu dah ajak jugak beberapa org blogger lain spt tasek tapi sudah tentu dia tak boleh nak join sbb dia di Melaka ngeh3x

    Nak ajak ko pun ko jauh nun di utara.

    ReplyDelete
  43. Terliur tgk makanan tu...selalu lalu kat Jonis...tapi tak pernah singgah...amik bau je...

    ReplyDelete
  44. wahhhhh,... di kedai pakcik johnny's ek~ though just had that last week, tgk gmbr YB-trus kecur,..

    ReplyDelete
  45. Kak anie,
    itu gambar dekat jadi nampak menyelerakan hehehe

    Lain kali kalau lalu situ singgahlah.

    ReplyDelete
  46. Othman Juliana,
    malam2 pun kecur jugak ke? hehehe

    Awak pun biasa pergi johnny's ya? Bolehlah kita buat rombongan ke sana satu hari nanti.

    ReplyDelete
  47. salam yb...wah..untung en.jonis dapat promosi percuma dari yb..kalau kat media mau beribu yb dibayar..(mintak la bayaran kita share 2 org)

    ReplyDelete
  48. kak ct,
    wsalam.

    Saya belum pandai nak minta bayaran utk mempromosikan sesuatu produk atau perkhidmatan. Lagipun berapa org sgt lah yg baca blog ni huhuhu.

    Tapi ini satu cadangan yg baik kat ct. Nanti kita usahakan. Setidak2nya boleh dpt makan free lain kali ngeh3x

    ReplyDelete
  49. Terima kasih...atas komen anda.. Sebenarnya yang kaya adalah hati..itulah kekayaan sebenar.. Dh cuba stem ikan kelah...sesuatu yang tak boleh dikongsi dengan kata2..

    ReplyDelete
  50. TENGKU ARIFF,
    Kalau sudi menerima nanti saya komen lagi di lain kesempatan.

    Betul kata awak. Kekayaan itu di hati. Sifat qanaah - berpada pada yg ada.

    Belum pernah rasa stem ikan kelah. Mahal kat ikan tu? Susah pulak nak dapat kalau kat KL ni huhuhu

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails