Sunday, December 13, 2009

Ampang Park That Has Lost Its Spark

Isnin lepas kami sekeluarga ke komplek membeli belah Ampang Park. Sebuah tempat yg gah di tahun 70an dan awal 80an sebaris dgn popularnya Campbell Shopping Complex and Pertama Complex pada masa itu. Tetapi pada Isnin lepas tempat itu kelihatan agak sunyi. Pengunjung tidak ramai dan kedai2 di situ seperti telah hilang seri dan daya penariknya.

Aku masih ingat masa aku sekolah rendah dulu, aku pernah ke situ berebut2 nak beli tiket wayang cerita nabi Musa. Masa tu belum ada cineplex mcm TGV yg ada skrg ni. Aku rasa panggung wayang kat Ampang Park ni pun dah tutup skrg.

Hiasan sempena Hari Natal utk menarik pelanggan

Tujuan utama kami ialah utk membeli jam tangan utk Atikah yg akan menduduki 3 paper CAT dari Rabu hingga Jumaat lepas kerana jam yg dia ada dah rosak. Emak Adam pula nak betulkan jam yg aku hadiahkan kpdnya sempena 10 tahun aku kerja di sykt kulit kerang dulu. Masa itu aku pilih jam Raymond Wil sbg hadiah aku dan aku berikan jam itu kpd isteriku di atas sokongannya selama aku bekerja dgn sykt tu. Emak Adam juga nak beli bateri jam utk jamnya yg satu lagi.

Puas kami pusing cari kedai tu tapi tak jumpa. Aku mmg tak pernah ke kedai jam itu. Emak Adam yg pernah ke situ dgn Hazwan semasa membelikan jam tangan utk hadiah aku berapa tahun yg lepas. Aku masih pakai jam itu hingga ke hari ini walaupun aku ada jam Tag Heuer yg lebih mahal. Bukan harga yg menjadi ukuran tetapi nilai pemberian isteri itu lebih utama.

Lepas puas cari tak jumpa isteri aku tepon Hazwan tanya kat mana kedai tu. Oh yg dekat Maybank tu tapi rupanya dah tukar nama. Ek alah.

Atikah memilih jam jenis Elle Studio. Sebuah jam yg didatangkan dgn 4 utas tali yg berbeza. Boleh tukar2 tali utk dipadankan dgn warna pakaian. Kalau org tak tahu ingat dia ada banyak jam hehehe

Semasa tauke tu nak potong rantai keluli jam tu, dia ingat Atikah ni budak asrama sbb badannya yg kecil molek. Sambil tersenyum isteri aku beritahu dia dah masuk U. Yg kat asrama adiknya, Afifah yg badannya lebih besar dari kakaknya.

Sementara mereka sibuk di kedai jam tu aku ronda sikit kompleks ni. Agak lengang. Tak sibuk mcm Suria KLCC yg tak jauh dari situ. Tempat ini aku rasa tunggu nak bungkus aje kalau tiada tindakan drastik diambil utk mengembalikan keagungannya.

Berapa kerat aje pengunjung

Lepas dari kedai jam kami pusing2 window shopping.

Isteri aku berkenan dgn baju di First Lady ini tapi takde saiz yg sesuai pula

Bagi Haikal, dia lebih berminat dgn makanan! Aku bawa dia membeli donut. Kalau kts ada, aku boleh belanja dia juga sebab diakan suka donut hehehe

Moral dari n3 ni: Kita tidak boleh hidup dgn kegemilangan zaman silam. Kita kena berubah dan menyesuaikan diri dgn keadaan hari ni kalau mahu terus relevan.

23 comments:

  1. YB, lewat tahun 80an sy keje kat area situ. selalu jugak merayau kat situ time lunch. kerap tapau beef burger McD :p

    ReplyDelete
  2. kenari,
    Oh awak pernah kerja kat area situ ya. Saya tahun 1993-94 pernah kerja di bangunan PNB dan ada juga ke situ makan McD sekali sekala hehehe

    ReplyDelete
  3. klasiknya ampamg park, satu nama yang gah masa dulu, aku pun pernah juga singgah kat mc d disitu

    ReplyDelete
  4. anjang,
    baru2 ni pun kami singgah kat McD tu beli aiskrim hehehe

    ReplyDelete
  5. ampang park yg makin dilupakan, makin terpinggir..

    mcm tu lah lumrah dan adat manusia.. ada yg baru, yg gah...
    yg lama, yg pernah berjasa, diketepikan..

    tapi nak buat mcm ner.. kita sdiri nak pilih yg terbaik kan, ngeh ngeh ngeh..

    satu hakikat yg kita kena terima..

    ReplyDelete
  6. Bila ko sebut FL - ko tau tak baju2 nya diambil dari sebuah kedai betul2 depan hotel aku menginap masa kat HCM Vietnam! Ni member aku cakap yang dah beberapa kali ke sana. Lepas tu, kawan aku yang suami isteri tu, pergi la ke kedai tu - tapi masa mereka pergi baju kurung tak ade - yang ade banyak jubah2! Betapa murah kat sana ( sebab labour cost murah ) - tapi bila tiba di sini - harganya berganda kot ,sebab aku jarang ke FL! Ko pergi la shopping di sana! ( mati la aku kalau orang FL tau... )

    ReplyDelete
  7. saya da lama g ampang park..
    de ape nk cari kt situ..
    dekat2 area setiawangsa,wangsa maju,keramat je pon da banyak shopping comple..
    ntah2 nnt x yah kuar g town pon..
    hehehe...jd org ulu..
    ulu kelang..

    ReplyDelete
  8. Che'Pit,
    walaupun kedudukannya agak strategik tapi itu bukan penentu samada ia akan terpinggir ke tidak. Bnyk faktor lain.

    Tak salah kita memilih yg terbaik. Jadi utk memastikan kita terus terpilih dan dipilih dlm hidup ini, kita kena sentiasa jadi yg terbaik.

    ReplyDelete
  9. sonata,
    kalau aku tahu tak jadi nak kirim batu permata tapi cukup dgn baju2. Ko takde ke rancangan nak ke sana lagi? - boleh jadi pemandu pelancong kami hehehe

    Lepas ni apa kata kita bukak kedai jual baju mcm FL tu? Ko boleh jadi Supply Chain managernya ngeee

    ReplyDelete
  10. siddiq,
    kalau ko nak cari jam kat situ harga ok jugak. Selain dari tu kalau nak cari penat bolehlah wakakaka

    Haah kat kawasan kita dah banyak shopping complex. Kat kampung uncle tak lama lagi pun ada shopping complex - Keramat Mall hehehe

    ReplyDelete
  11. aku tak penah pegi situ bang. ada pun takat lalu jer sbb ada lrt kat situ kan...

    ReplyDelete
  12. Tijah,
    tak rugi ko tak singgah situ. Takde apa sgt hehehe

    ReplyDelete
  13. cakap pasal jam..jam kat blog aku tu betul la YB. mungkin jam komputer YB yang kureng betul kot..

    ReplyDelete
  14. begitu kisahnya. saya ada kenangan sampai sekarang sbb pernah beli kerusi kayu jati utk ruang tamu dari kedai perabot di tingkat atas. lepas tu x pernah pergi lagi. agaknya dah berbelas tahun. tapi kerusi tu masih ada lagi dan masih diguna.

    ReplyDelete
  15. pertama kompleks pon tak gah skang neh... =)

    ReplyDelete
  16. Mentibang,
    entahlah tapi masa aku bagi komen pagi semalam dia catit pukul 6 ptg pulak. Waktu tempat ko dgn tempat aku tak sama kot hehehe

    al-lavendari,
    bagi org2 yg agak senior mcm kita ni mungkin ada kenangan silam di ampang park semasa tempat itu top dulu.

    Saya tak pergi pulak sampai tingkat atas minggu lepas utk mengetahui samada kedai perabot tu masih beroperasi ngeee

    Jard,
    setahu aku pertama kompleks skrg dah jadi tempat bohsia lepak hehehe

    ReplyDelete
  17. ~O~,
    Haah sejak ada banyak komplek membeli belah yg baru dan lebih trendy.

    ReplyDelete
  18. nak ke sana lagi? memang aku rasa nak pergi lagi ( he3x aku pujuk pak syeikh )- khas shopping aje! jom, sure aku boleh jadi tour guide ko....ko support flight aku...ngeh3x...sorang isteri kawan pak syeikh kirim Vietnam Silk - ko tau harge dia berapa? oleh kerana member aku tu menawar bagai nak rak - kami semua dapat harga yang sgt2 best, aku pun tak ade la nak berjual2 pulak - bayar dengan harga aku beli - dia tak percaya!
    ( tak nak sebut - nanti marah orang yang berniaga2 tu...)

    ReplyDelete
  19. sonata,
    aku rasa kalau isteri aku ke sana dia minat yg bab shopping2 tu aje. Yg lawat tempat2 sejarah tu tak yah. Jadi cukuplah opps lebih lah sikit masa (nak kira cukup org pompuan mana pernah cukup kalau shopping hehehe).

    Bagi tahu aku tau bila ko dan Pak Sheikh nak pergi sana lagi. Ko pun dah tahu tempat shopping dan dah pandai menawar harga. Kita org ikut ajelah ngeee

    ReplyDelete
  20. jam aku mane YB?? ko janji kn aritu nk bg... huhu

    ReplyDelete
  21. Teja,
    mana pulak aku janji nak bagi jam? Kan aku nak bagi ko cincin tapi ko tolak sbb jari ko dah penuh cincin huhuhu

    ReplyDelete
  22. sbb dh penuh cincin la kena tuka jam.. buat2 lupe pulak, hiks!

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails