Friday, February 27, 2009

Ini Lebih Kejam Dari Samy

Kadar tol 5 lebuh raya naik

KUALA LUMPUR 26 Feb. - Kadar tol di lima lebuh raya akan mengalami kenaikan antara lima hingga 34 peratus mulai 1 Mac ini.

Lebuh raya terlibat ialah Projek Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS), Lebuh Raya Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (Sprint), Lebuh Raya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH), Lebuh Raya Sungai Besi (Besraya) dan Lebuh Raya Baru Pantai (NPE).

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ir. Mohd. Zin Mohamed berkata, bagi Lebuh Raya PLUS, kadar tol akan dinaikkan sebanyak 0.68 sen bagi setiap kilometer menjadikan kadar terbaru 14.2 sen untuk satu kilometer.

Berita di atas adalah adalah petikan dari Utusan Malaysia hari ini.

Daripada 5 lebuhraya yg akan dinaikkan tolnya, saya menggunakan 3 hampir setiap hari. Dahlah tu lusa nak naik semalam baru cakap. Ramai yg tak bersetuju lebih2 lagi di masa kegawatan sekarang.

Rasanya ada menteri yg hilang kerja ni.

Thursday, February 26, 2009

Sepetang Bersama YB

"YB buat apa sekarang?" itulah soalan yg selalu ditanyakan kpd saya sejak saya tak bekerja makan gaji ini.

Pagi2 lepas solat Subuh saya mengaji 4-5 mukasurat, kalau rajin pulun setengah juz di samping membaca Yasin utk disedekahkan kpd arwah ayah saya dan muslimin muslimat semua. Ada hadis yg membawa maksud, 'sesiapa yg membaca Surah Yasin di pagi hari akan dipermudahkan urusannya utk hari itu.'
Selain dari itu saya bermain dgn Adam Hakimi (dan emaknya jugak hehehe).

"Rileknya YB?" tanya sebahagian mereka seolah2 jeles dgn saya (ngeh 3x)

"Saya sedang mencari projek" balas saya. Bunyi mcm hebat pulak. Mencari projek satu hal, nak dapat satu hal lain tapi kalau dah dapat boleh ke untung. Semua ni saya kena hadapi.

Berikut catitan sekilas kegiatan saya pada Isnin lepas.

Saya dan rakan saya seorang jurutera perunding telah ke sebuah Pihak Berkuasa Tempatan di Selangor utk menguruskan projek yg diberi kpd kami oleh sebuah sykt multi nasional. Rakan saya selaku konsultant dan saya selaku pengurus projek (dua kontrak berbeza). Tempat persinggahan pertama kami ialah Masjid Badariah utk solat Zohor.

Masjid di Kg Batu 12, Kapar

Selepas solat kami meneruskan perjalanan ke PBT berkenaan. Kami telah membuat temujanji dgn pegawai dari Bahagian Bangunan. Perbincangan berjalan lebih satu jam utk memastikan pelan2 bangunan yg akan kami kemukakan menepati kehendak PBT.

Kami juga berjumpa dgn pegawai dari Bahagian Perancang dan pegawai dari Bah Kejuruteraan. Mereka semua begitu ramah dan sedia membantu. Kalau semua PBT macam ini senanglah sikit kerja kami.Bangunan PBT yg kami lawati

Usai urusan di sana kami singgah minum cendol dan makan rojak di sebuah kedai yg begitu terkenal di kawasan Kapar - Rahimah Ghouse nama kedai tu. Adik beradik Fauziah Ghouse ke? Sedap cendolnya sehingga kawan saya tambah lagi satu mangkuk. Kena bayar bukan free yg kedua tu macam kat Senawang tu.Ini gambar kedai tu. Kalau lalu sini bolehlah singgah.

Selepas menghilangkan penat, kami singgah pula di Masjid Naim utk solat Asar. Masjid ini utk kariah Tambak Jawa dan Sg Sembilang. Ada org bilang, Selangor merupakan negeri yg paling ramai org Jawa di negara kita. Buktinya? Kerana terlampau ramai Jawa maka ada tempat2 spt Kampung Jawa, Padang Jawa, Tambak Jawa dan Asam Jawa. Dan org Jawa juga ada di Tg Karang, Sekinchan, Sabak Bernam, Kuala Langat, Klang dan di tempat saya hehehe.
psst - kerana dah terlampau ramai Jawa di Selangor ada yg terpaksa ke negeri lain spt Perak mcm keluarga ckLah (jgn marah ya).

Masjid Al-Naim (tak laksanakan hukum alif lam qamariah agaknya - sepatutnnya An-Naim).

Saya sampai di rumah hampir waktu Maghrib. Selepas solat saya terpaksa menyiapkan laporan bertulis saya utk dihantar kpd klien. Laporan utk telah siap dan diemail pukul 10 malam. Lepas tu dah . . . blogging!

Itulah kisah sepetang bersama YB.

Wednesday, February 25, 2009

Berapa Anda Sanggup Bayar Utk Satu Kerusi?

Ini bukan tentang kerusi Parlimen atau DUN. Ini kisah saya pergi ke bilik pameran perabut di PJ semalam utk mencari kerusi dan meja utk pejabat saya.

Ada pelbagai jenis kerusi dan meja di pamerkan di situ. Syarikat ini sebuah sykt terkenal dari Eropah dan dah lama beroperasi di M'sia. Produk mereka terkenal dan harga boleh tahan. Memandangkan saya kenal baik dgn Pengurus Besarnya, bolehlah dapat harga special. Setelah puas memilih kerusi dan meja, kami ditunjukkan satu kerusi berkualiti tinggi yg diberi nama Ginsberger Trilax. Ini gambarnya



Nak tahu berapa harganya? Agak2 berapa . . .
.
..
...
....

nah engkau

Saya tak belilah kerana skyt saya baru nak belajar merangkak. Tapi kerusi jenis ini telah dijual kpd beberapa tokoh korporat dan ahli politik terkenal (saya tak boleh beritahu nama mereka takut kena saman) hehehe

Tuesday, February 24, 2009

Orang Melayu Memang Suka Warna Warni

Semalam semasa saya pergi ke sebuah PBT di Selangor (kalau ada masa saya buat n3 tentang lawatan itu kemudian) saya terpandang beberapa pasu pokok bunga kertas. Yang menariknya, ianya cantuman bunga kertas dari beberapa warna yg berbeza. Ini visualnya

Satu pokok tapi ada 3 warna

Sah! Org kita bukan saja suka baju warna warni dan berbunga2 tapi pokok bunga pun mereka kerjakan jugak.

Monday, February 23, 2009

Baju Warna Warni

Satu perkara yg saya amati ialah penggunaan kain berwarna warni oleh orang2 Melayu. Fenomena ini jarang atau tidak terdapat pada bangsa lain seperti Mat Salleh, orang2 Afrika, orang2 Jepun, Eskimo dsbnya.

Cuba kita lihat baju kurung wanita kita - bukan setakat berbagai warna tetapi berbunga2. Baik yg muda mahupun yg dewasa, corak bunga warna warni dah menjadi kebiasaan. Berikut beberapa contoh yg sempat saya rakamkan

Guru bersama murid di hari perpisahan

Kaum wanita di dalam rombongan meminang

Di majlis kenduri

Bahkan di pusara pun baju berwarna warni

Mungkin kita sudah biasa dgn perkara ini kerana ia sudah menjadi sebahagian budaya kita tetapi bagi org luar mereka merasa tertarik dan ada juga yg hairan melihat betapa 'colourful' nya org Melayu.

Saturday, February 21, 2009

Makan Besar

Semalam saya dan rakan bisnes ada perbincangan dgn prospektif klien tentang projek kami. InsyaAllah kalau ada rezeki, nilai projek adalah dalam 2-3 juta. Habis berbincang dah tengahari. Jadi utk merapatkan hubungan (dan meningkatkan peluang hehehe) kami pun ajak klien makan tengahari. Memandangkan projek berjuta2 hinggit takkan nak pergi kedai mamak. Kenalah bawa dia ke tempat ini . . . restoran seafood yg ada kelas

Macam2 jenis ketam ada kat situ. Harga ya Rabbi

Ikan ni pun boleh tahan mahalnya

Ini dipanggil Geoduck. Nampak lucah sikit. Tak berani nak cuba



Kami tak order benda2 di atas. Yang kami order makanan yg lebih biasa dimakan seperti udang kukus dan . . .


Tiram masak dgn keju

Siput buluh

dan ikan kukus

Saya terpaksa meninggalkan rakan bisnes dan klien (mereka bukan Islam) terus menikmati hidangan2 ini kerana saya nak ke masjid menunaikan solat Jumaat.

Moral of the story: kalau nak projek besar, makanpun besar huhuhu

Friday, February 20, 2009

Bila Beduk Berbunyi

Ini gambar beduk yg saya ambil di Masjid Darul Ehsan, Kg Seri Tiram Jaya, Tanjung Karang, Selangor - kg isteri saya.

Bagi budak2 sekarang terutama yg tinggal di bandar mcm si Julietchun tu mungkin tak pernah tengok benda ini hehehe (saja nak provoke).

Di kampung, beduk ini akan berbunyi ketika:
1) sebelum azan setiap waktu
(saya ingin mengambil gambar beduk itu dipalu sebelum azan tetapi org yg memalu (ada ke perkataan tu?) boleh pulak sebelah tangan dia pegang alat pemalu dan sebelah lagi pegang rokok! Sungguh memalukan betul kalau saya tunjukkan tambahan di dalam masjid - perggh. Oh ya, mungkin dia hendak menghalau nyamuk takut kena demam kepialu agaknya.

2) selepas org solat terawih/witir pada bulan Ramadhan. Rancak iramanya sehingga org yg dah tertidur masa solat boleh terbangun kerana tahu masa utk balik rumah.

3) jika ada kematian di kampung tersebut. Ini masih diamalkan sehingga sekarang walaupun kini dah ada telefon dan boleh hantar sms.

Thursday, February 19, 2009

Bertambah Lagi Seorang Pemandu Wanita

Isnin lepas Nuratikah telah mengambil ujian memandunya. Pukul 7 lebih lagi dia dah dijemput oleh org dari sekolah memandunya. Dia terpaksa ambil cuti dari mengajar pada hari itu.

Pada pukul 5:45 ptg saya menelefon isteri saya dari LCCT utk memberitahu tetamu2 kami dari Jakarta telah selamat check-in. Kebetulan yg mengangkat telefon itu ialah Atikah. Saya terus bertanya samada dia lulus ujian memandunya. Dia merungut sambil memberitahu saya kena sediakan RM80 lagi gara2 dia calon yg terpaksa tunggu sesi ujian petang. Tester dari JPJ dah penat dan perkara2 yg dia tak buat salahpun tester kata salah. Saya kata takpe lah nak buat macamana.

Bila saya sampai di rumah sebelah malam, dia menunjukkan 2 slip ujian - satu warna biru dan satu lagi merah. Atikah kata yg biru tu dia lulus dan merah kena ulang. Rupanya dia acah saya aje. Dia lulus ujian tu sebenarnya.

Nah kau! Tambah lagi seorang pemandu pompuan di jalanraya. Eeeerrr

Wednesday, February 18, 2009

Kisah Ali Baba

Pada cuti Tahun Baru Cina yg lepas saya sekeluarga telah balik ke kampung isteri di Tg Karang. Kami telah ke Kg Baru Tiram Burok yg terletak di seberang jalan dari kampung isteri saya. Spt kampung2 baru yg lain, penduduk di situ terdiri dari kaum Tionghua.

Apa yg menarik perhatian saya ialah terdapat sederet lori treler yg diletakkan di hadapan sebuah rumah tauke Cina. Kaya org ni kerana lorinya aje dekat sedozen. Ini gambarnya

Lori2 di parkir kerana sudah hampir dgn TBC. Kalau tak, tentu di jalanraya membuat duit utk taukenya

Pandangan dari sudut bertentangan

Apa yg lebih menarik perhatian saya ialah nama pemilik lori yg tercatat di pintu lori2 kebanyakan lori tersebut adalah nama Melayu. Ada 2 nama - seorang lelaki dan seorang lagi wanita. Bin dan binti mereka sama - mungkin adik beradik. Fuyoo kayanya orang Melayu dua ni! Ada banyak lori yg dipandu oleh drebar2 Cina. Begitulah diharapkan bukan sekadar meminjamkan nama.

Tuesday, February 17, 2009

Ya Ampuuun

n3 saya yg lepas telah banyak mengundang kontrovesi. Ini kerana ramai menyangka Cindy betul2 bibik saya. Hakikatnya dia bukanlah seorang bibik jauh sekali bekerja di rumah saya. Perkara ini telah saya jelaskan dalam n3 saya tentang beliau pada Nov 08 dan telah saya link kan di n3 lepas. Mungkin ramai yg terlepas pandang atau tak sempat membaca n3 original tu. Untuk memudahkan mereka yg berminat membaca n3 tersebut sila klik di sini.

Cindy sebenarnya lulusan bidang perbidanan dan sekarang dia membantu emaknya yg menjalankan operasi rumah bersalin di Bekasi. Itulah sbbnya dia biasa dgn budak kecik.

Cindy - kalau you terbaca n3 ni jgn marah ya kalau ada yg ingat you kerja di rumah saya.

Cindy bersama ibunya (sebelah kiri) dan emak saudaranya yg juga dua pupu saya (sebelah kanan). Juga di dalam gambar 2 YB bersama pasangan masing2. Gambar di hari pertunangan Cindy Sabtu lepas.

Bibik Kami (Yang Cun tu) Dah Nak Kawen!

Ingat tak lagi kisah bibik di rumah kami yg saya post lebih kurang 4 bulan yg lalu?

Sabtu lepas Cindy telah melangsungkan pertunangan dgn seorang pemuda Malaysia. Bukan calang2 org bakal suaminya itu. Dia seorang engineer yg kini bertugas di Dubai.

Cindy atau nama penuhnya Cindy Mutia Dewi dan rombongan seramai 5 org telah datang ke M'sia pada hari Khamis yg lepas. Pada Jumaat 6 org lagi termasuk tiga pupu anak2 saya yg duduk di Jakarta pula tiba. Mereka telah menginap di rumah kami selama 3H/2M (mcm pakej pelancongan bunyinya). Selama tempoh itu Hazwan telah membawa mereka berjalan2 ke banyak tempat2 menarik.

Bakal ibu mertua menyarungkan cincin

Cindy begitu mesra dgn Adam Hakimi. Gambar diambil semalam.

Majlis pernikahan akan dilangsungkan di Jakarta pada Julai ini, insyaAllah.

Rombongan saudara kami ini telah pulang ke Jakarta petang semalam dgn penerbangan Air Asia. Itulah yg saya sibuk sikit 3-4 hari ini. Maaf kalau tak sempat ziarah laman blog kalian.

Monday, February 16, 2009

Viva VI

Pada Sabtu dan Ahad (semalam) tersiar berita tentang Victoria Institution telah diiktiraf sebagai bangunan warisan negara. Juga tersenarai sebagai warisan termasuklah teh tarik, karipap dan nasi lemak dlm kategori makanan/minuman.

Victoria Institution yg ditubuhkan pada 1893 telah melahirkan ramai tokoh2 baik dalam bidang politik, korporat, sukan dan beberapa bidang lain. Ironinya ada antara mereka ini tidak begitu menonjol semasa di VI.

Saya juga telah berpeluang menuntut selama lima tahun di sekolah ini. Mungkin sumbangan saya untuk menaikkan nama sekolah tidaklah sebesar mana. Kalau adapun mungkin ketika saya mendapat keputusan 8A dalam peperiksaan LCE (sekarang dipanggil PMR) sekaligus merupakan top 3 student. Pada masa itu, tidak ramai pelajar yg mendapat 8A - jadi sesiapa yg berjaya mendapatkannya boleh jadi glemer. Mana2 sekolah yg mendapat kelulusan 100% sudah dianggap terer. Selalunya hanya ada kurang dari 20 sekolah seluruh negara yg mendapat kelulusan 100%.

Dgn pencapaian tersebut nama dan gambar saya serta nama VI telah disiarkan di beberapa akhbar spt NST, Utusan dan STAR. Malah pemberita dan jurugambar dari STAR telah datang ke rumah saya utk menemuramah saya sehari sebelum keputusan dikeluarkan. Dan pada hari keputusan diumumkan pemberita dari Kumpulan Utusan Melayu pula yg telah menunggu saya dan adik kembar saya di luar pejabat sekolah. Walaupun adik saya tak dapat 8A tapi keputusannya juga boleh dikira baik dan ini telah digunakan oleh pemberita itu untuk menjadi bahan berita bukan saja di Utusan Malaysia tapi juga di Utusan Melayu dan Utusan Pelajar. Nasib baik tak keluar di URTV ngeh ngeh ngeh

Itulah mungkin sumbangan kecil saya utk menaikkan nama VI. Tetapi . . . itu semua dah berlalu lebih 30 tahun dulu (ada antara pembaca blog ini belum lahir pun!). Sekarang saya hanya insan kerdil di tengah2 masyarakat.

Apapun, saya berdoa sekolah yg telah banyak berjasa kpd saya ini akan terus gah dan gagah.

Viva Victoria Institution!

Sunday, February 15, 2009

Yang Ringan2 Aje OK kan?

Dah lepas tengah malam ni, buat yg ringan2 aje ok kan?

Eh jgn salah sangka - ini bukan adegan 18SX yg selalu kita dengar atau lihat dilakukan oleh pasangan muda mudi. Jgn cari pasal dan jauhkanlah diri dari maksiat.

Apa yg saya maksudkan ialah n3 saya kali ini mengenai sesuatu yg ringan. Apa benda yg ringan tu. Ini dia ha

Keropok udang - perhatikan perbezaan antara yg telah digoreng dgn yg belum. Syiling 50sen sebagai rujukan

Keropok udang ni kami beli di Pasir Penambang, Kuala Selangor. Di situ ada deretan gerai di tepi jalan besar yg menjual barangan laut spt ikan masin, sotong kering, udang kering dan keropok. Dulu2 mereka berniaga di tepi jalan aje tapi setelah jalan antara Klang dan Sabak Bernam dinaiktaraf, satu deretan kedai disediakan.

Ikan2 masin banyak terdapat di sini

Satu bungkus keropok tu berharga RM15 kalau tak ditawar. Kalau pandai tawar mungkin boleh turun kpd RM12 atau RM13. Isteri saya lagi terer. Menawar harga barang adalah kebolehan semulajadi dia agaknya. Harga keropok tu boleh turun lagi banyak. Kalau nak tahu berapa, boleh singgah di gerai di situ dan cuba tawar.

Samada anda berjaya menawar dgn banyak atau tidak, keropok ini memang sedap. Sekali rasa, tak hendak berhenti. Jadi kalau beli, jangan setakat 2 - 3 bungkus. Belilah banyak sikit.

Thursday, February 12, 2009

Hari Ini Dalam Sejarah

Hari ini hari pertama saya bekerja sendiri - sudah tak makan gaji lagi. Pagi ini selepas menghantar Haikal dan Atikah ke sekolah agama, saya balik ke rumah. Kerja sendiri tak perlu terkejar2 ke pejabat. Setidak2nya kurang satu kereta di jalanraya pada waktu puncak pagi tadi.

Tak pergi ke opis waktu pagi tak bermakna saya boleh relak aje - takut tak berasap dapur nanti. Saya gunakan masa untuk membaca kontrak yg kami dapat dari sebuah syarikat multi nasional utk memberi khidmat pengurusan projek. Saya juga menghubungi beberapa org rakan utk membuat temujanji. Network kena bagus kalau nak cari kerja. Siang tadi baru ke pejabat teman saya di Shah Alam yg saya akan gunakan sebagai 'port' saya buat permulaan ini. Jarak dari rumah ke opis tu boleh tahan jauhnya - hampir satu marhalah.

Ini pejabat sementara saya. Di tingkat 1 yg ada bendera M'sia tu

Semalam, sebagai meraikan hari terakhir saya di syarikat lama, pihak pengurusan telah mengadakan makan tengahari. Sayangnya beberapa org kawan dan bos saya tak dapat turut serta kerana outstation atau ada mesyuarat dgn pelanggan. Apapun kepada kalian semua, terima kasih di atas segalanya selama saya setahun bersama kalian. Tersalah tersilap harap maafkan. Apa juga kesalahan kalian (jika ada) telah saya maafkan.

Farewell lunch di restoran makanan China yg halal.

Semalam telah menjadi sejarah. Moga hari ini akan melakar sejarah yg lebih gemilang di hari2 mendatang!

Wednesday, February 11, 2009

Demi Anak-anak

Ramai ibubapa yg sanggup bersusah payah demi memastikan anak2 membesar dgn sempurna dan menjadi orang berguna bila dewasa kelak. Anak2 adalah amanah Allah kpd kita yg mesti kita jaga sebaik mungkin. Mereka jugalah yg kita harap untuk menyambung amalan kita setelah kita mati dgn doa mereka kpd ibubapa.


Alamak ... intro mcm ceramah agama pulak.


4-5 hari ini saya sibuk sikit menguruskan hal sekolah anak2. Pada Jumaat lepas saya dan isteri telah ke Gerik utk menghadiri majlis kesyukuran dan seterusnya mengambil kembali Nurafifah yg telah tamat belajar di MRSM Gerik. Kisahnya ada dlm n3 yg lepas.


Sabtu lepas pula saya menghadiri mesyuarat PIBG sekolah Haikal. Acara bermula dgn ceramah keibubapaan oleh Hjh Rubiah Kulup Hamzah yg femes tu. Banyak panduan yg diberikan. Kalau ada masa mungkin saya boleh berkongsi perkara ini di lain ketika. Upacara perasmian mesyuarat dilakukan oleh Dato Seri Zulhassan Rafique Menteri Wilayah Persekutuan merangkap MP Setiawangsa. Untuk pengetahuan semua, SK Setiawangsa telah terpilih menjadi sekolah kluster dan satu2 sekolah rendah di Wilayah ini yg menjadi sekolah kluster. Ia juga sekolah rendah yg paling ramai murid di WP dgn 2500 pelajar. Kerana terpilih menjadi sekolah kluster beberapa keistimewaan telah diberikan oleh pihak Kementerian termasuklah peruntukan RM500,000 utk 3 aktiviti khas termasuk penubuhan mini orkestra. Haikal telah terpilih utk menganggotai kumpulan ini. Saya beritahu dia kalau betul gayanya boleh buat persembahan di luar negeri hehehe.




Mesyuarat PIBG kali ini berjalan dgn hangat. Ramai ibubapa yg menawarkan diri utk menjadi AJK sehingga ada yg berkempen sebelum pemilihan! Banyak perkara dibangkitkan dari yg remeh temeh sehingga yg besar2. Inilah kalau ramai org yg pandai2 dan bersemangat. Akibatnya, mesyuarat berakhir pukul 2:40 petang. There goes half of my Saturday. Takpe lah demi anak.

Dato Seri Zulhassan merasmikan mesyuarat PIBG


Semalam pula saya menghantar Nurafifah ke MRSM Serting, NS untuk mendaftar selaku pelajar Tingkatan 4 yg baru di sana. Ada lebih kurang 300 pelajar Tingkatan 1 & 4 yg baru. Kebanyakan dari sekolah kementerian tapi ada juga dari MRSM lain seperti Kuala Klawang dan Gerik yg pindah ke situ kerana maktab tempat asal mereka hanya sampai Ting 3 saja.


Afifah di depan asrama barunya

Saya sampai di rumah pukul 5:45 ptg setelah singgah untuk mengambil Nuratikah dari sekolah agama memandangkan hujan lebat. Takkan dia nak jalan kaki dalam hujan. Dia pun anak saya jugak yg memerlukan perhatian macam adik2nya.

Monday, February 9, 2009

Siput Sedut

Tengahari ini isteri saya memasak siput sedut walaupun pagi tadi kami bersetuju tak nak makan tengahari kerana sarapan mee jawa yg sungguh enak dan mengenyangkan. Bila dah dimasakkan siput sedut tu, seorang demi seorang ambil pinggan dan . . . makan. Semua gara2 siput sedut.


Haikal sedang menikmati siput sedut. Siap dgn periuknya sekali

Sunday, February 8, 2009

Alahai Perak

Pagi Jumaat baru ni, saya bersiap2 hendak ke Perak kerana ada perkara penting di sana. Ramai rakan2 yg tahu hasratku ke sana kerana aku telah memberitahu sebahagian drp mereka. Aku juga telah mengambil cuti pada hari tersebut kerana hal di Perak itu tiada kena mengena dgn urusan pejabat. Seorang rakanku yg tinggal di Batu Caves telah pergi pada Khamis lagi. Dia merupakan seorg kontraktor kecil2an dan juga seorg katerer. Tapi bagi misinya kali ini dia tidak mengenakan sebarang bayaran - demi anak bangsa gamaknya.

Isteri saya tidak mahu ketinggalan kali ini. Setelah menyiapkan anak2 yg nak ke sekolah dan juga Adam Hakimi, kamipun bertolak. Walaupun baru berusia 5 bulan, kami terpaksa membawa Adam bersama kerana bekalan minuman dan makanan ada pada tubuh ibunya.

Dipendekkan cerita, kami sampai di Plaza Tol Kuala Kangsar pada pukul 11:15 pagi. Kelihatan pekerja2 Propel sedang mencantikkan plaza tol berkenaan. Ada yg mengecat penghadang jalan (road kerb), ada yg memasang tiang mudah pantul di tengah2 jalan dan ada yg meletakkan pasu bunga jenis Bali di depan dan belakang rumah tol. Para kontraktor selalunya suka kerja2 tergempar mcm ini bukan sebab harga yg lebih tinggi (kadangkala memang ya) tapi nama mereka akan naik kalau dpt menyiapkan kerja2 yg memerlukan siap dgn cepat ini dlm masa yg ditentukan. Bila nama dah naik, kalau ada kerja2 lain di masa depan, mereka akan diberi keutamaan. Senanglah cari makan.
Keadaan di Plaza Tol Kuala Kangsar. Masa mcm inilah pulak mereka sibuk nak buat kerja

Kami meninggalkan para pekerja tu di sana dan terus ke destinasi kami. Sesampainya kami di sana, tetamu undangan baru habis berucap. Saya mencari tempat kosong dan terus duduk. Tak lama selepas itu, acara rasmi pun tamat dan semua hadirin dijemput makan. Org lelaki di satu tempat buffet station dan org pompuan di stesen kedua. Biasalah bila time makan, ada org yg akan berebut dan tak tahu nak berbaris dgn betul. Menunya nasi briyani dgn lauk ayam dan daging. Dengarnya 2 ekor lembu telah ditumbangkan petang Khamis tu utk majlis ini.

4 periuk besar yg digunakan utk memasak nasi briyani dan lauk pauknya. Sedap nasinya - pandai kawan saya tu masak. Kalau ada yg nak ambil dia buat katering boleh hubungi saya ngeh3x





Selepas makan saya ke masjid utk solat Jumaat. Saya tak ke Masjid Ubudiah (walaupun cantik utk dimasukkan dlm blog hehehe) tetapi memilih Masjid Kg Kenayat.

Isteri saya dan Adam juga turut ke masjid walaupun tak bersolat Jumaat

Selepas solat, kami sempat singgah di ladang buah naga. Ladang ni seluas 5 ekar dan telah beroperasi lebih kurang 2 tahun. Pokoknya dah berbuah beberapa kali.

Macam nilah pokok buah naga (bagi yg tak pernah tengok) dan buahnya ada di dahan

Memandangkan keadaan tegang di pekan Kuala, kami hanya 'menunggu' di simpang berhampiran plaza tol utk melihat org kenamaan yg akan ke istana.


Kenderaan yg membawa pembesar2 melalui di depan kereta kami.

Selepas mereka ke istana, kami pun bertolak balik ke KL kerana ada majlis tahlil utk Allahyarham pakcik saya yg meninggal dunia minggu lepas.

Oh ya, takut ada yg salah faham. Perkara penting yg saya maksudkan ialah . . . .



Afifah meninggalkan Akademi Fantasia MRSM Gerik utk menyambung pelajaran Tingkatan 4 di MRSM Serting

Thursday, February 5, 2009

Tempat Jatuh Lagi DiKenang

Tanggal 11hb Feb ini merupakan hari terakhir saya bekerja di tempat sekarang. Memandangkan saya akan bercuti esok utk ke Perak (cita2 nak beli Camry terpakai yg masih baru kerana difahamkan tuan punya nak kena berpindah dgn segera), dan diikuti cuti sempena Ta**masam pada hari Isnin dan cuti lagi pada Selasa kerana saya nak ke NS pula, makanya hanya tinggal 1 hari saja lagi saya akan masuk pejabat iaitu pada 11hb. Sesiapa nak hantar email, tolong jgn guna email pejabat - takut tak sempat baca. Boleh guna alamat gmail saya.

Banyak kenangan selama saya setahun bekerja dgn majikan sekarang. Ada yg telah saya catatkan di blog saya dan banyak yg tersimpan dlm memori saja. Malam ni sementara menunggu Nightline izinkan saya berkongsi kenangan semasa bulan Ramadhan lalu.

Baginda Sultan Selangor berangkat ke majlis berbuka puasa dgn rakyat di daerah Petaling. Majlis diadakan di Masjid Kelana Jaya Putra yg terletak tak jauh dari opis saya. Majlis anjuran bersama MAIS dan sykt tempat saya bekerja. Kali pertama saya berpeluang berjumpa dgn Sultan saya.
"Patik bangga menjadi rakyat tuanku (rakyat Selangor)".
ckLah - saya pun ada sultan tau.

Baginda berkenan menyampaikan sumbangan kpd mereka yg kurang bernasib baik. Lebih 400 org mendapat sumbangan RM300 setiap seorang sumbangan sykt saya. Perhatikan lelaki di sebelah kiri gambar tu. Dapat pegang dulangpun jadilah. psst - majlis ni keluar di kebanyakan media elektronik dan cetak sempena majlis tersebut. Kira tumpang glamer lah.

Kembar siam Ahmad dan Muhammad yg pernah mencuri perhatian seluruh negara sebelum menjalani pembedahan di Jeddah. Dah 10 tahun sekarang mereka ni. Tapi memerlukan bantuan utk kehidupan seharian seperti membeli lampin pakai buang. Sykt tempat saya bekerja menyumbangkan RM5000 setiap seorang.

Jumaat lepas usai solat saya merenung masjid ini sambil hati saya berkata, "mungkin ini kali terakhir saya solat di sini. Semoga amalan saya di sini selama setahun diterima Allah sebagai amalan soleh." Ala2 solat widak (ada ke istilah ni?)

Apapun banyak kenangan saya di sini.

Wednesday, February 4, 2009

Dinner Hari Lahir

Candle light dinner utk 2 org di Restoran Seri Angkasa. Lepas tu pergi shopping di Pavillon. Beli minyak wangi (utk pakai malam ni) dan beg tangan terkini. (org pompuan dan beg tangan tak boleh dipisahkan. Akhir sekali pergi menonton wayang cerita romantik - juga berdua.

Jangan percaya. Semua tu hanya khayalan!

Apa yg sebenarnya berlaku malam ini sempena ulangtahun hari lahir isteriku adalah spt berikut:
Hazwan dan saya solat Maghrib di surau. Lepas solat ada kuliah feqah oleh Ust Nordin. Kerana banyak soalan, kuliah extended sampai pukul 9:00. Lepas solat Isyak baru kami balik rumah. Sempena ulangtahun isteri saya, biarlah saya yg masak malam ni. Begini aksi saya di dapur:

Mendadar telur

Menumis rencah utk masak sayur kobis. Tengok lesung tu hehehe

Sotong goreng tepung ni kalau tak kena gaya meletup. Itulah kena pakai apron

Taraaa! Dah siap. Remis cili hijau tu isteri saya yg masak. Yang lain tu air tangan saya. Terancam Chef Wan.

Selamat Ulangtahun Sayang

Ini bukan tajuk lagu Imran Ajmain.

Ucapan ini saya nak tujukan khas buat isteri tersayang yg menyambut ulangtahunnya yg ke ** hari ini. Tiada kata2 bermadah yg dapat abang ucapkan kpd sayang - hanya ucapan semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, diberkati Allah dan berbahagia kita sekeluarga. Terima kasih di atas segalanya!
Pengorbanan sayang melahirkan Muhammad Adam Hakimi yg hampir meragut nyawa sayang tiada ternilai.

Tuesday, February 3, 2009

2hb Februari

Semalam 2hb Februari. Ada beberapa perkara penting dalam hidup saya pada tarikh 2 Feb. Di sini saya ingin catatkan di antaranya:
2 Feb 198*
Saya mula bertugas dgn sykt Kulit Kerang di Miri, Sarawak. Jawatan pertama saya selaku Area Engineer bagi kawasan Baram Delta. Kawasan ini merupakan tempat pengeluaran minyak dan gas tertua di M'sia. Sejak tarikh itu, duduklah saya di Miri sehingga saya beranak pinak di sana (dapat seorg anak aje masa di sana sebelum saya di tukarkan ke KL, seterusnya ke JB, KL semula dan balik ke Miri semuanya dalam masa hampir 10 tahun).

2 Feb 1993
Isteri saya melahirkan anak ketiga kami, Nurafifah Huda di Hospital Pakar Johor. Masa itu saya dipinjamkan ke Petronas Carigali utk melaksanakan Projek BARDEGG. Saya ditanggungjawabkan mengawasi kerja2 fabrikasi struktur di beberapa tapak di Pasir Gudang, Teluk Ramunia, Batam dan Pulau Jerjak.
Afifah dah Ting 4 sekarang dan minggu depan dia akan berpindah dari MRSM Gerik ke MRSM Serting. Dekat sikit dgn rumah - senang nak ambil dan hantar.

2 Feb 200*
Saya meninggalkan sykt Kulit Kerang setelah 22 tahun berkhidmat dgn mereka. 12 tahun terakhir dgn mereka, saya di bahagian hiliran. Saya terlibat mendapatkan kelulusan pelan, membina, menyenggara dan meroboh stesen minyak di seluruh negara. Merata pelusuk Malaysia saya jelajahi selagi ada stesen minyak merah kuning. Kalau ada stesen di tempat tuan/puan/cik, besar kemungkinan saya dah sampai ke situ!

2 Feb 2009 (semalam)
Apa saya buat? Saya ke Selatan tanahair - jalan2 cari 'makan'. Tak percaya? Nah tengok gambar2 ni

Di depan MITC, Ayer Keroh (dekat dgn pejabat Tasik Merah)


Restoran Syubaidah. Sepatutnya tempat ini utk restoran Melayu tapi mamak dan tawan.

Menara Jam Besar di JB

Pergi JB kalau tak makan mee rebus, tak sah. Mee rebus di Jalan Petri ini ada gearbox lagi!
Suasana petang di Pantai Lido
Lewat petang baru saya bertolak balik dari JB. Dapatlah merasa jam di Jalan Skudai. Singgah di Masjid Al-Alami Ayer Keroh utk solat bersama jemaah di sana pada waktu Isyak. Berjumpa dgn kawan lama sama2 kuliah dulu dan lepak2 di kedai mamak tu lagi. Ini ajelah tempat yg nampak hidup waktu malam kat Ayer Keroh ni!
Saya sampai ke rumah hampir jam 1 pagi.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails