Thursday, December 17, 2009

Jangan guna telefon bimbit di stesen minyak: Petronas

KUALA LUMPUR: Kebakaran membabitkan dua kereta berlaku di Stesen Petronas Bandar Indera Mahkota di Kuantan semalam mengakibatkan kecederaan ringan terhadap pemandu kereta berkenaan.

Kenyataan dari Petronas Dagangan Berhad hari ini menjelaskan bahawa kemalangan jam 9.15 pagi itu berlaku di pam stesen itu dan api segera dipadamkan oleh kakitangannya.

Pemandu kereta pertama cedera ringan dan diberi rawatan pesakit luar di Hospital Besar Tengku Ampuan Afzan sementara penumpang kereta kedua masih di bawah perhatian di hospital itu.

Dalam pada itu, Petronas Dagangan Berhad menasihatkan pelanggan mematuhi peraturan keselamatan di semua stesennya yang melarang keras penggunaan telefon selular, merokok dan membiarkan enjin hidup semasa mengisi minyak.

%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%

Sampai bilalah org kita nak ubah sikap bila mengisi minyak. Api dan minyak memang tak boleh dekat. Ini termasuk sebarang sumber api seperti mancis, rokok, hp dan enjin kereta yg tak dimatikan.



18 comments:

  1. err... buduh tak bertempat sebenarnya tu... hohohohohoh :P :P

    ReplyDelete
  2. ONE ZABA,
    masa aku kerja sykt minyak dulu letih dan nasihat pengguna2 yg degil ni. Kalau dah jadi mcm ni sapa yg susah.

    ReplyDelete
  3. syah,
    saya kesian dengar ibu mengandung tu melecur dlm kebakaran semalam. Nasib baik bayi dalam kandungan dia ok.

    Lepas ni mesti dia ingat sampai mati. Org lain harap ingat sebelum mati ngeee

    ReplyDelete
  4. a'ah kesian ibu yang mengandung tu. rambut dan mukanya abis terbakar.

    susah nak didik orang nih bila dah jadik buluh. sementara rebung tu la kena kasik kesedaran.

    ReplyDelete
  5. tapi yg kes ibu mengandung tu, laki dia kata dia dah matikan enjin dan tak guna hp pun. tertiba je ade api dari bawah kete. camne tu?


    aku pernah tgk siri mythbuster kat astro, diorang buktikan dgn beberapa siri ujikaji yg hp tidak menyebabkan kebakaran di stesen minyak. pahtu siap interbiu org kuat shell lagi berkenaan penggunaan hp di stesen minyak.


    tapi ape² hal pun, berhati² dan ikut peraturan serta alert di stesen minyak. kalu kita ikut peraturan, tapi kete sebelah tak ikut, pun kena hati² juga.

    err..panjang lah plak kumen aku ni.hehe

    ReplyDelete
  6. tue laa pasal...susah nak sedarkan manusia nie...

    ReplyDelete
  7. mesti ada silap di mana mana ni

    ReplyDelete
  8. salam maal hijrah.
    kesilapan berlaku dimana2 , pahitnya hanya org yg kena jer yg tahu . akhir sekali , serah je segalanya sebagai takdir dr Ilahi ,

    ReplyDelete
  9. tq yb kerana mengingatkan, ramai yg alpa ni.....

    ReplyDelete
  10. ArPeGGiOS,
    Hari Ahad lepas org dan keretanya kena rompak kat stesen minyak. Ini kereta pulak disambar api. Stesen minyak semakin tak selamat.

    Berhati2lah.

    ReplyDelete
  11. Penyuk,
    Tak tahulah betul ke tidak apa yg didakwa si suami tu. Selalu jarang org nak mengaku.

    Bukan hp tu yg menyebabkan kebakaran tetapi spark walau sekecil mana yg mungkin keluar dari bateri di dlm hp tu. Kawasan di sekitar pam minyak adalah zon 1 iaitu sgt mudah terbakar jika ada sumber api kerana fume dan oksigen sentiasa hadir.

    Masa aku kerja sykt minyak dulu mmg pernah terjadi kebakaran kerana hp. Ini kisah benar. Aku tahu di stesen mana yg pernah terjadi. Nasihat aku kalau sedang isi minyak jgn bawak hp keluar kereta terutama yg pakai bateri cokia.

    Komen balas aku ni pun panjang jugak tapi semoga kita terus berhati2.

    ReplyDelete
  12. ~O~,
    Pernah terjadi kpd rakan aku yg sama2 kerja di sykt kulit kerang dulu seorg penjual satay membawa motorsikat dia yg ada bara api satay utk isi minyak! Menjerit kawan aku tu suruh mamat tu keluar dari kawasan stesen.

    Kalau terbakar mungkin kawan aku tu dah jadi satay tanpa lidi ngeee

    ReplyDelete
  13. Daun Bidara,
    Ramai org ambil ringan amaran yg diberi. Mungkin itu penyebabnya.

    ummi,
    Salam maal hijrah 1431.

    Kesilapan mungkin sengaja dilakukan kerana tak sangka ianya boleh membawa bencana kpd kita sendiri. Selalunya ingat hanya akan berlaku kpd org lain. Kita kena patuhi larangan sebelum berserah kpd Allah. Kalau nak jadi juga lepas tu, itu baru takdir.

    ReplyDelete
  14. Mak Su,
    Sama2. Sedikit khidmat masyarakat dari saya.

    Oh ya. Kalau pak su sedang isi minyak pastikan paksu dan maksu jgn duduk atas motor.

    ReplyDelete
  15. Kala isi minyak sambil menelefon,mesti dia ambil masa yang lama di pam tu....dan kereta di belakang, kenalah menunggu!




    ckLah: Kalau boleh, nak cepat-cepat saja kalau isi minyak, tak tahan bau petrol....

    ReplyDelete
  16. ckLah,
    Mungkin lama mungkin tidak. Kadang2 baru nak isi minyak hp berbunyi. Reaksi spontan ialah menjawab panggilan tu.

    Kaboom! kereta terbakar huhuhu

    Tahan ke tak tahan bau petrol kalau dah kena kerja kat stesen nak buat mcmana. Awak nasib baik tak kerja di situ. ngeeee

    ReplyDelete
  17. setiap sesuatu yang di larang tentu ada sebabnya, selagi tak nampak depan mata apa kesannya orang kita memang susah hendak mematuhi arahan

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails