Monday, December 21, 2009

Perlis Indera Kayangan - Apa Yg Menarik Di Sana?

Destinasi pertama percutian kami kali ini ialah Perlis Indera Kayangan. Negeri yg kecil tetapi telah berjaya melahirkan beberapa selebriti spt Norazlina Redzuan, Rita Rudaini dan Normala Shamsudin (oops bukan dia tetapi suami dia - maaf Dato' Seri)

Bercakap pasal Dato' Seri ni, tak lama selepas kami check in di hotel Putra Palace, kami ke Padang Besar - kawasan Parlimen yg diwakili beliau. Sudah tentu kami bukan nak melawat kawasan tetapi nak shopping apa yg patut.

Memandangkan Malaysia baru menang pingat emas bolasepak Sukan SEA, Hazwan dah rembat jersi pasukan kebangsaan.

Kalau tak bagi free pun tak mahu dia pakai rasanya

Anak2 perempuan aku pula cari baju pompuan. Takkan nak pakai baju bola juga kan.

Emak Adam tertarik dgn brooch. Nak beli batu kat Vietnam atau Kemboja mcm Sonata yg baru ke sana tak tahu bilalah kami akan sampai ke sana. Jadi yg Siam punya pun jadilah. Janji nampak anggun

"Cepatlah emak ambil mana aje. Semua cantik tu," kata Adam bagi pihak aku hehehe

Aku beli kacang senyum dan gajus aje. Itu pun utk makan semasa tunggu anak isteri aku shopping. Emak Adam beli lagi sebelum kami balik buat ole2.

Tempat lain pun ada tapi yg ni special sikit

Dari Padang Besar, kami ke Kuala Perlis utk makan malam. Kami sempat singgah di ladang kurung kawasaki kasawari. Nak tunjukkan Adam burung ni biar dia kenal.

Mata burung unta lebih besar dari otaknya

Dalam perjalanan mencari tempat makan aku dpt sms dari kuina memberitahu dia berniaga di depan hotel Putra di Kuala Perlis. Sementara tunggu peniaga tu menyediakan makan malam dimasak, kami pergi ronda2 tepi laut. Sempat bawa anak2 aku yg kecik2 tiga org tu. Dan sempat jugak bergambar.

Inilah kalau kamera cokia. Tapi nak tayang jugak

Lepas tu aku dan emak Adam, Adam dan anak2 dara aku ke gerai jualan depan hotel. Baru sampai gerai pertama, seorg wanita bangun dari kerusi malas dan terus tersenyum kpd kami.

"YB kan?" sapanya.

Itulah kuina. Dia pun bersalaman dgn anak isteriku. Sempatlah kami berborak. Kuina juga kenalkan kami dgn suaminya - seorg yg mengusahakan gerai menjual aksesori wanita ini dan 7 kedai menjual aksesori kereta di seluruh Perlis, Kedah dan Penang. Aku tabik dgn kegigihan mereka. Terutama kuina yg siang bekerja sebagai konsultan dan petang sampai tengah malam berniaga. InsyaAllah cepat kaya mereka ni.

Kuina sedang menerangkan sesuatu kepada emak Adam

Sedang kami rancak berbual, aku dapat sms dari Hazwan memberitahu dinner dah siap. Sempat jugak anak2 dara aku membeli beberapa barang dari gerai kuina. Sementara itu suaminya menghadiahkan Adam batang berlampu.

32 comments:

  1. Salam YB.....

    Dah balik punnnnn.....hehehehe.
    Byk ekkk shopping di Perlis??

    ;)

    ReplyDelete
  2. YB ni juga yg jumpa zyma tu yek..??

    he he he

    salam!!

    ReplyDelete
  3. Zyma,
    Wsalam.
    Haah dah balik malam semalam. Sampai rumah pukul 12:45 mlm.

    Hari ni aku dah kerja. Ada meeting dgn klien. Aku dpt call masa kat Alor Setar hari tu huhuhu

    Tak dpt nak shopping sakan sbb kereta dah penuh dgn barang pakaian huhuhu

    ReplyDelete
  4. sI tEDI,
    haah. Saya dpt jumpa kuina dan zyma dlm lawatan kali ni ngeh3x

    Terima kasih kerana sudi singgah dan salam kenal.

    ReplyDelete
  5. wah ... rancak yb jumpa blogger

    ReplyDelete
  6. Bestnya sampai Padang Besar....serupa la dengan aku ni...kalau fasal membeli terutama makanan boleh "mabok" dibuatnya! Dah lama aku tak ke belah2 utara ni!

    ReplyDelete
  7. welcome back YB, Sakan makan angin nooooo

    ReplyDelete
  8. bagus2..kamera tu clear la uncle..
    cantik je gambar tu..

    sampaikan salam pada yang lain ye..

    ReplyDelete
  9. Daun Bidara,
    dah kebetulan ke tempat mereka, jumpalah kalau ada peluang. Dah ramai jugak yg saya jumpa. Ada yg saya citerkan, ada yg tak.

    bila agaknya saya dapat jumpa awak? ngeee

    ReplyDelete
  10. sonata,
    org pompuan mmg seronok kalau dpt shopping terutama kalau tempat yg luar dari kebiasaan harian.

    Kami tak dpt beli banyak kerana kereta dah penuh. Kami lebih kpd makan2 di tempat2 yg terkenal. Makan kat Kuala Perlis tu sedap dan harga berpatutan. Aku rekomen kat ko kalau pergi sana.

    Kalau cuti ni tak sempat ke utara, apa kata cuti raya cina ko rancang ke sana pulak.

    ReplyDelete
  11. anjang,
    terima kasih. rindu kat kawan2 blogger hehehe

    zaren,
    kamera uncle tu mana boleh lawan kamera Hazwan. Tapi dia tak minat ambik gambar2 mcm tu kerana takde nilai seni fotografi katanya. Ceit, bawak kamera mahal tak gunakan akhirnya.

    insyaAllah nanti uncle sampaikan salam zaren tu.

    ReplyDelete
  12. mmg jalan2 sampai ke hujung msia nih...

    sempat jumpe KuIna, zymasaad..

    musti seronok...

    ReplyDelete
  13. chekgu BH,
    haah sampai hujung semenanjung aje. Lain kali mungkin nak pergi Sabah Sarawak pulak hehehe

    Masa kuina melawat Azam kat hospital tempoh hari tak sempat nak jumpa dia. Kali ni baru dpt jumpa.

    Bila pulak kita boleh jumpa, chekgu? Saya selalu jugak ke SA skrg ni hehehe

    ReplyDelete
  14. sejak dtng Perlis dah jadi Duta Perlis lak...

    emmm sy masih belajar dlm berniaga nie, sekadar membantu suami, sy masih meminati kerjaya sbgai 'Brutal Engineer' dlm konsultant nie.

    kat kedai sementara aja, nanti dah stabil lepak kat rumah balik la tengok BEN10, Spongebob, Tom&Jerry ....

    ReplyDelete
  15. saya dah jumpa yb dalam entry saya lang lalu...he he

    ReplyDelete
  16. pegi jejauh jumpa orang... pi jalan kebun takmo jumpak saya... takmoh kawan ah YB nih... Muahahahahahahah :P :P :P

    ReplyDelete
  17. aku minat nk tgk rupa batang berlampu tu je. hehehe...

    :P



    .

    ReplyDelete
  18. kuina,
    dah jadi duta Perlis ni rasa2 aku boleh dpt pingat Dato' tak? hehehe

    Baru belajar berniaga pun dah ada banyak cwgn. Kira ok lah tu. Jadi 'brutal engineer' pun best jugak. Dapat tibai kontraktor ngeh3x. Jomlah jadi kontraktor. Baru tahu brutal ke tidak ahaks.

    Awak minat tengok kartun ya? Tak sangka org brutal pun tengok kartun hehehe

    ReplyDelete
  19. Batang tu...Ada macam tiang lampu TNB tu kot tasekM!!!


    :)

    ReplyDelete
  20. ~O~,
    takde lah sakan. Dah takde tempat nak letak (dalam kereta dan juga kat rumah) hehehe

    Daun Bidara,
    tak sama mcm jumpa in-person ngeee

    ReplyDelete
  21. syah,
    nak pergi jalan kebun incik firdaus asyik kerja OT aje. takkan saya nak dtg masa dia takde? ngeh3x

    oh ya. jgn lupa bbq kamben kalau saya dtg nanti hehehe

    ReplyDelete
  22. tasekM,
    baru baik demam gelombang kedua pun masih nak tengok benda tu? muahaha

    batang berlampu tu best buat main dalam gelap. Adam tak kasi auntie tasek tengok hehehe

    ReplyDelete
  23. ckLah,
    taklah sampai sebesar tu. Setakat besar ibu jari aje tapi warna warni lampunya.

    ReplyDelete
  24. puas hati anak2 dapat bercuti ye.jgn lupa upah saya tengok rumah YB ngan siram bunga tu,kekekekeek.

    ReplyDelete
  25. juliet,
    seronok mereka. Kalau ko ada mungkin lagi best.

    Ko dtglah rumah ambik upah ko. Tapi ikan aku mati seekor sbb ko tak bagi makan huhuhu

    ReplyDelete
  26. laa naper tak cakap YB dtg padang besar,kalu tak bleh saya pow yb.hehe

    ReplyDelete
  27. Penyuk,
    pheww nasib baik aku tak cakap kat ko.

    psst - sejak bila ko jadi kaki pow? Muka nampak inesen aje hehehe

    ReplyDelete
  28. sejak aku suka makan pau.hehe...


    p/s: standard aa ku publish pada jam 9.09am.hehe..

    ReplyDelete
  29. apa ada di perlis?.. terbayang ITM arau.. dulu asyik dok hantar kakak belajar kat sana.. prnah kena tunggu dlm kereta sementara dia habiskan exam.. tension gak oooo... (dia buat PJJ.. pasai tu ler.. )hihihi...

    ReplyDelete
  30. Penyuk,
    kalau mcm tu dah lamalah ko kerja pow org ni. Skrg org yg kutip hutang pun dah ada garis panduan tau. Tak boleh sebarangan nak pow org hehehe

    ok lain kali aku ronda rumah ko lepas pukul 9:00 pagi.

    ReplyDelete
  31. KAKTINY,
    Kat Perlis makanan murah jika dibandingkan dgn KL. Kalau nak barang Siam pun banyak kat Padang Besar. Kalau ada sapa2 nak nikah lagi sorang pun dengarnya kat Perlis senang sikit wakakaka.

    Kenapa tunggu dalam kereta aje masa kakak exam? Pergilah ronda2 - ke Tasik Melati atau Empangan Timah Tasuh.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails