Monday, December 28, 2009

Sekali Sekala Bila Demam

Kami balik kampung datuk Adam di Tg Karang Sabtu baru ni kerana mertuaku mengadakan kenduri tahlil utk Allahyarham adik iparku yg bongsu yg meninggal dunia Raya Cina hari tu. Sebaik sampai di kampung aku rasa seram sejuk -macam nak demam.

Seperti biasa jiran2 dan sedara mara sedang bergotong royong menyediakan hidangan utk nasi ambeng. Aku tak larat nak tolong. Tolong tengok bolehlah.

Emak Adam memberi aku 2 biji panadol actifast. Satu perkara yg aku respek tentang isteri aku ni mcm2 ada dlm beg tangan dia - mcm poket Doraemon.

Hujan turun agak lebat petang tu. Salur air di tempat masak tu dah bocor. Aku ambik skop yg kebetulan ada di situ (bukan skop kacau nasi kawah) dan buat aliran kecik utk air mengalir keluar dari tempat memasak. (kejikan - masak tak nak tolong benda ni boleh pulak buat)

Tak lama lepas tu seram sejuk di badan aku bertambah. Aku pun masuk ke bilik dan tertidur. Bila aku terjaga dah dekat pukul 6 ptg. Belum sembahyang Asar. Aku pun wudhu dan ajak isteri aku solat berjemaah. Lepas solat emak Adam menyambung kerjanya. Aku lihat para jiran dan sedara ramai yg dah balik ke rumah masing2 kerana kerja dah siap. Tinggal buat nasi ambeng aje. Kerja itu selalunya dibuat selepas Maghrib kerana kendurinya lepas Isyak. Sudah menjadi adat di kampung mertua aku, jiran2 dan sedara akan diberi berkat (nasi dan lauk pauknya) setiap kali ada kenduri. Bagi yg tak datang menolong, berkat akan dihantar ke rumah mereka. Adik ipar aku yg menghantar berkat kali ni.

Aku tengok nasi baru masak seperiuk. Aku pun ambil pinggan dan makan bersama adik ipar aku yg seorg lagi (emak Adam ada 4 org adik lelaki termasuk aruah). Lepas makan aku pun mandi. Wow sejuknya. Dahlah hujan, aku pulak demam. Kat kampung mana ada water heater huhuhu.

Masuk waktu Maghrib aku gagahkan diri ke masjid. Lepas sembahyang aku balik rumah terus tergolek depan tv nak tengok berita tentang kemalangan bas di Ipoh itu. Masuk waktu Isyak aku dah tak larat nak ke masjid. Aku ajak Hazwan solat dgn aku. Aku suruh dia jadi imam. Sedang kami solat emak Adam masuk utk berjemaah. Lepas solat aku terbaring di sejadah. Tahu2 isteri aku kata org dah datang nak kenduri. Aku tak keluar ke serambi seperti sebelum ini. Aku cuma duduk di balik tabir macam gadis pemalu tapi mahu. Lepas tahlil aku tak larat nak tolong angkat dulang nasi ambeng. Aku terus masuk bilik tempat mak mertua dan kakak ipar aku sembahyang. Aku tertidur di situ. Bila aku sedar, para jemputan dah balik. Kenduri pakai ambeng ni cepat aje sebab mereka tak makan di rumah kenduri tu. Semuanya dibungkus dan bawa balik utk dimakan bersama keluarga masing2.

Malam tu aku tak berapa lelap tidur. Isteri aku kata biasalah. Itu baru sikit. Dia demam hari tu lagi teruk tapi tetap kena buat kerja rumah. Org lelaki ni mengada2nya lebih kalau demam! Betul jugak apa yg dikatakannya. Tapi bila lagi aku nak bermanja2 hehehe

Hari ini demam aku dah mula kurang tapi belum pulih sepenuhnya. Kiranya dah laratlah nak blogging ahaks

54 comments:

  1. Macam cerpen gaya penulisannya....
    Syabas. Cikgu bagi A!







    Demam rindu ya?

    ReplyDelete
  2. ckLah,
    Yahoo! Dapat A. Bukan senang nak dapat dari seorg guru BM tersohor hehehe

    Mungkin juga rindu dgn kawan2 yg dah 2 hari tak jumpa ngeh3x

    ReplyDelete
  3. saya setuju dgn mak adam ... orang lelaki ni memang suka mengada-ada !

    ReplyDelete
  4. Tak pernah lagi makan 'nasi ambeng' pernah dengar org bercerita, lauk pauk dan nasi di bungkus sekali, betul ker?

    ReplyDelete
  5. org pempuan demam x bleh rehat wuwuwu....
    ermmm...nasi ambeng ni acana ghupenya?

    ReplyDelete
  6. salam YB,
    demam ini pun penyakit berjangkit...di rumah saya mula anak sulung, lepas tu pass pada mak lepas tu pada Adam , Akmal, bapanya ,Nurul...cukup seround .

    ReplyDelete
  7. al-lavendari,
    sepatutnya awak menyokong kaum sejenis dlm hal ni huhuhu

    Marina,
    nasi ambeng ni tradisi org Jawa. Masih diamalkan di kampung2. Haah nasi diletakkan di dlm dulang dlm kuantiti yg banyak dan di atas nasi (dilapik daun pisang) tu diletakkan pula lauk pauk.

    ReplyDelete
  8. Ms.Lilies,
    kalau org pompuan demam sehingga tak dpt buat kerja rumah, suami pun mesti demam jugak ngeee

    Kalau nak tahu lebih lanjut ttg nasi ambeng dan mcmana rupanya boleh baca n3 saya bertarikh 30/1/09.

    ReplyDelete
  9. kono ketogoan tu.. poe ambik air kelapo mudo copek.. buek minum dan basahkan kepalo tu inshaAaalh elok lah nanti tu..hembus hembus la sikit.. hehe

    semuga cepat sihat..

    ReplyDelete
  10. aku memang respek orang perempuan, walaupun demam kerja rumah beres, kalau aku demam memang tak bangkit.

    ReplyDelete
  11. ooo..tu kira tektik nak bermanja manjaan lah iye?

    ReplyDelete
  12. ~O~,
    nak manja apanya? Emak Adam sibuk menolong majlis kenduri tu. Semalam pun dia sibuk berkemas sebelum kami balik KL.

    Azani,
    selalunya mcm tu lah. Saya harap cukuplah kena kat saya aje kali ni walaupun dah ada tanda2 nak berjangkit kat Adam.

    Kesian awak satu rumah kena.

    ReplyDelete
  13. zino,
    tak tahu kena ketogoan ke tak. Harap cepat sembuh. Ada urusan yg belum selasai tapi kena buat sebelum hujung tahun ni.

    zino ni ada bakat jadi dukunlah hehehe

    anjang,
    bab ini mmg aku dan kau sama2 respek mereka ni. Tabik springlah aku (pujilah mana yg patut kan).

    ReplyDelete
  14. ONE ZABA,
    mungkin juga di kala usia semakin meningkat ni. Tahun depan kena banyakkan bersenam.

    ReplyDelete
  15. tetiba rasa tatau nak komen apelagi sebab dah dekat sangat tme lunch... perut lapar, minda adalah bercelaru... hahahahahah :P :P

    nanti saya datang lag sekali lepas makan... :P :P

    ReplyDelete
  16. salam YB...
    banyak2 ler berehat...
    sebenar YB demam tu ada hikmah nya tu, kalu tak , asyik pikiaq keje ja la, ni dpt lah rehat sat noo.

    ReplyDelete
  17. kalu panadol dr dlm beg tangan isteri kena hati² skit, takut termakan panadol menstrual plak.tak pasal² ko kuar haid plak.hehe..

    ReplyDelete
  18. Rozita,
    Maaf lambat balas komen ko sbb dlm tak sihat ni aku gagahkan diri utk hantar emak Adam beli sayur dan ikan tadi. Gigihnya aku ecece.

    Pakai tektik demam nak bermanja tak berbaloi sbb emak adam pun takut nak dekat2 bimbang berjangkit huhuhu

    ReplyDelete
  19. syah,
    awak tak sarapan ke pagi tadi? Ok nanti dtglah lagi bagi komen yg gedik2 pun takpe hehehe

    ummi,
    wsalam.
    Ingat nak rehat dari urusan kerjalah tapi tak dpt. Pagi2 staff dah hantar emel tanya pasal kerja. Kena jugak layan.

    Penyuk,
    kalau boleh buat aku baik apa salahnya! Bukan senang nak dpt merasa panadol menstrual tu ngeh3x

    ReplyDelete
  20. alaaaa, cian... demam ye, meh cni picit pale... huhu

    ReplyDelete
  21. Teja,
    bila aku dah demam baru ko nak picit kepala. Masa aku sihat hari tu tak nak pulak ko picit? muahaha

    citahrudin,
    Kampung emak Adam masih pakai nasi ambeng kalau kenduri. Kalau kat rumah mertua aku mesti dibuat secara bergotong royong. Siap ada yg bagi beras, kentang, bawang dll.

    Tapi kalau nak order pun dah ada org yg buat masa ambeng ni di kampung tu. Harga kira ikut dulang.

    Sian komputer ko slow giler sampai tak dpt nak komen. Suruh bos ko potong aje hehehe

    ReplyDelete
  22. Pagi tadi cuma minum kopi... Heheheheh :D :D

    Hampir terlupa nak datang semula... Maklum, ai kan bizi wumen... Kikikik :P :P

    Memang orang laki ni kalo demam kemain lagi lemah lembiknya, suma kerja takleh buat...

    tapi nak pegi mancing tetiba rasa sihat... Muahahahahah :P :P

    ReplyDelete
  23. orangtua memang selalu sakit2,...larikkssss, kakakakaka

    ReplyDelete
  24. mcm gadis pemalu tp mahu...haha kelakar la ayat ni..x leh bayangkan camne rupa YB di belakang tirai tu..hahaha

    ReplyDelete
  25. syah,
    kesiannya. Takde org jual kuih ke kat Jalan Kebun tu?

    Awak bizi2 pun masih sempat blogging dan melawat kawasan. Saya tabiklah. Tak mcm kawan kita yg dah menghilang entah kemana tu ngeee

    Bila lagi nak tarik perhatian isteri. Nasiblah saya tak minat mancing. Kalau minat pun mungkin saya tak pergi kalau tengah demam ni. Nanti org kata demam olok2 hehehe

    ReplyDelete
  26. juliet,
    larilah. Saya tak larat nak kejar sbb demam.

    psst - lain kali siap ko ngeh3x

    Mentibang,
    saya berbaju Melayu warna hijau (tertinggal pun kat kampung huhuhu), tunduk malu dan baca tahlil pun antara dengar tak dengar aje.

    Itulah lebih kurangnya.

    Kalau ada bapa2 yg ada anak dara, mahu saya dilamarnya wakakaka

    ReplyDelete
  27. hmm mcm masa kenduri arwah nenek.. masa kenduri mlm tu, demam lah pulak.. org sibuk baca yasin tahlil kat rumah, baring rehat kat rumah arwah nenek, belakang rumah kami jer

    ReplyDelete
  28. Che'Pit,
    ialah penyakit kalau nak datang mcm ribut. Nak baik mcm semut.

    Walaupun tak dapat sama2 bertahlil, CP masih boleh doakan utk arwah nenek di masa2 lain. Yg penting kita sentiasa ingat dan doakan serta sedekah fatihah buat mereka yg telah pergi.

    ReplyDelete
  29. moga YB kembali sihat cergas ceria. tntunya tetamu mertua heran knp YB mengasingkan diri kali ni

    ReplyDelete
  30. kenari,
    terima kasih di atas doa awak tu. Suhu badan dah turun tapi masih loya2 tekak.

    Jiran2 yg tolong memasak tu tahu saya demam tapi tetamu tak tahu sbb saya tak beri tahu. Tapi kebanyakan mereka tak perasan kehadiran saya kerana saya di belakang tabir hehehe

    ReplyDelete
  31. ?"....syah,

    Awak bizi2 pun masih sempat blogging dan melawat kawasan. Saya tabiklah. Tak mcm kawan kita yg dah menghilang entah kemana tu ngeee..."



    Aik!!! Kata dulu semua rahsia dah tak rahsia. Masa dating tu tak tanya ke?


    Hi..hi..hi...sekarang juga ku telefon dindaku itu....ngumpat best nih!

    ReplyDelete
  32. Aisey....terAnonymous lah pulak...


    xiiinam in the house ok!

    ReplyDelete
  33. ckLah,
    demam mana sempat nak dating ngeh3x

    ReplyDelete
  34. ckLah lagi aka anonymous,
    kalau awak tak bagi tahu nama pun saya dah boleh agak.

    Hanya awak yg mengikuti kisah ini

    ReplyDelete
  35. emmm... demam kes gas naik sampai atas kepala tu kot... kena pelawas la

    ReplyDelete
  36. Bagus jugak mak Adam ada beg Doraemon nihhhh. Mcm2 ado....

    Kat Alor Setar ni pun semakin panas...aku pun selalu sakit kepala otak. HUhuhuu....

    ;)

    ReplyDelete
  37. Shifu,
    Mana pulak sampai ke kepala? Baru aje pakai gas tu ngeee

    sI tEDI,
    dah makan dah. Semalam makan yg kuat - 650 mg. Ambik ko hehehe

    Zyma,
    itulah gunanya beg tangan besar2 ni.

    Masa aku pergi Alor Setar hari tu pun dah panas. Skrg makin panas ke? Kalau mcm ni AS pun mahu jadi mcm Gurun hehehe

    ReplyDelete
  38. Salam..:)
    Begitulah kita..makin meningkat usia..makin menurun lakk system imunnya..
    Semoga demam tak berlarutan..
    Agaknya maeti dah sembuh niii..kann:):)

    ReplyDelete
  39. Kalau tak melawat kawasan atau berenti sekejap untuk blogging, nanti saya buleh jadi sewel... Hahahahahah :P :P

    Ramai je orang jual kuih kat tepi jalan... Saya je yang malas nak berenti beli... Hohohohohoh :P :P

    ReplyDelete
  40. Pn Kartini,
    Wsalam.
    Betul kata awak tu. Oleh itu kita kena sentiasa menjaga kesihatan kita. Susah payah cari duit bila sakit ke doktor dan hospital pulak perginya duit tu huhuhu

    Alhamdulillah dah kira 90% sembuh. Dari petang semalam dah banyak tugas nak dilakukan. Takde masa nak bermanja2 ngeee

    ReplyDelete
  41. syah,
    Sampai mcm tu sekali ke? Ini dah kira kategori blogger tegar. Susah nak dipulihkan walaupun masuk pusat serenti berkali2 wakakaka

    Kalau dah malas nak berhenti beli tu tak dapek den nak nolong hehehe

    ReplyDelete
  42. nak manja manja ghitewww.. ammvoiii

    ReplyDelete
  43. en_me,
    bila lagi nak manja2 kalau tak demam ni hehehe

    ReplyDelete
  44. Macam mana rupa nasi ambeng.. Adik CM baru berpindah ke Tg Karang... katanya di sana nasi ambeng memang famous..tetapi dia pun tak pernah makan!

    ReplyDelete
  45. cikgu_math,
    nasi ambeng tu nasi putih yg di taruh di dlm dulang. Di atas nasi diletak daun pisang utk melapik lauk pauk yg selalunya terdiri dari ayam goreng, daging masak kicap, mee goreng, sambal goreng, tempeyek dan serunding.

    Satu dulang ini biasanya utk 4-5 org.

    Tetapi nasi dan lauk yg banyak itu bukan utk dimakan di rumah kenduri tetapi dibahagi2kan kpd 4-5 org itu sama banyak dan dibawa pulang utk dimakan dgn keluarga masing2.

    Kalau adik CM dijemput ke majlis kenduri yg menghidangkan nasi ambeng beritahu dia jgn makan nasi tu di situ. Takut org lain semua tengok dia nanti! hehehe

    ReplyDelete
  46. demam lagi ker YB?.. semoga dh sembuh.. leh bawak anak2 tgk bunga api sambut tahun baru esok... hahaha..

    ReplyDelete
  47. sekali-sekala demam, YB MC dari hapdet blog ya? Hihihihihihih :P :P

    ReplyDelete
  48. KAK TINY,
    baik hampir baik. Terima kasih kpd rakan2 yg mendoakan supaya saya cepat sembuh.

    Tengok bunga api tu dari rumah saya pun nampak.Tahun lepas kami pakat2 tengok dari laman surau sambil buat BBQ hehehe

    syah,
    alaa MC sekali sekala dari hapdet apa salahnya?
    Awak rindu kat saya ya hehehe

    Saya dah buat satu n3 merapu utk mereka yg rindu ngeeee

    ReplyDelete
  49. Mak Su,
    itu ke namanya? Sedap nama tu hehehe

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails