Dah beberapa hari aku tak
update blog ni. Kalau aku kata aku sibuk mesti korang baca pun nak muntah sbb semua org boleh mengaku sibuk.
Jadi utk tak menghampakan rakan2 yg masih rajin menjenguk ke sini aku nak citer sikit apa yg berlaku semalam. Kisah lain aku akan citerkan di n3 lain.
Sebelah pagi semalam aku
clearkan jadual kerja aku kerana emak Adam kata nak pergi beli barang dapur yg dah habis. Banyaklah yg dah takde kat rumah kerana dah lama tak ke pasar. Sementara menunggu emak Adam menyiapkan kerja2 rumah, aku sempatlah berurusan dgn tepon. Temujanji aku yg pertama patutnya pukul 12:15 tgh kat Sunway. Dekat pukul 11 pagi Afifah minta tolong aku hantar dia ke tusyen. Ada tusyen
free utk budak2 cuti sekolah ni. Mulia sungguh hati org yg nak berbakti kpd murid2 ni. Semoga Allah membalas budi baik mereka.
Lepas aku balik hantar Afifah emak Adam masih tak siap lagi. Dekat 11:50 baru dia ajak aku pergi beli barang. Mana nak sempat. Dia pun mula muncung. Nak masak apa? - barang termasuk sayur dah habis.
Sebenarnya aku tak kisah kalau takde sayur sbb aku bukan suka sgt makan sayur heheheAku pun
call org2 yg patut ada dlm perjumpaan di Sunway tu. Aku minta tundakan
meeting ke pukul 1:00 tgh. Mereka kata OK. Aku pun beritahu isteri aku - jom kita pergi
shopping. Anak2 kami yg 3 org kecik2 tu pun masuk sekali dlm kereta. Emak mereka kata buat apa ikut - buat lambat aje. Aku kata nak ikut, ikutlah. Kat rumah pun asyik tengok tv dan main komputer game. Kami pergi ke NSK di Seri Rampai. Lebih kurang
hypermarket tapi tauke dia Cina. Bilalah org Melayu kita nak ada
hypermarket kerana majoriti pembelinya adalah org kita.
Balik dari membeli belah, aku bergegas ke Sunway. Sampai kat
parking aku
call kawan aku tanya samada nak jumpa kat opis dia atau kat gerai makan di bawah. Dia suruh aku naik dulu. Kami pun berbincang satu projek yg dia baru dapat. Dia nak
sub kpd aku sebahagian daripada kerja itu. Dua org rakan aku yg nak tolong buat kerja ini masih
"on the way". Ini istilah biasa bagi mereka yg lambat. Kadang2 tu baru nak ikat tali kasut pun kat
OTW jugak. Bukan aku tak tahu. Kerana mereka lambat, kami pun turun makan tengahari. Masa tu baru salah seorg kawan aku dtg. Inilah susahnya org kita. Org nak bagi kerja pun takde kesungguhan. Lepas makan kami naik ke opis rakan aku tu semula. Semasa kami sedang berbincang, baru sampai
group yg satu lagi. Kami pun terangkan kpd mereka skop kerja. Aku terpaksa minta diri lepas tu sbb aku nak ke Majlis Perbandaran Klang bertemu pegawai di sana. Tapi sebelum tu aku kena ambil
staff aku dulu di Shah Alam. Aku suruh dia tunggu di masjid negeri.
Dalam perjalanan hujan turun dgn lebatnya. Nasib baik bila sampai bandar Klang belum hujan lagi. Kami pun jumpa pegawai itu untuk mengambil surat kelulusan kerjatanah salah satu projek yg kami uruskan di daerah Klang. Ini baru satu kelulusan dari tiga kelulusan yg kami perlukan dari Jabatan Kejuruteraan. Yang dua lagi Jalan &
Perperitan Perparitan dan Lampu Jalan. Itu kelulusan dari Jab Kejuruteraan. Belum lagi jabatan2 lain seperti Seni taman, Bangunan dsb. Aduh leceh betul. Ini yg pelabur selalu komplen nak buat projek kat negara kita.
Selepas berurusan di Jab Kejuruteraan kami ke Jab Bangunan utk menyemak samada projek kami akan masuk mesyuarat
One Stop Centre (OSC) minggu depan. Pegawai di situ memberitahu kami kena mendapatkan kelulusan atau membalas surat dari Jab Perancang dan kerjatanah sebelum hari Isnin depan.
Keluar aje dari situ aku tepon konsultan tapi tak dpt. Aku suruh
staff aku hantar sms utk memastikan konsultan mengambil tindakan yg sewajarnya.
Sebelum balik ke Shah Alam, aku membawa
staff aku ke tapak 2 projek tersebut kerana dia tak pernah pergi lagi. Sempatlah aku beri dia
couching mcmana nak menangani projek dgn lebih baik di masa akan datang.
Dalam pukul 5:30 kami sampai di masjid negeri. Aku masuk utk solat Asar.
Staff aku balik - mungkin dia uzur ngeh3x.

Masjid SSAAS - petang semalam
Usai solat aku sempat call Atikah yg sedang menduduki 3 paper CAT 3 hari ini bermula semalam. Dia tak jawab pulak. Mungkin tengah sibuk. Aku pun terus masuk kereta dan bertolak balik. Niat di hati nak sampai sebelum Maghrib sebab malam tadi ada kelas Fekah di surau tempat aku. Seperti biasa waktu2 petang mcm ni NKVE jam. Aku sampai betul2 waktu Maghrib. Isteri aku minta aku tolong mandikan Adam. Dia kata solat ajelah dgn dia kat rumah sbb kalau pergi surau pun mungkin org dah solat. Jadi aku pun mandikan Adam yg dah seminggu tak berapa sihat. Asyik nak meragam aje. Badan dia pun dah tinggal rangka. Kesian aku tengok anak aku ni huhuhu.
Lepas solat berjemaah dgn isteri aku, aku pun ke surau. Kelas Fekah dan separuh jalan. Kisah tentang mati syahid. Ustaz tu kata kalau kita takut nak berjihad (macam kebanyakan kita ni lah) atau kedekut nak mengeluarkan harta utk jalan Allah ada hadis yg sesuai utk org mcm ni. Dia pun bacakan hadis sahih dari Ibnu Hibban yg maksudnya lebih kurang kalau tak nak keluarkan harta atau takut mati, maka hendaklah berzikir. Oleh itu marilah kita banyakkan berzikir - mengingat Allah.
Lepas solat Isyak ada jamuan ringan sikit. Aku pun join sambil borak2 dgn jiran2 aku. Lepas tu aku balik rumah utk makan malam. Sedang kami sedap makan ada panggilan tepon. Afifah yg jawab. Rupanya ketua biro wanita surau yg call. Dia nak datang ambil duit surau utk program bulan Disember ni. Niat aku nak buat laporan hasil lawatan dan tindakan ke MPK terpaksa ditunda.
Cukuplah kisah aku semalam. Kalau kalian baca sampai ke sini, aku ucapkan berbanyak2 terima kasih. Aku rasa inilah n3 aku yg terpanjang setakat ini.