Thursday, December 10, 2009

Perkara Yang Terjadi Kat Aku Semalam

Dah beberapa hari aku tak update blog ni. Kalau aku kata aku sibuk mesti korang baca pun nak muntah sbb semua org boleh mengaku sibuk.

Jadi utk tak menghampakan rakan2 yg masih rajin menjenguk ke sini aku nak citer sikit apa yg berlaku semalam. Kisah lain aku akan citerkan di n3 lain.

Sebelah pagi semalam aku clearkan jadual kerja aku kerana emak Adam kata nak pergi beli barang dapur yg dah habis. Banyaklah yg dah takde kat rumah kerana dah lama tak ke pasar. Sementara menunggu emak Adam menyiapkan kerja2 rumah, aku sempatlah berurusan dgn tepon. Temujanji aku yg pertama patutnya pukul 12:15 tgh kat Sunway. Dekat pukul 11 pagi Afifah minta tolong aku hantar dia ke tusyen. Ada tusyen free utk budak2 cuti sekolah ni. Mulia sungguh hati org yg nak berbakti kpd murid2 ni. Semoga Allah membalas budi baik mereka.

Lepas aku balik hantar Afifah emak Adam masih tak siap lagi. Dekat 11:50 baru dia ajak aku pergi beli barang. Mana nak sempat. Dia pun mula muncung. Nak masak apa? - barang termasuk sayur dah habis. Sebenarnya aku tak kisah kalau takde sayur sbb aku bukan suka sgt makan sayur hehehe

Aku pun call org2 yg patut ada dlm perjumpaan di Sunway tu. Aku minta tundakan meeting ke pukul 1:00 tgh. Mereka kata OK. Aku pun beritahu isteri aku - jom kita pergi shopping. Anak2 kami yg 3 org kecik2 tu pun masuk sekali dlm kereta. Emak mereka kata buat apa ikut - buat lambat aje. Aku kata nak ikut, ikutlah. Kat rumah pun asyik tengok tv dan main komputer game. Kami pergi ke NSK di Seri Rampai. Lebih kurang hypermarket tapi tauke dia Cina. Bilalah org Melayu kita nak ada hypermarket kerana majoriti pembelinya adalah org kita.

Balik dari membeli belah, aku bergegas ke Sunway. Sampai kat parking aku call kawan aku tanya samada nak jumpa kat opis dia atau kat gerai makan di bawah. Dia suruh aku naik dulu. Kami pun berbincang satu projek yg dia baru dapat. Dia nak sub kpd aku sebahagian daripada kerja itu. Dua org rakan aku yg nak tolong buat kerja ini masih "on the way". Ini istilah biasa bagi mereka yg lambat. Kadang2 tu baru nak ikat tali kasut pun kat OTW jugak. Bukan aku tak tahu. Kerana mereka lambat, kami pun turun makan tengahari. Masa tu baru salah seorg kawan aku dtg. Inilah susahnya org kita. Org nak bagi kerja pun takde kesungguhan. Lepas makan kami naik ke opis rakan aku tu semula. Semasa kami sedang berbincang, baru sampai group yg satu lagi. Kami pun terangkan kpd mereka skop kerja. Aku terpaksa minta diri lepas tu sbb aku nak ke Majlis Perbandaran Klang bertemu pegawai di sana. Tapi sebelum tu aku kena ambil staff aku dulu di Shah Alam. Aku suruh dia tunggu di masjid negeri.

Dalam perjalanan hujan turun dgn lebatnya. Nasib baik bila sampai bandar Klang belum hujan lagi. Kami pun jumpa pegawai itu untuk mengambil surat kelulusan kerjatanah salah satu projek yg kami uruskan di daerah Klang. Ini baru satu kelulusan dari tiga kelulusan yg kami perlukan dari Jabatan Kejuruteraan. Yang dua lagi Jalan & Perperitan Perparitan dan Lampu Jalan. Itu kelulusan dari Jab Kejuruteraan. Belum lagi jabatan2 lain seperti Seni taman, Bangunan dsb. Aduh leceh betul. Ini yg pelabur selalu komplen nak buat projek kat negara kita.

Selepas berurusan di Jab Kejuruteraan kami ke Jab Bangunan utk menyemak samada projek kami akan masuk mesyuarat One Stop Centre (OSC) minggu depan. Pegawai di situ memberitahu kami kena mendapatkan kelulusan atau membalas surat dari Jab Perancang dan kerjatanah sebelum hari Isnin depan.

Keluar aje dari situ aku tepon konsultan tapi tak dpt. Aku suruh staff aku hantar sms utk memastikan konsultan mengambil tindakan yg sewajarnya.

Sebelum balik ke Shah Alam, aku membawa staff aku ke tapak 2 projek tersebut kerana dia tak pernah pergi lagi. Sempatlah aku beri dia couching mcmana nak menangani projek dgn lebih baik di masa akan datang.

Dalam pukul 5:30 kami sampai di masjid negeri. Aku masuk utk solat Asar. Staff aku balik - mungkin dia uzur ngeh3x.

Masjid SSAAS - petang semalam

Usai solat aku sempat call Atikah yg sedang menduduki 3 paper CAT 3 hari ini bermula semalam. Dia tak jawab pulak. Mungkin tengah sibuk. Aku pun terus masuk kereta dan bertolak balik. Niat di hati nak sampai sebelum Maghrib sebab malam tadi ada kelas Fekah di surau tempat aku. Seperti biasa waktu2 petang mcm ni NKVE jam. Aku sampai betul2 waktu Maghrib. Isteri aku minta aku tolong mandikan Adam. Dia kata solat ajelah dgn dia kat rumah sbb kalau pergi surau pun mungkin org dah solat. Jadi aku pun mandikan Adam yg dah seminggu tak berapa sihat. Asyik nak meragam aje. Badan dia pun dah tinggal rangka. Kesian aku tengok anak aku ni huhuhu.

Lepas solat berjemaah dgn isteri aku, aku pun ke surau. Kelas Fekah dan separuh jalan. Kisah tentang mati syahid. Ustaz tu kata kalau kita takut nak berjihad (macam kebanyakan kita ni lah) atau kedekut nak mengeluarkan harta utk jalan Allah ada hadis yg sesuai utk org mcm ni. Dia pun bacakan hadis sahih dari Ibnu Hibban yg maksudnya lebih kurang kalau tak nak keluarkan harta atau takut mati, maka hendaklah berzikir. Oleh itu marilah kita banyakkan berzikir - mengingat Allah.

Lepas solat Isyak ada jamuan ringan sikit. Aku pun join sambil borak2 dgn jiran2 aku. Lepas tu aku balik rumah utk makan malam. Sedang kami sedap makan ada panggilan tepon. Afifah yg jawab. Rupanya ketua biro wanita surau yg call. Dia nak datang ambil duit surau utk program bulan Disember ni. Niat aku nak buat laporan hasil lawatan dan tindakan ke MPK terpaksa ditunda.

Cukuplah kisah aku semalam. Kalau kalian baca sampai ke sini, aku ucapkan berbanyak2 terima kasih. Aku rasa inilah n3 aku yg terpanjang setakat ini.

49 comments:

  1. fuuuuuhhhhh...

    tak cukup nafas aku baca n3 ni

    .
    .

    ya ya ya...
    mmg panjang....
    diari YB la katakan :D

    ReplyDelete
  2. lorrrr.... tak suka makan sayur ke??? igtkan lobak je tak suka...

    ish ish ish...
    mcm bebudak...

    sayur la sedap, bang.... :D

    ReplyDelete
  3. semoga Adam cepat sihat... biar berisi sikit badan tu
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    macam ayahnya..

    hihihi

    ReplyDelete
  4. hurmmmm

    .
    .
    cukupkan 4

    takde dah quota...

    hikkksssssss

    ReplyDelete
  5. kts1,
    aku nak lawan n3 ko yg 2550 patah perkataan tu. Tapi aku punya cuma 2549 aje huhuhu

    Ini bukan diari sbb tak mula dari Subuh ngeh3x.

    kts2,
    takkan hari ni baru ko tahu aku tak suka sayur?
    Aku dah lama tahu apa yg ko tak suka ahaks.

    Tak suka sayur = budak2?

    Yes! aku mmg nak jadi mcm budak2. Tak perlu pening memikirkan mcm2 perkara ngeee

    ReplyDelete
  6. kts3,
    terima kasih atas doa dan keprihatinan ko terhadap Adam.

    Kalau boleh aku nak dia montel mcm anak sedara ko yg dah 9 kg walaupun baru 5 bulan tu. Ko bawak dia jumpa Adam boleh tak?

    kts4,
    kuota aku masih ada 3 yg kosong. Kalau ko sanggup tunggu, silalah hehehe

    ReplyDelete
  7. pjg2...
    takpe..kurg2 ada jugak pndedahan pasal prosedur projek..boleh jugak tau sikit2..

    tuisyen free tu mesti cikgu ven punya ni..

    kenapa tak lalu duke aje? cuma kalau sama2 jem tak padan la bazir duit tol..

    ReplyDelete
  8. kuota? kuota apakah tu uncle........

    hehe ;p

    ReplyDelete
  9. YB, aku dh baca sampai "Kalau kalian baca sampai ke sini, aku ucapkan berbanyak2 terima kasih. Aku rasa inilah n3 aku yg terpanjang setakat ini."

    kasihmu aku terima.. hahaha

    ReplyDelete
  10. zaren1,
    itulah yg uncle cuba selitkan dlm n3 kali. Semoga ada manafaat kpd yg sudi membaca

    Haah yg atas Shajahan Maju tu.

    Dari Shah Alam kalau nak masuk DUKE kenalah ikut NKVE dulu. Hari2 mmg jam dari Subang ke Damansara. PLUS ni bilalah nak besarkan highway kat situ

    zaren2,
    kuota itu hanya org dewasa aje yg faham wakaka

    ReplyDelete
  11. Teja,
    ko dah buat hati aku berbunga2. Bila kita nak dating ni? hehehe

    ReplyDelete
  12. aiks, baru sikit dh kua bunge... klu banyak mau kua pokok tuh... haha

    ptg ni aku blk kg, kat TK tu ade kopitiam baru bukak kn, moh kite ke sana... hehe

    ReplyDelete
  13. sakit dada la YB. Sha punyalah mengira nama Adam dan mak Adam dari awal sampai abes:p

    takpelah, selagi ada kudrat dan rezeki ye:)

    ReplyDelete
  14. 'on the way' tu memang applicable anywhere, everywhere :)

    ReplyDelete
  15. salam YB...
    wah panjang lebar YB mengarang ...ok ler tu ....
    masyaAllah ingat ker anak2 ummi jer yg liat makan sayur , rupa2 nya adalagi suku sakat yg penakut makan sayur ... apa2 pun yg penting sihat..

    ReplyDelete
  16. aku rasa ko kena bagitau staff ko pasal blog ko ni supaya dia tau apa aktiviti ko setiap hari. nnt bila ko masuk opis, takdelah ko perlu story kat diorang. just tanya "korang dah baca blog saya?" hehe...

    ReplyDelete
  17. Tak sangka YB sangat pandai bercerita rupanya...

    ReplyDelete
  18. haah..lupa..kdg2 ikut aje PLUS tu..ada masa2 jugak la..

    uncle, 21 taun dah dah dewasa tau

    ReplyDelete
  19. saya baca dari mula sampai habis... tahniah untuk saya... hihihihihih :P :P

    Padat jadual YB ye... Macam abah saya dulu... Lepas balik jemaah kat surau, imamkan solat dengan family pula... dapat sekurang-kurangnya satu waktu berjemaah ramai-ramai pun jadilah...

    malam ni ada kelas apa pulak YB? Atau malam ni semua kelas batal... esok kan cuti... err... kat selangor je laa tapi... kikikikik :P :P

    ReplyDelete
  20. fuhh
    mmg panjang sungguh dan sungguh panjang ini.. sampai nak juling baca, huhu..

    walaupun padat dgn keje, tapi sempat gak menulis panjang2.. mmg seorg yg rajin, huhu

    ReplyDelete
  21. aku respect kat YB, dalam kesibukan ada kesempatan menulis, memang mantop

    ReplyDelete
  22. Teja,
    ko punya pasal semua boleh jadi bunga. Jgn bunga2 cinta sudah hehehe

    ko kat TK sampai bila? Kalau lama, weekend ni aku balik lepas tengok org kawin kat KL ni. Kita bolehlah pergi dating kat kopitiam tu.

    ReplyDelete
  23. sha,
    kita akan selalu menyebut2 nama org yg dekat dgn hati kita. Lebih kurang macam kisah sha kebelakangan ini lah hehehe.

    InsyaAllah selagi terdaya akan saya teruskan berusaha.

    Mak Su,
    sbb applicable tu lah ramai yg salahgunakan. tak guna betul geng2 ni huhuhu

    ReplyDelete
  24. ummi,
    wsalam.
    n3 kali ni panjang sbb nak lepas gian dah berapa hari tak buat n3 hehehe.

    Saya bukan takut makan sayur tapi tak nak menyusahkan emak Adam masak macam2. Boleh pakai ke alasan ni? hehehe

    ReplyDelete
  25. Penyuk,
    aku jarang sangat pergi opis. Seminggu kadang tak sekali pun aku pergi. Pakai tepon dan email aje. Kadang2 aku suruh staff aku dtg ke rumah utk berbincang. Boleh claim mileage dan duit makan.
    Bestkan jadi staff aku.

    Aku tak tahulah mereka baca ke tidak blog aku ni.

    psst - Aza & Mila - pls response kalau korang baca komen aku ni ngeh3x

    ReplyDelete
  26. pesen rajin menaip.



    aku. malas. he he.


    .

    ReplyDelete
  27. padat,gaya penulisan yg bagus cuma tak berapa kreatif, teruskan usaha, anda pasti berjaya,kekekeke.
    susahkan nak buat satu2 projek kat sini, macam2 jabatan yg kena jumpa, kalau nak nasib baik lagi pegawai bertugas selalu outstation,huh,berpeluh dibuatnya.
    kak juliet buatkan bubur nasi untuk adam nanti ye, tapi takut abang2 adam pulak yg makan.

    ReplyDelete
  28. tumpang lalu,
    kts bukan main lagi cop sampai 4, tamak haloba sungguh.

    ReplyDelete
  29. jap ekh...
    saya kena sedut napas dulu...
    ahhhhh...
    Memang panjang n3 YB. Tapi saya suka .. tq kerana berkongsi pengalaman hidup seharian bersama kami .

    ReplyDelete
  30. JP,
    karangan saya ni kalau diberi markah mungkin tak sampai 30 markah. Awak punya mmg best. Tapi kenapa skrg dah jarang menulis. Saya rindukan citer2 menarik dari awak.

    ReplyDelete
  31. zaren lagi,
    Kalau petang hari kerja mmg jam dari sebelum simpang Subang sampailah lepas stesen Shell. Semalam sempat melihat opis PLUS yg baru yg tepi hiway tu. Dindingnya dah retak. Buat malu betul. Ingat nak ambik gambar hantar kat bos dia dan cakap saya nampak semua ni kerana hiway dia jam hehehe

    21 tahun kalau belum kawin belum kira dewasalah wakaka

    ReplyDelete
  32. syah,
    tahniah kpd awak!

    Jgnlah cakap jadual saya padat - nanti perasan pulak saya. Smlm kira hari yg agak rilek sebenarnya dibandingkan hari2 lain.

    Abah awak imam surau ya. Eloklah boleh awak belajar agama dari dia. Saya ni makmum biasa aje.

    Malam ni takde kelas sbb malam Jumaat selalunya kami baca Yasin dan tahlil. Lepas tu makan2. Dengarnya menu mee Jawa hehehe

    Esok saya nak jumpa bakal pelanggan di KL. Jadi takdelah cuti walaupun opis di Selangor huhuhu

    ReplyDelete
  33. Che'Pit,
    Kira qadha n3 utk 3-4 hari. Itu yg panjang dari biasa hehehe

    Saya menulis (menaip) ikut suka. Kadang tu tak check pun bila dah siap - itu yg ayat berterabur atau salah ejaan. Saya tabik org yg sanggup buat deraf dan cek berulang kali sblm publish.

    ReplyDelete
  34. anjang buat saya seganlah hihihi.

    Apalah sgt yg saya tulis tu. Banyak yg merapu.

    tasekM,
    Masa aku kat uni dulu aku ambil kelas menaip. Skrg aku boleh taip guna kesemua jari tanpa memandang keyboard ngeh3x

    Itulah yg membuat aku rajin menaip ecece

    ReplyDelete
  35. juliet,
    mcm komen Enot kat rajalawak aje saya baca komen awak tu. Tak pun mcm komen jaafar onn kat sehati berdansa wakaka.
    Jadi berapa markah awak nak kasi saya?

    Mcm2 initiatif telah diambil oleh kerajaan utk mempermudahkan proses kelulusan projek tapi masih macam ni jugak. Minggu lepas kami kemukakan pelan di Shah Alam dan pegawai tu beritahu paling cepat kalau takde masalah 108 hari baru dibawa ke dalam mesyuarat. Kalau ternak ayam daging dah dua pusingan.

    Adam tanya kak juliet pandai ke masak bubur? Adam nak yg mcm mekdi tu hehehe
    Kalau yg mcm tu bukan setakat Adam dan abg2nya, bapa adam pun ikut makan hikks

    ReplyDelete
  36. juliet lagi,
    bos tua dia takdelah tghari tadi tu. Awak pun main cup2 jugak kat n3 juliet hari ni. Mana aci belum baca dah ambik tempat huhuhu

    ReplyDelete
  37. LiNda,
    saya pun kena sedup nafas dulu nak jawab komen awak ni.
    >
    <
    >
    <
    >
    <
    ok.

    Esok saya cuba buat ringkasannya supaya tak letih org membaca. Tungguuuuu

    ReplyDelete
  38. gambar-gambar tu kalau nk wat khianat, masuk je Utube..haha..tapi xbaik la wat cmtu..

    nak kawin macamana calonnya belum ada..

    uncle tinggal 3,zaren ada 4 lagi wakaka

    ReplyDelete
  39. memang panjang...tang ngomen pun panjang2..

    ReplyDelete
  40. zaren lagi & lagi,
    jgnlah sampai mcm tu. Buat malu sykt negara kita bila satu dunia tahu. Tapi uncle musykillah mcmana mereka tak jaga masa pembinaan tu.
    Masa uncle buat projek sebelum ni kalau lepa (plaster) dinding tak lurus pun kami suruh pecahkan dan buat semula.

    zaren baru 21. Kena sabar. Kat UiTM kan ramai gadis2 yg cun. Takkan takde yg tertarik?

    Kalau tak gunakan kuota tu nanti kena tarik balik baru tahu hehehe

    ReplyDelete
  41. Mentibang,
    ok saya tak nak komen panjang2 tentang komen awak ni hehehe

    ReplyDelete
  42. biar betul YB, badan Adam dah makin susut...

    semoga Adam lekas sembuh dan ceria kembali... amin... Insya'Allah...

    ReplyDelete
  43. NL,
    Mmg betul Adam dah susut. Nampak rangkanya. Malam ni pun dia terberak2 dan agak panas badannya. Dah bawa pergi klinik pun masih tak baik sepenuhnya.

    Terima kasih kerana prihatin dan doakan Adam.

    ReplyDelete
  44. salam uncle. sori lama x lawat. blog sendiri pun x terjaga ceh..
    moga adam cepat sehat.

    ReplyDelete
  45. Akmal,
    wsalam.

    Tak perlu minta maaf. Kita blogging atau melawat blog org ni ikut kemampuan kita. Kalau ada perkara lain yg lebih penting, itu yg patut diutamakan.

    Dah mula kuliah ke? Hazwan dah mula Isnin lepas. Cuti dia tak sampai 3 minggu kali ni tapi sempat jugak dia ke Kuantan dan Terengganu hari tu.

    ReplyDelete
  46. brapa patah perkataan yb??
    ekekeke

    penuh jadual skang ek...

    ReplyDelete
  47. ~O~,
    entah sbb tak kira tapi rasanya dlm 2490.

    Kurang sikit dari n3 kts hehehe

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails