Wednesday, December 2, 2009

Takbir - Allahuakbar

Ini kisah takbir di malam raya hari tu. Bukan takbir di ceramah politik parti tertentu tu.

Seperti di tahun2 yg lepas masyarakat Islam di taman perumahan aku akan mengadakan takbir beramai2 dari rumah ke rumah bagi mereka yg berhajat. 5 buah keluarga telah memberi nama mereka utk malam pertama itu termasuk rumah aku. Selalunya tuan rumah akan menyediakan sedikit hidangan utk pentakbir (org yg bertakbir tu) - ishh ada ke perkataan ni?

Emak Adam kata dia nak buat mee bandung dan dadih sementara dia meminta aku membeli lemang. Rendang daging dia buat sendiri.

Petang Khamis tu aku balik kampung aku utk beli lemang. Sambil itu aku menziarahi keluarga Puan Ina yg terpaksa membesarkan anak2nya seramai 15 org setelah kematian suaminya baru2 ini. Aku menyampaikan sedikit bantuan bagi pihak surau tempat aku sebagai tanda simpati.

Aku beli 5 batang lemang. Sebatang RM10

Majlis bertakbir bermula dari lepas solat Maghrib lagi. Rumah pertama rumah Mak Enon yg duduk bersama anak2, menantu dan cucu2. Rumah beliau betul2 di depan surau. Lepas tahlil ringkas dan takbir para hadirin dijamu dgn pelbagai juadah. Kami boleh makan selagi belum azan Isyak kerana surau hanya beberapa langkah aje dari rumah beliau. Aku cuma makan sup tulang dan cucur yg merupakan specialty Mak Enon. Tak boleh makan banyak2 sbb banyak rumah lagi hehehe.

Lepas Isyak kami ke rumah ke2. Adik kpd tuan rumah ini yg duduk di rumah sebelahnya meminta kami juga bertakbir di rumah beliau walaupun tak masuk dlm senarai asal. Memandangkan beliau baru balik dari India kerana bertugas di sana dan akan dihantar ke Indonesia pula selepas ini, kami setuju bertakbir di rumahnya. Nasib baik makan dua rumah digabungkan.

Dipendekkan cerita jemaah takbir sampai ke rumah aku pukul 10:45 malam (rumah ke6 dan terakhir utk malam itu). Sebahagian peserta dah hilang! Mungkin dah kekenyangan wakaka
Mana tidaknya. Antara menu di rumah2 lain tu:
1) laksa Penang
2) satay
3) ayam goreng + fries (mcm western food tu lah)

Pengerusi surau yg mengetuai majlis malam itu mencadangkan kami solat witir dulu sebelum bertakbir di rumahku. Lagi bagus - insyaAllah tambah berkat.

Sebahagian dari yg sama2 bersembahyang witir dan bertakbir di rumah kami

Jiran lelaki sedang menikmati hidangan yg disediakan

Kaum wanita juga tidak ketinggalan. Antara yg hadir malam itu sedang mengambil makanan dan minuman

Memandangkan rumah kami rumah yg terakhir, jiran2 yg hadir bolehlah lepak2 lama sikit kat rumah kami. Aku dan emak Adam pun memang peramah dgn jiran2 kami (ayat perasan). Dekat pukul 12:00 baru mereka pulang. Tinggallah kami mengemas sehingga pukul 2 pagi huhuhu. Walaupun penat tapi kami puas hati dapat merapatkan hubungan kejiranan dan menghidupkan malam raya dgn bertakbir.

39 comments:

  1. isk..isk..sampai hati jiran tak tulung korang mengemas lepas melepak.hehe

    ReplyDelete
  2. baru ingat nak chup ...

    penyu dah sampai dulu

    ReplyDelete
  3. BBQ kami malam tu pun dimulai dengan takbir...sebab bapak kata dalam takbir raya tu dah ada kalimah tahlil,takbir dan tahmid...

    ReplyDelete
  4. tak ada pulak acara acara macam ni kat area perumahan pB

    mungkin sebab bila mlm raya , kebanyakkan penghuni dah balik kampung.

    gelap jerrr

    ReplyDelete
  5. hmmm sedap jamuan tu.. tak ajak pung, huhuhu (haaha dgn nada x malu nya)

    ReplyDelete
  6. kekenyangan belaka tu...takbirrr!!!

    ReplyDelete
  7. Penyu,
    Jiran2 tu ada yg balik rumah mereka pun nak kena berkemas di rumah masing2. Itulah sbb aku tengok masa sembahyang raya tu ada yg mata kuyu aje hehehe

    pB,
    Penyuk tu berenang menyusur Sg Klang sampainya tadi. Mana tak laju. pB ikut KESAS slowlah sikit ngeh3x

    ReplyDelete
  8. Meriahnya...
    lemang tu cukup ke yb??
    nasib baik rumah ke 6..
    kalau tidak emak adam kena masak ketupat ler jawabnya...

    ReplyDelete
  9. ckLah,
    Untung kalau ada bapa yg berpengetahuan agama yg luas mcm Wak Zailani ni.

    Mak Enon minta bacakan tahlil utk aruah suami dia. Org surau jugak dulu tu.

    ReplyDelete
  10. pB,
    Kalau tak dpt buat sampai 4 malam masa raya haji ni, satu malam pun jadilah. Mula2 mungkin 2-3 rumah aje. Lama2 kalau org dah tahu mungkin semakin ramai yg nak turut serta. Bolehlah aBear atau pB cadangkan kpd AJK masjid.

    Tempat kami skrg terpaksa hadkan kpd 5 atau paling banyak 6 rumah satu malam. Kalau tak lambat sgt baru habis.

    ReplyDelete
  11. Che'Pit,
    eh adalah saya jemput semua rakan blogger. Syah seorg aje yg kata nak datang kalau dia sempat. Tapi dia sibuk kacau rendang yg emak dia masak dan keletihan nak datang.

    Tahun depan kalau panjang umur murah rezeki saya buat lagi. Awak jgn tak dtg pulak masa tu hehehe

    ReplyDelete
  12. ONE ZABA,
    Allahuakbar!

    Mahunya tak kenyang kalau setiap rumah sediakan macam2 makanan. Ada yg terpaksa balik rumah utk buang air besar dulu sebelum sambung rumah seterusnya ngeh3x

    ~O~,
    sodap hingga tak terkata.

    ReplyDelete
  13. cikgu_math,
    Bertakbir dari rumah ke rumah adalah antara kegiatan yg ditunggu setiap tahun oleh masyarakat di taman tempat saya ni terutama yg tak dpt balik kampung.

    Lemang tu alhamdulillah cukup sbb hampir kesemua rumah ada menghidangkan lemang. Jadi yg dtg rumah saya tak semuanya makan lemang tu.

    Kalau kami rumah yg awal besar kemungkinan emak Adam akan tukar menu yg heavy sikit hehehe

    ReplyDelete
  14. saya mesti sayu kalau dengar orang bertakbir. kalau saya datang umah YB masa bertakbir tu mesti sibuk melayan air mata. tak selera dah nak jamah makanan yang mak adam masak. hu hu hu

    ReplyDelete
  15. sebatang lemang sampai rm10?? mahalnya...

    Arrr... YB pegi pendang 5hb ni?

    ReplyDelete
  16. ArPeGGiOS,
    Hati awak hati yg lembut dan santun. Kalau awak dtg malam tu, takpe boleh lepak lama sikit sampai hilang rasa sayu. Lepas tu baru makan. Rugi kalau tak makan mee bandung tu hehehe

    syah,
    Itu kira yg murah sikit sbb ada yg panjang tu RM12. Kampung saya kan kg moden, jadi harga barang semua mahal huhuhu

    Mula2 dulu ingat nak pergi jugak tapi kat KL ni ada 3 jemputan weekend ni. Tambahan Atikah belum habis exam di UiTM. Minggu depan baru habis.

    Kalau awak pergi sana kirim salam kat cikkonfius oopss puan konfius dan suaminya. Tolong ucapkan selamat pengantin baru kpd mereka.

    ReplyDelete
  17. salam YB..
    kapan YB mau bikin jamu makan sama kwn2 yg dok selalu intai rumah YB nih , sodap lomang dan rondang omak Adam tuh...

    ReplyDelete
  18. ditempat saya hanya malam raya puasa saja org bertakbir dari rumah ke rumah.

    saya percaya 200% YB dan mak adam peramah dgn jiran2, juga dgn teman2 blogger,hehhehehehe.

    ReplyDelete
  19. masa duduk dengan mak bapak duluuuuuu acara nih mmg acara wajib taman perumahan yg kami diami..seronok..itu duluuuuu..

    ReplyDelete
  20. ummi,
    wsalam.
    Selalunya bila saya buat jamu makan utk jiran2 atau saudara mara saya akan jemput rakan2 blogger sekalian. Tetapi sayangnya tak ramai yg datang huhuhu.

    Hari raya masa saya buat open house takde sorang pun yg dtg. Mungkin kebanyakan balik kampung kecuali yg takde kampung mcm Juliet dan kts. Tapi mereka segan nak dtg gamaknya hehehe

    Tapi kalau teragak nak dtg beritahu aje. InsyaAllah kalau kami ada di rumah setakat air bujang tu no hal lah hikks

    ReplyDelete
  21. juliet,
    awak ikut bertakbir tak? Malam raya baru ni kata sibuk shopping last minute hehehe (jgn marah)

    Terima kasihlah atas kepercayaan cik juliet tu. Awak pun peramah jugak. Selalu senyum bila nampak emak adam walaupun tak pernah bertegur sapa.

    psst - bila nak datang rumah?

    ReplyDelete
  22. tchersally,
    Mmg seronok bila dpt berkumpul dgn jiran2 satu taman (ini bukan kes kembang setaman tau hehehe) dan bergaul mesra. Selalunya semua sibuk dgn urusan masing2.

    Kat perumahan tempat Sally duduk skrg takde buat mcm ni ke?

    ReplyDelete
  23. seronok, tapi kalu jadik rumah last, boleh tertido-tido dibuatnya

    ReplyDelete
  24. Mak Su,
    Kami tak tertido2 sbb saya dan anak sulung ikut bertakbir di rumah2 lain tu dan emak Adam dan anak2 pompuan sibuk menyediakan hidangan. Kalau mereka dtg awal sikit malam tu kuah mee bandung belum siap lagi hehehe

    Dulu pernah rumah saya yg last dan mereka sampai pukul 12 tgh mlm. Itu mmg ramai yg dah nak tertidur ahaks

    ReplyDelete
  25. aku duk beraya dengan ubi rebus je

    ReplyDelete
  26. Shifu,
    Apa pulak secret recipe ko tentang ubi rebus? ngeee

    ReplyDelete
  27. NL,
    Takbir ni dibuat malam raya (mlm Jumaat). Kami korban lembu pagi Sabtu. Yg ada cuma rendang daging lembu hehehe

    ReplyDelete
  28. hari sabtu buat rendang... hari ni dah khamis........ uwaaaaaaaaaaaa dah habis ler tu....

    melepas lagi, huh.........

    ReplyDelete
  29. NL,
    Rendang tu buat hari Khamis lepas la utk dimakan pd malam Jumaat. Tulah nape tak dtg ikut bertakbir mlm raya tu. Saya ada jemput semua rakan blogger.

    ReplyDelete
  30. hehe oh ada ke? x perasan lak jemputan tu, ngeh ngeh ngeh..

    kalau perasana, sah2 konyang bosar mlm tu..

    tahun depan? mcm x dpt jer, sbb balik kg.. tahun ni x balik sbb mak ayah g haji..

    ReplyDelete
  31. mak aih....ada satay lagi tu
    fuh sedap2

    ReplyDelete
  32. mak aih....ada satay lagi tu
    fuh sedap2

    ReplyDelete
  33. " Dekat pukul 12:00 baru mereka pulang. Tinggallah kami mengemas sehingga pukul 2 pagi huhuhu."

    errr... ya... aku percaya ko mmg rajin mengemas...

    err... percaya... percaya...

    hiksssssssssss

    ReplyDelete
  34. Adoi...Kecur liur walaupun sekadar baca menu sahaja. :)

    Mi udang kuala sepetang masih number satu dalam wishlist :)

    ReplyDelete
  35. Che'Pit,
    Mmg ada. Mungkin belum rezeki awak.

    Kalau raya haji tahun depan tak dpt mungkin raya puasa boleh dtg. Raya tu kan sebulan hehehe

    hans,
    satay tu kat rumah ke2. Mmg sedap.

    Salam kenal.

    ReplyDelete
  36. kts,
    ko kata nak datang dgn juliet tapi kenapa tak datang? huhuhu

    Kalau tak boleh tolong emak Adam kemas. Cepatlah sikit habis.

    Ko kan rajin berkemas. Aku percaya.

    ReplyDelete
  37. Jasnia,
    kecur air liur saya juga especially rumah yg first sbb kebanyakan kami berpuasa sunat siang tu.

    semoga Na dapat merasa mee udang Kuala Sepetang tu satu hari nanti. Jangan lupa saya ketika menikmatinya hehehe

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails