Thursday, December 24, 2009

Kalau Hang Pi Alor Setaq Kepala Hang Aku Putaq

Aku nak sambung kisah cuti aku baru2 ni. Hari kedua kami bertolak dari Perlis ke Kedah. Hentian pertama Jo Cendol Pulut di Napoh. Sudah beberapa kali aku nak bawa keluarga ke sini tapi kebetulan bila lalu kedai dia tutup sebab hari Jumaat. Kali ni ianya dibuka.

Afifah dan neneknya di depan gerai Jo Cendol

"Order ikut suka, ayah korang belanja hari ni!" kataku sebaik turun dari kereta.
Macam2 ada di situ. Nak tahu, pergilah sendiri hehehe

Hazwan ambil kari itik dan cendol (dah diminum baru teringat nak ambil gambar)

Lepas kenyang kami terus ke Alor Setar. Aku keluar dari lebuhraya ikut Kepala Batas. Bawa famili pusing2 bandaraya ini.

One for the album. Di hadapan Masjid Zahir

Menara Alor SetarKami juga ke Pekan Rabu.

Emak Adam nak membeli bahulu panas. Kalau ke Alor Setar mmg tak miss beli bahulu ni. Tapi kedainya dah pindah ke tingkat 1 bangunan utama. Borong jgn tak borong. Boleh dimakan dlm perjalanan dan juga diberi kpd sedara mara dan jiran2 di KL.

Gerai bahulu

Dari situ kami singgah di Rumah Kelahiran Dr Mahathir.

Mesti nak bergambar kat papan tanda. Sempoi

Ini dia rumahnya

Dalam lawatan ke Alor Setar kali ini aku dapat berjumpa dgn blogger Zyma Saad. Sempat berborak dgn dia walaupun seketika cuma. Seorg yg memiliki ACCA tetapi lebih senang buat bisnes sendiri dari makan gaji. Semoga perniagaannya bertambah maju.

Zyma (baju merah) dan emak Adam

37 comments:

  1. mak adam tak naik heran ker apasai bapak adam ghamai kawan pompuannnn???

    ReplyDelete
  2. order ikut suka..... nak itut!!!!

    ReplyDelete
  3. wow....ceria lagi gumbira! sedapnya bahulu panas - nak2 cicah dengan air kopi! hu hu hu....sedappppp.....!

    ReplyDelete
  4. kari itik makan gitu saja ke? tak makan ngan nasi atau pulut ke?

    ReplyDelete
  5. nak tanya soalan yg sama dgn juliet!!

    kompius? ratah je ke?

    gambar bersama2 kereta ada cantik.. he he he

    ReplyDelete
  6. bila laa saya nak dapat cuti panjang-panjang boleh pegi round satu mesia nih ntahhhhh... Asyik dengar, baca dan tengok cerita orang jaaa... Ooouuuu~~~~

    ReplyDelete
  7. pB,
    Bapak Adam mmg ada ramai kawan - tak kira pompuan atau lelaki. Cuma yg blogger ni lebih ramai pompuan hehehe

    Mak Su,
    Kat kedai Jo Cendol tu makanan tak mahal. Itu yg boleh order ikut suka. Kalau mak su nak ikut lain kali bagi tahu awal ngeh3x

    ReplyDelete
  8. sonata,
    Walaupun percutian kali ni tak lah lama sgt, semua org happy.

    Bahulu tu belum sampai Penang dah habis satu bungkus ngee. Kalau ada kopi panas dlm perjalanan tu rasanya tak sempat nak bawak balik hehehe

    ~O~,
    masjid itu ada seninya yg tersendiri.

    ReplyDelete
  9. juliet,
    kari itik tu makan dgn roti keping. Licin 4 keping.

    sI tEDI,
    saya tak makan itik tu. tak lalu dari dulu lagi. Hazwan yg tala sorang2.

    Gambar yg cantik atau org2nya? ngeee

    ReplyDelete
  10. syah,
    akan tiba jugak masa awak dpt cuti panjang. Skrg kumpulkan dulu cuti tu (dan kumpul duitnya sekali). Nanti dengar2 awak dan incik firdaus cuti kat luar negeri ngeh3x

    ReplyDelete
  11. Salam YB.....

    Ayoooooo, yennadey!! My pic pun ada ke?? Hahahaha.....aku rasa mcm tak mandi je gambar tu. Alahaiiii, tak raedy ape2.

    Bahulu yg paling sedap kat situ, tuannya (Kak Emma) dan berpindah ke Kuala Selangor....bisnes kuih bahulu panas gak. Bahulu panas dia mmg top. Ko patut beli kuih karas panas masak on the spot kat sebelah kedai jamu tingkat 2 tu. Makcik tu buat mmg sedap...

    Errrkkkkk, aku ni dah pencen dari bidang finance and banking. Saje je aku suka2 terjun ke bisnes field. Ahakksssss....

    Aku & my cousin tgh buat project brg2 hi-tech utk lab (makmal). Kitaorg amik brg2 hi-tech tu from Japan, USA dan byk lagi. Aku sibuk, so my cousin yg manage overall at this moment.

    ACCA = Ayang Cubit-Cubit Abang!!! Hahahaha.....
    Tak ramai anak Melayu yg terjun dlm course tu...kata diaorg, terlalu complicated. Ntah la dgn diaorg nihhh, aku suka ACCA nihh. Kalau ada peluang, aku nak sambung buat MACPA (Master).

    ;)

    ReplyDelete
  12. Kim salam pada Mak Adam and others.

    Take care.

    ;)

    ReplyDelete
  13. pekan rabu oh pekan rabu lama tak singgah di situ

    ReplyDelete
  14. Zyma,
    bukan ko aje yg rasa mcm tak mandi masa ambik gambar tu, aku pun rasa mcm tu wakaka (jgn marah).

    Sampai hati kak emma pindah tak bagi tahu aku. Ko tahu kat Kuala Sgor dia kat mana? Boleh aku cari kalau aku ke sana. Nak balik kampung emak Adam kan ikut Kuala Sgor.

    Hari tu kami tak beli kuih karas tapi kami beli kuih telinga kel*** 50 biji.

    Aku puji keberanian ko terjun ke bidang bisnes. Tak ramai org yg berani mcm ko ni. Aku pun tak terjun, masuk sebelah kaki dulu ke bidang bisnes ngeh3x

    Aku doakan bisnes hi-tech ko tu berjaya. Aku punya bisnes low tech aje. Yg penting masyuk hehehe

    Atikah nak ambik ACCA. Skrg baru peringkat CAT. Bolehlah dia berguru dgn ko. Aku harap ko dpt peluang buat MACPA.

    ReplyDelete
  15. Zyma lagi,
    ok aku dah sampaikan.

    Bila ko nak turun KL? Jgn lupa roger kami tau.

    anjang,
    lama agaknya awak tak ke Alor Setar. Semoga dpt ke sana dlm masa terdekat ni.

    ReplyDelete
  16. salam YB....
    N3 YB kali ni membanggakan ummi gak kerana mamaparkan bandar negeri ku. he he he

    ReplyDelete
  17. ummi,
    lain kali kalau kami ke Kedah bolehlah ajak ummi jadi tourist guide kami. Dah lama tak kena laksa pak din teluk kechai . . .

    ReplyDelete
  18. entry YB kali ni membuat hati sy kembang berbunga2 bangga dgn kedatangan YB dan keluarga ke Aloq Setaq. kalau lah sy ada di sini pd masa YB mai boleh tumpang sekaki jmpa di Pekan Rabu tu

    p/s zyma tak putaq kepala YB kan kan

    ReplyDelete
  19. kenari,
    tulah takde jodoh nak jumpa kenari. Kalau tak boleh pekena makanan yg best2 kat sana.

    Zyma tak dan nak putaq kepala saya. Saya dah start kereta cabut Penang hehehe

    ReplyDelete
  20. JMR,
    Mmg sedap cendol tu. Kalau tak percaya cubalah sekali. Tentu nak lagi.

    psst - ABC dia pun sedap hehehe

    Lepas ni kalau saya pergi situ lagi mungkin dpt cendol free sbb buat iklan percuma ngeh3x

    ReplyDelete
  21. YB....

    Kahkahkah......aku ingat ko nak puji aku....ahakkssss!!!
    Biasa la keje yg aku buat ni memerlukan aku guna byk energy... bila energy dah byk keluar (all out tauuuu.....balik rumah cari Cik Abg aku picit2 badan).

    Saloon aku ni hanya utk perempuan, YB. Aku buat kelainan. Dah byk sgt unisex saloon di merata tempat. Skrg ni ramai perempuan dah faham hukum ttg rambut. Diaorg dah tak nak ke saloon bangsa mata sepet tu. Aku pilih tempat tumpuan pelancongan sbb byk peluang dan ruang utk aku expose my business kpd tourists and local peoples.

    Next time ko dtg, bawak la mak Adam dtg. Hihihihi.....

    ;)

    ReplyDelete
  22. Tgk la Januari 2010 ni aku nak turun ke Wangsa Maju....ke rumah my cousin (yg bikin itu business brg2 hi-tech). Aku nak bercuti nanti.......laki aku tinggal kat rumah. Hihihihi....

    YB....
    Anak tiri aku yg sulong tu (anak Hubby & 1st wife) dpt result 5A utk PMR. Alhamdulillah......

    ;)

    ReplyDelete
  23. Zyma,
    Kalau nak puji kena ikhlas. Supaya ko tak meragui keikhlasan aku, baik aku tak puji ko ngeh3x

    Rajin Cik Abg ko picit2 ya? Ini mesti ada apa2 muahaha.

    Baguslah ko buat saloon utk pompuan aje selaras dgn tuntutan agama. Berniaga sambil niat beramal. Baru berkat. Aku harap bisnes ko terus berkembang sehingga boleh menyaingi yg dimiliki org bermata sepet. Sampai bila org kita kalah dgn mereka.

    Ok next time aku suruh mak adam jgn potong rambut kalau nak pergi Alor Setar. Boleh potong tempat ko hehehe

    psst - ada diskaun tak?

    ReplyDelete
  24. Zyma lagi & lagi,
    Kalau ko jadi dtg roger aku awal2. Kat Wangsa Maju tu dah ada mall baru. itu port lepak kawan2 blogger kita. Mungkin kita boleh buat mini gathering hehehe

    Tahniah utk anak tiri ko tu. Hari tu adik dia dpt 5A UPSR kan? Cerdik2 anak diri ko tu.

    ReplyDelete
  25. 2 tahun berturut bawa peserta antarabangsa program MTCP ke alor setar.. Rumah Mahathir, Pekan Rabu n Muzium Padi, x kan miss.. tapi tahun depan x delak program ni.. kena tunggu lagi setahun baru ada balik, huhu

    ReplyDelete
  26. salam..wahhh best nya cuti2 malaysia..siap jumpa blogger lagi

    ReplyDelete
  27. YB.....

    Hahahah...kelakar komen ko!! Ya, aku suka org yg bercakap straight to the point. Itu tanda keikhlasan. Hihihi......

    Insya Allah, itulah matlamat aku dlm berbisnes,YB. Aku tgk di merata2 tempat kebanyakkan tempat, hanya ada Unisex saloon. Kesian dgn kaum wanita berbangsa Melayu dan beragama Islam terpaksa membiarkan setiap helai rambut dipegang oleh bangsa mata sepet di luar sana. Aku nampak bisnes ni boleh pegi jauh lagi, Insya Allah.

    Customer aku bukan sekadar local peoples, ada yg dari KL, Putarjaya, N9, Sabah,S`wak yg sanggup dtg jauh2 semata2 nak gunting rambut di tempat aku. Ada jugak customer aku dari Jepun, New Zealand & byk lagi yg menggunakan service saloon aku. Aku happy sbb dah buat org happy kerana itu matlamat aku mcm yg aku pernah bagitau kat ko dlm SMS dulu tu - Aku nak buat semau org happy.....

    Alhamdulillah, so far anak2 tiri aku masih minat dgn pelajaran dan aku harap diaorg terus sukses dan menjadi anak2 yg berilmu, soleh, hormat org tua dan ada matlamat hidup. Aku bukan ibu kandung diaorg, tapi aku sayangkan diaorg mcm anak2 aku sendiri.

    Aku kasik diskaun la kat ko & family serta kawan2 blogger kita. Aku ni manusia yg bertimbangrasa, so far la. Huhuhhu

    ReplyDelete
  28. Che'Pit,
    Kiranya awak dah pakar selok belok di bandar Alor Setaq ni lah. Tak bawak peserta2 tu naik Menara Alor Setar ke? Mungkin 2 tahun lagi boleh adjust sikit program termasuk lawatan ke kg tradisional.

    arsaili,
    wsalam.

    Nak cuti ke luar negara spt Australia tak cukup bajet. Jadi cuti2 M'sia ajelah.
    Alhamdulillah dpt jugak jumpa blogger.

    ReplyDelete
  29. Zyma,
    mak ai panjangnya komen ko mengalahkan n3 aku. Anyway ai like hehehe.

    Baguslah matlamat ko dlm bisnes jelas. Semoga dimudahkan oleh Allah dan mencapai apa yg ko hajati. Kalau setakat nak cari duit, aku rasa ko kerja dulu pun dah tak habis makan. Org mcm kita ni berapa banyak sgt boleh kita makan. Paling kuat 2 pinggan ngeh3x.

    Pelanggan ko dari seluruh pelosok dunia. Aku rasa kalau ko buka saloon kat Wangsa Maju lagi maju. Yalah nama tempat pun dah Wangsa Maju! Ko boleh suruh cousin ko carikan lokasi yg sesuai. Baru senang emak Adam nak buat rambut kat saloon ko kalau mcm tu. Nanti aku suruh kakak2 Adam pun gunting rambut kat situ. Ko kan nak bagi diskaun yg kaw2.

    Aku doakan anak2 tiri ko mencapai kejayaan dunia dan akhirat. Bila nak ada anak sendiri?

    ReplyDelete
  30. kumpul cuti? Asyik kena panggil balik kampung ja, sampai kena ambil cuti tanpa gaji... Hohohohohohoh :P :P

    ReplyDelete
  31. syah,
    kalau mcm tu bila balik kampung awak terus gabungkan dgn cuti2 M'sia. Banyak tempat menarik utk dilawati di sebelah utara tu. Kalau ada rezeki boleh shoot terus sampai Siam hehehe

    ReplyDelete
  32. saya boleh cuti lama, tapi incik Firdaus selalu wanted kat workshop... Itu yang boring... Cuti dua tiga hari pun dah sibuk call bila nak balik, apelagi kalau cuti seminggu dua... Harus kena ditelepon setiap jam tanya bila nak balik... Heh.

    ReplyDelete
  33. syah,
    mereka tu mengada2. Kalau dah bagi staff cuti jgnlah kacau. Kalau tak apa gunanya cuti.

    psst - memandangkan incik firdaus sgt diperlukan, bolehlah demand naik gaji ngeh3x

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails