Tuesday, December 15, 2009

Jangan Buat Aniaya Kpd Org Lain - Buruk Padahnya

Pagi tadi aku membaca akhbar mingguan Ahad lepas. Biasalah, kadang sampai seminggu baru sempat nak baca akhbar mingguan. Emak Adam lagi teruk. Kadangkala kertas tu dah nak buat lapik tong sampah baru dia kata, "eh yg ni belum baca lagi." Ek alah. Itulah sebabnya aku dah malas nak melanggan suratkhabar kecuali akhbar hari Ahad.

Kisah yg aku baca pagi tadi cukup memberi kesan kpd aku. Itulah sebabnya aku rasa nak kongsi di blog aku ni terutama bagi yg tak terbaca kisah itu. Ianya sebuah kisah benar yg terjadi kpd seorg wanita bernama Natrah.

14 tahun yg lepas dia menuntut di UiTM di Johor. Dia berasal dari keluarga yg berada dan memiliki kereta utk ke fakulti. Lagaknya seperti pelajar pandai kerana penampilannya walhal dia pelajar yg lemah. Dia tinggal di rumah sewa bersama 7 org rakan. Tetapi Ina dan Aida selalu menjauhkan diri dari Natrah. Lagak mereka berdua spt pelajar biasa pergi kuliah tetapi pulang rumah pukul 10 malam. Apabila ditanya mereka menjawab ke rumah kawan utk membuat tugasan kuliah. Akhirnya, Natrah bersama rakan rumah sewanya yg lain mengintip mereka berdua. Rupa2nya mereka membuat kerja sambilan di kedai dobi. Natrah sebagai ketua dan kawan2 yg lain telah bersubahat utk mengenakan mereka berdua. Natrah telah merakam pergerakan mereka dan kemudian menyebarkan cerita kpd kawan2 yg lain di fakulti bahawa Ina dan Aida terpaksa bekerja di kedai dobi utk menyara kehidupan mereka. Kedua2 mereka sgt malu dgn kenyataan yg lengkap dgn bukti gambar. Kesannya, kawan2 yg lain memulaukan mereka kerana takut diejek pekerja dobi.

Selepas tamat pengajian, dgn pengaruh dan kuasa yg ada pada ayah dan ibu Natrah, dia mendapat kerja dan berkahwin dgn seorg jutawan. Tetapi badai melanda kehidupannya. Dia dikurniakan empat org anak tetapi mereka cacat tangan dan bisu. Anak2nya selalu mengadu kawan2 di sekolah selalu mengejek mereka. Keluarga Natrah, suami, mertua serta kawan2 mula menjauhkan diri. Akibatnya Natrah sgt tertekan.

Natrah mengambil keputusan menunaikan umrah. Di sana Allah telah tunjukkan kpd dia suatu ketentuan. Seorg lelaki peniaga tamar telah menyapanya supaya berkongsi masalah dgnnya. Setelah menjelaskan masalahnya (Natrah), peniaga terbabit bertanya kpdnya, "Adakah suatu ketika dulu anak telah menggunakan tangan serta mulut utk menjatuhkan atau menganiaya org lain? Jika benar pakcik rasa inilah balasan Allah atas perbuatan anak dulu. Sebab itulah anak dikurniakan anak2 yg cacat."

"Tetapi anak masih ada peluang utk bertaubat. Pergilah memohon maaf pada sesiapa saja yg anak telah aniaya atau jatuhkan maruahnya. Sama ada kawan2 anak melakukan kesilapan atau tidak. Anak tidak sepatutnya bercerita keaiban org pada masyarakat atau org lain. Selagi masyarakat atau kawan2 anak tidak memaafkan, selagi itulah Allah tidak menerima amalan anak," kata peniaga itu.

%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%

Dalam hidup ini, kita mungkin dgn sengaja atau tidak pernah menjatuhkan maruah org lain atau menganiaya org. Cuma mungkin Allah masih memberi kita peluang dan tidak menimpakan ujian seperti yg dihadapi oleh Natrah. Tapi ini tidak bermakna kita tidak akan dibalas dgn balasan yg setimpal di Akhirat nanti.

Ya Allah ampunilah aku di atas segala keterlanjuran aku. Kesianilah dan berkatilah mereka yg telah aku aniaya walaupun secara tak sengaja.

35 comments:

  1. setuju. balasan Allah dtg dalam pelbagai bentuk.

    moga dijauhi dari perkara seumpama itu.

    ReplyDelete
  2. doa org teraniaya memang mudah makbul. sebab tu baru² ni kecoh pasal doa tu.

    ReplyDelete
  3. izman,
    Antara perkara yg saya khuatir ialah kita tak perasan kita telah menganiaya org lain kerana kita ingat apa yg kita buat tu perkara kecil aje.

    Semoga kita semua dijauhi dari perkara seperti itu.

    ReplyDelete
  4. Penyuk,
    betul kata ko tu. Nabi pun dah beritahu. Oleh itu jgnlah ko aniaya aku pulak ngeh3x

    ReplyDelete
  5. moral of the story? jangan suka jatuhkan org.. minta maaf kalau buat salah kat org n sentiasa memaafkan kesalahan org..

    ReplyDelete
  6. Che'Pit,
    kalau kita jatuhkan org lain satu hari kita akan dijatuhkan pulak. Kalau nak naik atau nak cari rezeki,jgn dgn cara menjatuhkan org lain.

    Bukan mudah nak minta maaf tetapi lebih susah nak maafkan org lain. Kena selalu buat baru ianya datang secara natural.

    ReplyDelete
  7. hmm so far, sy senang nak maafkan, tapi susah nak lupakan.. bukan dendam, cuma agak berbekas dalam hati kalau diperlakukan.. tapi insyaAllah, sy maafkan juga..

    ReplyDelete
  8. Che'Pit,
    tahniah!

    forgiven but not forgottenlah ni.

    ReplyDelete
  9. kdg kdg kita tak sedar apa yang kita buat

    ReplyDelete
  10. pB,
    Haah. Itu yg saya khuatir. Marilah kita sentiasa memohon ampun dari Allah dan sesama manusia.

    ReplyDelete
  11. setiap perbuatan ada balasannya... igt tu YB, ko jgn nk macam2 ngan aku... hehehe

    ReplyDelete
  12. aku ingatlah. mana aku ada buat jahat dgn ko. ko aje nak buat naya kat aku minta jam lah, ayam serama lah dan entah apa2 lagi. Tapi aku tak kisah hehehe

    ReplyDelete
  13. salam..

    terima kasih YB...pegajaran yang bagus

    ReplyDelete
  14. tchersally,
    sekali sekala kena tukar genre n3. Takkan nak tulis kisah saya seharian aje kan? Moga ada yg mendapat iktibar darinya.

    ReplyDelete
  15. balasan tuhan datang dalam berbagai bentuk

    ReplyDelete
  16. keje dobi ok apa..bukannye pegi buat keje2 terkutuk. kawan dia tu pun satu..nak malu apa plak. biasa la student, cari duit lebih..
    so sesapa student yg rasa malu keje part time tu, dok la dgn kwn2 yg buat keje tu gak..anda x akan dimalukan

    ReplyDelete
  17. semoga Allah sentiasa menjauhkan diri saya dari melakukan perbuatan yang di murkainya.

    ReplyDelete
  18. Daun Bidara,
    betul tu. Alhamdulillah anak2 saya sempurna semuanya.

    Mentibang,
    apa yg awak cakap tu ada betulnya. Saya masa belajar dulu pun pernah kerja sambilan jadi janitor. Tapi tak rasa malu sbb nak cari rezeki halal. Dgn duit tu juga saya dapat pergi buat umrah lepas habis belajar.

    Kita tak tahu mcmana cara mereka berdua dimalukan. Mungkin teruk betul. Itu yg mendapat pembalasan sehingga begini.

    ReplyDelete
  19. Jika kita memudahkan urusan saudara kita, pasti Allah akan memudahkan urusan kita (atau anak-anak kita) pula....





    Selamat membaca surat khabar. Membaca Jambatan Ilmu....



    (Boleh bacakan paper untuk Ai tak...Ai tak sempatlah bang! Hiks....hiks....er...'hikap' pulak!)

    ReplyDelete
  20. ArPeGGiOS,
    Amin.

    Kita tak tahu atau tak perasan ada perbuatan kita yg boleh menyebabkan Allah murka dan ada perbuatan yg boleh menarik rahmatNya. Itulah sbbnya kita kena sentiasa beristighfar dan berdoa.

    ReplyDelete
  21. ckLah,
    betul cakap awak. Itu janji Allah. Jadi selalu2lah mudahkan urusan saudara2 kita.

    Kalau semua org berfikiran mcm tu, senanglah sikit kerja saya yg mmg banyak berurusan dgn berbagai pihak hehehe

    (bacakan paper yg online bolehlah tapi bila masa saya nak citerkan kat awak? hikks. Kalau anak kecil bolehlah buat masa awak nak tidur ngeee)

    ReplyDelete
  22. subhanallah....
    kuasa Tuhan kan...
    tula dia...apa kita buat kat org 1 hari nnt dpt balasannya

    ReplyDelete
  23. saya sudah insaf dan sedang muhasabah diri... nanti lain kali saya datang komen lagi... :D :D

    ReplyDelete
  24. moga kita sama2 diampuni tuhan...

    ReplyDelete
  25. buat baik dibalas baik
    buat jahat dibalas jahat

    karma law

    ReplyDelete
  26. :(, hidup di doniya hanya sementara

    ReplyDelete
  27. en_me,
    kalau tak insaf jugak tak tahulah.

    syah,
    awak org baik. Mana ada buat perkara2 spt ni kan? kan? kan? hehehe

    tasekM,
    amin.

    anjang,
    Allah tu Maha Adil.

    Mak Su,
    Dalam sementara tu pun ada org yg sempat jugak menyusah org lain huhuhu

    ReplyDelete
  28. Salam YB....

    Bila aku membaca n3 ko yg ni mmg seperrti kata ko la....memberi kesan yg mendalam. Membuat kita terfikir dan berfikir berkali.

    Apakah kita ni pernah mengguriskan hati org di sekeliling kita? Adakah kita pernah mengumpat atau menghina org2 sekeliling kita?

    Aku juga seperti ko,YB. Berfikir semua ni. Kita mati tidak membawa sebarang harta atau kemewahan.

    Tapi amalan ibadat, doa anak2 yg soleh, amal jariah dan segala kebaikkan yg akan dibawa ke SANA.

    Aku pernah dihina oleh someone (a blogger like us)....menjatuhkan maruah aku dan family aku dlm blog org lain. Mmg mencalarkan maruah family aku. Tapi dia b`untung sbb aku selalu memaafkan kesilapan yg dia buat tu. Mmg meninggalakn kesan yg amat mendalam kpd aku. Tapi ALLAH lebih tahu. At least aku learnt something from that. Aku belajar mengenali hati manusia.

    Kadang2 yg nak menjatuhkan kita lebih ramai dari yg nak bersahabat dgn kita.

    ;) Semoga kita semua di bawah lindungan-Nya. Amin.

    ReplyDelete
  29. Zyma,
    Terima kasih kerana sudi berkongsi pengalaman awak.

    Saya pun hairan ramai jugak org yg suka menyakitkan hati sesama blogger.
    Walaupun kita mungkin tak pernah jumpa, tapi sakit hatinya tetap sama. Kalau Allah balas siapa yg susah?

    Kita hidup ni bukan lama. marilah kita berbuat baik sesama manusia.

    ReplyDelete
  30. mungkin ada, tanpa disedari... Huhu~~

    ReplyDelete
  31. syah,
    kalau ada tapi tanpa disedari harap2 awak dimaafkan oleh pihak yg satu lagi.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails