Wednesday, February 11, 2009

Demi Anak-anak

Ramai ibubapa yg sanggup bersusah payah demi memastikan anak2 membesar dgn sempurna dan menjadi orang berguna bila dewasa kelak. Anak2 adalah amanah Allah kpd kita yg mesti kita jaga sebaik mungkin. Mereka jugalah yg kita harap untuk menyambung amalan kita setelah kita mati dgn doa mereka kpd ibubapa.


Alamak ... intro mcm ceramah agama pulak.


4-5 hari ini saya sibuk sikit menguruskan hal sekolah anak2. Pada Jumaat lepas saya dan isteri telah ke Gerik utk menghadiri majlis kesyukuran dan seterusnya mengambil kembali Nurafifah yg telah tamat belajar di MRSM Gerik. Kisahnya ada dlm n3 yg lepas.


Sabtu lepas pula saya menghadiri mesyuarat PIBG sekolah Haikal. Acara bermula dgn ceramah keibubapaan oleh Hjh Rubiah Kulup Hamzah yg femes tu. Banyak panduan yg diberikan. Kalau ada masa mungkin saya boleh berkongsi perkara ini di lain ketika. Upacara perasmian mesyuarat dilakukan oleh Dato Seri Zulhassan Rafique Menteri Wilayah Persekutuan merangkap MP Setiawangsa. Untuk pengetahuan semua, SK Setiawangsa telah terpilih menjadi sekolah kluster dan satu2 sekolah rendah di Wilayah ini yg menjadi sekolah kluster. Ia juga sekolah rendah yg paling ramai murid di WP dgn 2500 pelajar. Kerana terpilih menjadi sekolah kluster beberapa keistimewaan telah diberikan oleh pihak Kementerian termasuklah peruntukan RM500,000 utk 3 aktiviti khas termasuk penubuhan mini orkestra. Haikal telah terpilih utk menganggotai kumpulan ini. Saya beritahu dia kalau betul gayanya boleh buat persembahan di luar negeri hehehe.




Mesyuarat PIBG kali ini berjalan dgn hangat. Ramai ibubapa yg menawarkan diri utk menjadi AJK sehingga ada yg berkempen sebelum pemilihan! Banyak perkara dibangkitkan dari yg remeh temeh sehingga yg besar2. Inilah kalau ramai org yg pandai2 dan bersemangat. Akibatnya, mesyuarat berakhir pukul 2:40 petang. There goes half of my Saturday. Takpe lah demi anak.

Dato Seri Zulhassan merasmikan mesyuarat PIBG


Semalam pula saya menghantar Nurafifah ke MRSM Serting, NS untuk mendaftar selaku pelajar Tingkatan 4 yg baru di sana. Ada lebih kurang 300 pelajar Tingkatan 1 & 4 yg baru. Kebanyakan dari sekolah kementerian tapi ada juga dari MRSM lain seperti Kuala Klawang dan Gerik yg pindah ke situ kerana maktab tempat asal mereka hanya sampai Ting 3 saja.


Afifah di depan asrama barunya

Saya sampai di rumah pukul 5:45 ptg setelah singgah untuk mengambil Nuratikah dari sekolah agama memandangkan hujan lebat. Takkan dia nak jalan kaki dalam hujan. Dia pun anak saya jugak yg memerlukan perhatian macam adik2nya.

36 comments:

  1. ngee.. teringat abah dan mak yg bnyk berkorban mase sy sekolah dulu.. huhuhu...

    homesick la plak...

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah.... sebahagian besar masalah nak jaga hal pendidikan anak2 saya serahkan kepada kerajaan Malaysia.... hehehe!

    ReplyDelete
  3. Jard,
    pengorbanan mereka bukan setakat masa kita bersekolah. Selagi mereka hidup selagi itu mereka terus berkorban walaupun mungkin kita terlepas pandang.
    psst - bila parents you nak dtg KL?

    Shifu,
    untung you dpt anak2 yg pandai.

    ReplyDelete
  4. kita akan sentiasa berkorban demi anak-anak. Berkorban apa saja ....Harta ataupun nyawa.... (lagu sape ni ek. Lagu p.ramli ke)

    ReplyDelete
  5. sayang anak pukul-pukulkann.. kannns

    ReplyDelete
  6. bapaku adalah yg terBAIK... :D

    bukan nak cakap ko bapa yg tak baik, tp nak ckp, setiap ibu bapa akan beri segala yg termampu utk anak2nya.. dan mereka tentulah yg terBAIK bg anak2nya..

    nape baik sgt aku komen ko arini??

    ReplyDelete
  7. mase sekolah dulu, mak yang banyak buat itu ini, sebab ayah selalu outstation... dan untuk beberapa tahun persekolahan jugak, ayah keje di seberang laut... hohohohohoh

    ReplyDelete
  8. kakpah,
    hanya org yg dah ada anak2 mcm kita ni yg tahu. Kita harap anak2 kita faham dan menghargai pengorbanan kita, bukan begitu kakpah?

    en_me,
    sayang isteri tinggal2kan (ke Miri) hehehe

    kts,
    semoga ko jadi anak yg terbaik.

    amacam? aku balas komen ko pun baik jugakkan arini

    ReplyDelete
  9. syah shah,
    itu bukan tanda ayah ko tak sayangkan ko. Kesian dia kena pegi outstation dan overseas utk cari rezeki utk keluarga. Ko pernah tanya dia tak samada dia homesick (mcm Jard tu) masa dia berjauhan dgn famili?

    ReplyDelete
  10. di tangan kita lah anak-anak itu dicorak kan.... anak adalah permata hidup, betul didiknya maka beruntunglah kita....kenapa abang YB duduk kat belakang masa mesyuarat PIBG tu.....

    ReplyDelete
  11. HABIHA,
    betul cakap ustaz tu. Untuk mendapat corak yg cantik, kita kenalah ada ilmu keibubapaan yg berlandaskan ajaran Islam.
    Kerusi sebelah depan dikhaskan utk org2 tertentu dan AJK tahun lalu. Saya duduk tu kira dah depan jugak dlm baris ke7. Semuanya ada lebih 30 baris kerusi sbb yg dtg lebih dari 300 org.

    ReplyDelete
  12. saya pun perlukan perhatian juga..opppssss, maksud saya blog saya,hahahaha.

    ReplyDelete
  13. samalah..teringat pgrbanan mama n abah ms sek dl..smpaila skrang...
    alaahai

    ReplyDelete
  14. "Mana tandatangan setiausaha PIBG ni? Eh......Err....ini bukan ke Laporan PIBG yang saya nak tu?" Kata Tuan Pemngetua sambil menggaru kepala......

    ReplyDelete
  15. eh, tak penah salahkan ayah sebab tak berada di situ... cuma nak bitau, masa zaman saya, mak yang buat semua sebab ayah kena kerja... :D :D

    ReplyDelete
  16. Kat kampung saya jangan harap la nak tengok orang tawarkan diri untuk menyandang jawatan dalam PIBG ke apa ke. Yang kena lantik pun kena paksa hehehehe...;)

    ReplyDelete
  17. walaupun ibubapa zue buta huruf...pendidikan anak2 tidak diabaikan. begitu juga dgn anak2 kita. walau kita balik kerja dah penat...bila anak2 minta belikan brg keperluan sek..itu jam juga kita kena pergi carikan.

    ReplyDelete
  18. lepas jadi ibu bapa br dapat rasainya... baca jer x cukup...

    ReplyDelete
  19. jasa ibu bapa xmungkin akan terbalas. sanggup berikat perut untuk bagi anak makan dan sekolah

    ReplyDelete
  20. biasa la tu kan en.YB..stiap kejayaan tu didahului dgn pngorbanan..

    dpt msuk mrsm..yg sy pasti, kelolaan mrsm tu bagus..mudah2an berjaya..mengikut jejak langkah ayahnya ke luar negara, membawa bekal untuk negara (^_^) aminnn~

    ReplyDelete
  21. juliet,
    mmg ko perlukan perhatian. Nnt saya suruh romeo2 serbu ko opps blog ko ahaks

    Liyana,
    sementara solo ni eloklah ingatkan pengorbanan ibu ayah. Bila dah kawen besok, ingat pula pengorbanan suami hehehe

    ckLah,
    SK Setiawangsa cuma ada Guru Besar tiada pengetua. Nama cikgu besar tu Hj Roslan Madon. Dia baru terpilih jadi Presiden Persatuan Guru2 Besar Msia.

    syah shah,
    emak ko seorg yg bnyk berkorban utk keluarganya. Beliau terpaksa cover tugas ayah ko semasa dia takde di sisi keluarga. Tabik utk ibu ko.

    Akmal,
    org kampung suka merendah diri hehehe

    ReplyDelete
  22. zue,
    ibubapa you faham pentingnya pelajaran utk anak2. Dan you pula seorg ibu yg baik.

    kapten,
    cepatlah cari yg sesuai

    O,
    mmg tak terbalas oleh kita pengorbanan ibubapa. Berbaktilah sementara mereka masih hidup dan banyakkan berdoa jika mereka telah tiada.

    e-leeyana,
    telah terbukti MRSM telah banyak melahirkan pemimpin2 berkaliber. Itulah sbbnya pelajar2 berebut2 nak masuk walaupun pada masa uncle belajar dulu MRSM tak berapa gah. Itulah sbbnya uncle sekolah biasa aje.

    ReplyDelete
  23. Patutlah tak kenal....
    saya tak main dengan guru besar...

    ReplyDelete
  24. ckLah,
    Haikal baru 8 thn takkan nak masuk sekolah menengah? Masih di peringkat SK.
    psst - ada sorang cikgu pompuan tu ke sana kemari bawa kamera masa mesyuarat PIBG tu. Tengok cikgu tu teringat kat ckLah.

    ReplyDelete
  25. Hambooooi..
    Menduakan aku ya! Tak aci..ha..ha..ha...

    ReplyDelete
  26. seklah best, ceramah pun tokoh2 best yg bagi..
    vip pun org fofuler...

    dah buat meeting pibg dah ye?? kire awal la tu...

    ReplyDelete
  27. ckLah,
    bukan niat kanda hendak menduakan dinda tapi kanda tak dapat menolak godaan dari dara yg muda bergaya kehkehkeh

    Chekgu BH,
    Alhamdulillah dah bermacam2 anugerah diterima oleh SK Setiawangsa. Mulai tahun ini dah jadi sekolah kawalan kerana terlalu ramai org nak masukkan anak mereka ke situ.
    Meeting awal utk tentukan berapa nak kutip bayaran. Tapi hanya boleh kutip lepas Mac. Sementara ni aktiviti pembelajaran nak kena diteruskan juga - terpaksa pakai wang tabung PIBG.
    Sekolah Chekgu bila meetingnya?

    ReplyDelete
  28. Mak Adaaaaaaaaaaaaaaaaam, delok kakang mu iki!!! Mentel tenan!

    ReplyDelete
  29. ckLah,
    mak Adam tengah tidurkan dia. Dah malam pegi masuk tidurlah. Esok nak ngajar. Nnt mengantuk dlm kelas mcm Cikgu Shaari (masam2 manis) hehehe

    ReplyDelete
  30. gitulah tugas kita pak YB, sampailah esok2 bila kita dah serahkan anak yg perempuan pd suaminya masing2 dan anak lelaki kpd tanggungjawab mereka masing2 thdp isteri & keluarga mereka...wallahualam

    ReplyDelete
  31. nahmy,
    betul kata nahmy. Nampaknya jauh lagi perjalanan saya kerana anak yg kecil baru 5 bulan huhuhu

    ReplyDelete
  32. teringat plaks kat cerita Parenthood kat acetero... parents ni akan berkorban kat anak2, walau dalam apa keadaan pun.... :)

    ReplyDelete
  33. hoooo... tetiba rasa tak sabar nak blk kg.. hohohoho..

    yb tak bertandingke??

    ReplyDelete
  34. mak su,
    kebanyakan ibubapa berkorban tak mengharap balasan. Walau mcmanapun anak2 kenalah ingat pengorbanan ini kalau mahu hidup mereka berkat.

    one love,
    ibu mithali.
    psst - bila nak tambah anak?

    cik konfius,
    ko nak kerja kat Penang bulan depankan? Dekatlah sikit nak balik kg.
    Apa kelas bertanding jawatan utk PIBG? Saya cadang nak gantikan Zulhassan hehehe

    ReplyDelete
  35. aku mmg minat ustazah tu. apa yg dia kata semua bernas lah aku rasa. :)


    .

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails